Showing posts with label perhentian. Show all posts
Showing posts with label perhentian. Show all posts

Review Aban Transit House. Berbaloi ke stay sini kalau nak ke Jeti Kuala Besut?

Sunday, 24 July 2022

Assalamualaikum dan hai semua! Entry kali ni aku nak review hotel yang aku stay satu malam sebelum pergi Pulau Perhentian. Seperti yang aku ceritakan dalam entry INI, aku sampai Kuala Besut dah petang dan disebabkan aku dah janji nak naik bot ke pulau pagi esoknya dengan Perhentian Kravers, so aku stay di Kuala Besut untuk suatu malam. Aku tak galakkan korang follow cara aku sebab membazir. Alternatif yang lebih jimat adalah naik flight pagi-pagi, sampai terus pergi jeti dan naik bot ke Pulau Perhentian. Alternatif kedua adalah naik bas tengah malam, sampai Kuala Besut pagi dah boleh terus pergi jeti.

Anyway, bilik pun dah book so kita check in jelah. Walaupun namanya Aban (slang Terengganu untuk 'Abang') Transit House, tapi yang jaganya kakak-kakak. Process check in senang je just tunjuk booking email. Aku book guna booking .com. Harga RM110 satu malam. Mahal probably sebab last minute. Area Jeti Kuala Besut ni boleh dapat hotel budget semurah RM90 kalau pandai cari dan book awal.

Aban Transit House terletak di No. A-13, Pekedaian 2 Tingkat MDB Block C, Pasar, 22300 Besut, Terengganu. Tingkat 2 tapi takde lif ye. 

Katil double. Tak silap aku memang takde option katil single

TV dalam bilik. Ada basic channel Njoi. Free Wi-fi yang laju

Ada water heater


Iron disediakan

Fridge dan mesin air Coway pun ada

Dari balkoni hotel nampak stesen bas Kuala Besut

Aku terkejut nampak TV dalam bilik. Aku ingatkan TV di lobi sahaja. Wah, ini sudah bagus. Malam aku tak plan nak keluar sebab pekan Kuala Besut ni mati di malam hari. At least itulah andaian aku.


Kawasan sekeliling. Agak sunyi. Kedai banyak tak bukak. Tapi gerai jual makanan banyaklah. Nak cari makan memang senang.

Hotel lain yang berhampiran. Olaza D'Terminal Hotel ni siap ada perkhidmatan luggage storage lagi

Makan nasi dengan tomyam for early dinner di warung berhampiran. Tomyam Terengganu ni manis sikit. OKlah aku pun bukan kaki makan pedas

Petang-petang minum Latte Kopi Mesin beli di stesen bas Stesen Bas Kuala Besut. Ini kot punca tak boleh tidur. Wallahu'alam. Huhu.

My review? OKlah selesa, tapi malam-malam bising. Hotel ni betul-betul mengadap Stesen Bas Kuala Besut. Aku kerap terjaga bunyi enjin bas. Campur tolak bunyi kereta dan motor atas jalan. Bawah hotel ni ada warung dan diorang karaoke sampai pukul 12 tengah malam! Takpelah, aku redha sebab Kuala Besut takde pusat karaoke macam KL. Biarlah diorang.

Easy on the eyes but not for the ears. So, tak digalakkan untuk golongan yang senang terjaga macam aku. Kalau jenis tidur mati OK lah kot. 

Berhampiran hotel ni ada Pasaraya Pantai Timur. Sempatlah aku beli air mineral dan jajan untuk dibawa ke pulau. Tu jelah hiburan kat sini. Malam aku just tapau (walaupun dah makan tomyam+nasi) dan tengok TV dalam bilik. Aku kalau travel sorang memang akan usaha supaya dah ada di bilik menjelang Maghrib. Terutama kalau kawasan keliling accomodation tu agak sunyi. Ni tips jugak untuk korang yang nak cuba, or terpaksa berjalan sorang-sorang terutama ladies. Jangan tunjuk kita takut, tapi masih perlu berhati-hati.

Aban Transit House dalam 800 meter dari jeti. Boleh jalan kaki ataupun naik teksi RM10 di stesen bas. Teksi kampung tak pakai meter ye. Naik, atau jalan. Takde pilihan. Haha.

Lebih mudah sebenarnya kalau pilih hotel berhampiran jeti. Kalau stay hotel berhampiran jeti, nak beli souvenir pun senang. Boleh beli awal kalau takut balik nanti rushing. Kawasan jeti banyak kedai dan harga lagi murah berbanding di pulau. Aku hari tu rushing nak kejar shuttle ke airport, sempat grab beberapa keychain je. Nasib baiklah kawan-kawan dan family aku tak kisah sangat souvenir Pulau Perhentian sebab aku dah pernah bagi sebelum ni. 

Nak beli souvenir, boleh cari di kedai-kedai berhampiran jeti

OKlah, tu je kisah Pulau perhentian aku. Maaf timeline tunggang-langgang. Journey aku pulang ke KL tak payah lah story ye sebab biasa je takde apa yang menarik. Aku memang rekemen Perhentian Kravers untuk sesiapa yang nak ke Pulau Perhentian terutama solo. Diorang memang jaga betul-betul sampaikan shuttle dari jeti ke airport Kota Bharu pun diorang tolong carikan. Shuttle Van RM25 sahaja seorang tapi kena share dengan tourist lain. Aku OK je, bukannya kena pangku diorang pun.

Naik van shuttle ke airport dengan tour agent ni

Thanks for reading gais! So, ke mana kita lepas ni? Hurm...tanya-tanya nak ikut ke?

Read More

Perhentian Solo Trip Day 2.0 - Snorkeling!

Thursday, 21 July 2022

Baca dulu :

Part 1.0

Part 1.1

Hari yang ditunggu-tunggu dah tiba. Disebabkan malam sebelumnya dah terlena seawal jam 10, lepas Subuh mata aku segar bugar dah. Bangun dan makan roti alas perut dulu sebab cafe belum bukak. Siapkan beg untuk snorkeling nanti supaya tak kalut pastu lepak tepi pantai tengok orang baru sampai atau pun yang dah nak balik di jeti. Tenang betul pagi-pagi layan view laut dan angin pantai.

Lepas breakfast, mandi dan salin baju untuk snorkeling. 

T-Shirt ni diberi percuma oleh Perhentian Kravers. Beg pink tergantung kat leher tu waterproof handphone case, aku beli di Shopee.

Jumpa dengan group yang akan snorkel sama around 10.30 am lepas tu naik bot warna kuning ni. Last aku snorkeling adalah di Pulau Kapas, Terengganu bersama famili immediately lepas kerajaan bagi kebenaran rentas negeri. Tahun 2020 ke 2021 entah aku dah lupa sebab tak update dalam blog. Aku memang suka snorkeling walaupun sekadar tau berenang kuak katak. Tak pandai berenang pun boleh snorkeling tau sebab ada life jacket.

Trip snorkeling aku tak ramai, dalam 6 orang je. Staf Perhenian Kravers pun ada 2 orang ikut sekali. Boatman kami nama dia Abang Mat.

Mula-mula Abang Mat ajar dulu cara pakai life jacket dan snorkeling mask dengan betul. Aku suka snorkeling mask stail moden yang full face tapi tak ada pulak. 

One of the lady in my team terjun laut pakai jubah dan purdah ye. Hebat betul. Ada jugak yang tak pakai life jacket pun. Tak digalakkan lah unless korang memang betul-betul pandai berenang.

Snorkeling bersama Perhentian Kravers ni kami dibawa ke 5 point+Kampung Nelayan

- Fish Point

- Turtle Point

- Shark Point

- Light House

- Kampung Nelayan (rehat & makan)

- Romantic Beach


Gerak lu, pape roger!

Di Fish Point seronok tengok macam-macam jenis ikan tapi sedih tengok coral banyak dah mati. Coral hidup berwarna warni tapi di sini warna light brown sendu. Sayangnya takde gambar. Aku takde GoPro atau underwater camera. Mula-mula ingat nak letak handphone dalam casing dan cuba ambil gambar tapi Abang Mat tak galakkan. Dia kata hari tu ada guest yang rosak handphone sebab casing waterproof tak tahan pressure laut. Dengar lah cakap dia. Rosak handphone kang, mana dengan boarding pass balik semua dalam tu naya je. Dia dah tentu lagi arif bab laut berbanding aku yang mengadap PC je hari-hari.

Settle di Fish Point, kami dibawa ke Turtle Point pulak. Abang Mat terjun dulu, pergi cari penyu. Abang Mat cakap turtle ni ada yang pemalu, ada yang mesra. Setiap 15 saat, diorang akan keluar ke permukaan untuk ambil nafas. So, snorkel je ikut arah mana penyu tu pergi. Masa aku snorkeling ni ada 2 ekor penyu yang peramah memunculkan diri.

Ni gambar dari GoPro Abang Mat

Swimming with sea turtle

Next kami ke Shark Point pulak. Abang Mat cakap shark kat sini tak makan orang so tak perlu takut. Aku ni pun berani sebab pernah jugaklah snorkeling tengok shark di Perhentian dan Redang dulu-dulu. Shark pun tak selera tengok aku. Mesti dia kata eh ni ikan kering terjatuh dalam laut ke?





Light House air berombak kuat masa kami sampai. Abang Mat tak benarkan kami bergerak bebas di sini. Snorkeling sambil pegang tali bot. Memandangkan boatman tak turun sebab dia kena pandu bot untuk tarik kami, so takdelah gambar.

To be honest aku agak kecewa dengan diri aku sebab macam tak larat sangat menguak air sekarang ni. Rasa cepat penat. Nasib baik ahli group lain semua baik-baik belaka dan make sure aku tak tertinggal.

Next kami singgah jap untuk lunch dan rest di Kampung Nelayan. Kampung Nelayan banyak jugak tempat penginapan dan kedai makan yang lagi murah. Kalau bawak keluarga yang ada anak kecil dan warga emas pun ramai suggest stay sini.


Settle makan, sambung lagi one port iaitu Romantic Beach. Air di Romantic Beach ni serius cantik. Pasir dia pun putih. Haih, memang romantik lah nak berkasih sayang. Siapa suruh singlet. Kan dah sendu.

Trip snorkeling ni dalam pukul 3.30 dah habis. Tapi memang lunyai lah. Balik tu aku mandi, solat dan tertidur walaupun kepanasan sebab bilik ada kipas je. Terjaga pukul 6.30 macam tu, mandi lagi dan pergi lepak kafe tengok laut je. Again, sunset tak nampak.


Lepas Maghrib, dinner pastu duduk je tepi pantai. Tengah-tengah layan perasaan ada orang tegur. M rupanya. M ni salah seorang ahli trip snorkeling tadi. Dia pun datang sorang tapi dia ada ramai geng kat sini sebab katanya datang Perhentian ni acara bulanan. Hebat. Dia ajak lepak dengan geng dia tapi aku belum apa-apa dah menguap. Geng-geng si M ni semuanya kaki diving tau. Peramah jugak dan rajin travel, tapi tulah semuanya asal berjalan je mesti asbab nak diving. Tak laku pun cerita aku gi China balik hari.

Tak tahu diorang lepak sampai pukul berapa. Aku mintak diri nak balik tidur. Lemahhh!

Malam kedua pun takde misteri nusantara. Cuma terjaga pukul 4 pagi sebab takde elektrik. Terkebil-kebil aku dalam gelap melayan handphone. Ada elektrik balik setengah jam lepas tu. Aku pun sambung tidur. Tau-tau dah Subuh.
Read More

Perhentian Solo Trip Day 1.1 - Long Beach, Memburu Sunset dan Merenung Bintang

Saturday, 9 July 2022

Sambung dari SINI

Once dah sampai Long Beach, aku rasa macam Edward Pattinson terdedah pada matahari atau hantu Melayu yang dibacakan Yassin. Macam nak terbakar! Panas sangat padahal dah pukul 3 petang. Mak aih. Aku rasa kedudukan Long Beach ni menghadap matahari. Sebab tu kalau nak tengok sunrise Pulau Perhentian, tengok di Long Beach. Nampak tak betapa poyonya bila kau 'Puteri Lilin' tapi nak bercuti tepi pantai.

Kalau dibandingkan dengan Coral Bay, pantai di Long Beach pasirnya lagi putih dan halus. Airnya pun lagi jernih. Cuma sini ramai mat saleh dan foreigner berjemur. Kena tundukkan pandangan mata. Gituuu.

Resort hujung sekali dalam gambar di atas adalah Mimpi Perhentian. 

Plan asal aku datang sini nak mandi laut, so meh cari port. Last time aku ke Pulau Perhentian 10 tahun dulu, stay di Long Beach tapi sumpah dah lupa nama chalet kitorang duduk tu. Lain betul rupa Perhentian sekarang. Dah banyak high end resort di Long Beach. Antara yang famous adalah Mimpi Perhentian dan Bubu Resort. Kalau mampu dan inginkan keselesaan bolehlah cuba. 

Nama pun Long Beach, so pantai di sini memang panjang dan pilihan penginapan lebih banyak. Harrera Perhentian popular di kalangan surfers. Kalau nak berkhemah menghadap laut pulak boleh pilih Awatif Campsite. Segalanya terpulang pada bajet dan kemampuan. Teringin nak cuba khemah tapi trauma mengkarung aku 10 tahun dulu belum hilang lagi (refer previous entry) lagipun aku tak cukup berani. Rasa macam anytime je orang boleh masuk.


Berkayak antara aktiviti popular di Pulau Perhentian. Siap ada yang transparent lagi. Kalau ada kawan boleh gak cuba. Aku sorang tak berani. Tau-tau kang sampai Golok.

Ada surau awam. Tak masuk pulak tengok

Ni kalau malam confirm meriah macam Uptown yaww

Sini pilihan makanan lagi banyak, tapi standard harga pulau. Oh by the way walaupun orang selalu cakap bawak cash banyak-banyak sebab pulau takde mesin ATM, tapi ni kan tahun 2022.  Ada kedai boleh bayar pakai QRPay. Kena ringan mulut tanya.  Tapi kalau kau nak bayar pakai debit or credit card memang kena jeling maut lah. Nanti tahun 2032 kita revisit Perhentian lagi kot lah dah boleh. Haha. Still, digalakkan bawak cash kotlah line internet ting tong atau kedai tu hanya terima cash sahaja.

In the end aku hanya duduk tengok orang. Swimming? Abaikan sebab panas sangat. Aku pakai topi, sunglasses dan facemask. Dah rupa Kevin Bacon dalam filem Hollow Man. Dahlah orang tengok aku pelik bajet aku patuh SOP sangat. Kat Perhentian ni SOP ke laut dah sebab open air.

Duduk kejap bawah pokok kelapa ni tapi pastu takut buah kelapa jatuh atas kepala so tukar port. 

Dah tak jadi swimming, tukar plan jalan hujung ke hujung tapi sebab panas batalkan niat. Kalau panas sangat aku mudah sakit kepala. Nanti kalau tak sihat dah spoil nak snorkelling esok


Aku guna Long Beach Camp ni sebagai marker laluan balik. Aku ni senang sesat.

Dalam pukul 5 lebih aku pun pulang ke Coral Bay ikut laluan sama. Tak produktif pun aku lepak kat Long Beach ni sebab tengok laut je tapi at least dah feed my curiousity. Lupa dah kononnya tadi kata nak naik boat taxi. Kali ni berselisih dengan lebih ramai orang so tak takut dah. Lagipun bila dah tahu jalan rasa sekejap.

Nampak laluan ni on the way balik. Ada apa ek di sebelah sana. Laluan ni nampak 2 kali ganda lagi seram dari laluan Coral Bay-Long Beach.

Boardwalk Pulau Perhentian

Jangan risau, aku tak lalu pun boardwalk tu sebab nampak sunyi sangat. Balik aku google rupanya kalau jalan dari situ boleh sampai Kampung Nelayan. Ada apa di Kampung Nelayan? Next entry kiter cerita.

Sampai Coral Bay, pergi minum dulu. Haih banyaknya aku minum minuman bergula di Perhentian ni. Misi cut sugar gagal.

Decide untuk swimming di depan Sharila Resort sahaja. Sebelum tu, balik chalet dulu sebab nak gi toilet dan top up sunblock. Sekali korek-korek beg, eh mana sunblock aku? Suddenly aku teringat masa keluarkan facemask di Long Beach rasa macam ada benda jatuh. Masa tu tengok bawah tak nampak apa-apa pulak. Menyumpah diri sebab tak tengok betul-betul.

Sunblock tu aku transfer dalam botol plastik kecik transparent sebab malas bawak sebotol besar. Nasiblah, sunblock putih, pasir pun putih. Dahlah mahal. Aku beli yang safe untuk coral reef.  Terpaksalah beli baru di salah sebuah kedai berdekatan chalet. Akak kedai tu pun pelik nape tak bawak dari rumah or beli di mainland so aku pun ceritalah yang aku ni loqlaq. Nasib baik ada jugak brand 3W. Harga di Shopee berapa ringgit je, beli di sini RM 19.

Dipendekkan cerita, dah dapat sunblock baru kita pun pergilah berenang

Air jernih boleh nampak ikan walaupun tak pergi ke tengah sangat

Beli casing handphone waterproof tapi susah yakmat ambil gambar underwater sebab air berombak. Menyesal tak sewa GoPro.

Penat berendam, lepak tepi pantai tunggu matahari terbenam

Air surut. Mandi masa ni memang tak sedar makin lama makin ke tengah.

Masa kat pantai ni aku lepak dengan satu keluarga Melayu. Aku bodek dan panggil dia akak walaupun nyata dah bercucu sebab nak mintak tolong tengokkan beg masa aku gi berenang. Hahaha. Takdelah. Aku gantung je beg di longue chair dekat dengan tikar diorang picnic. Sambil mandi sambil pandang-pandang. 

Coral Bay ni banyak jugak batu-batu karang kecil. Meredah air tu kena hati-hati. Nak seronok berendam ni kat Long Beach sebenarnya. Mandi waktu petang, air tengah surut. Air tak dalam so tak perlu life jacket dan snorkel mask. Tapi kalau nak jugak boleh sewa dari chalet. Aku bawak goggle je dari rumah. Boleh nampak ikan kecik-kecik. Teaser sebelum snorkeling esoknya. 

Ingatkan nak capture sunset tapi terlindung dek awan

Langit dah nak gelap, aku pun balik chalet. Mandi dan solat Maghrib. Dah kebuluran.



Berjalan di pantai malam-malam ni kena hati-hati sebab banyak sauh bot. Tak boleh bayang kalau tercucuk. Naya oi

Coral Bay sunyi je bila malam. Lagi pulak non peak season. Kalau ada pun yang meriah, Ombak Dive Resort sebelah Fatimah Chalet. Ramai mat saleh stay situ selain Senja Bay Resort.


Fireshow? Nope! Duduk atas longue chair tengok bintang pun nikmat. Lagipun terkenangkan laluan tadi, siang pun dah takut. Malam apatah lagi. 

Duduk KL langit banyak pencemaran cahaya, mana nampak bintang ni semua. Pusat Karaoke Bintang Gemilang nampaklah. Aku hairan kenapa orang tak senaraikan 'Stargazing' sebagai salah satu tarikan di Pulau Perhentian. 10 tahun dahulu, ingat lagi kitorang duduk keliling unggun api sambil tengok bintang-bintang. Zaman muda sangat. Tapi dulu Long Beach tak happening.

Next time lah. Nak tengok jugak fireshow tu. Next time tu bila? Entahlah

Actually kalau fireshow tu depan chalet aku pun, aku tak tengok sebab dah ngantuk sangat-sangat. Sebelum pukul 10 dah terlena. Mula-mula panas tapi terjaga tengah malam sebab sejuk. Mamai-mamai bangun cari kain buat selimut. 

Oh by the way, berani ke tidur chalet sorang-sorang? Awalnya rasa takut dan fikir bukan-bukan jugak sampai aku ambil towel dan tutup cermin. Tidur bukak lampu bukanlah pilihan sebab aku tak boleh tidur terang. Alhamdulillah semuanya OK. Malam pertama takde misteri nusantara atau yang sewaktu dengannya. Harap malam kedua pun sama

Read More