Review Aban Transit House. Berbaloi ke stay sini kalau nak ke Jeti Kuala Besut?

Sunday, 24 July 2022

Assalamualaikum dan hai semua! Entry kali ni aku nak review hotel yang aku stay satu malam sebelum pergi Pulau Perhentian. Seperti yang aku ceritakan dalam entry INI, aku sampai Kuala Besut dah petang dan disebabkan aku dah janji nak naik bot ke pulau pagi esoknya dengan Perhentian Kravers, so aku stay di Kuala Besut untuk suatu malam. Aku tak galakkan korang follow cara aku sebab membazir. Alternatif yang lebih jimat adalah naik flight pagi-pagi, sampai terus pergi jeti dan naik bot ke Pulau Perhentian. Alternatif kedua adalah naik bas tengah malam, sampai Kuala Besut pagi dah boleh terus pergi jeti.

Anyway, bilik pun dah book so kita check in jelah. Walaupun namanya Aban (slang Terengganu untuk 'Abang') Transit House, tapi yang jaganya kakak-kakak. Process check in senang je just tunjuk booking email. Aku book guna booking .com. Harga RM110 satu malam. Mahal probably sebab last minute. Area Jeti Kuala Besut ni boleh dapat hotel budget semurah RM90 kalau pandai cari dan book awal.

Aban Transit House terletak di No. A-13, Pekedaian 2 Tingkat MDB Block C, Pasar, 22300 Besut, Terengganu. Tingkat 2 tapi takde lif ye. 

Katil double. Tak silap aku memang takde option katil single

TV dalam bilik. Ada basic channel Njoi. Free Wi-fi yang laju

Ada water heater


Iron disediakan

Fridge dan mesin air Coway pun ada

Dari balkoni hotel nampak stesen bas Kuala Besut

Aku terkejut nampak TV dalam bilik. Aku ingatkan TV di lobi sahaja. Wah, ini sudah bagus. Malam aku tak plan nak keluar sebab pekan Kuala Besut ni mati di malam hari. At least itulah andaian aku.


Kawasan sekeliling. Agak sunyi. Kedai banyak tak bukak. Tapi gerai jual makanan banyaklah. Nak cari makan memang senang.

Hotel lain yang berhampiran. Olaza D'Terminal Hotel ni siap ada perkhidmatan luggage storage lagi

Makan nasi dengan tomyam for early dinner di warung berhampiran. Tomyam Terengganu ni manis sikit. OKlah aku pun bukan kaki makan pedas

Petang-petang minum Latte Kopi Mesin beli di stesen bas Stesen Bas Kuala Besut. Ini kot punca tak boleh tidur. Wallahu'alam. Huhu.

My review? OKlah selesa, tapi malam-malam bising. Hotel ni betul-betul mengadap Stesen Bas Kuala Besut. Aku kerap terjaga bunyi enjin bas. Campur tolak bunyi kereta dan motor atas jalan. Bawah hotel ni ada warung dan diorang karaoke sampai pukul 12 tengah malam! Takpelah, aku redha sebab Kuala Besut takde pusat karaoke macam KL. Biarlah diorang.

Easy on the eyes but not for the ears. So, tak digalakkan untuk golongan yang senang terjaga macam aku. Kalau jenis tidur mati OK lah kot. 

Berhampiran hotel ni ada Pasaraya Pantai Timur. Sempatlah aku beli air mineral dan jajan untuk dibawa ke pulau. Tu jelah hiburan kat sini. Malam aku just tapau (walaupun dah makan tomyam+nasi) dan tengok TV dalam bilik. Aku kalau travel sorang memang akan usaha supaya dah ada di bilik menjelang Maghrib. Terutama kalau kawasan keliling accomodation tu agak sunyi. Ni tips jugak untuk korang yang nak cuba, or terpaksa berjalan sorang-sorang terutama ladies. Jangan tunjuk kita takut, tapi masih perlu berhati-hati.

Aban Transit House dalam 800 meter dari jeti. Boleh jalan kaki ataupun naik teksi RM10 di stesen bas. Teksi kampung tak pakai meter ye. Naik, atau jalan. Takde pilihan. Haha.

Lebih mudah sebenarnya kalau pilih hotel berhampiran jeti. Kalau stay hotel berhampiran jeti, nak beli souvenir pun senang. Boleh beli awal kalau takut balik nanti rushing. Kawasan jeti banyak kedai dan harga lagi murah berbanding di pulau. Aku hari tu rushing nak kejar shuttle ke airport, sempat grab beberapa keychain je. Nasib baiklah kawan-kawan dan family aku tak kisah sangat souvenir Pulau Perhentian sebab aku dah pernah bagi sebelum ni. 

Nak beli souvenir, boleh cari di kedai-kedai berhampiran jeti

OKlah, tu je kisah Pulau perhentian aku. Maaf timeline tunggang-langgang. Journey aku pulang ke KL tak payah lah story ye sebab biasa je takde apa yang menarik. Aku memang rekemen Perhentian Kravers untuk sesiapa yang nak ke Pulau Perhentian terutama solo. Diorang memang jaga betul-betul sampaikan shuttle dari jeti ke airport Kota Bharu pun diorang tolong carikan. Shuttle Van RM25 sahaja seorang tapi kena share dengan tourist lain. Aku OK je, bukannya kena pangku diorang pun.

Naik van shuttle ke airport dengan tour agent ni

Thanks for reading gais! So, ke mana kita lepas ni? Hurm...tanya-tanya nak ikut ke?

35 comments

  1. selesa penginapannya lengkap semua tidur pun lena kan Sal..

    ReplyDelete
  2. Wahhh... orang Besut datang komen ni.. tapi kita orang Jerteh,..bukan Kuala Besut.. ehehehe... kami kat sana memang pekan kecil jee Sal.. itu pun kira mcm2 ada dah kat Kuala Besut berbanding sebelum ni.. kat jeti tu banyak bilik hotel kecil2.. murah dan dekat.. #shalimaryusofdotcom

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, banding dengan 10 tahun dulu, banyak dah beza Kuala Besut. Tapi duduk pekan kecil pun best apa. Ramai je orang suka

      Delete
  3. Suka perkongsian ni sebab tak langsung beri idea. Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap membantu untuk yang nak ke Pulau Perhentian jugak

      Delete
  4. dulu pun kami amek bas malam, sampai kuala besut waktu subuh..solat kat hentian bas tu, sarapan, sebelum gerak naik bot ke pulau..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sepatutnya buat gitu, tapi tak berani naik bas malam sorang-sorang. ada kawan boleh lah

      Delete
  5. Perkongsian yang ohsem.. Suka baca.. Walaupun travel sorang atau ramai-ramai tetap kena berhati-hati.. Okaylah bilik dia tapi bising tu memang mengganggulah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bilik dia memang selesa da cantik. tang bising owner pun tak boleh buat apa

      Delete
    2. Tak boleh rehat kalau bising nie.. Takpelah.. Pengalaman kan Sal..

      Delete
  6. Nampak bersih dan selesa. Tapi kalau duduk hotel bajet ni mmg sedia maklum dinding nya nipis sikit, segala bunyi dekat luar kuat macam sebelah telinga je rasanya hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. hotel bajet kan, tak boleh nak demand dinding soundproof. Redha jelah

      Delete
  7. bagus servis travel ejen tu...betul2 jaga customer dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup. sampaikan saya yang segan. rasa macam bayar beribu

      Delete
  8. Bilik ok tapi bab bising emmm kena redho le gamaknya. Tapi akak kalau dah penat sangat rasanya ngorok cepat kut tak sedar dunia....hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah. saya rasa sebab minum kopi pun ye jugak

      Delete
  9. Akak tengah perasaan malas jalan.
    Hehe pergi mana pula selepas ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pusing-pusing KL atau Selangor jelah. Abah pun masih belum sihat

      Delete
  10. good sharing..teringin nak gi holiday ke pulau2 jugak.. in sya Allah..one day

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insha Allah. Iris dan Ian confirm suka ni

      Delete
  11. yang banyak buka gerai makanan ya itu. Mgkn kebutuhan makanan buat orang lebih dominan di sana pastinya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya.. Makan adalah bisnes yang sentiasa diperlukan. Berniaga yang sentiasa ada pelanggan

      Delete
  12. namanyab saja juga hotel. Akan selalu menjaga kebersihan dan kenyamanan penggunanya biar tetap laku.
    Aku sih jarang2 ke hotel seperti itu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah. Sudah dibayar kan.tak bersih nanti tak untung pulak

      Delete
  13. hahaha kalau saya tak boleh tidur dah tu sebab bising orang nyanyi dengan enjin bas. Hotel dia lengkap dengan kemudahan tapi tu lah, bising. Kalau yang jenis tidur mati boleh lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha tulah. dinding nipis betul. kalau orang borak kat sebelah pun boleh dengar

      Delete
  14. Bab bising waktu malam tu memang masalah bagi akak. Dah beberapa kali terkena, duduk hotel tepi jalan besar atau area pub, memang tak lena tidurlah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah. kita jenis light sleeper kan. kalau hotel mahal lagilah rasa nak mengamuk

      Delete
  15. Kira okay dah tu Sal, dapat rehat sekejap sebelum ke Pulau. Kalau naik bas malam sampai pagi macam penat jugak tu. Tapi kalau taknak membazir duit dan masa, boleh ikut cadangan Sal. Paling tak best tu kalau bunyi bising. Nak tidur tu yang payah. Dahlah tempat tidur baru kan. Tomyam manis agak potong selera saya sebab saya pempedas. hehehe..kena mintak cili potong gitu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak buat cmane kan, makanan pantai timur selalu manis gitu. Sabar ajelah. kebanyakan orang sampai pagi terus gi pulau mesti tengahari tu tido kejap sebelum explore pulau

      Delete
  16. Nampak macam berbaloi tu. Tapi buat masa sekarang, takde plan lagi nak travel. Harap ada peluang akan datang.

    ReplyDelete
  17. Penginapan Sal tu memang nampak selesa sangat... tapi untuk orang macam akak yang light sleeper ni kena pakai ear plugs la gamaknya. :)

    ReplyDelete
  18. Adeh... terus lapar tengok tomyam tu!

    ReplyDelete
  19. mama nampak kopi.. dan tomyam pekat sedapnya alahai.. nampak selesa dan simple bilik sal tu. ok lah buat tido satu malam

    ReplyDelete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah