Perhentian Solo Trip Day 2.0 - Snorkeling!

Thursday 21 July 2022

Baca dulu :

Part 1.0

Part 1.1

Hari yang ditunggu-tunggu dah tiba. Disebabkan malam sebelumnya dah terlena seawal jam 10, lepas Subuh mata aku segar bugar dah. Bangun dan makan roti alas perut dulu sebab cafe belum bukak. Siapkan beg untuk snorkeling nanti supaya tak kalut pastu lepak tepi pantai tengok orang baru sampai atau pun yang dah nak balik di jeti. Tenang betul pagi-pagi layan view laut dan angin pantai.

Lepas breakfast, mandi dan salin baju untuk snorkeling. 

T-Shirt ni diberi percuma oleh Perhentian Kravers. Beg pink tergantung kat leher tu waterproof handphone case, aku beli di Shopee.

Jumpa dengan group yang akan snorkel sama around 10.30 am lepas tu naik bot warna kuning ni. Last aku snorkeling adalah di Pulau Kapas, Terengganu bersama famili immediately lepas kerajaan bagi kebenaran rentas negeri. Tahun 2020 ke 2021 entah aku dah lupa sebab tak update dalam blog. Aku memang suka snorkeling walaupun sekadar tau berenang kuak katak. Tak pandai berenang pun boleh snorkeling tau sebab ada life jacket.

Trip snorkeling aku tak ramai, dalam 6 orang je. Staf Perhenian Kravers pun ada 2 orang ikut sekali. Boatman kami nama dia Abang Mat.

Mula-mula Abang Mat ajar dulu cara pakai life jacket dan snorkeling mask dengan betul. Aku suka snorkeling mask stail moden yang full face tapi tak ada pulak. 

One of the lady in my team terjun laut pakai jubah dan purdah ye. Hebat betul. Ada jugak yang tak pakai life jacket pun. Tak digalakkan lah unless korang memang betul-betul pandai berenang.

Snorkeling bersama Perhentian Kravers ni kami dibawa ke 5 point+Kampung Nelayan

- Fish Point

- Turtle Point

- Shark Point

- Light House

- Kampung Nelayan (rehat & makan)

- Romantic Beach


Gerak lu, pape roger!

Di Fish Point seronok tengok macam-macam jenis ikan tapi sedih tengok coral banyak dah mati. Coral hidup berwarna warni tapi di sini warna light brown sendu. Sayangnya takde gambar. Aku takde GoPro atau underwater camera. Mula-mula ingat nak letak handphone dalam casing dan cuba ambil gambar tapi Abang Mat tak galakkan. Dia kata hari tu ada guest yang rosak handphone sebab casing waterproof tak tahan pressure laut. Dengar lah cakap dia. Rosak handphone kang, mana dengan boarding pass balik semua dalam tu naya je. Dia dah tentu lagi arif bab laut berbanding aku yang mengadap PC je hari-hari.

Settle di Fish Point, kami dibawa ke Turtle Point pulak. Abang Mat terjun dulu, pergi cari penyu. Abang Mat cakap turtle ni ada yang pemalu, ada yang mesra. Setiap 15 saat, diorang akan keluar ke permukaan untuk ambil nafas. So, snorkel je ikut arah mana penyu tu pergi. Masa aku snorkeling ni ada 2 ekor penyu yang peramah memunculkan diri.

Ni gambar dari GoPro Abang Mat

Swimming with sea turtle

Next kami ke Shark Point pulak. Abang Mat cakap shark kat sini tak makan orang so tak perlu takut. Aku ni pun berani sebab pernah jugaklah snorkeling tengok shark di Perhentian dan Redang dulu-dulu. Shark pun tak selera tengok aku. Mesti dia kata eh ni ikan kering terjatuh dalam laut ke?





Light House air berombak kuat masa kami sampai. Abang Mat tak benarkan kami bergerak bebas di sini. Snorkeling sambil pegang tali bot. Memandangkan boatman tak turun sebab dia kena pandu bot untuk tarik kami, so takdelah gambar.

To be honest aku agak kecewa dengan diri aku sebab macam tak larat sangat menguak air sekarang ni. Rasa cepat penat. Nasib baik ahli group lain semua baik-baik belaka dan make sure aku tak tertinggal.

Next kami singgah jap untuk lunch dan rest di Kampung Nelayan. Kampung Nelayan banyak jugak tempat penginapan dan kedai makan yang lagi murah. Kalau bawak keluarga yang ada anak kecil dan warga emas pun ramai suggest stay sini.


Settle makan, sambung lagi one port iaitu Romantic Beach. Air di Romantic Beach ni serius cantik. Pasir dia pun putih. Haih, memang romantik lah nak berkasih sayang. Siapa suruh singlet. Kan dah sendu.

Trip snorkeling ni dalam pukul 3.30 dah habis. Tapi memang lunyai lah. Balik tu aku mandi, solat dan tertidur walaupun kepanasan sebab bilik ada kipas je. Terjaga pukul 6.30 macam tu, mandi lagi dan pergi lepak kafe tengok laut je. Again, sunset tak nampak.


Lepas Maghrib, dinner pastu duduk je tepi pantai. Tengah-tengah layan perasaan ada orang tegur. M rupanya. M ni salah seorang ahli trip snorkeling tadi. Dia pun datang sorang tapi dia ada ramai geng kat sini sebab katanya datang Perhentian ni acara bulanan. Hebat. Dia ajak lepak dengan geng dia tapi aku belum apa-apa dah menguap. Geng-geng si M ni semuanya kaki diving tau. Peramah jugak dan rajin travel, tapi tulah semuanya asal berjalan je mesti asbab nak diving. Tak laku pun cerita aku gi China balik hari.

Tak tahu diorang lepak sampai pukul berapa. Aku mintak diri nak balik tidur. Lemahhh!

Malam kedua pun takde misteri nusantara. Cuma terjaga pukul 4 pagi sebab takde elektrik. Terkebil-kebil aku dalam gelap melayan handphone. Ada elektrik balik setengah jam lepas tu. Aku pun sambung tidur. Tau-tau dah Subuh.

37 comments

  1. Kihkihkih…Sal ni pandai buat lawak tau. Geli hati akak baca entri ni…ikan kering jatuh lautlah..

    Masya Allah cantik semuanya - pantai, penyu, ikan2. Sal share cerita gini menaikkan semangat akak nak cuba snorkeling. Belum pernah lagi tau 🤭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Ujie asyik tengok haiwan di darat dan udara, kali ni tengok pulak yang di laut. Kalau ke Langkawi lagi boleh snorkeling di Pulau Payar Marine Park

      Delete
  2. Hahha tergelak kita baca part shark tgk ikan kering terjun laut adehh :D

    ReplyDelete
  3. Gambar nampak menarik. Sama menarik dengan pengalamannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Pengalaman adalah harta paling mahal dan berharga

      Delete
  4. Nikmatnya menikmati pemandangan dalam air..

    ReplyDelete
  5. Saya teringin nak berenang kat dalam laut tapi ada perasaan fobia pada ketenggelaman laut... Bestlah akak dapat berenang dengan ikan-ikan yang comel..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada life jacket akak berani lah. kalau campak ke lautan lepas rasanya menggulupur jugak. hehe.

      Delete
  6. Jurupandu bot jadi tulang ambil gambar dalam laut
    Hehe akak lagi tidak pernah snorkeling. Baca pengalaman.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye kak. Kami tak mintak pun ambilkan gambar, dia yang offer. Pastu rezeki dapat free bila mintak

      Delete
  7. chuantek gmbr penyu dlm air tu., ., wak pon x penah smpi perhentian nih., huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wak kalau datang sini mesti puas ambil gambiran. Ikan duyung pun banyak. haha

      Delete
  8. Romantik beach tu mmg cantik.. Shark yang jenis tu ada hitam2 kat sirip tu mmg baik.. Cuba try sentuh badan dia huhuu.. Yg pakai purdah tu kira hebat sgt2 la.. Alhamdulillah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak berani pulak nak sentuh, so tengok dari jauh je. Romantic beach tu setanding pantai luar negara

      Delete
  9. By the way pulau ni tak pernah lagi kaki menjejaki nya hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah.. tak sangka saya sampai dulu sebelum traveller tegar macam awak. Hihi

      Delete
  10. Best ya
    Sy takut nak pergi pulau 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takut naik bot ke Rabia? Kalau takut nanti pergilah dengan keluarga. Ramai-ramai hilang takut tu

      Delete
  11. Bahagianya kalau kita dapat beraktiviti dengan perkara yang disukai.
    Penyu tu sporting jew bila diambil gambarnya kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalam hati penyu tak siapa yang tak tahu. Hehe. Harap kami tak ganggu dia la

      Delete
  12. masya Allah bestnya sal dapat jumpa turtle! masa akak pergi dulu tak nampak langsung, hahahah! maybe sebab ramai sangat waktu pergi tu..sama la kita, tak pandai berenang pun ha..menguak je reti..tapi suka snorkeling..cuma bila da tak larat nak menguak tu, merayu2 la mintak lempar pelampung and tolong tarik ke bot..hahahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin la, bila ramai dia malu-malu. kitorang satu group 6 orang je. Haha, mintak kena tarik ke bot tu perkara biasa. Hilang dah segan dengan boatman, kalau tak tersadai la tengah lautan tu

      Delete
  13. Mesti turtle tu tau sal kan peramah sebab tu dia munculkan diri...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe. peramah atas darat je saya ni. dalam laut tak boleh nak bercakap kang lemas

      Delete
  14. Romatik beach tu subhanaAllah cantiknya pantai dan airnya....jernih air laut

    ReplyDelete
  15. Cantiknya pemandangan di sana. Bila la ada rezeki nak pergi ke Pulau Perhentian ni.

    ReplyDelete
  16. bestnya under the sea...cantik gambar penyu & shark..geng jubah & purdah tu power betul...pakaian bukanlah halangan...

    ReplyDelete
  17. subhanallah..cantiks nya. seronok tgk Sal gie cuti2 ni..best!

    ReplyDelete
  18. Fuh... respeklah cik kak yg terjun guna jubah tu... ms akak ke redang dlu akak takut sgt nk snorkeling tp kena paksa jugak selam sikit tgk ikan... mmg subhanallah cantik... kalau lg dalam mst lg wow mcm gambar sal ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya first time snorkeling dulu pun takut. Bila dah biasa, jadi ketagih

      Delete
  19. sepertinya ini pantai pasir putih ya di Indonesia Kak. Maaf meskipun agak kurang mengerti tapi bisa baca sedikit2 pointnya

    ReplyDelete
  20. Best aktiviti snorkeling ni. One day kena cuba jugak kat mana-mana. Payah nak buang aquaphobia ni. Memang tenang rasa tengok laut pepagi. Rasa macam nak berumah tepi pantai je kan. Feeling good sangat. Tengok air jernih macam tu, masyaAllah..kalau dekat nak pergi selalu dan akan jadi tempat wajib pergi. Tapi jauh ke pulau pulak tu.

    Mujur gak tu elektrik kejap je terputusnya. Seram jugak tengok malam kan.

    ReplyDelete
  21. Teringin nak travel macam ni. Tapi takde geng sekaki. 😅

    ReplyDelete
  22. Okey, entri ni buat akak exercise rahang mulut sebab banyak gelak!

    ReplyDelete
  23. Seronoknya baca pengalaman snorkeling Sal di sana! Penyu seekor tu bukan main kacak bergaya lagi hahaha

    ReplyDelete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah