Terharu baca kisah Mydin

Tuesday, 21 December 2021

Assalamualaikum dan hai semua. Jarang sebenarnya aku mencedok material update blog dari Facebook memandangkan aku sendiri sengaja mengurangkan interaksi media sosial. Ala-ala detox gitu. Tapi bila bencana banjir berlaku baru-baru ni, aku dah macam socmed addict. Tapi tulah ada FB je, socmed lain takde. Walaupun  tak sanggup tengok dan sedih tapi nak jugak tahu keadaan banjir yang dengan rakusnya menenggelamkan banyak kawasan di Kuala Lumpur dan Selangor. Even kawasan tak pernah banjir pun naik air.  

Scroll punya scroll, terbaca berita Mydin Mart Sri Muda, Shah Alam dipecah masuk. Dalam hati berdetik, mencuri memanglah dikira kesalahan jenayah tapi kalau yang diambil tu makanan atau keperluan mungkin atas dasar darurat. Lainlah kalau 'looters' macam di negara Barat tu, ambil kesempatan curi barangan elektrik atau pakaian mewah ke tu memang tak patut.

Looting is the act of stealing, or the taking of goods by force, typically in the midst of a military, political, or other social crisis, such as war, natural disasters, or rioting. The proceeds of all these activities can be described as booty, loot, plunder, spoils, or pillage.

Lega rasanya bila baca Kenyataan Rasmi Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad, Ameer Ali Mydin mengenai insiden pecah masuk Mydin Mart Sri Muda, Shah Alam. Somehow ia tindakan yang dah dijangka sebab Mydin Holdings merupakan sebuah syarikat yang tak pernah kedekut hulurkan sumbangan bila ada musibah melanda. Sebab tu perniagaan mereka kekal maju walau dah bertahun-tahun dan banyak saingan.



Sumber : FB Mydin

Semoga mangsa banjir tabah menghadapi dugaan Allah ini. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Syukurlah rakyat Malaysia ni ramai yang perihatin dan tak lokek dengan bantuan dan hebahan. Marilah kita membantu semampu kita. Tak dapat sumbangkan tenaga dan wang ringgit, doa pun cukuplah.

Alfatihah juga buat mangsa banjir yang kehilangan nyawa.

Akhirnya terupdate jugak blog walaupun takde mood. Huhu. Patutnya Ahad lepas pergi bercuti dengan kawan-kawan tapi tak jadi sebab kawasan kitorang nak pergi tu tanah runtuh. Redha je aku duduk rumah sorang-sorang sebab famili lain balik kampung. Terus whatsapp bos nak cancel cuti. Aku ni kena ada kerja nak dibuat kalau tak nanti aku dok berperang dengan perasaan dan fikiran sendiri. Takut betul aku kalau penyakit kemurungan tu datang balik

Alhamdulillah bos aku tak kisah aku cancel cuti (Dia lagi suka kot). Jemu dah aku sepanjang Sabtu dan Ahad tu melayan Netflix, Facebook dan channel sukan. Dahlah Liverpool seri dan Malaysia kalah both bola sepak dan badminton. Duit bawak diorang gi tournament tu baik buat bantu mangsa banjir lah.

OKlah tu je nak cerita. Mood masih tunggang langgang. Kena banyakkan zikir, baca quran dan sedekah agaknya.

36 comments

  1. Mencuri dalam kondisi darurat demi melangsungkan hidup, biasanya ada di mana-mana.

    ReplyDelete
  2. Semoga Mydin dimurahkan rezeki berkali ganda lepas ni.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah MYDIN prihatin masalah rakyat yg dilanda musibah banjir alau mrk juga alami kerugian dalam situasi ekonomi muram kini

    ReplyDelete
  4. Kalau ambil kerana darurat lapar mungkin boleh di terima tapi yang merompak tu ambil barang letrik...banjir2 barang letrik pun tak leh guna apa hal. Hari sabtu memang sungguh menggerunkan bila baca dalam fb air naik sana sini banjir. Seharian hujan sungguh mendebarkan perasaan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ambil makanan tu mungkin terdesak. selalunya sebab ada anak kecil atau orang sakit dalam jagaan. ambil lain tu hurm..tuan punya badan saja tahu kenapa

      Delete
  5. Ada kawan ahkak sangkut kat shah alam malam ahad tu nak pergi majlis kahwin hari sabtu. Terpaksa tumpang masjid dan tidur dalam kereta. Hari ahad pun nak keluar dari situ pun azab sebab banyak jalan kandas. Petang ahad baru dapat keluar. Dengan takde makanan dalam kereta sebab nak pergi majlis kahwin. Kiranya musafir yang menginsafkan lah bila dah terjebak macam tu. Semuga musibah yang melanda ini mengeratkan lagi rakyat malaysia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye ke..kesiannya. Tapi nasib baik jugaklah ada tempat berlindung. baca berita banjir kali ni sampai ragut nyawa. betul-betul menginsafkan.

      rakyat malaysia gitulah. cubit-cubit manja. bila ada musibah, pergaduhan dan perkauman semua tolak tepi

      Delete
  6. Alhamdulillah, semoga bertambah luas rezeki Mydin..

    tapi bagi akaklah kan, sesiapa yg ambik barang makanan tu, lepas setlle semua, buatlah bayaran, kesian Mydin Mart..

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya susah jugak. inventori barang dah lari. nak scan QR code apa

      Delete
  7. ok pasni memang shopping kat mydin je.. hihi..

    yela kan.. dh darurat.. terpksa demi kelangsungan idop

    ReplyDelete
  8. semoga dipermudahkan urusan mangsa2 banjir semua., aminn

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah, tersentuh dengan keperihatinan beliau.
    Ya Allah ada tanah runtuh, perancangan Allah swt lebih baik. Berbanyak berdoa kita inshaAllah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nasib baik tanah runtuh sebelum pergi. kalau tidak memang stuck la di tempat orang

      Delete
  10. Alolo sian dia terpaksa cancel cuti ye...
    Plan la gi tempat lain or tunda minggu ni ke cuti nya...!
    pape pun, pilu kan tengok

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpelah kak Ret. Takde mood nak bercuti sampai tahun depan. Hehe

      Delete
  11. Alhamdulillah sangat berlapang dada Pengarah Urusan Mydin.
    Tapi dengar barang elektrik pun kena ambil.
    Apapun kagum dengan kemudahan rakyat Malaysia.
    Harap mangsa-mangsa banjir diberikan kebaikan pada kemudian hari. Amin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hebat rakyat Malaysia. ada yang turun dari negeri lain bawak bot, bawak 4x4. Kalaulah diri sendiri ada kudrat nak selamatkan orang rasa nak turun jugak. tapi tulah takut orang yang kena selamatkan saya pulak. haha

      Delete
  12. Demi kelansungan hidup, bukan saja saja kan. Syukurlah dihalalkan. Tapi baru ni ada pulak isu ambil barangan lain selain makanan. Kadang malas nak tengok socmed ni. Macam macam isu masuk kepala. huhu...

    Semoga mereka semua kuat mental dan fizikal menghadapi ujian ini. Aaaminn...

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya memang dah lama tak layan socmed selain blog, tapi bila bencana ni nak jugak tahu keadaan semasa. boleh juga hulurkan bantuan mana yang patut. haha. tengok satu video ni ambil oven. yang tu nampak sangat la ambil kesempatan

      Delete
    2. Jenis ambil kesempatan ni tak ada kesedaran. Banyak isu sebenarnya kan. Kes sekat baranglah. Tapi yang oven ni katanya guna kotak je untuk letak makanan.

      Delete
  13. Memang kagum dengan tindakan bos mydin ni. Menghalalkan untuk kelangsungan hidup. Tapi akak sempat geleng kepala juga tengok video ada yang ambil benda-benda bersifat kehendak. Terus tutup social media takut terumpat orang yang kena bencana.

    Moga kita semua sentiasa dilindungi Allah. Moga mangsa-mangsa banjir dimudahkan urusan mereka untuk teruskan hidup.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun ada tengok jugak. Siap ada pecah ATM lagi. Takpe 2,3 hari ni je saya layan FB. Pas ni nak tutup jugak. Haha

      Delete
  14. Akak baru datang nak pinjam mood Sal. Sekarang memang tak larat langsung nak buat entri. Sendu kelam tunggang-langgang semua ada.
    Apa pun jaga diri dan hati baik-baik. Jumpa lagi nanti!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun takde mood nak bagi pinjam kat akak. Huhu. Entry Ipoh pun tak habis-habis lagi

      Delete
  15. Sepatut nyer begitulah... Semua rezeki dari Allah 🌹🌹
    Tabahlah mangsa banjir 🤲🤲

    ReplyDelete
  16. Kalau setakat makanan yang diambil dan dah pun dihalalkan...bagus la..cuma jangan la ada yang amik kesempatan...itu je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tengok fb ada gambar ATM kena pecah. Katanya kerja warga asing. Hurm yang tu tak patutlah

      Delete
  17. benar tu. terharu.
    moga semakin kaya la Mydin tu.
    org dlm kesusahan, kan.
    masa tu fikir nak kasik anak-anak makan je.
    darurat!

    ReplyDelete
  18. betul...kalo barang2 keperluan ok lagi...alhamdulillah, bagus pihak mydin, cepat counter balik keresahan orang ramai atas pecah masuk cawangan dia..

    tapi ada jugak yang pecah masuk kedai runcit, amek rokok dan arak tu...kesian owner kedai..tapi kesian juga tengok penduduk yang naik lori polis, yang hujung2 je ambil sisa makanan dan barang keperluan..

    ReplyDelete
  19. Selepas Mydin buat kenyataan memaafkan yang mencuri untuk kelangsungan hidup tu.
    Ada pulak yang ambil kesempatan mencuri ikut sedap tekak masing-masing hurm...

    ReplyDelete
  20. Semoga mydin bertambah maju. Sifat mahmudah yg patut kita contohi

    ReplyDelete
  21. Ammi baca bab owner Mydin ni kata dia halalkan.. Jadi auto sebak

    ReplyDelete
  22. Agaknya kalau Kak Ame sekeluarga jadi balik Malaya Disember lepas, kami terpaksa menempoh suasana banjir. Allahu... sungguh menginsafkan apabila melihat suasana banjir di medsos. Tak sangka keadaannya sangat dahsyat! Moga keadaan akan terus bertambah baik.

    ReplyDelete
  23. Semoga owner Mydin terus maju.. nina mmg suka beli brg2 dapur di mydin murah sikit kalau bab memborong.

    ReplyDelete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah