Sydney Part10 - Tea with the Queen - Spring Trip Australia

Monday, 29 December 2014


Assalamualaikum semua! Cak!!!Lama tak sambung travelog Australia ni kan. Ayu tak gambar kak Sal kau kat atas ni? Cepat..cepat, sape kata tak ayu aku tak nak kawan! Penat edit taruk effect bagai! Ni gambar kat istana tau, nak minum petang dengan Permaisuri Australia. Eh cop, Australia ada permaisuri ke?

Pagi terakhir di Sydney, kitorang ke Queen Victoria Building. Nak ke sana, kitorang naik bas ke Central Station, pastu naik train ke stesen TownHall. Dah sampai stesen, senang je nak cari entrance ke QVB



Ipoh Limited? Kenapa Ipoh? Kenapa tak Kole Kangsor atau Tapah? Jangan tanya kat tourist tanpa guide macam aku ni. Confirm tak tau!

Tapi sebab aku baik, aku bagi jugak link untuk korang nak tau pasal Queen Victoria Building. Baca SINI.

Ramai tourists kalau ke Sydney memang nak ke Queen Victoria Building sebab deco bangunan yang betul-betul macam istana kat London. Bolehlah feeling macam gi England kejap.

The building from outside. Memang macam istana u olls! Takut entry ni banyak sangat gambar, aku collage aje..hihihi.

Just in case ada yang tertanya-tanya, gambar atas sekali tu poyo je. Aku duduk kat salah satu kerusi kat cafe dalam QVB pastu tangkap gambar. Waiter dia tak marah pun, siap senyum lagi. Berangan minum kopi kat sini dengan cinta hati, suatu hari nanti.

Bahagian dalam... QVB ni merupakan shopping complex. Tapi butik-butik high end lah. Coach or Burberry ada. Kalau cari Converse pah ceroh tak jumpa! Si kedekut macam aku memang takdelah beli apa-apa.

Oh ye, jika kalian ni golongan gadis yang suka selfie dalam toilet jangan lupa cari 'Ladies Room' kat tingkat atas sekali sebab toilet tu cantik. Lavatory for the Queen perhaps? Sampai QVB ni tetiba Bahasa Inggeris aku yang ala-ala Phua Chu Kang tu bertukar proper macam Kate Middleton. Lol!

Malam tu, kitorang meninggalkan Sydney. Kitorang ke airport dengan menaiki kereta sewa. Kalau nak nombor contact mamat Malaysia tu bolehla email aku, nanti aku bagi. Harga 50 AUD per trip. Murahlah berbanding naik teksi. Tak sure kalau naik bas cmane, tapi kalau korang nak naik train, boleh naik Airport Line dari Central Station.

Habis akhirnya travelog Sydney aku! Actually, ada satu tempat aku terkilan tak dapat pergi iaitu Bondi Beach, tapi malaslah nak cerita kat sini. Apa kurangnya pantai-pantai kat Malaysia kan. Benda-benda tak best tak usahlah dikenang. Merasa pegang kanggaru dengan tangan sendiri, tengok Opera House dan Harbour Bridge pun dah habis bertuah bagi aku. Biasalah kalau travel sendiri ni kena berperang dengan masa sikit. Struggle berbanding ikut tour guide. Tapi pengalaman sesat tu akan buat kita lebih hati-hati di masa akan datang.

Budget Sydney aku akan share kalau ada permintaan.

For more Sydney stories, jemput baca sini:
Bye Gold Coast, Helo Sydney!
Opera House and Harbour Bridge
Mencari Gunung Biru
Three Sisters Blue Mountain
Scenic World
Di mana Kasturi?
Oh my Darling Harbour
DFO and Paddys Market
Sydney I'm in love!

Kalau nak baca story kat Gold Coast, klik Travelog- Gold Coast

Tahun depan ke mana kita? Perancangan tu banyak, geng je takde..

Till then, thanks sudi baca! Cheerio!

*autopublish*

Read More

Banjir - bukan soal bersedia atau tidak

Friday, 26 December 2014

Ah..banjir. Ini Malaysia, apa nak dipelikkan dengan banjir. Saban tahun ia berlaku.

Sebab tu kita berani mendabik dada? Konon kita hebat sebab dah biasa?

Tapi banjir kali ni bukan calang-calang. Hampir seluruh Kelantan ditenggelami air. Hati aku sendiri dirundung resah sebab Mak, Abah dan kakak aku anak-beranak semua berada di Rantau Panjang. Walaupun kawasan rumah diorang berada sekarang ni air hanya takat-takat betis, tapi kemungkinan air naik itu ada. Petang tadi parents aku kononnya nak ke airport, nak balik KL naik flight, sebab tu je alternatif terakhir. Malangnya nak meredah ke airport pun tak lepas. In fact, Pengkalan Chepa tu sendiri dinaiki air. Cuma kawasan airport tak terjejas sebab di kawasan tinggi.

Aku minta mereka stay saja kat sana. Risiko memandu dengan tanah runtuh di sini sana. Tapi, sampai bila? Kalau pun mak ayah aku lepas balik KL naik flight, kakak dan abang ipar aku anak-beranak cmane?  Mana dengan anak-anak sedara aku yang masih kecil. Ya Allah, risaunya aku sekarang ni, Tuhan saja yang tahu!


Bila jadi banjir, antara yang menarik perhatian adalah ahli politik. Terbaca satu sharing di FB yang aku rasa sangat relevan. Ahli politik kalau tak turun dikata tak perihatin. Kalau turun dikata memancing undi. Serba salah kan? Tapi tulah harga yang diorang perlu bayar bila dah berjanji nak berkhidmat untuk rakyat. Tapi ada gak yang berkhidmat dengan ikhlas. Memanglah nampak diwar-warkan media sebab memang tugas reporter dan photographer untuk snap dan report berita-berita macam tu. 

Bab ni aku tak nak komen sangat tapi kadang-kadang aku tak kenan gak diorang turun, terutama yang kekwat tu. Bila diorang turun, mesti heret bodyguard dan pada masa yang sama, bodyguard diorang bertanggungjawab memastikan YB diorang ni selesa. Dah kata keadaan macam tu, nak selesa cmane plak! Tapi tak semua. Kan ada perumpaan.ikhlas tu umpama semut yang hitam, di atas batu yang hitam, di tengah malam yang gelap. Dia ikhlas atau tidak, tu antara dia dengan Tuhan. Kau siapa nak persoalkan. Letak kejap perbezaan politik kat tepi please...

Lagi satu aku menyampah - heret hal kenegerian dalam bab banjir. Ada a few macam tu. Nak share something aku baca dalam FB. Seorang budak, yang kononnya dari negeri Johor, kata banjir Pantai Timur ni sebab diorang banyak dosa blablabla. Pastu ada plak orang-orang negeri Johor yang komen 'mintak maaf, kami tak macam tu, dia seorang je...' blablabla. Soalan aku : Apasal kita pulak nak mintak maaf? Admin page tu yang patut mintak ampun dengan Allah sebab bila dia share screenshot status macam tu, dia saja nak orang bergaduh.

Banjir..pun orang boleh ambil peluang nak timbulkan sentimen kenegerian. Orang-orang macam ni memang mintak kena rendam dalam Sungai Golok!

OK, sabar Sal sabar...agak emo di situ ye... Maaflah, aku risaukan mereka. Bukan setakat ahli keluarga aku, tapi semua rakyat Malaysia yang terjejas.

Misi bantuan di Manek Urai

Bila baca berita pasal banjir, rasa nak nangis. Memang bukan mudah, tapi ada gak complain tahap kecekapan pasukan keselamatan. Patutnya kita doakan keselamatan diorang. Ingat tugas diorang semudah tugas kita duduk depan monitor, tekan-tekan keyboard?

Banjir, ini bukan soal bersedia atau tidak. Ini musibah Allah..hebat mana pun persediaan awal kita, kita hanya manusia.

Kalau tak mampu membantu, jangan burukkan keadaan. Teruskan berdoa untuk mangsa banjir. Kasihan pada yang anak-anak kecil, orang tua, kaum wanita. Duduk bersesak-sesak. Makan cmane, aurat cmane. Sayu hati nak bayangkan. Yang berlindung di bukit-bukit entah macamana lah..takde bumbung apatah lagi dinding. Yang dekat hospital tu pun sengsara. Bukan senang petugas nak bertugas kalau ketiadaan elektrik. Semoga Allah beri mereka kekuatan dalam menghadapai cabaran kali ini.

Soalan utama, lepas banjir ni surut, lepas bencana ni reda..adakah kita akan kembali leka? Allahu..aku juga pendosa macam kalian, cuma dosanya berbeza.


2014.. tahun yang perit untuk rakyat Malaysia. Pun kenapa kita masih tak sedar lagi?

Read More

Hasil tangkapan di Big Bad Wolf

Monday, 22 December 2014

Assalamualaikum semua! Siapa yang dah pergi Big Bad Wolf Sale kat MIECC, Seri Kembangan? Banyak tak korang habis? Aku sebenarnya tak plan pun nak ke sana. Buku yang aku beli dua tahun lepas pun tak habis baca lagi! Aku ni bukannya rajin sangat membaca, tapi kadang-kadang rasa nak chill duduk rumah bertemankan buku dan secawan latte. Pure bliss!!

Entry aku ni bukan bertujuan nak iklankan event tu, sebab dah habis dah pun. Just nak tunjuk hasil tangkapan aku kat korang je. Masa aku pergi ni dah last day, banyak buku-buku best dah habis. Just that time tu aku dah memang ada kat Mines, tengok Manisnya Cinta di Cappadocia. Alang-alang sampai situ, kawan aku pun ajak usha kejap. Well, why not?


Untuk aku, hey, untuk aku... 'Blood Born - Kathryn Fox', 'Dying for Mercy - Mary Jane Clark' dan 'The Separation - Dinah Jefferies'.  Blood Born dan Dying for Mercy tu murder mystery, genre favourite aku. Aku suka cerita 'sape-yang-bunuh' cam Detective Conan tu. The Separation tu pulak pasal keluarga British yang tinggal di Tanah Melayu pada zaman sebelum merdeka. Memang aku suka baca buku setting zaman dolu-dolu ni.


Ni buku untuk anak-anak sedara. Takdelah asyik main game n tengok Tv je!


Fridge magnet and button badge, buat kenangan. Macamlah kena naik kapal terbang nak sampai ke Mines ni. P.O.Y.O sikit nampaknya haku..


Kat luar dewan ada booth jual button badges. I'm so a sucker for button badge! Kalau nak bagi aku hadiah, bagilah button badge.

Tu jelah kot, dah nak dekat masuk waktu kerja. Oh weekend, y u no stay? Ngantuk..gara-gara layan Liverpool vs Arsenal malam tadi. Good game anyway, walaupun seri!

Thanks sudi baca guys! Sayang korang!


Read More

Manisnya Cinta di Cappadocia - Manis sangat pun tak sedap

Sunday, 21 December 2014

Daripada I bawak you, baik I bawak bersabar, bawak bertenang..


Ada dua sebab aku nak tengok filem ni : Shaheizy Sam dan Fazura. OK tipu, satu je sebab - Fazura. Kalau hero dia somebody yang aku tak kenal pun aku akan tetap pergi tengok. Aku memang minat Fazura dan aku berharap lakonan dia dalam filem ni tak streotype cam filem-filem dia yang lepas.

Filem ni mengisahkan Ifti Liyana (Fazura) yang baru lepas frust dengan ex-boyfriend dia. Tiba-tiba muncul seorang lelaki bernama Nazmi (Shaheizy Sam) yang beria-ia nak memenangi hati Ifti. Sampaikan bila Ifti ke Turki untuk work trip, dia pun ikut sekali. Dari situ bermulalah babak-babak sweet overload boleh kena diabetes. Hehehe.

Seperti dijangka, 'Manisnya Cinta di Cappadocia' penuh dengan babak-babak comel, dialog yang witty dan sweet cam cotton candy, view yang awesome buat kau teringin nak terbang ke sana (Turki kot!),set yang vintage dan colourful serta elemen imaginasi ala 'Secret Life of Walter Mitty'. Tapi somehow, bagi aku cerita ni terlampau sweet sampai ia jadi predictable. Memanglah ni romantic comedy, bukan siri penyiasatan Kindaichi tapi kalau semua dah boleh diagak, aku jadi bosan.


Gitu-gini pun, aku memang puji elemen kekeluargaan yang ditampilkan dalam cerita ni. Time babak Eja tu aku rasa nak nangis.. Babak adik Ryqal dengan Faizal Hussein pun sama. Aku bab jiwang ni kureng sikit, tapi kalau filem tu ada babak kekeluargaan, mohon sediakan tisu banyak-banyak!

Kalau korang tanya aku, cerita ni aku recommend ke tidak, jawapan aku : terpulang! Kalau korang ni suka romantic comedy, suka adaptasi novel (ye, ni filem adaptasi) maybe korang akan jatuh cinta ngan cerita ni. Aku suka romantic comedy, tapi bagi aku filem ni terlampau sweet. Well, lain orang lain pendapat kan. Yang pasti, kalau korang peminat filem-filem Bernard Chauly silalah tonton. Kawan aku kata ni filem terbaik beliau. Aku rasa 'Istanbul Aku Datang' best lagi.

Kalau orang ajak tengok lagi, aku OK je. Hihihi. Dan kalau Shaheizy Sam nak ajak I olls naik belon udara panas kat Cappadocia pun boleh. Takut tinggi? Eh, takdelah..korang salah orang ni..

Till then, thanks for reading.

Read More