Ipoh Hainan Chicken Rice -makan tengahari di Ipoh yang sedap dan halal

Saturday 6 November 2021

Assalamualaikum dan hai semua!

Sambung dari SINI. Lepas tumpang beg di hotel, kitorang keluar balik untuk cari lunch. Almaklumlah perut Melayu, mestilah nak cari nasi. Mula-mula ingat nak pergi kedai Nasi Ganja yang viral tu tapi aku kalau makan nasi kandar conform lepas tu mengantuk. So, kita cari lah Nasi Ayam Hainan. Di Ipoh ni memang banyak kedai dan warung nasi ayam, tapi kenalah cari yang sedap dan halal. Check dalam google nampak 'Ipoh Hainan Chicken Rice' so marilah kita menapak ke sana.

Saja pilih untuk berjalan sebab nak fefeeling tourist. Cuaca agak redup walaupun tengahari buta. Tak plan sewa kereta sebab cadang nak ke kawasan dalam town sahaja. Habis-habis pun naik Grab atau bas awam if tak larat jalan.



Orang ramai. Almaklumlah hari Sabtu dan waktu makan tengahari pulak


Ipoh Hainan Chicken Rice ada 2 cawangan. Kitorang pergi yang di Jalan Raja Musa Aziz/ Henderson Anderson Road. Boleh rujuk FB rasmi untuk waktu operasi dan menu.


Kami order Couple Set walaupun aku single. Ada Wan Tan Hor (Kuey Tiow Ladna), Chicken Rice Roasted/Steamed (aku lupa kitorang pilih mana satu) dan 2 Sirap Ais. Memandangkan orang sangat ramai kena tabah lah menanti. Tapi takdelah slow sangat. Belum tahap nak mengamuk.


Cak! Dah jangan tanya aku gi ngan sape. Blogger femes ni confirm korang kenal.

Harga untuk makan 2 orang. 

So, rekemen ke tidak? Definitely! Ipoh Hainan Chicken Rice memang port menarik untuk lunch. Nasi kosong saja tanpa sup pun dah sedap. Ayam pun tak rasa tawar. Menaip ni pun teringat-ingat lagi. 

Kalau korang bawak kereta, kena pusing sikit nak cari parking. Ada je parking kat area KFC dan The Store berhampiran. 

Settle makan, kitorang gerak ke destinasi seterusnya. Masih menapak macam tadi. Kata nak 'berjalan' kan. Sambil-sambil tu ambil gambar bangunan dan jalan yang menarik perhatian.


Antara kedai yang menarik perhatian aku. Restoran Semenanjong. Ejaan macam zaman dahulu, pintu pun macam tak pernah bukak sejak zaman sebelum merdeka. Curious aku nak tahu lebih lanjut tapi bila intai dalam hanya nampak kertas suratkhabar lama dan tin kosong bersepah. Takut nak intai lama-lama takut ada yang  ngintai balik. 


Bangunan ni aku ingatkan kedai perabot, rupanya gimnaseum.

Ipoh pun ada Hop On Hop Off  lah! Korang rasa kitorang naik tak?


Cuaca begini nyaman nak berjalan.


Pantang nampak street art cantik sikit, mesti singgah nak posing.

Next kitorang ke mana? Tunggu next entry ye. Aku kalau citer berjalan memang laju je. Rindu nak menulis kisah travel oversea. Entahlah bila berpeluang lagi. Nak terbang buat masa ni banyak sangat kerenah birokrasi. Malaih aku.

Thanks for reading!

43 comments

  1. Pagi-pagi baca tentang nasi ayam terus lapar, travel negeri lain dapat kedai nama bandar macam ni best, serviette tu dulu suka ambik buh kat jurnal, restoran semenanjong tu tutup terus ye ada tong kosong tapi tetap tertanya-tanya hehe. Ipoh bandar bersih, pandai pula apek tengah bancuh kopi tu posing dengan Sal.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. saja nak cuba nasi ayam stail Ipoh pula. memang bandar yang bersih dan banyak tarikan dari segi binaan dan street art

      Delete
  2. Kita kat Ipoh pun tak makan dekat situ😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasalah tu, orang jauh yang datang akan cari tempat viral

      Delete
  3. prnh smpai kat ipoh skali..
    dulu2..
    tp xsempat nk meronda pon.. haha

    ReplyDelete
  4. sibbaik bil nasi ayam hainan tu cuma rm33 je, kalo rm33 ribu leh viral satu malaya nih.,. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. tak mungkin jadi. saya check harga dulu sebelum makan

      Delete
  5. Oh Sal dengan Anies. Hehe rasanya Sal cuba hop on hop off Perak.
    Kalau redup seronok jalan lama-lama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah. saya tak berapa selesa jalan kalau panas sangat. nanti sakit kepala

      Delete
  6. Mesti menyelerakan tu sampai menaip pun teringat-ingat haha

    ReplyDelete
  7. wah bestnya jejalan walaupun hanya dalam negara kan. saya pun rasa nak jejalan tapi tu lah dah hjg2 tahun ni, cuti dah nak abis. tak boleh jejalan lama

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pulak nak menghabiskan cuti tahunan. banyak tak digunakan sebab PKP kan

      Delete
  8. Lamanya tak pi Ipoh. Dolu masa pertama kali pi Ipoh sebab outstation... mula-mula terpegun Ipoh memang oldskoll sebab banyak bangunan lama-lama dan bersejarah. Ingatkan bila bandaraya mesti dah moden tapi itulah kelebihan Ipoh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ipoh memang preserve bangunan-bangunan lama dia. Memang kebanyakan terjaga rapi

      Delete
  9. Rindu mee kari Mat Jasak....pemes tu...jjcm kat Ipoh memang sodap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha yang tu pun kami makan jugak. memang sedap.

      Delete
  10. Siapa itu gerangan blogger terfemes tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak cukup femes lah ko Anies, kak notie tak kenal. hehe

      Delete
  11. Fav ni nasi ayam hainan... suka nasi ayam yg chinese style... nasi ganja x mkn ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak makan nasi ganja tapi takut ngantuk. plannya nak makan dinner

      Delete
  12. cantik sal macam duk dlmlukisan tu

    ReplyDelete
  13. nampak sedap nasi ayam hainan, kalau pergi ipoh bolehlah cuba :)

    ReplyDelete
  14. Bole saye taw, awk stay hotel mane ye😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. kami stay di Cititel Hotel. Nanti saya buat reviewnya

      Delete
  15. Cerita masalah makan, sedap sangat untuk dibaca. He he ....

    ReplyDelete
  16. Asalam..seronoknya berjalan-jalan...ambil yang indah, serapkan benar2 kekuasaanNya mencipta panorama alam yg penuh keindahan ya. Setiap saat ada kesyukuran pada semua nikmat dari Nya. sungguh Allah ini maha pemurah maha penyayang.

    ReplyDelete
  17. rasa macam kenal blogger femes tu..tapi tak sure sebab blogger rata-rata undercover...jarang menonjol diri

    ReplyDelete
  18. seronoknyaa berjalan sambil bergodip kannnn hahahaa

    ReplyDelete
  19. tu la sonok baca citer orang suka jalan-jalan kan hahaha...
    rindu jgk nak jalan2 obersee kan tp tu la maybe 2 3 thn lagi la kot... ntah ar..

    btw lagi-lagi hahhaaha

    ReplyDelete
  20. bestnya tengok bgn old school..

    ReplyDelete
  21. wah sedap sangat ni
    perut melayu memang tak akan kenyang kalau tak makan nasi ya kak
    tempatnya enak sekali digunakan untuk bersantai dan santap siang
    saya jadi ingin mencobanya

    ReplyDelete
  22. Uish.. Dating dekat Ipoh.. Best.. best..

    ReplyDelete
  23. Plan tadi lunch nak mam nasi ayam gak, sekali kfx plak. He he. Seronok nya jenjalan...saya busy kat opis. Dah malam ni baru la leh blog walking jab

    ReplyDelete
  24. kalau singgah ipoh boleh try nie.. lama la x g ipoh..

    ReplyDelete
  25. Wajib cari nasi baru ada energy lebih. Bagus gak pilih nasi ayam dari nasi kandar. Pekena nasi kandar tersandar nanti terus tak larat nak jalan. larat pejam mata je. Best gak sesekali berjalan kaki je. Ohh ada jugak eh hop on hop off kat Ipoh.

    Ohh jalan jalan dengan Anies rupanya.

    ReplyDelete
  26. akak ingat tak kita p Melbourne kan lalu depan gym yang bangunan lebih kurang sama dengan yg kat ipoh ni ? kita ingat restoran tngk2 yg kluar semua sado2 belaka hahaha..

    ReplyDelete
  27. cantik lah senibina bangunan dekat situ. Gym dia kemain eh vintage betul

    ReplyDelete
  28. Wah wah wah, bukan main manis senyuman awek berdua ni jalan-jalan Ipoh ya! Mi kicap ada tak? Order kan utk akak semangkuk, please...

    ReplyDelete
  29. Restoran Semenanjong tu intai je takpe. Jangan cuba-cuba masuk. Kang ter-teleport ke masa lain kang... :D

    ReplyDelete
  30. Yum yum sedap pula mama tgk. Terus rasa lapar haha

    ReplyDelete
  31. belum pernah sampai ipoh, teringin nya nak pi :D

    ReplyDelete
  32. Alaaaa...terus lapar...kepala tengah sakit ni..kalau dapat makan sekarnag kan best...

    ReplyDelete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah