Semalam aku bawak Abah check up gara-gara jatuh motor seperti yang aku ceritakan dalam entry INI. Terima kasih kepada semua yang mendoakan. Alhamdulillah bila xray, nampak pertumbuhan tulang baru di pergelangan yang retak. Masih kena pakai simen lagi 3 minggu. Luka pun dah makin kering walaupun tukang cuci luka kat rumah ni takde tauliah. Hehe.
Datang hospital setelah sekian lama, melihat pelbagai ragam manusia adalah sesuatu yang menginsafkan. Betapa besarnya nikmat sihat. Lebih berharga dari segala kekayaan dunia.
Berada di hospital juga buat aku bersyukur dan berterima kasih pada kerajaan dan petugas kesihatan awam. Walaupun kena tunggu lama, tapi harga murah, ubat percuma dan servis yang kadang-kadang lagi bagus dari hospital berbayar. Bukan aku nak puji sebab adik aku kakitangan hospital kerajaan ye, tapi aku dah tengok banyak sakit yang dirawat dengan baik oleh hospital kerajaan. Sebabnya diorang merawat sebab tak nak kita datang balik, so diorang buat betul-betul supaya kita sembuh.
Anyway, kalau korang ada pengalaman kurang baik dengan hospital kerajaan, aku bersimpati. Tak boleh pukul rata atau puji sampai tak nampak langsung cacat cela kan. Setiap orang ada kisah masing-masing. Boleh kongsi di ruangan komen untuk pedoman bersama.
Klinik ortopedik dekat dengan unit pskiatri. Teringat memori lalu. Pernah suatu masa aku menjadi pengunjung berulang hampir setahun. Hidup berteman pil anti depresi untuk menstabilkan emosi. Cuti tahunan banyak digunakan untuk berjumpa doktor psikiatri atau sesi kaunseling. Boleh dikatakan ia merupakan lowest point of my life.
Sakit yang orang tak nampak dan susah nak dikongsi. Bila dikenang balik, tak sangka aku berjaya melaluinya. Nasihat aku buat mereka yang hidup dalam kemurungan kronik, jangan takut dan malu untuk mendapatkan bantuan. I am a survivor, and I am proud. Well, actually not that proud la. Haha. Sebab tak pernah reveal aku dapatkan rawatan sakit mental kecuali kepada kawan yang rapat. Tak nak orang kata aku guna sakit depresi untuk dapatkan simpati atau alasan for my sh***y behavior.
Anyway, harap next appointment dah boleh bukak simen tu.
Hospital Ampang dah ada Gloria Jean's coffee u olls! Sempatlah upah diri sendiri Cream Brulee Latte time cuaca sejuk-sejuk gedik.
Tu jelah nak cerita. Menaip pakai handphone ni, harap tabah tengok alignment tunggang-langgang. Thanks for reading!
Syukur ayahanda sal dh semakin sembuh... mmg kalau g hosp trs terasa insafnya... br tersedar ada lg org yg susah dr kita... kalau duduk wad hosp kerajaan lg lah sal... mcm² cerita dan ragam org kita boleh lihat... akak pn ada kenangan masam manis bila duduk wad
ReplyDeleteduduk wad memang macam-macam orang kita tengok. sampaikan terfikir, janganlah aku tua esok menderita macam tu. takutlah. hargailah nikmat sihat
DeleteSemoga terus sihat selalu hendaknya..
ReplyDeleteterima kasih. cikgu sekeluarga jugak ye
DeleteSebenarnya hospital kerajaan mmg servis tiptop tapi masalah parking je la buat ramai yang klu boleh taknak pegi hospital kerajaan. Ni kat hometown saya kat Bintulu la, sbb kat sana nak dapat public transport mmg susah jadi nak tak nak kena jugak drive sendiri ke hospital hmm.
ReplyDeleteKagumnya baca sis berjaya overcome depression. Semoga sis kekal sihat & happy selalu.
thanks dear. di KL ni nasib baik boleh naik Grab dan teksi banyak. hospital kerajaan parking adalah masalah utama
DeleteSebenarnya perkhidmatan kesihatan Malaysia adalah terbaik....bukan puji kerana akak orang KKM tapi sebab dah banyak tenguk tempat orang lain...walaupun kadang ada juga masalah tapi masih lagi terbaik. Bukan mudah nak puaskan hati rakyat Malaysia terutamanya masa Pandemik dahulu. Masa covid dahulu emmm memang struggle betul petugas barisan hadapan menghadapinya. Tabik spring buat mereka. eh melalut pulak kita opss
ReplyDeleteya, terbukti masa pandemik hari tu. memang struggle. cuma kasihan dengan nasib doktor kontrak
DeleteSemuga Abah sal cepat sembuh. Orang tua tulang lambat nak tumbuh bukan macam orang muda. Apa -apa pun rehat-rehat dulu sehingga sembuh.
ReplyDeleteyup, memang kena rehat. Baguslah ada simen tu, kalau tak ada yang da berangan nak bawak motor lagi
DeleteWah ada gloria jane's....hospital ampang susah nak parking tu....itulah masalah kronik hospital malaysia parking huhuhu susah woooo.....kita orang ibupejabat pun lagi teruk...huhuhu
ReplyDeletememang lah. kitorang nak tak nak kena naik Grab. Perasan macam orang kaya sekejap. Anggaplah ada drebar. haha
DeleteAda pengalaman tidak seronok di klinik kerajaan dan hospital swasta. Tidak mahu cerita terperinci tapi akak gunakan untuk kelebihan akak.
ReplyDeleteHehe gunakan untuk mengadu pada Allah sembuhkan tanpa perlu ke klinik dan hospital. Gunakan kelebihan mengadu sebab takmo pergi lagi dan alhamdulillah Allah sembuhkan.
Itulah, memang tidak suka pergi hospital kan. Elak selagi boleh. Alhamdulillah, Dia maha Penyembuh
DeleteSalam Sal, share la sikit psl pengalaman rawatan psikiatri tu..mana tau boleh dijadikan ilmu utk readers kan kan?
ReplyDeleteAlamak, belum bersedia nak share. Huhu. Terlalu peribadi. Kalau boleh nak lupa terus pengalaman tu
Deletebetul 3x...hospital kerajaan ni bukan semuanya x bagus..actullay..bukan hospital tu..staff nya yg prob..but so far pengalaman MA bersalin dua2 anak pun kat HKL je..alhamdulillah ok. semoga abah cepat sembuh key
ReplyDeleteYa betul, staff pun manusia jugak kan. Ada kala hilang sabar, lagipun penat kan kerja menghadap orang sakit
Deletemoga ayah sal cpt sembuh selamat semua
ReplyDeletekantin medan selera kat blkg spital ampang ni pon not bad ada roti canai dll, tapi parking je problem ., huhuhu
ReplyDeleteItulah Wak. Dalam hospital, luar pun sama penuh parkingnya
DeleteYa Alloh, semoga Abah cepat diberi kesembuhan. Amiiin...
ReplyDeleteSungguh dan benar jika kesehatan adalah anugerah yang tak ternilai harganya bagi manusia.
Namun terkadang kebanyakan manusia tak menyadari anugerah sehat ini
Terima kasih atas doanya. Itulah kan, kalau sakit, harta banyak mana pun tak guna
Deletesejak banyak kali merasa bad service dekat gov hospital, dah kurangkan pergi sana. Selalu pergi klinik swasta je lagipun tak payah tunggu lama untuk jumpa doktor. Doktor pun ada banyak masa nak buat checkup betul-betul dengan advise dos and don'ts. even klinik gigi pun cari yang swasta sebab bertambah sakit pergi gov.
ReplyDeleteBtw, semoga ayah kak sal sembuh cepat and boleh buka cast masa next appointment. Kak Sal pun jaga diri, elakkan stress kronik sebab depression ni bila2 je boleh datang balik. Kita rasa okay tapi badan kita shutdown.
sejak ada kerja dan ada insurans ni, memang jarang lah ke klinik atau hospital kerajaan. huhu
Deletememang takut kalau sakit lama datang balik so sentiasa jaga emosi. tak mo dah macam dulu-dulu makan ubat hari-hari
Alhamdulillah, semoga Abah diberi kesembuhan yang sebaiknya...pernah berurusan dgn hospital selayang, mmg terbaik servisnya..alhamdulillah, Sal sudah dapat mengatasinya, enjoy life...
ReplyDeletearwah nenek saya dulu operate katarak mata di hospital Selayang. walau lambat tunggu giliran, tapi hasilnya clean dan cepat sembuh
DeleteAlhamdulillah ada perubahan baik. Semoga segera sembuh dan boleh buka simen nanti. Seksa juga tu nak bawa sekali dengan simen. Pergerakan terhad. Tak dinafikan hospital kerajaan ni bagus. Banyak pakar² yang lebih berpengalaman. Tapi itulah dah sebati dengan tunggu lama. Pernah sampai 24 jam lebih menunggu kat emergency tu. Sabar je lah. Betul tu Sal, sihat ni satu nikmat.
ReplyDeletehospital kerajaan ni lemah tang menunggu jelah. sebab ramai kan. berat jugak simen tu, tu yang pakai anduh
DeleteBetul Sal, akak pernah duduk teman mak mentua di wad. Insaf tengok orang sakit. Rasa semangat nak jaga kesihatan, tapi itulah semangatnya tenggelam timbul…huhu
ReplyDeleteAlhamdulillah Sal dah melepasi waktu sukar tu. Hampir setahun berulang, kiranya tak begitu lama. Family dekat akak pun ada yang sedang buat rawatan. InsyaAllah semuanya akan okey kalau sanggup buat rawatan.
awal nak dapatkan rawatan tu yang perit sikit. nak luahkan apa kita rasa, nak hadap side effect ubat, memang rasa nak give up. Alhamdulillah dah reda sekarang
DeleteSemoga cepat sembuh.
ReplyDeleteBetul. Pengalaman saya berurusan dengan hospital gomen masa accident tak lama dulu, staff diorang cuci luka memang 100% teliti.
Alhamdulillah Abah Sal dah beransur pulih.
ReplyDeleteBayaran di hospital kerajaan kita memang jauh lebih murah banding dengan negara lain. Pernah sekali hantar mak Mrs. A ke hospital Melaka follow up rawatan lutut ada makcik sebelah singaporean bercerita yang servis hospital kita bagus, staff friendly ubat pun murah.
Setuju sangat! Pergi hospital memang akan buat kita bersyukur dengan apa yang kita ada. Akak setiap kali ada appointment pergi hospital mesti macam moody, hangin satu badan sebab rasa rimas+malas. Tapi, apabila sampai sana dan tengok macam-macam kes penyakit yang orang lain hadap, terus jadi insaf. Sakit aku tak seberapa jika dibandingkan dengan mereka.
ReplyDeleteBab servis hospital dan klinik kerajaan pun akak setuju sebab akak antara patient setia hahah. Lama menunggu, kadang-kadang hospital swasta yang bayar mahal tu pun jenuh menunggu, servis tak cepat mana.
Kita tak boleh pukul rata. Memang akan ada terselit satu dua pengalaman tak best, tapi kan... sekurang-kurangnya kita berpeluang untuk dapatkan rawatan.
Moga Abah Sal dikurniakan kesembuhan sepenuhnya.
Semoga Sal juga terus sihat fizikal dan mental. I am proud of you. You are a fighter!
Sha yang sekarang ini berkerja dengan hospital pun semakin insaf.. Macam-macam keadaan dan situasi yang dapat lihat.. Perangai manusia yang sakit, kepenatan petugas kesihatan dan macam-macam lagilah.. Paling penting untuk kita tahu mereka pun manusia..
ReplyDeletesiapalah yg suka pergi hospital huhu, semoga abah sal cepat sihat ye
ReplyDelete