Assalamualaikum dan hai semua! Ke mana la merayap si Sal ni tau, sampai ke Putrajaya. Tau lah ni musim pilihanraya, takkan lah nak pergi berkempen pulak!
Ha, actually naik je MRT aliran Putrajaya, tapi tak sampai pun ke tempat hangat yang berebut ahli politik Malaysia nak 'tawan' tu. Aku ke rumah adik di Sungai Buloh lepas balik kerja so dari office naik MRT. Taulah aku kan, kalau tak soal hidup mati korang takkan nampak aku pegang stereng. So naik public transport adalah pilihan terunggul. Ya, just so u know sekarang dah kerja office so dah tak dapat curi masa update blog. Malam dah penat sangat dan ada tanggung jawab lain juga. Eh ingat takde anak dan laki tak payah buat kerja rumah?
Anyway, dari Pasar Seni, aku naik MRT sampai stesen terakhir, Kwasa Damansara lepas tu transit ke Sungai Buloh. Walaupun selalu naik public transport, tetap juga tertanya-tanya sebab ni kali pertama. MRT 2 telah dibuka dari bulan Jun 2022 dan dijangka dibuka sepenuhnya Januari 2023. Tak sabar!
Rupanya senang aje. Keluar je pintu tren dah terus nampak platform nak ke aliran Putrajaya. Memang depan mata, tak payah turun naik tangga. Kot kalau tak pasti jugak tanyalah orang.
Peak hour balik kerja, ramai manusia
Aliran baru, tren pun baru. Nampak masih berkilat dan berseri warnanya.
Tren yang digunakan dari luaran nampak berbeza dari tren MRT Aliran Kajang dan Kwasa Damansara yang biasa aku lihat. Mungkin dikeluarkan oleh pengilang berbeza. Kalau korang pengguna tegar MRT mesti perasan. Even rekabentuk kerusi dan tiang pun berlainan.
Sewaktu entry ini ditaip, MRT aliran Putrajaya hanya pergi sejauh Kampung Batu sahaja. Stesen-stesen lain masih belum dibuka. Jauh jugak coverage aliran ni. Sungai Buloh ni terletak di bahagian utara Selangor, Putrajaya pulak di bahagian selatan. Memang projek mega lah. Harap dapat memanfaatkan rakyat sebaiknya. Untuk info terkini boleh layari
laman web MRT Corp
Semoga public transport di Kuala Lumpur bertambah baik supaya dapat membantu mengurangkan masalah kesesakan. Bercinta betul dah kena pergi office sekarang ni. Naik bas sekangkang kera dari rumah ke stesen lrt pun terpaksa melayan jem. Tu nasib baik orang lain drive tu, kalau sendiri drive mau menangis.
Sebenarnya bagus work from home sebab boleh kurangkan traffic jam, tak membazir masa dan tenaga pergi balik kerja dan tak terkejar-kejar nak balance komitmen keluarga dan kerja tapi itulah orang ingat kita malas. Haih.
Eh apa da melalut. Nah payung gambar muka berlemuih tunggu adik amik kat stesen MRT. Bab tambang aku tak ingat pulak sebab aku guna
pas sebulan MY50. Naiklah segala mak nenek public transport RapidKL dengan kos RM50 sebulan. Hanya untuk warganegara, so kena beli pas ni guna IC di kaunter RapidKL. Memang berbaloi.
Tu je nak cerita. Ampunkan kalau allignment macam MRT kena palu sebab menaip pakai HP sahaja.
Read More