Kali pertama naik MRT 2 - Putrajaya Line

Friday, 4 November 2022

Assalamualaikum dan hai semua! Ke mana la merayap si Sal ni tau, sampai ke Putrajaya. Tau lah ni musim pilihanraya, takkan lah nak pergi berkempen pulak! 

Ha, actually naik je MRT aliran Putrajaya, tapi tak sampai pun ke tempat hangat yang berebut ahli politik Malaysia nak 'tawan' tu. Aku ke rumah adik di Sungai Buloh lepas balik kerja so dari office naik MRT. Taulah aku kan, kalau tak soal hidup mati korang takkan nampak aku pegang stereng. So naik public transport adalah pilihan terunggul. Ya, just so u know sekarang dah kerja office so dah tak dapat curi masa update blog. Malam dah penat sangat dan ada tanggung jawab lain juga. Eh ingat takde anak dan laki tak payah buat kerja rumah? 

Anyway, dari Pasar Seni, aku naik MRT sampai stesen terakhir, Kwasa Damansara lepas tu transit ke Sungai Buloh. Walaupun selalu naik public transport, tetap juga tertanya-tanya sebab ni kali pertama. MRT 2 telah dibuka dari bulan Jun 2022 dan dijangka dibuka sepenuhnya Januari 2023. Tak sabar!

Rupanya senang aje. Keluar je pintu tren dah terus nampak platform nak ke aliran Putrajaya. Memang depan mata, tak payah turun naik tangga. Kot kalau tak pasti jugak tanyalah orang. 

Peak hour balik kerja, ramai manusia

Aliran baru, tren pun baru. Nampak masih berkilat dan berseri warnanya. 

Tren yang digunakan dari luaran nampak berbeza dari tren MRT Aliran Kajang dan Kwasa Damansara yang biasa aku lihat. Mungkin dikeluarkan oleh pengilang berbeza. Kalau korang pengguna tegar MRT mesti perasan. Even rekabentuk kerusi dan tiang pun berlainan.

MRT 2 Route 

Sewaktu entry ini ditaip, MRT aliran Putrajaya hanya pergi sejauh Kampung Batu sahaja. Stesen-stesen lain masih belum dibuka. Jauh jugak coverage aliran ni. Sungai Buloh ni terletak di bahagian utara Selangor, Putrajaya pulak di bahagian selatan. Memang projek mega lah. Harap dapat memanfaatkan rakyat sebaiknya. Untuk info terkini boleh layari laman web MRT Corp

Semoga public transport di Kuala Lumpur bertambah baik supaya dapat membantu mengurangkan masalah kesesakan. Bercinta betul dah kena pergi office sekarang ni. Naik bas sekangkang kera dari rumah ke stesen lrt pun terpaksa melayan jem. Tu nasib baik orang lain drive tu, kalau sendiri drive mau menangis. 

Sebenarnya bagus work from home sebab boleh kurangkan traffic jam, tak membazir masa dan tenaga pergi balik kerja dan tak terkejar-kejar nak balance komitmen keluarga dan kerja tapi itulah orang ingat kita malas. Haih. 

Eh apa da melalut. Nah payung gambar muka berlemuih tunggu adik amik kat stesen MRT. Bab tambang aku tak ingat pulak sebab aku guna pas sebulan MY50. Naiklah segala mak nenek public transport RapidKL dengan kos RM50 sebulan. Hanya untuk warganegara, so kena beli pas ni guna IC di kaunter RapidKL. Memang berbaloi.

Tu je nak cerita. Ampunkan kalau allignment macam MRT kena palu sebab menaip pakai HP sahaja. 

35 comments

  1. Bagus rakyat Msia pandai dah beratur hehehe.... ok la senang kluar tren jumpa tren lain, dah up to date tren kat Msia skrg ni...Keep it up!!

    ReplyDelete
  2. Orang KL untunglah ada MRT bagai. Hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang Melaka untung gak, ada monorel. Haha

      Delete
  3. betul tu, public transport ni byk membantu...but kena betul2 la.. but now nampak dah makin banyak kan...layan sebenarnya public transport ni kalau dah jadi rutin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan, kemudahan dah disediakan guna je la. Ada banyak lagi perlu diperbaiki tapi dah banyak juga yang makin mudah

      Delete
  4. ms kerajaan beritahu MRT Putrajaya line dah buka, sy punyalah excited. pegi rumah mak cik. tp bla sampai, tak ada pun tren tu lalu kt dpn rumah dia (sg besi) rupanyaaaa.... dia buka berapa kerat je... hahahha... tipah tertipu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Sabor cik Tipah. Dah bukak nanti kita naik hujung ke hujung sampai lebam

      Delete
    2. yg kat TRX tu yg rumit sikit. kan byk construction kt situ. kn pula mrt bwh tanah. kt dpn rumah stesen mlm2 buka lampu so kalau yg tak tahu tu mungkin sangka ada tren😁

      Delete
  5. Kalau senang dah rasa selesa guna public transport why not kita gunakan je kemudahan yang ada. Haritu ada lalu juga MRT Putrajaya..Tak ramai orang. Boleh dikira. Lepas tu tanya anak buah, katanya stesen tu laluan dia limited macam Sal cakap. Patutlah sunyi je tak ramai orang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan tak ramai, kalau stesen belum buka memang pekerja je kot ada kat situ.ya,kemudahan ada kita guna je

      Delete
  6. Elok je tersusun Sal, walaupun buat entri pakai hp.

    Akak pun sangat berharap public transport kita bertambah maju. Bolehlah kurangkan sesak jalan raya dan bantu orang ramai jimatkan kos sara hidup.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Kos naik public transport ada masa lagi murah dari drive sendiri.

      Delete
  7. saya belum pernah naik mrt seperti ini

    ReplyDelete
  8. Malaysiaku tambah maju. Moga terus makmur.

    ReplyDelete
  9. Bestnya..
    Seronok tengok Sal..
    Jalan sana sini sendiri dengan berani..
    Ibu Aqil kagum.. Xoxo
    Jaga diri yer dek..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Terpaksa beranikan diri kak. KL selalu jam, susah orang nak ambil dan jemput so kena pandai gerak sendiri

      Delete
  10. saya rumah dekat juga dengan putrajaya tpi belum pernah naik lagi mrt 2 ni. balik2 naik mrt kajang kwasa sentral je xD

    dari platform kwasa damansara tu dia boleh link terus ke mrt putrajaya ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya,keluar tren je dah nampak platform ke MRT aliran Putrajaya

      Delete
  11. Owh dah naik. Kita belum naik lagi.

    ReplyDelete
  12. ooh Kwasa Damansara tu tempat ofis lama wak sblm pindah ke Cyberjaya., ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Patutlah takde rumput kat sini, dah habis Wak potong

      Delete
  13. la ni naik mrt ja sal gi mana2 destinasi dia sampai..jimat belanja sbb free

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang dah kena bayar dah MRT 2. Tapi guna pas tu berbaloi la

      Delete
  14. Sepanjang hidup cik mimi ni kan, boleh kira pakai jari bape kali merasa naik transport awam ni. Hahaha..
    Kalau suruh bergerak sorang sorang, rasa tak berganjak dah. Penakuttttt.. 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab keperluan cik mimi. Nak gi kerja lagi, kita takde suami kenalah tanggung diri sendiri. Huhu

      Delete
  15. Naik MRT je senang, tak risau jem kan..

    ReplyDelete
  16. nampak selesa dan tak ramai sgt org kan

    ReplyDelete
  17. nampak masih ada penjarakan sosial bagus la

    ReplyDelete
  18. Wah.. Bagusnya menunggu dalam barisan.. Kalau tak tu berebut je..
    Nak kena bawa anak-anak naik MRT ini..

    ReplyDelete
  19. kalau masuk kl ni memang nampak ada lg pembinaan lrt, mrt. semoga cepat2 siap boleh kurangkan kesesakan

    ReplyDelete
  20. one thing, bab beratur tu, i love love sgt, Sal.
    proper sgt. tak la berebut mcm dolu kala.
    mcm nanti nak kena try la naik ni ke putrajaya.
    saje jalan2 merasa suasana dgn anak-anak.

    ReplyDelete
  21. belum pernah naik lg MRT2, tunggu phase 2 buka next year...

    ReplyDelete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah