Hampir sesat dalam BookXcess Mytown!

Thursday, 9 December 2021

Assalamualaikum dan hai semua! Ini cerita Jumaat 3 Dis lepas, hari di mana KL dapat cuti 'terkejut' sempena meraikan KL City menjuarai Piala Malaysia 2021 Edisi ke100. Macam yang aku pernah cakap sebelum ni, since aku fully work from home, jarang sangat aku ada kat rumah kalau cuti. I need a break from my boring job.

Plan asal nak jumpa Encik A dan Encik N (both kawan biasa, dah jangan tanya lagi) tapi diorang ada kerja kena settlekan dulu. So kita merayap lah secara solo sementara tu.

Dari bulan lepas aim nak pergi BookXcess Mytown, Cheras ni. Kebetulan pulak takde stok buku baru (OK ini alasan basi sebab boleh je beli buku online).


MyTown kat mana? Betul-betul sebelah IKEA Cheras. Ada laluan antara keduanya so manalah tau kalau nak check out kedai buku ni alang-alang dah sampai. Pengangkutan awam terdekat dengan pusat membeli-belah MyTown Cheras adalah MRT Cochrane. Memang convenience kalau tak nak drive. Ada terowong yang menghubungkan stesen MRT direct dengan mall so tak payah risau panas hujan.

Teringat dulu masa MyTown mula-mula bukak tahun 2016. Masa tu terowong masih dalam pembinaan. Kena lintas jalan besar kalau datang naik MRT. 

BookXcess Mytown terletak di Tingkat 1. Baru dibuka pada Oktober 2021 dan merupakan cawangan ke-13 BookXcess sejak mereka bertapak di Malaysia pada tahun 2007. To those yang familiar dengan jualan buku besar-besaran Big Bad Wolf, pihak BookXcess nilah penganjurnya. So far aku pernah pergi cawangan Amcorp Mall, Petaling Jaya dan Tamarind Square, Cyberjaya sahaja.




Kanak-kanak sukalah tempat macam ni sebab selain buku, banyak juga set aktiviti pembelajaran informal, mainan dan alat tulis. Aku plan nak bawak anak-anak buah aku nanti. Begitulah takde anak, pinjam anak orang. Lol.


Price wise pada pendapat aku adalah berpatutan. Dari segi pilihan buku pun banyak. Tapi BookXcess ada buku bahasa Inggeris sahaja dan tak jual buku ilmiah macam buku sekolah atau universiti. Ada kategori fiction dan non fiction. If nak beli atas talian boleh layari bookxcess.com. BookXcess MyTown ni rak dia tinggi-tinggi. Tak kuasa lah aku nak naik tangga demi nak tengok buku-buku di bahagian atas.


Rasa macam nak beli tapi nantilah dulu


Kalau dulu-dulu orang kata kedai buku adalah tempat membosankan dan hanya menjadi tumpuan 'nerd' tapi sekarang kedai buku pun boleh jadi tempat viral. Tiap-tiap BookXcess ada keistimewaan dan nilai aesthetic tersendiri. Contohnya cawangan Kong Heng Square, Ipoh yang merupakan tapak peti besi bank lama; cawangan Sunway Iskandar, Johor Bahru ada kotak gergasi setinggi 7.5 meter dan cawangan Sun Suria Setia Alam ada 'terowong buku'.

BookXcess MyTown pula ada laluan berbatu dan berkonsepkan 'maze'. Sesat sekejap aku dalam ni. But then aku memang ada poor sense of direction jadi abaikanlah. Hahaha
 

Mintak adik yang kerja kat situ ambilkan gambar


Mari kita layan video


Di sini juga ada 'Whisk Cafe'. Ada jual kopi dan kek. 



Dalam ni jugak ada Restoran Jepun - Ume Tei. Ada sesiapa pernah makan di sini?


Selfie seround. Lain kali nak datang dengan kawan yang pandai ambil gambar sebab tempat ni sangat Instagrammable - said that lady who doesn't even have Instagram account. *Facepalm*


Pencinta seni boleh jugak check out Papu Art Gallery. Image source: Facebook BookXcess

BookXcess Mytown
L1-012, Level 1, MyTOWN Shopping Centre, 
6, Jalan Cochrane, Seksyen 90, 55100 Kuala Lumpur
03-92865200

Waktu Operasi: 10 pagi - 10 malam (Isnin-Ahad)


Sekian cerita aku 'hampir sesat' dalam BookXcess MyTown. Aku beli satu buku sahaja. Ada aku mention dalam entry INI


Pandang-pandang jeling-jeling je IKEA dari jauh. Manusia ramai. Tempat jatuh lagikan dikenang inikan pula tempat bercinta. Eh

Pergi balik naik MRT la u olls. Memang tak naklah aku nak drive melainkan terpaksa. Lega dah ada tunnel ni. Tak payah gadai nyawa lintas main road.

OKlah tu je nak cerita. Thanks for reading!

40 comments

  1. Last ammi gi MyTown masa dia baru2 bukak..pastu tak gi dah. Banyak nau mall kat KL ni macam cendawan tumbuh. Tak larat nak ukur mall tu lelama

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu. betul. pergi mana yang larat dan ada something special je. ni sebab sorang, pergi mall lah selamat

      Delete
  2. hahahhaa kita x pernah sekali jejak mana2 book xcess ni..
    hehehehe x tau la blm ada keinginan lagi.. mybe satu hari nnt akan cuba jejak :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab kak Ret bukan hantu buku kot. saya suka pergi bookxcess. deko cantik, buku banyak

      Delete
  3. Wah.. Heavannya kalau dapat pergi sini.. Masuk bucket list dululah.. hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amani dan Imani mesti suka dapat pergi sini

      Delete
  4. cantik jugak interior dengan deco dia. Nak pergi tapi entah bila nak sampai tu haha

    ReplyDelete
  5. wah bestnya....lama dah tak pi kedai buku...kalau masuk sini agaknya tak keluar kut

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. kul 10 dia tutup kak, kalau tak nak keluar kena nyorok belakang rak

      Delete
  6. Lantai dia unik lah... umpama lantai tak siap...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah kak notie. kena hati-hati jugak berjalan di situ

      Delete
  7. Salam. Wow! kedai buku pun ada mini cafe n mini resto...nampak bebenor dah berabad tak masuk kedai buku...faktor usia maybe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. zaman sekarang buku boleh beli online je. faktor masa agaknya. saya pun takdelah muda mana. hahaha

      Delete
  8. Kesesatan yang saya suka, love kedai buku!

    ReplyDelete
  9. Wow bestnya tengok, macam2 buku ada. Sekali sekala kena bawak anak2 datang kesana, pasti mereka suka.

    ReplyDelete
  10. Untung dapat masuk sana. Nak sangat pergi. Dulu pun dapat pergi BBW je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insha Allah suatu hari nanti ada peluang. BookXcess pun dah banyak lokasi dalam Malaysia, bukan di KL je

      Delete
  11. sal kena pii dengan anak kak ana, Ika.. dia kalau masuk BE ni memamng letih menunggu dia keluar adoi, mujur ada cafe kan :)

    ReplyDelete
  12. saya selalu pergi MyTOwn tapi tak pernha lagi masuk Book Excess tu, teringin nak masuk tapi tak sempat. InshaAllah nanti hopefully ada rezeki untuk masuk situ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insha Allah. tempat ni pun baru lagi. nanti boleh bawak kakak FL

      Delete
  13. Besar. Adik bongsu ada pergi. Tidak tahu bila dapat jejak. Hehe. Tengah malas baca buku.

    ReplyDelete
  14. Nice lah bookxcess ni. Kalau datang sini pergi IKEA je lah. Kadang je terlepas kat mytown. Itupun tak explore habis. Tak tahu pulak ada tempat menarik macam ni. kalau saya kena cuba kopi dan kek lah kot :) Next time kalau sempat bolehlah menyinggah kat bookxcess pulak. Thanks share Sal.

    ReplyDelete
  15. Ai pergi kat Cyberjaya pun nyaris nak sesat.

    ReplyDelete
  16. Bookxxcess 24 hrs di cyberjaya,masih ke? wah jalan - jalan cari buku sempat posing nampak hehe.. Menarik ada japanese cafe..

    ReplyDelete
  17. Thank you for sharing sis! I mang suka pegi bookstore. Nanti pegi KL In shaa Allah will try to visit.

    ReplyDelete
  18. buku kat bookxcess banyak murah2 kann.

    ReplyDelete
  19. He he. .. Tak ada anak, pinjam anak orang?

    ReplyDelete
  20. bestnya tngok.. mcm mcm buku ada.. tringinnya nk p

    ReplyDelete
  21. Seronok nie... Kalau bawak budak budak nie... Tempat toys diserang dulu 🤗

    ReplyDelete
  22. Dah lama tak masuk bookxcess. Rindu gak...

    ReplyDelete
  23. nanti nak ajak la anak2 dara akak masuk sini.
    before this ke sana khas nak ke ikea je.
    tak pernah masuk mytown tu, sal.

    ReplyDelete
  24. Mna x sesatnya sal. Besar betul tempat dia. Ralot tgk byk brg best kat sana

    ReplyDelete
  25. Seronoknya ronda-ronda, jamu mata. Tempatnya pun luas, banyak benda boleh dilihat. Tak sedar berpuluh ratus meter juga tu kaki melangkah, entah-entah mencecah 2-3 kilometer.

    ReplyDelete
  26. Ini kalau bawak anak sah2 boleh hilang. Hahaha. Seram betul nina mmg xmasuk la takut tak jumpa jln pulang. Banyak port selfie

    ReplyDelete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah