Showing posts with label hiburan. Show all posts
Showing posts with label hiburan. Show all posts

5 filem lakonan Jay Chou yang lagi best dari filem-filem Shamsul Yusuf

Saturday, 7 January 2023

Kung Fu Dunk


Antara filem Jay Chou yang aku tonton di wayang. Filem ini mengisahkan Fang, seorang anak yatim piatu yang mahir dalam kung fu Shaolin. Fang menggunakan kemahiran kung fu untuk menjadi bintang pasukan bola keranjang. Though banyak babak-babak yang tak logik tapi best dan kelakar jugak lah filem ni especially masa perlawanan basketball. Korang boleh tonton filem ni di Netflix.


To be honest, walaupun Jay Chou pelakon utama, watak Xiao Lan lakonan Baron Chen lagi menyerlah sebab dia hensem dan ada aura lelaki tersakiti. Hihi.

 Now You See Me 2


Jay Chou sekadar supporting actor bernama Li, anak kepada pemilik kedai magic Long dalam filem ini. Aku rekemen sebab NYSM dan NYSM 2 adalah antara filem favourite aku, bukan kerana lakonan Jay Chou wow dalam filem ni.

To be honest aku rasa dia bukanlah pandai berlakon sangat tapi pandai pilih watak yang sesuai dengan karekter dan riak muka takde perasaan.

Initial D


Filem yang diadaptasi dari manga Jepun. Jarang aku suka filem racing tapi sebab Edison Chen (kiri sekali) dalam poster adalah antara crush zaman remaja aku maka aku suruh abang aku cari VCD filem ni.

Dalam filem ni Jay Chou bawak watak Takumi, awalnya hanya menghantar tofu untuk kedai ayah dia tapi bila dah hari-hari buat drift, Takumi berminat nak join dunia racing. Tokyo Drift what? Ini Mount Akina drift..

Green Hornet


Rezeki Jay Chou boleh berbahasa Inggeris dengan baik jadi dia berpeluang mengembangkan karier di Hollywood. 

Aku suka lakonan Jay Chou sebagai Kato dalam filem ni sebagai sidekick kepada Green Hornet lakonan Seth Rogan sebab dia berpeluang tunjukkan skill martial art.  Aku tak puas hati betul masa watak Cameron Diaz reject dia. Why woman? Why? Dahla Kato pandai buat kopi dan modified kereta.

Curse of The Golden Flower


Antara filem yang mempunyai sinematografi yang sangat cantik. Kalau suka filem tentang pergolakan dalam istana zaman maharaja China dulu-dulu bolehla layan. Cuma kalau tengok yang versi tanpa potongan jangan tengok dengan anak-anak ye.

OKlah tu je nak share. Hari ni hari malas tapi update jugak blog sebab dah berhabuk. Thanks for reading!

Read More

Teori Konspirasi Doraemon - Ingatkan Giant anak yatim

Wednesday, 24 August 2022

 


Selama ni aku ingatkan Giant (nama sebenar : Gaudo Takeshi) ni suka buli orang sebab dia kurang didikan seorang ayah. Mak dia sibuk cari duit jadi dia terpaksa jadi man of the house. Ganas dia tu sebenarnya hanyalah self defence supaya orang tak buli dia sebab dia takde figura ayah nak protect dia.

Rupanya ayah dia hidup lagi. Mungkin parents dia dah bercerai. Giant pulak jadi sangat protective pada adik dia sebab tak nak Jaiko rasa kurang kasih sayang seperti lazimnya anak dari broken famili.

Selain tu pernah dengar teori yang Doraemon hanyalah khayalan Nobita yang depressed dan ada penyakit schizophrenia (personaliti berbilang)


Nampak sangat hidup aku bosan sampai takde konten nak update blog. Sebenarnyamoodyangtakde



Read More

Deepika Padukone - pakai track suit pun cantik!

Wednesday, 10 November 2021

 

Peminat filem Hindustan confirm kenal lah pelakon cantik manis bernama Deepika Padukone ni. Gambar terbaru ni diambil paparazzi di Airport sewaktu beliau pulang dari Dubai. Simple je pakai track suit dan kasut sukan. Orang cantik pakai apa pun cantik.

Imej ni sesuai dengan status terbaru beliau as duta Adidas. Aku pun intai-intai la koleksi AdidasXMerimekko yang nampak Deepika dok promote di IG. Tengok jelah, rasanya tak beli. Aku bukanlah kaki barang berjenama. If korang minat brand Adidas bolehla usha website diorang. 

Deepika antara pelakon era 2000-an yang aku minat. Ada a few filem dia yang aku suka iaitu:

Om Shanti Om - Suka sebab hero filem ni Shah Rukh Khan, set dan kostum 70 an yang cantik dan lagu-lagu best.


Yeh Jawaani Hai Deewane - Suka sebab hero dia Ranbir Kapoor comel giler dan jalan cerita yang menarik.

Bajirao Mastani - Hero filem ni suami Deepika sendiri, Ranveer Singh. Sesuai untuk yang suka filem sejarah dan cinta terlarang. Walaupun Deepika watak utama tapi aku rasa lakonan Priyanka Chopra as second heroin lebih menyerlah. 


Tamasha - Filem ni pun Deepika berlakon dengan Ranbir Kapoor. Filem romantik tapi turut membincangkan isu mental health. Part awal filem ni berlakon di Corsica, Perancis. Buat ko rasa nak try travel solo mana tau jumpa cinta sejati. Lol. Dalam filem bolehla. 

Chennai Express - Antara filem yang aku tak jemu tengok berulang kali sebab kelakar, lagu-lagu sedap dan ada mix budaya masyarakat India Selatan jugak. 

Piku - Filem tentang hubungan ayah dan anak. Deepika berlakon dengan Amitabh Bachan. Memang kelakar tengok perangai diorang sama-sama degil.

Korang ada tak yang dah tengok filem -filem aku mention ni? If dah share lah review. 

P/s: Maaf lah kalau allignment entry ni tunggang-langgang. Aku menaip di handphone. Penat duduk depan PC dari pagi. 

Read More

Tom Cruise dah tak kurus

Thursday, 14 October 2021


Maverick is that you?

Penampilan terbaru Tom Cruise menjelang umur 60 tahun yang mengejutkan dunia. Korang rasa kenapa Tom Cruise jadi macam ni?

- Kesan pembedahan plastik. Kemungkinan ini swelling selepas inject filler/ Botox untuk menegangkan kulit wajah.

- Berat badan naik. Bukan korang je tau naik badan sebab PKP, Tom Cruise pun sama

- Berat badan sengaja dinaikkan untuk watak terbaru. Ini perkara biasa di Hollywood. Pelakon di sana sanggup menaikkan atau menurunkan berat badan walaupun secara ekstrem demi memenuhi kehendak karekter.

- Side effect beksin Covid 19. Hahaha.

Ada peminat Tom Cruise kat sini? Kot lah ada yang tau jawapannya. Aku bukanlah peminat sangat. So far takde filem lakonan dia yang betul-betul melekat di hati. Minat sikit masa dia masih bergelar suami kepada Nicole Kidman, sebab aku memang minat Nicole Kidman, so lepas diorang bercerai, aku pun tak minat Tom Cruise dah. Emosi kan aku. Nasib baik time tu takde Twitter, kalau tak aku dah jadi netizen jahat gi serang page si Tom ni. Hehe.



Apa pun kita semua akan menjadi tua. Mana ada orang muda dan lawa selama-lamanya ye tak? Dok kaji muka Tom Cruise, muka sendiri pun hauk. Hihi. 

Tom Cruise jadi macam ni aku boleh terima lagi tapi kalau Johnny Depp atau Hugh Jackman, aku nangis.

p/s : Takde air, mood update blog pun takde.
Read More

10 on-screen Bollywood couple favourite aku

Wednesday, 22 October 2014

Assalamualaikum semua...

Sempena Deepavali, terdetik pulak hati nak buat entry ni. Sebab time Deepavali banyak cite Tamil dan Hindustan yang best ditayangkan kat TV. Harapnya lah kan! Kadang-kadang takde pun.

Memula aku ingat nak buat entry 10 filem Bollywood favourite aku, tapi rasa cam tak tau nak pilih mana satu sebab banyak sangat. So aku decide untuk go for 10 on-screen Bollywood couple favourite aku. Diorang ni bercinta dalam filem je tau. Luar filem aku tak tau ye, ni bukan blog gosip artis.

So, let's check it out...10 couple yang aku rasa chemistry diorang sangat kuat dalam filem. Pendek kata, gandingan diorang memang menjadi lah.

Preity Zinta & Saif Ali Khan
Comel sangat diorang dalam filem Kya Kehna (time ni Preity baru nak belajar berlakon) ngan Kal Ho Na Ho.

Rani Mukherjee & Salman Khan
Paling suka diorang dalam filem Kahin Pyaar Na Ho Jayee dan Hello Brother. Nampak serasi sangat.

Karisma Kapoor & Salman Khan
Satu lagi heroin yang aku suka tengok dengan Salman adalah Karisma. Favourite filem lakonan diorang adalah Dulhan Hum Le Jayange dan Chal Mere Bhai.

Aamir Khan & Juhi Chawla
Aku rasa diorang ni couple paling comel! Aamir Khan ngan Juhi memang banyak filem together, tapi aku paling suka diorang dalam filem Ishq dan Hum Hain Rahi Pyar Ke. Dalam dua-dua filem tu diorang memula gaduh tapi eventually fall in love. Sweet cam candy crush!

Kareena Kapoor & Hrithik Roshan
Maybe sebab dua-dua sama tinggi dan sama hot, so nampak cam pinang dibelah dua. Suka diorang dalam filem Kabhi Kushi Kabhi Gham dan Mujhse Dosti Karoge(walaupun dalam filem ni Kareena heroin kedua je). Depa ni pernah kena gosip.

Akshaye Khanna & Aishwarya Rai
Rasanya diorang ni ada dua je filem togeteher iaitu Aa Aab Laut Chalen ngan Taal.

Shah Rukh Khan & Juhi Chawla
Ha, mana boleh tinggal hero favourite aku ni kan. Filem dia dengan Juhi pun banyak tapi aku paling suka Yes Boss dan Duplicate.

Aamir Khan & Manisha Koirala
Manisha ni bukanlah pelakon yang aku minat sangat pun. Tapi siapa boleh lupa cerita Mann! Lagi satu aku suka filem Akele Hum Akele Tum. Cute sangat Aamir Khan dengan budak yang berlakon sebagai anak dia tu. Apalah khabar budak tu sekarang..

Saif Ali Khan & Karisma Kapoor
Kecomelan diorang terserlah dalam Hum Saath Saath Hain. Too bad tu je satu filem diorang berlakon sesama. Dah jadi kakak ipar sekarang ni memang tak lah kot. Awkward!!!

Save the best for last - Shah Rukh Khan & Kajol!
Mana-mana orang yang suka tengok hindustan akan setuju dengan aku. Chemistry diorang sangatlah menjadi. Macamana abang Ajay Devgan tak makan hati. Kan... Suka diorang dalam filem Kuch Kuch Ho Ta Hai, Dilwale Dulhaniya Le Jayange dan My Name Is Khan.

So..korang minat couple yang mana?

Semua image adalah hasil carian Google.

*autopublish*
Read More

Kegilaan aku terhadap drama-drama TVB

Thursday, 18 September 2014

Television Broadcasts Limited atau nama singkatannya TVB merupakan sebuah syarikat penyiaran di Hong Kong. Kalau kat Malaysia ni, TVB terkenal dengan drama-dramanya. Zaman remaja dulu aku suka tengok drama-drama TVB. Mungkin pengaruh rakan sebaya sebab sekolah menengah aku dulu ramai Chinese. In fact, dulu aku agak fasih berbahasa Kantonis sebab dok bergaul dengan diorang hari-hari. Sekarang ni kalau korang suruh aku cakap conform ke laut!

Aku suka tengok drama bersiri terbitan diorang sebab cerita Cina takde 'scene membazir masa'. Setiap babak dia significant, takde scene termenung, menangis sorang-sorang atau flashback yang entah apa-apa. Tu yang drama dia tak panjang meleret-leret dan yang paling aku suka adalah ending yang unpredictable. Cerita Cina selalunya banyak twist. Watak yang muka suci tu sebenarnya paling badass. Antara tema yang popular adalah drama korporat. Memang dioranglah juara sebab kita tahu orang Cina kan memang otak business. Selain dari tu, aku suka gak tengok kisah zaman Maharaja dan ada aksi kungfu. Cerita polis pun best jugak.

Just that cerita Cina ni kena follow betul-betul. Terlepas satu episod dah tak faham perjalanan cerita. Bagi aku, tu kelebihan yang membuatkan aku lebih suka cerita Cina berbanding siri televisyen dari negara-negara lain. Bukanlah nak kata yang lain aku tak tengok just that this one aku lebih prefer.

Antara drama-drama favourite aku adalah:

 At the Threshold of an Era
Siapa pilihan anda - Ah Tim atau Ah Hui?

 Burning Flame
Citer abang bomba. Yang ni sampai 3 season tak silap aku.

A Taste of Love
Tengok tajuk pun dah tau, cerita masak-masak

War and Beauty
Kisah gundik diraja, panglima dan permaisuri kuat jeles. Typical but I love it. Hehe. Aku memang suka costume drama macam ni. Selalu berangan nak pergi China posing tepi tasik dengan sanggul atas kepala.

Life Made Simple
Kisah this guy yang kureng sikit dan telah jatuh cinta kat best friend dia. Dia sayang gila kat that girl walaupun kawan dia dah ada boyfriend yang kacak bergaya. Memang cerita yang sangat touchy feely.

Kalau nak ikutkan ba...nyak lagi tapi aku tak ingat tajuk. Yelah, dah lama sangat kan. Tapi itu semuanya kenangan, sekarang ni dah malas nak commit kepada cerita bersiri.

Syok jugak buat entry mengenang kisah lalu macam ni...Oh ye, ini bukan entry cabar mencabar.

 *Scheduled publish* Aku mungkin sedang sibuk settlekan kerja dengan hati yang bengkak sebab opis blok game dalam FB...Huhuhuhu.
Read More

Mengkaji tema-tema telemovie raya

Monday, 4 August 2014

Korang suka tengok telemovie raya tak? Bagi aku, antara telemovie dan filem, aku lebih suka tengok telemovie time raya ni. Kecuali filem hindustan, hehehe. Aku prefer telemovie khas raya over filem sebab feel dia lain. Yelah, kalau filem tu takde beza pun kau tengok time raya korban ke, Krismas ke, Deepavali ke, tapi kalau telemovie Aidilfitri hanya seronok ditonton di bulan Syawal sahaja.

Berdasarkan pemerhatian aku yang memang hantu TV ni, antara tema-tema telemovie raya yang paling kerap digunakan produser drama adalah:

1.  Anak derhaka
Tema paling popular. Biasanya drama macam ni berunsur sedih. Aku rasa tema ni selalu digunakan sebab nak menggalakkan anak-anak yang dah melupakan ibu bapa mereka agar kembali ke pangkuan keluarga di hari raya. Yelah, kau buatlah ibadat banyak mana pun, kalau pegang status 'anak derhaka', takde maknanya pahala menggunung tu. Redha ibu bapa kan paling utama kalau nak berjaya dunia akhirat.

Personal favourite: Pondok Buruk. Lakonan Fauziah Nawi dan arwah Ismail Din. Memang tangkap leleh la! Jiwa kental pun boleh nangis..

2. Balik beraya
Biasanya kisah orang yang kerja di bandar nak balik beraya di kampung. Ada je halangan macam takde tiket, kereta rosak, kena rompak tengah jalan la dan macam-macam lagi. Biasanya berunsur komedi. Ada jugak yang sedih. Contohnya Daun Ketupat Kering lakonan Rusdi Ramli, Rosyam Nor, Fauziah Nawi, Rita Rudaini dan Intan Azura. This one memang sad ending. Huhu, kalau nak tengok cerita ni standby tisu banyak-banyak!

Personal favourite: Nak Balik Raya. Lakonan Johan,  Zizan, Nadia Mustafa n ramai lagi. Memang lawak tak hengat!

Antara scene dalam 'Nak Balik Raya'

3. Cari duit untuk raya
Watak utama cerita ni biasanya kalut nak cari duit untuk berhari raya sampai terlepas pandang ibadat sunat macam terawih dan tadarus. In the end diorang akan menyesal tu pun lepas dipulaukan oleh seisi keluarga yang dah pakat balik kampung tanpa diorang. Typical ending..

Personal favourite: Bahulu Gayah ke apa ntah tajuknya. Lakonan Shila Rusly dan arwah Hani Mohsin. Mix of komedi dan drama. Cik Gayah dalam telemovie ni sakan nak bisnes bahulu sampaikan anak dan laki berbuka dan sahur bahulu sepanjang hari. Lagi satu drama aku suka, lakonan Abby Abadi, Norman Hakim dan Remy Ishak. Abby dan Norman still together time shooting telefilem ni. Diorang ada kedai jahit dan Abby dok pulun ambil tempahan walaupun tak menang tangan. Tak silap aku tajuk dia Sabarlah Sabariah. Haha, main tibai je.

4. Perchentaan
Boleh jadi cerita sedih atau cerita komedi. Contohnya dua orang lelaki dok gaduh berebut sorang awek ke, bakal mertua tak suka each other ke ataupun cinta terhalang.

Personal favourite: Tak ada! Haha, aku kurang suka tema ni. Mungkin kerana aku hanya boleh hadam jiwang cerita hindustan, maka agak sukar menghayati jiwang drama Melayu.

5.Mak mertua yang mengerikan
Asas ceritanya sama..kahwin tanpa restu. Bila balik raya, mak mertua asyik nak cari salah. Biasalah kalau tak suka. Ayah mertua biasanya rileks je. Maka, bermulalah struggle seorang menantu untuk mendapatkan approval dan kasih sayang dari ibu mertua yang asyik nak cari gaduh je kerjanya.


Personal favourite :Menantu Mak Dara lakonan Arfah Damanhuri dan Shila Rusly sebab mak mertua dalam cerita ni memang vogue ala-ala wanita 50-an tapi menantunya si Shila ni, tentera yang sempoi. Memang huru-hara! Lagi satu, Rendang Untuk Mertua lakonan Fazura dan Wan Maimunah. Memang kesian tengok Fazura dalam cerita ni sebab mak mertua dia memang mimpi ngeri. Antara calon drama yang memerlukan penyediaan tisu sebelum menonton.

Telefilem favourite aku ni semua yang lama-lama. Tahun ni cerita takde yang best la. Korang plak cmane? Apa telefilem raya favourite korang? Share lah kat sini..

Till then..Selamat kembali bekerja!

*auto publish*
Read More

Lelaki di sebalik Boboiboy

Tuesday, 25 February 2014

Hari tu aku attend satu training kat office. Actually lebih kepada 'talk' for staff yang nak join. Truth be told aku berminat nak attend sebab nama penuh training ni adalah 'Lunch n Learn by Co Founder of Boboiboy, Nizam Razak'. 2 words...lunch dan Boboiboy. I would never say no to them!! Hahaha!!!

Selain dari lunch, another best part adalah 50 peserta awal akan dapat goodie bag!



Once dah settle down, Nizam Razak pun start story pasal diri dia. Alkisahnya, dia dulu student MMU. Untuk final year project,dia dan a group of friends buat 7 minutes animation bertajuk 'Misi Mustahak'. Turn out one of MMU students yang tengok video tu adalah anak sedara (tak silap aku la) Hajah Ainon, tuan punya Les' Copaque Production. Hajah Ainon dan Hj Burhanuddin ni entrepreneurs,  so company diorang ni memang buat macam-macam la bisnes. Diorang pun tengok video tu dan rasa cam tertarik je ngan talent Nizam dan kawan-kawan.

Dipendekkan cerita, diorang pun meeting untuk buat 3d movie animation. Nizam cerita masa mula-mula diorang nak buat 3d movie, ramai yang kurang menyokong idea tu. Kata takde market la, susah la, risky la... Aku respek giler kat diorang punya determination nak terbitkan juga animation tu, sehingga muncul idea untuk filem ' Geng Pengembaraan Bermula'.


Ramai orang tak tau, termasuk aku, idea untuk terbitkan Upin Ipin tu datang dari filem Geng, bukan the other way around! Lepas 3 tahun Upin Ipin bersiaran, barulah filem Geng siap sepenuhnya. Surprise kan? Bangga aku orang Melayu ada idea marketing yang sangat brilliant! Hasilnya filem Geng dapat kutipan almost RM 6 juta, big number untuk industri filem Malaysia.

In 2009, Nizam n the gang decide untuk keluar dari Les' Copaque untuk tubuhkan Animonsta Studios tanpa ada sebarang hard feeling seperti yang digosip mosip rakyat jelata sekalian. Business kan.. Bagus betul takde dengki-dengki walaupun diorang ni jadi pesaing..This company diorang build sendiri from scratch. Hasilnya...Animonsta Studios ni la yang produce Boboiboy yang korang suka tengok tu!! Orang Indonesia dan Filipina pun layan tau, kalau tak takkan la boleh dapat rating ke2 kat Disney Channel saluran 615.



The rest of the talk dia share pasal cara-cara nak jadi kreatif dan bekerja dengan creative people ni. So memang dapat tips berguna la seperti selalu bangun awal dan lakukan perkara di luar rutin.  Paling penting adalah be honest to yourself and do what you love most!

Before balik aku kena la tangkap gambar sebab aku memang honest orangnya , suka tangkap gambar. Haha.


Terbaik....comel gak si Nizam ni..

k bye!
Read More