Merhaba Turki Part 7.0! Istanbul Aku Datang Balik!

Saturday, 14 January 2023

Assalamualaikum dan hai semua! Sementara ada free time ni meh sambung cerita Turki yang dah hampir sampai ke penghujung. Pagi-pagi lepas breakfast, check out Hizel Otel di Bolu untuk ke Istanbul semula. Kenapa patah balik ke Istanbul? Sebab nanti nak balik Malaysia dari Istanbul. Di Istanbul ada 2 airport. Satu terletak di bahagian Eropah, which is yang kitorang boarding dan arrive ni, yang lagi satu nama dia Sabiha Gokcen Airport yang terletak di bahagian Asia. So kalau korang beli tiket flight ke Turki make sure code untuk flight sama ada IST (Eropah) atau SAW(Asia). Depends pada itinerary korang.

Cuaca mendung je dalam perjalanan dari Bolu ke Istanbul

Jarak Bolu ke Istanbul around 250 km. Takdelah jauh sangat. 2 jam setengah boleh sampai. Tapi driver tetap berhenti di RnR untuk toilet dan coffee break. Masa ni hujan lebat so aku setakat ambil gambar dalam kedai sahaja.

Ada satu benda, lain bentuk lain rupa..Cuba teka!!

Rempah ratus. Biber tu cili. Tu je aku tau. Haha

Jeruk kelubi ada tak ni?

Dekat Turki ni korang janganlah frust kalau termiss beli Turkish Delight, rempah or manisan sebab boleh beli di mana-mana. Harganya sahaja yang berbeza. Kadang-kadang beli di RnR macam ni lagi murah dari beli di tempat yang memang fokus untuk pelancong.

As for me aku bukan datang untuk shopping. Jujur aku cakap aku memang tak reti nak membeli-belah. Kalau ada mak aku mungkin beli macam-macam.

Aduh jalan jem. Tak silap aku sebab ada accident

Berarak mendung kelabu..Mengekori langkahku

Memang padat Istanbul ni. Tapi rumah-rumah nampak tersusun elok je

Vodafone Park- Stadium pasukan bola sepak Besiktas

Semangat si Ozgur, tour guide kitorang tunjuk stadium ni sebab dia penyokong tegar Besiktas. Aku tak follow sangat liga Turki. Hanya kenal kelab-kelab yang biasa masuk Champions League macam Galatasaray, Fenerbache dan Besiktas. As for player ada jugak a few yang aku minat macam Ilhan Mansiz, Hakan Sukor dan Arda Turan. Semua pun dah bersara. Ranking Turki pun dah drop macam ranking pemain-pemain badminton Malaysia. Huhu.

Aku sebenarnya teringin tengok Ataturk Stadium, Istanbul tapi entahlah bila ada peluang dan fulus. Kenapa Ataturk Stadium? Penyokong Liverpool confirm tahu kenapa.

Jadual dah lari sikit sebab jalan jam tadi. So, sampai je Istanbul terus pergi lunch dahulu

Pergi lunch di restoran bawah jambatan yang sama masa hari pertama di sini. Ada lauk ikan. Yay! Jemu dah aku makan ayam dan daging. Aku suka ikan. Nasi tu sikit. Terpaksa tebalkan muka mintak tambah.

Sambal tomato versi Turki

Settle makan, Ozgur cakap nak pergi naik Bosphorus Cruise. Aku tengok langit, macam tak yakin je. Risau nak belayar buatnya di tengah lautan kang tetibe cuaca buruk, hujan mencurah dan air bergelora. Instead of enjoy jadi takut pulak.

Tapi bila tengok Ozgur dah gerak, kitorang pun pantas mengikut. Cuaca hari kedua terakhir kami di Istanbul ni tak sama langsung dengan hari pertama. Hujan kejap renyai kejap berhenti. Payung memang sentiasa di tangan. Ada juga ahli rombongan yang beli payung di Istanbul. Harga tak banyak beza dari korang beli di Shopee. Slightly mahal tu biasalah sebab harga tourist. Nak jimat, bawak payung dari Malaysia macam aku.

Panjang nau membebel. Penat lak. Nak tau jadi ke tidak naik cruise dalam cuaca yang mendung dan murung korang tunggulah next entry ye. Terima kasih sudi membaca entry perkongsian walaupun dah basi dan meleret-leret.

Jangan tak baca : 
Read More

Merhaba Turki Part 6.2! Berdiri bulu romaku di Bolu

Wednesday, 11 January 2023

Baca ni dulu : 

Part 4.2

Part 4.3








Sedar tak sedar, trip Turki hampir sampai ke penghujung. Dari Istanbul kita datang, dari Istanbul juga kita pulang. Instead of direct ke Istanbul dari Ankara, kita pit stop dolu di Bolu.

Hari tu ada blogger tegur, eh tak habis lagi? Haha, memang lambat habis sebab aku tulis entry travel wajib banyak episod. Ni consider sikit sebab travel ikut agen. Takde cerita sesat / nyaris kena scam/ tak tahu nak makan mana/ masam muka dengan travel partner/ salah naik public transport etc. Rindu nak travel DIY. Rindu nak buat research berbulan-bulan tapi still sesat lalu belakang rumah orang. Hehe. Travel dengan agen ni thrill dia tak sama.

Anyway, sampai Bolu pun dah Maghrib, so terus check in Hizel Hotel. Aku tak sempat ambil gambar bahagian luar hotel, kita pinjam gambar Trip Advisor ye.


Bilik untuk tiga orang tapi aku tidur sorang je





Hizel Otel ni not bad lah bagi aku. Katil selesa, selimut tebal, bersih dan toiletries lengkap. Macam biasa, sama macam hotel-hotel lain kecuali Hilton Istanbul, Hizel pun takde iron. TV tu walaupun ada tapi aku tak bukak sebab instruction dalam bahasa Turki. Aku rasa maybe sebab Bolu bukanlah destinasi popular bagi pelancong luar negara. Directory telefon dan inventori barang-barang dalam bilik pun sama.

Bolu is one of the most enchanting provinces of Turkey located approximately half-way between Istanbul and Ankara. Bolu is famous for its dense forests, fauna, modern hot spring facilities, and best chefs of the country.

The history of the province dates back to Phrygians around 1200 BC. Then the Persians, Alexander the Great, Romans, Seljuk and Ottomans have left their traces. During the Hellenistic period the area was called as Bithynia, then Romans called it Claudio Polis, and finally named as Bolu by the Turks.


Lepas letak beg, kami pergi dinner dalam hotel. Ke dinner dulu baru letak beg. Eh, aku dah lupa. Hahaha. Gambar makanan pun lupa nak ambil. Apo lah. Ni gambar dari Trip Advisor. Dining hall Hizel ni luas sangat. Breakfast pagi pun selesa takde berlanggar dengan orang.


Walaupun internet kata Bolu ni famous dengan alam semulajadinya tapi sebab dah malam, takde maknalah nak pergi explore. So kitorang jalan-jalan je dekat kawasan pekan berhampiran

Gemuk cilinya. Buat solok sedap ni


Aneka cheese dan buah zaiton


Kitorang tak buat apa pun di pekan Duzce ni. Pusing-pusing area hotel je. Tengok minimart masih bukak so singgah beli ubat gigi sebab ubat gigi aku tertinggal kat Cappadocia. 
 
Lepak minum kat sini


Cuci mata je. Dah lewat malam takkan nak makan kek
.
Menjawab soalan blogger Kakmim yang tanya famili yang selalu hangout dengan aku tu Melayu ke, ya memang orang Melayu dari Malaysia. Group aku ni memang semua Melayu. Gambar ada, tapi aku tak suka upload gambar stranger tanpa kebenaran di blog. Kalau blurkan muka sama saja macam tak tunjuk.

Nampak bas comel depan kedai kopi tempat kami lepak.

Berdiri bulu romaku di Bolu bukan sebab brother kedai kopi tu comel tapi sebab Bolu ni malam-malam sejuk macam di Cappadocia jugak walaupun takde sandstone. Maybe sebab Bolu dikelilingi gunung. Kalau travel DIY bolehlah explore Bolu dengan lebih mendalam tapi sebab ikut group, pagi-pagi esoknya dah kena checkout pulang ke Istanbul. Harap kali ni ada peluang nak masuk Hagia Sophia. Last time dah frust.

Nak tau kali ni frust lagi ke tidak, jemput baca next entry ye. Thanks for reading! 
Read More

5 filem lakonan Jay Chou yang lagi best dari filem-filem Shamsul Yusuf

Saturday, 7 January 2023

Kung Fu Dunk


Antara filem Jay Chou yang aku tonton di wayang. Filem ini mengisahkan Fang, seorang anak yatim piatu yang mahir dalam kung fu Shaolin. Fang menggunakan kemahiran kung fu untuk menjadi bintang pasukan bola keranjang. Though banyak babak-babak yang tak logik tapi best dan kelakar jugak lah filem ni especially masa perlawanan basketball. Korang boleh tonton filem ni di Netflix.


To be honest, walaupun Jay Chou pelakon utama, watak Xiao Lan lakonan Baron Chen lagi menyerlah sebab dia hensem dan ada aura lelaki tersakiti. Hihi.

 Now You See Me 2


Jay Chou sekadar supporting actor bernama Li, anak kepada pemilik kedai magic Long dalam filem ini. Aku rekemen sebab NYSM dan NYSM 2 adalah antara filem favourite aku, bukan kerana lakonan Jay Chou wow dalam filem ni.

To be honest aku rasa dia bukanlah pandai berlakon sangat tapi pandai pilih watak yang sesuai dengan karekter dan riak muka takde perasaan.

Initial D


Filem yang diadaptasi dari manga Jepun. Jarang aku suka filem racing tapi sebab Edison Chen (kiri sekali) dalam poster adalah antara crush zaman remaja aku maka aku suruh abang aku cari VCD filem ni.

Dalam filem ni Jay Chou bawak watak Takumi, awalnya hanya menghantar tofu untuk kedai ayah dia tapi bila dah hari-hari buat drift, Takumi berminat nak join dunia racing. Tokyo Drift what? Ini Mount Akina drift..

Green Hornet


Rezeki Jay Chou boleh berbahasa Inggeris dengan baik jadi dia berpeluang mengembangkan karier di Hollywood. 

Aku suka lakonan Jay Chou sebagai Kato dalam filem ni sebagai sidekick kepada Green Hornet lakonan Seth Rogan sebab dia berpeluang tunjukkan skill martial art.  Aku tak puas hati betul masa watak Cameron Diaz reject dia. Why woman? Why? Dahla Kato pandai buat kopi dan modified kereta.

Curse of The Golden Flower


Antara filem yang mempunyai sinematografi yang sangat cantik. Kalau suka filem tentang pergolakan dalam istana zaman maharaja China dulu-dulu bolehla layan. Cuma kalau tengok yang versi tanpa potongan jangan tengok dengan anak-anak ye.

OKlah tu je nak share. Hari ni hari malas tapi update jugak blog sebab dah berhabuk. Thanks for reading!

Read More

Merhaba Turki Part 6.1! Anıtkabir, Ankara - Makam Mustafa Kemal Attartuk

Tuesday, 3 January 2023

Assalamualaikum dan hai semua! Perjalanan dari Cappadocia ke Ankara mengambil masa lebih kurang 3 jam 30 minit. Berhenti sekali untuk toilet break dan di tasik garam - Tuz Golu. Sebaik tiba di Ankara, kami dibawa ke ke Makam Mustafa Kemal Atatürk atau dalam bahasa Turki disebut Anıtkabir. Entahlah sebutan macamana, kerana ia dieja dengan huruf i tanpa titik.


Sedikit sejarah tentang Mustafa Kemal Atatürk. Sumber : Britannica

Lahir pada tahun 1881 di Salonika [kini Thessaloníki], Greece ; meninggal dunia pada 10 November 1938, di Istanbul, Turki. Seorang askar, negarawan, pengasas dan presiden pertama (1923–38) Republik Turki. Beliau memodenkan sistem perundangan dan pendidikan negara dan menggalakkan penggunaan cara hidup Eropah, dengan bahasa Turki ditulis dalam abjad Latin dan dengan warganegara menggunakan nama gaya Eropah.

Atatürk menyelamatkan saki-baki warga Turki yang masih hidup dari Empayar Uthmaniyyah yang dikalahkan pada akhir Perang Dunia I. Dia memimpin rakyatnya menentang tentera Greek yang berusaha untuk memaksa penerimaan Pakatan Bersekutu (The Allied) oleh Turki di samping menangkis pencerobohan oleh tentera British, Perancis, dan Itali.

Mustafa Kemal Atatürk ni walaupun popular sebab jasa beliau, pada masa yang sama kurang disenangi rakyat Turki yang majoritinya Islam kerana mengamalkan pemerintahan sekular. Aku pernah baca di Facebook dan beberapa blog yang mayat Mustafa Kemal ni tak diterima bumi dan beliau mengalami azab untuk meninggal dunia! Sejauh mana kebenaran, hanya mereka yang berada di zaman dan tempat tersebut je boleh mengesahkannya. Wallahu'alam.

Pada tahun 1921, Atatürk menubuhkan kerajaan sementara di Ankara. Pada tahun berikutnya Kesultanan Uthmaniyyah telah dimansuhkan secara rasmi dan pada tahun 1923, Turki menjadi sebuah republik sekular dengan Atatürk sebagai presidennya. Dia menubuhkan rejim parti tunggal yang berlangsung hampir tanpa gangguan sehingga 1945.

Beliau melancarkan program pembaharuan sosial dan politik revolusioner untuk memodenkan Turki. Pembaharuan ini termasuk pembebasan wanita, pemansuhan semua institusi Islam dan pengenalan kod undang-undang Barat, pakaian, kalendar dan abjad, menggantikan skrip Arab dengan Latin. Di luar negara dia menjalankan dasar berkecuali, menjalin hubungan mesra dengan negara jiran Turki.

Sumber : BBC History


Aku tak sempat snap gambar pintu masuk sebab rushing. Parking jauh so driver drop kitorang seberang jalan. Nak masuk Anıtkabir ada askar yang jaga dan diorang akan check beg dulu terutama beg besar. Tak dibenarkan bawa bendera negara lain kecuali Turki sahaja. Aku seram sejuk kalau masuk tempat banyak askar jaga ni walaupun takde buat salah ataupun bawak barang terlarang. Siapa sama macam aku, angkat tangan!

Mustafa Kemal Atatürk adalah subjek 'sensitif' di Turki. So, berhati-hati kalau bercakap tentang beliau di tempat awam sebab ada pentaksub, ada juga pembenci. Tak semestinya dalam kalangan orang Turki, rakyat negara lain juga berbeza pendapat tentang beliau. So better borak pasal benda lain sebab politik ni isu sensitif yang tak sesuai dibualkan bersama orang tak dikenali. As for me, aku datang dengan fikiran terbuka dan ingin melihat dan menghidu sendiri kubur Mustafa Kemal Attartuk yang dikatakan busuk. Hurm..aku curious!

Tempat ni besar sebenarnya so pastikan ada tenaga untuk menapak

Tiada bayaran masuk dikenakan



Beberapa minit lepas kami sampai ke perkarangan The Ceremonial Ground ada upacara 'Changing Guards'. Sayangnya disebabkan fizikal aku yang rendah aku gagal merakam video dengan baik.  Ampunkan. 

Seronok jugaklah tengok sebab askar dia hensem-hensem. Hahaha. Aku wanita biasa, jadi jangan kecam sayaaaa.



The Mousoleum atau kawasan makam. Macam binaan Greek pun iya juga, mungkin kerana Attartuk sendiri asalnya dari sana.  


Nampaklah sekularnya sebab kalau kita pergi makam ulama atau pemerintah beragama Islam mesti akan jumpa ayat-ayat Al-Quran di dinding tapi di tembok berhampiran Anitkabir ada ukiran bercirikan Greek pula. Nak bacakan Al-Fatihah pun tak terluah.




Dalam kawasan makam ni akan nampak ramai lelaki Turki berpakaian kemas lalu-lalang sambil memerhatikan pengunjung. Diorang ni macam polis bantuan kat situ. Mungkin untuk mengelakkan pencerobohan atau sebarang kekacauan. 


Disebabkan rasa ingin tahu, sampai ke depan makam aku berdiri tapi takde pulak terhidu bau busuk seperti yang aku baca. Ada orang kata diorang dah letak minyak wangi untuk cover tapi Wallahu'alam. Tak berani aku nak tulis lebih-lebih takut jatuh fitnah pulak. Well at least aku dah sampai dan lihat sendiri makam pemerintah agung Turki ni. Semoga kisah beliau menjadi pengajaran kepada kita terutama para pemimpin. Dalam pada mengejar kemodenan, Islam tak perlu dibelakangkan sebaliknya dijadikan panduan. 

Nak bungkus bawak balik tak boleh, so kita ambil gambar jelah sebagai kenangan dengan awak yang helokkk sangat tu.



Selain dari makam, ada juga bangunan muzium yang menyimpan artifak Mustafa Kemal Attartuk seperti dokumen kerajaan dan gambar-gambar lama. Aku ralit spend masa lama di muzium. 

Gift shop pun ada, tapi majoritinya ada tulisan/ gambar Attartuk dan jauh lagi murah berbanding souvenir kat luar. Maybe ada subsidi kerajaan kot. Huhu. Ada T-shirt, pen, poster, mug, topi dan buku-buku tentang Mustafa Kemal Attaturk. Aku tak membeli sebab aku tak kenal sesiapa yang pro Attaturk yang akan appreciate kalau aku bagi. Gambar gift shop pun lupa nak ambil sebab dah rushing nak balik. 

Langit dah gelap weh. Macam biasa 'pose pening kepala' adalah trademark aku.

Tengok cuaca macam nak hujan so cepat-cepat berjalan keluar ke arah bas. So far lawatan yang menarik. Ada juga yang tak puas hati sebab dipaksa bawa ke sini mungkin kerana tidak gemar dengan stail sekular Attaturk. As for me, aku cuma seorang insan yang suka sejarah. Yang baik kita ambil pedoman, yang buruk biarlah Allah yang menghukum.

Apa pun semoga Turkiye akan terus menjadi negara Islam yang hebat di mata dunia...

Baca ni dulu : 
Read More