Perhentian Solo Trip Day 1 - Perhentian Kravers, Fatimah Chalet dan laluan Long Beach-Coral Bay.

Sunday 3 July 2022

Assalamualaikum dan hai semua! Dah hampir 2 minggu balik KL baru nak start cerita my solo trip ke Pulau Perhentian, Terengganu. Ini kali ke dua aku ke Pulau Perhentian, cuma kali pertama pergi sorang-sorang. Aku biasa travel solo, tapi dalam Semenanjung aje. Sabah Sarawak tak pernah. Teringin juga nak cuba ke luar negara sorang-sorang tapi takut ramai yang marah. Bukan marah sebab risaukan keselamatan aku, tapi kecik hati kena tinggal. Hahaha. Yelah, kalau aku pergi oversea nanti aku buat rombongan Cik Biah. Tapi bayar sendirilah ye.

Anyway, trip kali ni bukanlah 100% DIY. Aku book pakej siap-siap. Tenteram sikit hati bila tau penginapan dan guide snorkelling dah tersedia. Tinggal bawak badan je.

Tapi..ada ke Pakej Pulau Perhentian solo? Jawapannya ADA! Aku terjumpa FB page diorang di Group Backpackers Buddies. Terus aku bukak dan baca post-post terdahulu. Banyak feedback positif dan yang pasti, ada juga pengembara solo perempuan yang join. Dipendekkan cerita aku pun booking pakej 3 hari 2 malam dengan Perhentian Kravers (PK)

Senang berurusan dengan diorang. Kebanyakan ejen layan tak layan je kalau kau solo. Kalau ambil pun kena bayar harga 2 orang sebab tu minimum pakej diorang ada.

Hari pertama trip, lepas breakfast di gerai berhampiran jeti, aku terus ke office PK yang terletak berhampiran Hotel Samudera. Lepas briefing, staf PK bernama Iwan dan Mus bawak aku ke jeti. Waktu nak ke pulau aku boleh pilih sendiri. Sehari sebelum pergi, inform diorang awal-awal estimate pukul berapa boleh sampai.


Nampak 2 lelaki dalam gambar atas? Tulah 'bodyguard' aku. Tak sangka diorang tunggu aku sampai dapat bot. Dahlah aku sorang je. Patutnya ada group lain sekali tapi diorang tak sampai-sampai.

Tengok air laut kat jeti je dah teruja.


Ramai yang datang bersama keluarga. Kalau cuti sekolah rasanya 3 kali ganda lagi ramai. Nak pergi Perhentian ni bukan boleh naik je bot. Kena pastikan bot tu pergi jeti tempat chalet korang. Ni lah kebaikan ada ejen. Diorang yang deal dengan petugas kat jeti tu.

Naik bot laju selama setengah jam. Nampak tak tersungkit bot tu. Syok wooo

Alhamdulillah takde mabuk laut ke apa. Petua kalau tak nak sakit badan, duduk belakang, dekat dengan pemandu. Lagi satu, jangan keraskan badan. Layan je terhentak-terhentak tu. Kalau jenis mudah loya, jangan makan banyak sangat sebelum naik bot.

View dari jeti. Jernihnya air rasa nak terjun

Sampai di jeti Coral Bay, ada staff PK yang lain bawa aku ke chalet. Aku rasa macam tuan puteri. Mujur diorang tak offer bawakkan beg (amboi banyak cantik!) One of the staff, nama dia Tasha, nak tunggu sampai aku check in tapi aku cakap dengan dia aku OK je. Bagus jugak diorang bagi staff perempuan yang teman aku check in. Maybe team PK takut aku tak selesa kalau staff lelaki. So, Tasha pun pergilah tinggalkan aku sorang diri berteman laut menanti bilik siap.

   


Menginap di Fatimah Chalet. Pukul 11 lebih dah boleh check in sebab bilik dah kosong. Sebab hari Ahad kot. Lagipun bukan cuti sekolah. Ramai orang dah siap-siap nak balik. Chalet ni bukan aku yang pilih, tapi pihak PK ikut budget aku. Ikut hati nak resort mewah tapi akaun bank pulak tak mewah. Hehe

Ini kali pertama aku tidur chalet sorang-sorang. Nervous gak.


View dari tingkap. Chalet aku ni antara yang paling depan. Menghadap rumah owner.

Bilik budget macam ni lah. Tapi diorang sediakan towel. Ada 2 tingkap, tapi most of the time aku tak bukak pun tingkap tu. Sebab last time aku gi Pulau Perhentian, ada mengkarung besar masuk bilik. Sis trauma! Mujur masa tu ramai. Terjerit-jerit jugaklah kitorang malam tu. Tapi aku dah lupa nama chalet kitorang duduk tu. Kawan-kawan yang pergi sekali dengan aku tu pun sekarang dah jadi mak orang. Aku? Ada anak, tapi multiverse lain macam WandaVision.

Ada kipas je. Aircond rosak

Simple betul bilik airnya. Takpelah asalkan bersih dan tak berbau.

Pulau Perhentian ni elektrik pakai generator je, so most chalet budget takde plug point. Sekadar port usb cable untuk cas handphone. So, korang jangan beranganlah nak work from island pastu bawak laptop. Pada pendapat aku, the beauty of Pulau Perhentian ni adalah betapa minimalnya kemudahan yang ada. Kalau moden sangat dah jadi tak best.

Masuk bilik letak barang pastu rest kejap. Tak boleh tidur pun sebab ambil bilik budget, takde aircond, panas. Lagipun, rugilah duduk bilik je. Kau dah sampai salah satu pulau tercantik di Terengganu kot.


Setiap kali ke Pulau Perhentian, aku memilih Pulau Perhentian Kecil sebab senang nak makan dan mesra poket. Pulau Perhentian Besar sesuai untuk keluarga, honeymoon atau group. Resort lebih mewah dan privasi. Penginapan Pulau Perhentian Kecil tertumpu di kawasan Kampung Nelayan, Long Beach dan Coral Bay. Kampung Nelayan makanan murah, ada masjid dan sesuai untuk keluarga terutama kanak-kanak. Long Beach pulak lebih happening dan jadi tumpuan pelancong mat saleh dan golongan muda. 

Aku memilih untuk menginap di Coral Bay sebab tak suka tempat sesak sangat. Takpelah kalau di situ kurang meriah. Aku duduk KL kot, puas dah tengok dan merasa suasana hingar dan bising.


Tengahari aktiviti free and easy. Budak PK yang teman aku tadi pun dah gi buat kerja lain. Enjoying my me time, jalan-jalan sepanjang pantai, pastu duduk atas kerusi panjang tengok laut. Bunyi ombak dan warna biru air laut menenangkan telinga dan hati. Rasa semua masalah hilang. Mungkin ada orang rasa berjalan sendirian adalah sesuatu yang pelik, tapi bila sorang-sorang, senses lebih peka. Nak lagi feel, berjalan atas pasir tanpa selipar. Itu pun sejenis terapi

Lapar pergi makan tengahari di cafe Sunset chalet dan tanya-tanya kalau ada trip snokeling ke Pulau Rawa. Snorkelling Pulau Rawa tak termasuk dalam pakej 3 hari 2 malam Perhentian Kravers. Diorang ambil minimum 2 orang. Aku pun tinggalkan nombor telefon kalau-kalau ada group nak pergi, aku nak selit, tapi sampai pukul 2 lebih aku tunggu takde pun mana-mana operator snorkeling trip yang call. Takpelah takde rezeki. Lagipun memang tak ramai orang di Coral Bay waktu tu. Itu kekurangan kalau travel solo.

Jalan-jalan di kawasan Sharila Resort. Nampak tempat orang tengok anak bulan.




Betullah orang kata waktu paling cantik nak tangkap gambar air laut adalah tengahari. Patutlah ramai yang hiking ke kawasan kincir angin waktu macam ni. Setiap kali datang Perhentian pun tak sampai ke situ. Tapi aku tak berminat nak hiking kalau sorang-sorang.  Lagi-lagi bila aku baca review latest, ramai yang kata tangga ke kincir angin banyak dah tercabut dan berkarat. Hiking ke kincir angin ni antara aktiviti 'wajib' pengunjung Pulau Perhentian Kecil. View memang cantik, tapi kena hati-hati dan seeloknya berteman.

Aku pun decide nak ke Long Beach je yang katanya happening tu. Dari Coral Bay nak ke Long Beach kena 'jungle trekking'. Tapi aku pakai selipar je. Motif ke Long Beach? Biasalah aku kan curious. Lagipun aku kalau sampai mana-mana tempat aku tak suka duduk diam.

Pulau Perhentian ni takde sewa motor ke, basikal ke. Jalan kaki je ye. Kalau tengok map ni, laluan Long Beach-Coral Bay yang line hijau tu

Nak ke Long Beach kena lalu pintu Ombak Resort ni


Nampak macam pokok getah? Well, itu memang ladang getah. Tak pasti pulak aku masih beroperasi ke tidak. 



Jujur aku cakap laluan pejalan kaki Long Beach-Coral Bay agak menakutkan bagi seorang perempuan jalan sorang-sorang. Risau sebab kiri kanan semak samun takut ada binatang buas atau orang berniat jahat. Hutan kan. Ada lah jugak berselisih dengan orang sepanjang perjalanan tapi tak ramai. Mungkin kalau peak season rasa lebih selamat. Dalam hati dah pasang niat, balik nanti aku nak naik boat taxi. Tak sanggup nak ikut laluan sama. 


Nampak campsite ni petanda dah sampai ke kawasan Long Beach. Dari jauh dah nampak pantai. Siapa nak lagi adventure boleh stay khemah. Tapi aku tak cukup berani. Blogger Azra pernah stay solo berkhemah kat sini. Boleh baca pengalaman beliau di entry INI. Traveller macam ni yang korang patut respect. Bukan aku yang takde apa pun. Huhu.

Anyway ada apa di Long Beach? Nantilah sambung.

38 comments

  1. pi solo..nak amik pic diri sendiri jenuh jgk la haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. Travel solo kena pakai tripod or mntk tolong stranger. Mak taula kan, mak selalu gi sorang-sorang

      Delete
  2. Betullah Sal. Laluan pejalan kaki tu kurang sesuai untuk perempuan jalan sorang-sorang.
    Kiri kanan nampak semak, di depan gelap pula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup..saya ni tak tau. Ada rasa macam nak patah balik pun ye

      Delete
    2. Setuju. Laluan pejalan kaki tu nampak eerie semacam.

      Delete
    3. ada laluan lagi eerie. next entry saya update

      Delete
  3. syoknya tgk pulau..
    sy ni ank jati teganu.. xpernah jejak kaki lg kat pulau perhentian.. haha..

    ReplyDelete
  4. Jauh juga laluan hijau.
    Eh kira berani tinggal seorang dalam chalet. Hehe nasib baik sebelum itu ada pengalaman pergi Pulau Perhentian jadi tiadalah teragak-agak untuk jalan ke mana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perhentian dah jauh berbeza berbanding saya pergi dulu. Tak pernah lalu pun laluan hijau tu sebelum ni

      Delete
  5. Bestnya santai kat pulau....teringat cerita fantasy island...kebun getah tu kalau ada orang menoreh hah memang masih berguna lagi le tu kalau tak buat perhiasan....hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak nampak pulak orang menoreh tak taulah kalau pagi-pagi. Fantasy island ada spa bagai, ni sinki pun takde. Haha

      Delete
  6. Tabik lah kat sal adventure tau pi travel sorang-sorang. Akak teringin tapi takut...takut sesat di di negara antah buana mana tah...hehehehe tapi best kan enjoy sorang-sorang

    ReplyDelete
    Replies
    1. janganlah merayap senja-senja, memang lah sampai negara antah buana. so far berani Malaysia je. oversea tak pernah lagi

      Delete
  7. Sha tengok laluan jalan kaki tu, Sha yang cuak..
    Tapi memang respek habis dekat Sal.. Syok baca pengalaman Sal jalan-jalan nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang cuak Sha. masa tu rasa nak lari je supaya cepat sampai. huhu

      Delete
    2. Aduh.. Lepas ini kena lebih hati-hati tau Sal..

      Delete
  8. bercuti sensorang kat pulau perhentian ya sal berani n yakin tu...cantik pulau ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya selalu kurang keyakinan diri dan jarang dapat peluang berdikari. sebab tu datang sini solo

      Delete
  9. MasyaAllah..geram je tengok kejernihan air tu.. bayangkan duduk atas bot, kaki rendam dalam air.. sambil menikmati pemandangan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. naik bot dan rendam kaki tak sampai kak, sebab kaki pendek. air memang cantik dan jernih. geram je rasa nak berenang tengahari buta

      Delete
  10. best jugak travel solo ni kan? mcm boleh dpt byk ilham kalau suka menulis.. tp akak x penah lg lah travel solo... shopping solo je pernah.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. kalau orang cipta lagu ke, tulis novel ke, sesuai lah duduk pulau ni lama-lama cari ilham

      Delete
  11. aida kagum dgn sal. solo. aida tak rasa aida berani.
    sal is terbaik!

    pulau perhentian ni ada dlm wishlist aida.
    cuma lom berkesempatan. 2years wasted dek covid 19.
    this year, terjebak camping pulak, so memang hingga sptember da booking campsite.
    maybe awal thn depan, jejak memana pulau di terengganu ni dgn anak2.
    in shaa Allah...

    terengganu and pantai = ohsem.
    jernih. cantik. tak mcm pantai barat ni. tak cantik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. di pulau pun boleh camping, cuma kena buat research betul-betullah kat mana port terbaik pacak khemah etc and kena tabah angkat barang naik bot sebab tak boleh bawak kereta. huhu

      Delete
  12. Kagum akak Sal buat trip solo ke Perhentian. Oh my... view kat sana cantiknya! Geram tengok air. Rasa macam nak terjun tiruk kat situ hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. teringin jugak nak terjun tapi tulah skill renang setakat kuak katak tu, lupakan jelah.hahaha

      Delete
  13. woww..! kira berani lah tu gi Pulau Perhentian sorang-sorang.. bukan peak season pula tu.. :) Btw, saya tak pernah sampai P.Perhentian lagi. P.Redang pernah pergi sekali.. memang jatuh hati.. hehehee.. :)

    ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Redang lagi cantik saya rasa tapi kos Perhentian murah sikit

      Delete
  14. Wahh.. pegi sorang2 ye. kita dulu2 cam tu lah. travel solo ke India. now tak dak lah. jom Pakistan. hehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak ada buat trip kan? kalau musim tak sejuk sangat saya nak ikut

      Delete
  15. Nampak menarik.. It's fun to travel alone but at the same time we must be careful..
    Stand by your 'weapons'..haha
    Aini tak pernah pi pulau perhentian,teringin gak nk pi sana tapi taktaulah bila agaknya..haha

    ReplyDelete
  16. Cantik! Takpe bilik bajet, pasal kita datang nak menikmati keindahan alam.
    Travel solo ni bagus untuk diri jadi lebih yakin dan berani.

    Akak pernah ke Perhentian Kecil ni lebih 20 tahun lalu. Tapi versi budak U tak ada banyak duit, kami berkhemah dengan tak ada tandas elok. Ada perigi je 😅

    ReplyDelete
  17. jauh jg berjalan kaki dari Coral Bay ke Long Beach...kena lalu kebun getah tu yg seram...kalau ada servis sewa basikal, moto ke mesti best...cantik view laut..

    ReplyDelete
  18. wah..holiday sensorang..best tu. respek la....kalau dah minat travel tu, semua ons kan.. btw..pic2 semuanya ohsem....

    ReplyDelete
  19. wah traveling yang menakjubkan
    menikmati keindahan alam

    ReplyDelete
  20. Kagum gila dengan Sal bercuti sorang-sorang. Ke pulau pulak tu. Saya tak pernah lagi bercuti ke Pulau. Teringin tapi jenis malas nak bersusah pergi ke Pulau tapi suka betul dengan suasana pulau.

    ReplyDelete
  21. Wah, bestnya akak jalan secara solo... Memang akak seorang yang adventures woman..

    ReplyDelete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah