Tuesday, 24 November 2015

Mak Cun, Mak Siti, Mockingjay, Monday Blues

***Mak Cun***


Sabtu lepas berpeluang menonton Teater Muzikal Mak Cun arahan Erma Fatima di Istana Budaya. Best ke tak? Of course lah best! Pelakon-pelakon, terutamanya Umie Aida dan Erma Fatima memang superb! Macamana korang dok gelak guling-guling tengok drama bersiri ni kat TV, macam tu lah kelakarnya teater ni. Bukan setakat  menghiburkan, tapi kaya dengan pengajaran. Tentang sikap usahawan Melayu yang berpuas hati dengan 'cukup makan', tentang taksubnya orang kita dengan 'orang putih' dan tabiat masyarakat yang suka mengadu domba dan menjaja cerita. Paling aku suka bila watak Mak Cun menyindir perempuan yang 'amik laki orang'. Perli sape tu kak Erma weii...hahaha.

Yang tak best satu je, aku amik tiket yang paling murah sekali. Aku suggest korang kalau nak tengok teater di Istana Budaya, janganlah duduk kat tingkat tiga ni. Jauh sangat dengan pentas.


Sebelum menonton teater, ND ajak aku ngan SR makan dulu kat Sany Char Kuey Tiow kat sebelah Istana Budaya. Memang sedap wei kuey tiow dia! Aku walaupun dah makan kat rumah, tapi boleh bantai 2 pinggan kuey tiow biasa. Kalau tau sedap, aku order yang besar, takpun yang special terus. Mungkin sebab tengah hujan kot. Ewah, salahkan cuaca pulak!  Udang dia pun banyak. Kalau tak suka taugeh, jangan lupa pesan tak nak taugeh..membazir je macam aku! (Sape tak suka taugeh angkat tangan! ) Kalau korang tak nak makan kuey tiow pun, ada je menu lain macam masakan panas dan keropok lekor. Senang nak cam gerai dia sebab dahla besar, warna merah lak tu. Takpun, korang follow je bau, mesti jumpa. Hahaha.

*** Mak Siti***

Habis teater agak lewat,  tambah dengan jam nak keluar dari parking Istana Budaya memandangkan malam tu show full house, pukul 12.15 tengah malam baru aku sampai ke rumah. Korang rasa aku buat apa? Tidur terus? Ke bukak TV? Hahaha, of course lah bukak TV. Tunggu game Liverpool vs Manchester City pukul 1.30 pagi. Sementara tu, solat Isyak, makan (makan lagi?) dan lepak-lepak tengok match lain dulu. Kopi tak payah, sebab dah minum before tengok Mak Cun.


1-4 gais! Ingat senang ke nak menang lawan Man City, kelab kaya yang berada di kedudukan pertama liga Inggeris (EPL) dan dibarisi pemain bertaraf dunia macam Kun Aguero, Yaya Toure dan Joe Hart.  Baru korang tau Liverpool power ke tidak! Ingat team kitorang ayam sangat ke! Time menang kita berlagak, time kalah kita masuk gua la wei...

Apa kaitan dengan Mak Siti? Sebab pasukan Manchester City / Man City digelar Mak Siti / Mek Siti oleh fan EPL di Malaysia. Tu je.

*** Mockingjay***

Menonton rancangan sukan akan memberi adrenaline rush, buat kita excited dan jantung berdebar. Lagi-lagi kalau menang, memang susah nak tidur. Tambah pulak dok teringat-ingat lawak Mak Cun tadi. Dekat pukul 4 jugaklah baru aku tidur.
 
Bangun pagi tetiba rasa hidung tersumbat. Pastu dah start bersin-bersin. Oh, great! Tapi keinginan nak tengok Mockingjay Part II mengatasi segalanya. Aku gagahkan jugak ke KLCC, menonton tayangan paling awal, pukul 11.15 pagi. Bukan apa, kat TGV KLCC ni, tayangan sebelum pukul 12 tengahari, harga tiket RM 8 sahaja. Diulang, RM 8 sahaja, tanpa GST! Gila apa aku menolak peluang menjimatkan duit.

Patutnya aku tengok dengan Encik A, tapi dia pulak demam, so aku tengok je sorang-sorang. Mujur orang tak ramai, sebab dalam tu asyik aku je sok sek sok sek. Bukan sebab cerita tu sedih, tapi sebab hidung ni dok mengeluarkan cairan. Hahahaha. Yang tak bestnya, bila orang tak ramai, panggung jadi berganda-ganda  sejuk. Sal, kau memang cari pasal!


Sesape yang follow citer ni wajib tengok oi!! Sesape yang tak follow aku nasihat kan tengok Mockingjay Part I dulu kalau tak memang sumpah tak faham. Ending agak dijangka, tapi dia punya plot twist memang gempak. So, are you..are you..coming to the tree? (Yang follow movie ni je faham)

Habis wayang aku terus balik. Badan dah start rasa tak best. Kombinasi udang dalam kuey teow + kena hujan + berjaga malam + air cond panggung wayang = selsema dan sakit tekak. Aku dahlah memang ada resdung.

Malam tu aku tidur awal lepas makan ubat, tak dapat lah tengok Gegar Vaganza. Korang sokong sape? Aku suka Azian Mazwan dengan Ezad.

*** Monday Blues***

Patutnya kalau weekend meriah, haruslah pagi Isnin semangat nak gi kerja, tak gitu Cik Salmah. Tapi aku tidak, sebab...

M.C dua hari da...

Tulah bahana kalau perasan diri tu kuat macam Katniss Everdeen. Kihkihkih.. Doakan esok aku sihat dan boleh kembali bekerja. M.C lama-lama pun jemu gak wei!

Apa-apa pun, thanks for reading!

71 comments:

  1. Wahh bestnya tgk Mok Cun.. kalo lahh dekat dah lamo mummy terjah...

    ReplyDelete
  2. hambooiii ND ajak makan.. Nora Danish ker... bertuahlahh badan ...kui kui kui

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..ND tu singkatan untuk nama kawan saya.takut orang tak suka kita guna nama betul kat blog. tak bertuah pun makan ngan Nora Danish, kot Johan As'ari ke, Syarul Ridzwan tu baru namanya bulan jatuh ke riba u olls

      Delete
  3. Asalam Sal..wah meriah ya..hebat semua ...bertuah lah dapat menonton dengan kawan2

    ReplyDelete
  4. mak aiii.. hantu bola sunggu cik kak kita ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hantu bola takpe, jangan kacang hantu..

      Delete
  5. hamboiii nak tgk ngan En. A mesti ngan Aaron Aziz kan kan........ kan ..... sambil mata kelip2..! keh keh keh :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..takde maknanya Aaron..Harun pun belum tentu..hihihi

      Delete
  6. Mummy kalo weekend best pun dpt monday blues jugak... keh keh keh dasar cuti tak pernah cukup.. :P

    ReplyDelete
  7. Moga cepat sembuh na.. dapat lagi cuti weekend xtra.. Moga cepat sembuh na Sal..

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks mummy..rasa dah OK kot ni, dah kerja balik..

      Delete
  8. bestnya nonton mokcun...ramai yg sika citer ni...moga cpt sembuh sal...

    ReplyDelete
  9. Ingatkan Mak Siti tu apa. Rupanya, Manchester City. lol!

    Nak tengok Mockingjay juga! Tapi sekarang tengah busy dengan assignment dengan nak final nya lagi. Macam tak dapat pergi tengok je :(

    ReplyDelete
  10. alahai bestnya Sal dapat tengok teater mak cun ni.. :)

    ReplyDelete
  11. Replies
    1. hahaha, kalau pemalas update blog macam tu lah

      Delete
  12. Sany char kuey teow memang sedap... aduh ! menjejeh pulak air liur pepagi ni...

    ReplyDelete
  13. teater mak cun tu teringin nak tengok...

    tahu ! mesti best macam drama dia.. sabar je lah

    ReplyDelete
  14. amvoii sangup bergadang malam tgk bola tuu., sibbaiknliverpool menang ciksal kann ., ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tak menang tak citer kat sini wak..diam-diam tutup TV pastu tido..haha

      Delete
  15. Akak angkat tangan tinggi-tinggi ni, Sal sampai nampak bulu ketiak! Eh, ada ke bulu ketiak? Lupa pulak ^_^

    Akak memang tak makan taugeh maklumlah akak ni kan carnivorous orangnya ^_^ Suka betul Sal tengok teater yerk. Akak ni sekali pun tak pernah. Tapi gandingan Ogy dengan Erma ni patutnya hebatlah macam drama apa dulu tu yang pengantin-pengantin apa ntah namanya! Havoc mereka berdua ni kalau team up, kalah Liverpool!

    Ni nak tanya juga sebab Sal ni rajin pergi Istana Budayakan. Kat situ ada food court ke, Sal? Akak selalu baca orang pi makan tengahari kat sana, macam best, macam sedap jerk...sekangkang kera jerk dari pejabat akak. Kalau benar bagai dikata, nak juga I try makan tengahari kat sana!

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah lama x makan kat situ, biasa makan kat umah or kat tempat lain.ada member cakap sedap, tapi tu dua tahun dulu..hehehe.so, tak jamin lah kak..

      cite Ogy-Erma tu citer Pengantin Popular.saya tengok tu masa sekolah rendah.

      Delete
    2. Aha, samalah tu, Sal! Akak pun tengok cerita tu masa sekolah rendah. Kan ke kita ni rakan sebaya dulu-dulu. Sekarang aje berbeza umur bak langit dan bumi! Hahaha!

      Delete
    3. eh?saya tgk masa sekolah rendah tu ulangan kot..hahaha.entah-entah masa first time keluar saya tadika lagi.

      Delete
  16. Eh murahnya tengok kt TGV klcc tu....
    Sal tau cinema mana yang ada discount for ladies night?

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak, x tau la..tau TGV klcc murah ni pun dari member

      Delete
    2. murah noh..semua cita ka ada time pagi tu

      Delete
    3. banyak jugak...semua citer boleh dapat harga RM8 tu

      Delete
  17. waaa...g tgk teater tak ajak pun.

    mak cun plak tu...

    hwaaaa tak aci tak aci tak aciiiiiiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..kitorang buat keputusan nak tengok on the spot.nak tengok bawang merah bawang putih tak weekend depan? nanti sy wasap

      Delete
  18. En. A? ehem ehem...

    Bagaimana dengan En. B, C dan seterusnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. ramai encik dalam hidup saya,tapi kawan biasa jewww... *jawapan retis*

      Delete
  19. Syafakillah Sal...


    saya pon demam dan selsema ni...

    ReplyDelete
  20. Replies
    1. sihat la sikit..dah kembali bekerja

      Delete
  21. Hihi.. Salam knl sis..

    Xpernh tgk teater.. Zmn bljr dlu je prnh.. Tu pun d klgn students

    ReplyDelete
  22. Saya juga dah nonton Mockingjay Pt 2 hari Jumaat lepas bersama anak2 dan isteri. Puas hati bila tengok regim kejam Presiden Snow tumbang. Tapi apa yang berlaku dalam filem tak banyak berlaku di dunia realiti yg masih banyak ditadbir regim yang tak bersimpati dengan rakyat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa tengok Hunger games saya selalu terfikir, kalaulah rakyat Malaysia bangkit berrevolusi macam Victors tu, apalah agaknya jadi.tapi in the end, Snow ke, Coin ke, sama je..

      Delete
  23. Teringinlah nak gi nonton kat Istana Budaya tu Sal....sila jemput mak ! Haha...
    Bape tiketnya? Mahal tak. Bab tiket mahal ni mmg mak seriau tau, sebab mak tak kerja...Tp teringinlah nak tengok teathre....

    Semlm mal baru tgk Morking Jay mmmg tak faham apa. Sampai terlelaplah dlm panggung, pas tu terkejut sebab bunyi bom haha....terus jadi tak ngantuk Sal.....

    Rugi ar tak tgk GV.....best weyh.....mak suka suara Nizam Laksmana, tp udah tersingkir pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. harga tiket tu tengok production jugak..ada yang harga rm 40 je, tapi duduk depan sekali..ada yang harga 40 duduk atas macam ni..

      bunyi bom tu lagi setengah jam filem nak habis tu mak oi, lama nau tido..haha.yelah,kalau tak tengok yang first memang tak faham.

      dah demam, nak buat cmane Mak...gegor jelah dalam mimpi

      Delete
  24. sal.....kita geng...xsuka taugeh....haahahahha

    ReplyDelete
  25. Mggu org skt agk nyerrr... cheq x sembuh lg masih bengkaj lg

    ReplyDelete
  26. Replies
    1. ah, tapi Mignolet hampir buat kita semua sakit jantung..

      Delete
  27. Fuhh, ini entri secukup rasa ni. Macam2 dipundat dalam satu entri :)

    ReplyDelete
  28. Mcm2 kisah dlm 1 entri ye? hehehe.

    ReplyDelete
  29. Sal....tengok teater teringat pula pernah bersama SYM dan rakan lain tonton teater Pramlee....best dan menarik...tapi kalau dok jauh kena pula rabun cam aRz memang tak nampak apa la

    ReplyDelete
  30. peminat man city ....kalau di cafe member sembang pasal bola....arz diam jela...

    ReplyDelete
    Replies
    1. teringat pulak kat arwah Yus Jambu, dia peminat tegar Man City. Al-fatihah untuk arwah

      Delete
  31. harga tiket murah tu berap SAL..kalau seat depan mesti lagi mahal..ada tak dlm RM200

    ReplyDelete
    Replies
    1. harga tiket saya dalam RM30 something..harga paling mahal rasanya lebih RM200

      Delete
  32. dah mkn kat umah still leh habis 2 pinggan char kuey tiow biasa ? mesti portion kecik tu..klau sis JM..sedap mcm tu 5 pinggan baru cukup ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah kak JM, portion dia kecik je..

      Delete
  33. perghh..bola nye pasal tu..kalau sis JM 12.15 sampai umah nampak katil je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau main best memang sanggup tunggu..hehe

      Delete
  34. RM8 je tiket before 12tgh..kat KLCC lak tu...mmg murah..weekend pun sama ke harga nya

    ReplyDelete
    Replies
    1. weekend lah ni kak...hari biasa saya keje..

      Delete
  35. Replies
    1. kawan le kak JM..berkawan biar seribu, berkasih belum tentu...hahaha

      Delete
  36. Replies
    1. mok cun ni best tapi kdg2 bahasa dia trlalu over...

      Delete
    2. yup, bahasa utagha dia kureng sikit sebenarnya..

      Delete

Thanks sudi baca. Komen je apa-apa korang suka. Lagi panjang lagi best

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by BloggerCandy.com