Assalamualaikum dan hai semua! Setelah 2 tahun lebih tak naik flight, dapat jugak lepas rindu, tapi tak jauh pun. Dalam Malaysia je. Flight KL ke Kota Bharu hanya mengambil masa 1 jam 10 minit.
Dari rumah, aku naik Grab ke KLCC, then naik LRT free ke KL Sentral sempena RKLFR. Rapid KL 30-Day Free Ride (RKLFR) adalah tawaran 30-HARI PERJALANAN PERCUMA kepada semua pengguna Rapid KL dari 16 Jun sehingga 15 Julai 2022. Senang je nak nikmati kemudahan percuma ni, tap Touch n Go masa masuk dan keluar, free of charge. Kalau takde kad TnGo, sila download apps MyRapid PULSE. Eh iklan pulak.
Sampai KL Sentral, aku terus turun ke stesen bas untuk naik bas ke KLIA2. Option naik bas ni lebih jimat berbanding naik KLIA Transit atau KLIA Ekspress. Sewaktu entry ini ditaip, harga tiket adalah RM15 dan perjalanan setiap setengah jam sekali. Check kekerapan pakai apps RedBus je sebab tak tau waktu dan hari lain banyak perjalanan ke tidak. Aku pergi ni hari Sabtu. Ramai jugak orang.
Tapi kalau naik bas, kena bersedia untuk tanggung risiko jalan jam. Since aku pergi awal, so takdelah resah walaupun perjalanan 1 jam ke KLIA2 jadi hampir 1 jam 20 minit.
Sampai airport, terus menuju ke bahagian Departure. Ingatkan nak singgah makan di Food Court Quizin KLIA2 tapi dah tutup. Selalu suka makan situ sebab murah dan banyak pilihan. So, carilah kedai lain. Tak tau nak makan apa pulak so tapau Hot n Roll je sebab kat rumah dah breakfast. Later aku google, rupanya sekarang tinggal Food Arcade di Arrival Hall sahaja.
Apa-apa pun, kita timbang beg dulu. Macam yang aku cerita dalam entry INI, aku ada Thoracic Scoliosis. Pengidap Scoliosis tak digalakkan bawak beban di belakang lebih dari 10% berat badan sendiri. Paling banyak pun 15%. Tapi personally bagi aku, 10% tu cukup dah. If lebih dari tu aku akan rasa sakit belakang.
Sekarang ni check in pakai website dan apps sahaja sebab Air Asia nak limitkan interaksi penumpang dengan staf kaunter. Hanya ke kaunter kalau ada kes khas atau masa nak check in tu dapat notification dari Air Asia supaya minta jumpa petugas sebab ada isu.
Ini kali pertama aku beli tiket dan check in pakai apps. Senang rupanya. Cuma, berhati-hati masa isi nama penumpang sewaktu nak beli tiket. Salah ejaan walaupun satu huruf, leceh nak tukar. Masa aku beli tiket, aku terlupa letak 'binti' padahal nama aku di I/C ada binti. Nervous jugak masa hulur 1/C pada petugas KLIA2 sebelum masuk ke Domestic Gate. Alhamdulillah untuk flight domestik OK je. If takde bin, binti, A/L, A/P still boleh lepas. Tapi, untuk flight international jangan cari pasal ye. Kena sama sebijik dengan nama dalam passport.
Check in pakai apps, akan dapat E Boarding Pass. Tak perlu print. Tapi kalau ada luggage yang nak dicheck in, print 'bag tag' di airport je nanti. Aku bawa carry on je sebab aku seorang dan setakat pergi 4 hari 3 malam. Bagus E Boarding pass ni. Jimat kertas dan duit print. Print bukan murah weh. Boleh check in pergi dan balik siap-siap.
Perjalanan smooth. Rezeki walaupun tak beli seat, dapat duduk sebelah tingkap. Seronok tengok sayap kapal terbang membelah awan. Cuaca cantik sangat. Flight kalau setakat dalam semenanjung tak terbang tinggi so tengok bawah nampak bangunan macam model lego. Cuma satu je tak best, masa dah nak sampai Kota Bharu, nampak hutan-hutan yang dah togel dan Sungai Kelantan yang keruh macam teh tarik. Alahai sakitnya mata.
Wah, perjalanan sudah bermula. Langkah pertama membawa beribu-ribu langkah seterusnya. Selamat memulau.
ReplyDeletenantikan sambungan ye..
Deletewah..bestnya g pulau..:)
ReplyDeleteSELAMAT BERCUTI DI PULAU PERHENTIAN SAL
ReplyDeletebalik dah kak PI. hehe
DeleteHehe berani pula Sal ajak orang putih naik teksi sama.
ReplyDeleteAda bahagian Sal berani ada bahagian yang takut.
di negara sendiri, apa nak takut. or maybe sebab kerja saya dah biasa berbual dengan tourist
DeleteAuuuww..ex klate ka haha
ReplyDeletehahaha. memori daun pisang je semua tu Mak
DeleteSuka baca journey sahabat ke tempat yang best.
ReplyDeletesekadar berkongsi. nanti saya sambung ya
Deletewarrghh,... kita pun berani tp takut nk travel sorang wkakaka... so kita salute kat awak coz at least travel sorang2 setakat baca ni hehe
ReplyDeletedalam Malaysia je kak. kalau saya pergi oversea sorang baru layak dikagumi.
DeleteBestnya....4 kilo je beg kalau akak le emm memang lebih kilo kut entah apa aku bawak pun tak tau le tu
ReplyDeletepergi tempat panas kak. kalau tempat sejuk, 4kg tu lepas winter coat je. huhu
DeleteTengok timbang tu, wah…berat Sal 43kg je.
ReplyDeleteMemang traveller sejati ni, tak kisah pun tegur mat saleh utk share tambang 👍🏽
nak jimat kenalah berani. haha. lagipun kesian tengok diorang terpinga-pinga nak pergi mana
DeleteAdehh! baca post Sal yang ni teringat tahun 2012 Mrs. A pernah juga bercuti ke Pulau Perhentian Kecil dengan kawan-kawan office lama a.k.a girls day out. Masa tu lepak kat Mohsin Chalet
ReplyDeletesaya pun pernah ke Perhentian tahun 2010 tapi lupa dah nama chalet kitorang duduk tu
Deletesolo trip ke ni Sal?
ReplyDeleteyup. kali pertama travel solo ke pulau. selalunya atas darat sahaja. hehe
Deletebelum lg jejak airport & naik kapal terobang sejak pandemik...sporting couple mat saleh tu..
ReplyDeleteperamah jugak. terutama yang perempuan. ayat tak boleh blah dia kata ramai orang Malaysia diorang jumpa sokong LIverpool
DeleteYeah!! Dah mula langkah untuk travel..
ReplyDeleteTak sabar menanti cerita di Pulau pula..
Insha Allah. Cerita pulau coming soon
Deletewehh syoknya sal pergi Pulau Perhentian! salute betul sebab berani travel solo!
ReplyDeleteDemi nak travel. Solo pun jadi. Haha
Deletelama nyer x jejak kapal terbang, sal.
ReplyDeleteteringin... tapi tak tau nak ke mana :) ha ha ha ha...
nak ke sabah, shopping mutiara.
tapi masa takde hu hu hu hu....
camping lagi best kak Aida dari shopping
DeleteOh inilah titik mula kembara solo Sal :)
ReplyDeleteyeay! Finally Sal dah terbang. Dalam negara warm-up dulu. Perjalanan ke Pulau ni agak costly dan mencabar jugak banyak perhentian naik bas naik flight naik kereta. Pergi dalam group boleh tong tong sikit.
ReplyDeletehebat awek KL travel solo merentas pantai dan pulau., ;p
ReplyDelete