Sambung dari
SINI
Assalamualaikum dan hai semua! Amboi, baca komen-komen korang dalam entry lepas, ramai betul yang rasa ngeri ye. Rilekslah gais, operation ni takdelah sakit mana sebab dia pakai bius, nama pun surgery kan. Tips dia,
jangan cabut time sakit,
jangan keraskan badan dan
inform doktor kalau rasa ngilu. Other than that, you guys will be fine. Kalau ada penyakit macam diabetis, high blood pressure atau darah cair, inform doktor awal-awal sebelum operate.
Day 1- petang lepas operate
Aku rasa the real struggle adalah selepas operation. Masa ubat kebas masih berkesan memang takde masalah, nak drive pun boleh. Aku sampai je rumah, mandi dulu, pastu rilek-rilek baring. Ubat kebas akan bertahan selama 4 jam. Pengalaman aku, lagi sejam effect ubat kebas nak hilang adalah waktu paling sakit. Aku start operate dalam pukul 4 petang, pukul 5 siap, so pukul 7 malam tu aku makan painkiller sebiji. Masa tu dah start rasa sakit menangkap ke kepala. Kalah period pain (tak pernah bersalin, period pain jelah aku tau..hahaha). Sakit macam putus cinta! Buat apa semua tak kena. Lagipun, bila darah kat tempat cabut tu belum berhenti memang tak selesa sangat sebab rasa darah penuh dalam mulut.
Klinik bekalkan kapas gauze untuk digigit sampai darah berhenti. Berkali-kali tukar kapas, kapas still basah dan rasa darah still ada. Aku ada baca kat blog mana entah, kalau nak darah cepat beku, minum air sejuk,so itulah yang aku buat.
Jangan berkumur dan jangan meludah, sebab dua aktiviti ni akan create pressure dalam mulut dan lambatkan proses pembekuan darah.
Disebabkan mata tak boleh tidur, aku baring depan TV sambil tuam ais kat bahagian pipi yang bengkak tu. Korang
jangan tuam air panas pulak ye! Sampai pukul 10 aku berkeluh-kesah, so aku telan lagi sebijik painkiller. Tahan la jugak sampai habis siaran langsung Pencetus Ummah. Gigih? Percayalah, bukan sengaja aku nak tido lewat, tapi dah memang tak boleh tidur! Dekat pukul 12 baru mata aku lena.
Ubat dia bagi. Biasanya aku pemalas makan ubat, tapi kali ni aku makan dengan taat.
Day 2
Masih MC. Aku kalau dah tertidur, memang lena sampai ke pagi. Dahlah cuti solat, makanya pukul 9 pagi baru aku tersedar. Bangun-bangun je rasa lapar. Mana taknya, last makan sebelum operate. Aku gi dapur cari air Milo, taruk ais. Padahal aku bukan penggemar minuman berais. Pagi-pagi aku mesti nak kopi or teh panas. Tak senonoh doh, tak gosok gigi tak apa, terus minum. Memang ikut pesanan doktor, belum cukup sehari, belum boleh berkumur-kumur. Gosok gigi jauh sekali.
Lewat pukul 11 pagi, dah tak tertanggung rasanya perut aku (ayat nak dramatik aje), barulah aku makan bubur nasi kosong, taruk kicap. 20 jam tak makan, aku pun kagum ngan diri aku. Hehehe. Bosan dengan bubur, makan biskut meri cicah ngan Milo Ais. Epik!
Seharian duduk rumah memang bosan. Tengok TV jelah keje aku. Mata aku ni liat nak tidur siang walaupun tak sihat. Time ni rasa ngilu dah berkurang. Selagi boleh tahan, memang aku tak nak depend pada painkiller. Tapi, ubat-ubat lain aku still makan ikut aturan. Malam tu je, nak tido baru aku makan sebiji Celebrex supaya tidur lena.
Day 3
Mulut dah start rasa tak selesa sebab tak gosok gigi. Pagi tu aku gosok gak lah, tapi taruk sikit je ubat gigi supaya berkumur pun sikit-sikit je. Aku try makan roti pulak. Tapi, still tak berani nak minum air panas. Time ni aku bersyukur sesangat sebab aku cabut geraham sebelah kanan je. So, belah kiri boleh mengunyah lagi.
Sama macam hari sebelumnya. Duduk rumah, tengok TV, blogwalking, main twitter. Rasa sakit dah kurang, bengkak pun dah surut, cuma kalau bersin je rasa perit sikit. Malam tu aku berjaya tidur tanpa bantuan painkiller.
Day 4
Alhamdulillah, time ni rasa sakit dah kurang, aku pun dah meneruskan hidup macam biasa. Cuma tak boleh buat kerja berat-berat selagi tak bukak jahitan. Takut teretas dik oi..nangis kakak! Aku masih makan bubur, tak berani nak makan nasi, takut terselit dalam lubang gusi. Kalau timbang berat aku, conform tinggal 40 kg. Tapi, aku dan makanan takkan terpisah. Korang percaya tak malam tu aku gi makan-makan???
Abang aku lah, tetibe last minute buat housewarming! Tapi takdelah makan macam korang yang sihat walafiat ni. Sebelum gi aku dah makan bubur kenyang-kenyang dengan biskut Meri cicah Milo sejuk. Kat rumah abang aku, aku makan roti jala, bihun sesuap dua dan sate 2 cucuk, tu pun sebab tak tahan bau semerbak. Aku cubit sikit, siat-siat jadi kecik, pastu kunyah sikit-sikit, telan. Macam baby baru tumbuh gigi da!
Cuma satu je aku jaga-jaga, sebab anak sedara ramai, ada yang sibuk nak duduk atas pangku, nak ajak sembang lah, apa lah. Pastu diorang dok terlompat-lompat sana-sini, almaklumlah excited rumah baru. Aku perati je, jangan lah korang terlanggar pipi aku. Mau ada yang menangis macam pontianak.
Ingat saya lagi,
Baby Cinta? Saya tak berat, so tak apalah Mak Tam nak dukung pun.
Day 5
Monday - back to work. Bawak bekal bubur, sebab still tak berani nak mengunyah nasi dan makanan panas. Rindu woi nak makan Nasi Goreng Kampung dengan telur dadar! Macam biasalah, aku kan suka membebel, so haruslah berkongsi cerita pasal operation dengan rakan sekerja. Ramai yang melahirkan rasa kagum dengan keberanian aku. Tapi yang lagi diorang kagum adalah aku berjaya bertahan tak makan sampai 20 jam! Hampeh tul korang.
Day 6 & 7
Dah start makan nasi dan minum air suam. Rasa sakit pun dah kurang. Teringin Tom Yam..huhuhu. Rasa pedih je kat tempat cabut. Ulser rupanya.
Day 8
Hari cabut jahitan! Appointment aku pukul 9.30 pagi, so aku singgah ke klinik dulu sebelum gi kerja.
Time cabut jahitan ni takdelah rasa apa sangat. Dia cuma suruh kau baring kat kerusi dan dia pun potong dan cabut dengan hati-hati. Before that Dr.Khairul check kot ada tunggul tertinggal or makanan terselit dalam bekas cabutan. Kumur-kumur then done! Tak sampai 10 minit.
Dengan itu berakhirlah kisah
percintaan aku dan doktor hensem..Hahaha. Dia tanya aku bila nak cabut lagi sebelah, aku jawab nantilah dulu. Tunggu lepas duit claim ni ye. Yang sebenarnya, tunggu lah aku sakit tahap tak tahan giler. Sungguh, ini lah antara perkara paling berani aku pernah buat dalam hidup aku.
So, ada apa-apa nak tanya, sila kemukakan di ruang komen. See you next entry!