1. Merasa jugak Man United sinar kebahagiaan selepas musim yang penuh kedukaan. Biarlah mereka gembira. Kami fan Liverpool tak kejam
2. Selain skill, menjaringkan gol itu memerlukan tuah. Player biasa-biasa pun boleh score kalau dapat peluang dan player sehebat Mohamad Salah pun kena akur bila bola terkena palang.
3. Tiada istilah 'friendly' dalam perlawanan Man United vs Liverpool. Aku mengharapkan ada gaduh-gaduh tapi sayangnya takde. Perlawanan sengit jugak, bukan sekadar atas padang, malahan dalam kalangan peminat. Nasib kau lah kalah pre season pun kena bahan.
4. Kelibat Harry Maguire sangat 'dirindui' fan team lain. Kecewa aku dia takde dalam line up.
5. Youngsters Liverpool yang aku ramal menyinar season depan : Harvey Elliot, Fabio Carvalho (new signing dari Fulham) dan Isaac Mabaya.
6. Youngsters Man United yang nampak cam power : Zidane Iqbal (bukan anak Zinedine Zidane!). Aje tak logik Zizou nak benarkan anak dia main kat Man United.
7. Kemerosotan prestasi Roberto Firmino (Liverpool) dan Anthony Martial (Man United). Keduanya dulu pemain hebat tapi tiada apa yang kekal di dunia ini. Harap Firmino akan jumpa rentak sewaktu mula-mula main untuk Liverpool dulu. Martial gi main jauh-jauh.
8. Jersi baru Liverpool tu cantik walaupun corak minyak petrol tumpah. Hampir goyah ikrar aku tak nak beli baju baru.
9. Defence Liverpool masih lemah dan mengharap Virgil Van Djik sahaja.
10. Aku rindu Sadio Mane dan Divock Origi, tapi itulah bola sepak. Pemain datang dan pergi. Macam awak tinggalkan saya.
Mengapa nama trofi Bangkok Century Cup?
ReplyDeleteBaca sahaja ulasan Sal.
perlawanan persahabatan yang diadakan di Bangkok. kenapa digelar 'Century Cup' tak pasti lah pulak. Piala suka-suka saja, tak mengubah ranking atau hakikat yang Liverpool power. haha
Deletepeminat tegar tiasa cakna soal sukan ni kan sal
ReplyDeletewahh..! suka baca review point by point mcm ni. setuju dengan point no.2 dan no.3 tu..
ReplyDelete:)
ha kan. nombor 2 tu sakit hati betul tengok bola tak masuk-masuk. padahal dekat depan gol dah
Deletewow kena bahan sampai 4 gol bolos. Takpe liverpool semuga lain kali boleh menang...eh ada lawan lagi ke..#bukan peminat bola jadi selalu kena tinggal ETS...hehehe
ReplyDeleteada lagi lawan Jumaat ni kat Singapore. Hehe. masih game pra musim.
DeleteYang no 2 tu memang setujulah..
ReplyDeletepandainya dia tgk bola..kak ayu bola2 ni memang harapkan Ian je la.. he he he
ReplyDeleteHehe. Pandai tengok aje. Suruh sepak pun tak kena
DeleteAbe kie x berapa minat tengok bola. Cuma tgok highlight di youtube je...
ReplyDeleteMU ini termasuk klub bola hebat dari dulu bahkan berdekae an ya. Selalu saja menjadi pemenang ataupun unggulan dalam suatu laga.
ReplyDeleteSelamat ya M.U
wah..penyokong Man U. Sayang juga prestasi Man U menurun akhir-akhir ini
Deletewahh..jarang tengok club2 popular liga inggeris main di asia tenggara....cantik jersi Liverpool..
ReplyDeleteya..dah jarang sekarang ni. dulu selalu jugak diorang datang Malaysia
DeleteHaritu tengok jugaklah jeling sikit sikit sambil buat kerja. Ingatkan lepas Salah dan player baru masuk tu ada goal, rupanya takdak. 4-0 jugak. Even friendly pun jangan santai sangat..mengharapkan goal jugak sebenarnya kan.
ReplyDeleteof course. lagi-lagi lawan musuh tradisi. Salah memanjang salah aim la. kalau tak boleh jugak kurangkan gap kepada 4-2 ke. takdelah malu sangat
DeleteMU tetap di hati walaupun terseok seok
ReplyDeletealamak die hard fan MU. Jangan marah ye selalu kutuk M.U. Hihi
Deleteperghhh die hard fan ni ... bagi la can sket dekat MU nak menang tu hahaha
ReplyDeleteha..bagi can la tu. asyik kalah je. kesian pulak
Deletekita kagum sal minat bola..dulu2 time sekolah je minat dan hafal nama footballers ni, dah tua ni tak layan dah..asyik layan keladi aje..hahahah
ReplyDeletesamalah dah tua gak. haha. tapi takde hobi lain. layanla bola
Delete