Tiga Kosong

Monday 15 December 2014

Assalamualaikum dan salam hari Isnin semua!

Tiga...nombor yang aku selalu anggap sebagai 'My Lucky Number'. Suka-suka je. Mana boleh taksub sangat, syirik tau!

Tiga..oh tiga...Liverpool kena bedal dengan Man U sampai 3-0! To be honest aku tengok first half je. Nasib baik tengok kat rumah, kalau kat Mamak mau tebal muka wei! Nak balik malu, nak stay pun malu. Silap-silap dapat gelak hina dari geng penyokong setan merah. Dengan kalahnya Liverpool, makin terperosok lah The Reds dalam carta EPL. Yang pasti bukan nombor tiga. Kalau tigabelas mungkin.


Tapi tu bukanlah tiga yang menyebabkan aku datang kerja dengan hati yang tak best. Hari ni merupakan hari terakhir bagi tiga orang colleagues aku. Diorang bertiga ni bukannya berkongsi tarikh hari jadi, tapi mengambil skim bersara secara sukarela. Kalau orang kerja taulah kot, orang panggil skim 'VSS'.

Gambar last week, masa farewell. Abaikan mamat baju petak.

Sedih la jugak, sebab one of them memang rapat dengan aku (nombor 1). Memang dari awal kerja, nilah geng makan, geng gi surau, geng keluar time hari Jumaat, geng gossip dan macam-macam geng lagi lah. Gonna miss you Kak Ita!

Yang lagi sorang tu, bakal pak mentua (nombor 3).Hahaha..takdelah, acah je. Brader (ke pakcik?) ni ada anak lelaki, muda sikit je dari aku. So, abang-abang kat office ni sukalah menyakat dia suruh amik aku jadi menantu. Suko-suko diorang je. Nasib baiklah Abang Mat ni sporting. Tapi manalah tau kot ada rezeki aku. Anak dia hensem tau. Hahaha.

Another one (nombor 2), Abang Mahendran (pun boleh masuk tahap pakcik), dah almost 40 tahun kerja. Pergh..korang bayangkan kerja dengan company yang sama sampai 40 tahun! Bebudak sekarang kerja setahun dua dah cari alasan nak job hopping.

Tu baru yang department aku. Yang dekat department lain tak kira lagi. Semua sekali yang ambil skim ni berjumlah dua ratus orang. Gasak..sape je yang tinggal nak kerja. Dahlah semua yang blah tu hebat-hebat belaka. Jatuh bangun NST ni diorang ada. Kira dalam kalangan orang-orang 'Press' diorang ni memang ada reputasi yang baik. Oh by the way, company yang baru buat VSS tak boleh amik staff baru. Kena tunggu at least 5-6 tahun! So, bertabah jelah.

Dekat unit aku ni je, kerja makin bertambah. Aku tak tau nak buat cmane. Semua tengah kalut sebab pasni mungkin ada reshuffle unit.

Dan hari ni, 15 Disember 2014, genap tiga tahun aku kerja kat sini. Rasa cam baru semalam sign offer letter.

Throwback - awal-awal kerja. Muka nak bajet comel je!

Tahun depan bos kata nak tengok clerk takde yang malas-malas dah. Dia nak tengok ada progress seawal tiga bulan pertama. Sebagai execs, kitorang kena lagi rajin monitor. Nasib lah kalau pasni ramai kerani yang akan benci aku. Kita kawan tetap kawan, kerja tetap kerja. Kot ada yang tak faham nak tarik muka, payah lah kan.

Semoga tahun depan baik-baik aje. Cam tak caya tahun depan umur aku masuk 3-series! Tiga puluh wei! Tiga kosong!

Nota kaki : Harap De Gea dan Juan Mata perform cam last night kalau main untuk Spain!

66 comments

  1. pagi td ank bos (fan MU), tak penah2 tanya, tetiba ckp: "anies, apa khabar?' adoiiiiiiiii terbakoooooo

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. .nasib baik bos kat opis ni fan Liverpool jugak..selamat sikit.

      Delete
  2. ala Sal..lagi banyak siries lagi mahal tau..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye ke kak? Haha. Takut makin jatuh harga je

      Delete
  3. You are still sweet 17 laaa... But... With 13 years experience je...He He He...

    ReplyDelete
  4. banyak la kerja lepas ni..tak boleh main2 dah..hehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah. Nak bw pun jarang la pas ni . blog pun takut makin bersawang

      Delete
  5. dh nk masuk 3 series...biar betik..sis ingat baru 25

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak terkomen kat bawah pulak.scroll ke bawah untuk membaca ye.huhu

      Delete
  6. Kathy dan hubby fan Man U,adik² fan Liverpool. Kalau nonton sm² mesti riuh rendah..

    ReplyDelete
  7. Oh jangan terpedaya dengan gaya tulisan cam kanak - kanak riang ni . lebih kurang je umur kita ni kak JM. Hehe

    ReplyDelete
  8. assalam...selamat bertugas dgn penuh komited...3 siri muda lagi tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi sebab belum kahwin rasa tua lah kak..haha.orang sebaya saya anak dah dua tiga

      Delete
  9. kak sal ambek saya bekerja nnt hehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena tunggu new recruitment lah, rasanya time tu akak dah naik pangkat so maybe boleh rekemen.Hehehe...berangan!

      Delete
    2. habis praktikal nnt saya cari kak sal.. hahahaha

      Delete
  10. Salam singgah... tu dah tiga orang VSS tu boleh lah amik tempat diorang... mesti depa dapat banyak tu kan VSS...

    ReplyDelete
    Replies
    1. lagi lama kerja lagi banyak duit VSS yang diorang dapt.rezeki kan..

      Delete
  11. * Nanti saya singgah BW lagi tau, Sal.
    Banyak sangat hutang ngan sumeorang ni xD.

    ReplyDelete
  12. kesiannya kak sal, tinggal sorang pasni lepas kawan berenti.... tpi betul kata kak sal, org2 dulu2 memang boleh keje 40 tahun tempat yang same...org jaman sekarang jer selalu berenti2 ni kan... akk kite dulu dari lepas spm 15 tahun keje company yng same... biila company dia buat VSS baru dia quit... :D goodluck keje kak sal yer :D muah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks dear!mmuah balik!hehe..Inshaallah..rasanya boleh manage tapi ambil masa sikit.

      Delete
  13. mesti sedih kan bila seorang demi seorang meninggalkan office...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau seorang pun dah sedih, kalau tiga lagilah sedih...huhu

      Delete
  14. Sapa menang pun tak apa tapi kalau MU dan Chealsea menang saya akan jadi emo...hehehehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. uit nape?saya kalau apa-apa team lawan Man U pun sy sokong team lagi satu.hahaha.

      Delete
  15. Biasalah... yang bagus kejap je kita jumpe yang tak berapa tu yang kena hadap hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..setuju sangat!memang,nak kmengadap yang entah apa2 ni yang perit.

      Delete
  16. Hari tu pernah waktu liverpool kalah, geng2 puak2 yg tak sokong liverpool dia sebut liverfool... panas jek huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sabar jelah abang Khir..hehe.tapi kalau ikut kajian, kat Malaysia ni penyokong Liverpool paling ramai.so, you never walk alone..hihihi

      Delete
  17. Mesti sedihkan...bila member dah tak ada..pada akak, penting tau member kamcing ni....nak gossip..nak makan..nak gi surau..nak shopping hari jumaat..
    tak pe..nanti boleh cari geng baru...
    Semoga ceria selalu Sal :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..thanks kak fidah.ada je member lain, tapi member sebaya.kak ita ni dah boleh jatuh pangkat Mak, so dia layan je bila kita nak mengada-ngada.tu yang rasa kehilangan dia takde.

      Delete
  18. perghhh kerja 40 tahun ? Sejak remaja lagi la kalo cm tu ? kita yang keja 6 thun pon rasa cm lama gila dah inikan pulak 40 tahun.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia kerja since umur dia 15 tahun.lama kan 40 tahun..department yang sama lak tu.tapi company lama macam tempat sy tu perkara biasa.orang dulu-dulu loyal sikit

      Delete
  19. 3 series , muda lagi tuh ... klu kawin masih leh dpt anak 3 org ... heh heh . maknanya lepas ni banyaklah staff yg kena buat kerja berganda nak backup 200 kerja yg dilepaskan tu ... bertabahlah ya ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang berganda-ganda lah..huhu.nak blogging pun curi-curi masa.semput..huhu

      Delete
  20. Replies
    1. tidak!!!!!takpelah, aku doakan Chelsea menang tahun ni.Southhampton pun takpe.asalkan bukan Man U.hehehe

      Delete
  21. yang penting Malaysia balik dengan kemenangan ya..http://madey09.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Inshaallah, moga ada rezeki kita tahun ni..

      Delete
  22. Perpisahan memang sesuatu yang menyakitkan..tapi hidup harus diteruskan =)

    Salam perkenalan.. Follower #168

    ReplyDelete
  23. Bestnya kalau dpt VSS Sal.....tp malangnya okje berhenti sukarela.....huhu
    Kalau dah jodoh tak kemana Sal....kalau berjodoh ngan anak dia dptlah jumpa balik ngan brader tu Sal haha....

    ReplyDelete
  24. wah, lmanya kje, dah masuk 3 tahun,, smoga success..eh2, kak sal sebaya la dgn abg timm..hehe..

    ReplyDelete
  25. Kat belakang tu, kenapa mukanya ditutup? Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab dia tiada kena-mengena dengan ini cerita...hahaha.tu je.

      Delete
  26. NST rupanya dia....

    Akak tengok tajuk ingatkan nak sambut birthday 3 series. Berialah akak nak buat ucapan, rupanya tidak. Lain cerita yek. Yalah, orang lama ni jangan pandang pada kelayakan je, pengalaman tu penting. Pengalaman mereka memang tak sama level dengan kelayakan tinggi yang kita ada. Kalau kawan berhenti kerja, memang kita pun rasa sedih. Rasa macam dan-dan tu juga nak cari kerja lain juga.

    Eh, samalah kita Sal! Akak pun tahun depan baru nak masuk 3-0. Hahaha, dasar tak sedar diri! Silalah jangan percaya akak sebaya yek *__*

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya sambut 3 series bulan empat nanti..bukan takat ucapan, mohan sediakan hadiah,nak import dari Tashkent tau..haha.

      betul kak, bila kawan takde sorang rasa cam tak berseri je office tu kan..huhu

      Delete
  27. Mood ceria baca kisah Sal...rilexlah sal apa ada pada nombor k..he..he

    ReplyDelete
  28. klu sesuai apalah salah nya..
    doa tu.. kalau sebut2

    ReplyDelete
  29. Perghh..thumbs up kat uncle tu..
    Lama gila 40tahun kerja company sama.
    Mmg byk experience.. Otai ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang banyak..kat sini tanya apa je dia boleh jawab.

      Delete
  30. Ensem ke anak Pak Mat tu?
    Apa lagi, Sal..
    Apa kata pak mat? Hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..pak mat sporting.ala, acah-acah je tu.anak dia hensem, takkanlah takde gewe..haha.

      Delete
  31. semoga berjodoh la kak sal degan anak pak mat tu. hehe. baru tau pasal vss ni. kak sal kerja kat nst rupanya. selamat bertugas na. baru nak masuk 3 series. apa ada pada umur, janji hati muda. hehe ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti dah lama-lama kerja, tahulah pasal vss semua nih.hehe,kak Sal memang sentiasa hati muda u olls.tiap-tiap malam nak tido telan kolagen.hihihi

      Delete
  32. alah kak, kalau ada jodoh x ke mana. yang penting saya dijemput. hahahahaha :P

    saya xtahulah apa nombor bertuah... macam xde. hahahahhaa..

    dah lama juga diorang berkhidmat ye. saya pnya lecturer ni, kalau boleh dia xnak berhenti... adoi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye ke..biasanya lecturer sampai bila-bila nak kerja.sebab bila tak kerja diorang bosan.

      nombor bertuah tu acah-acah je.akak lahir 3 hari bulan, pukul 3. kalau nombor matrik or nombor staf mesti akan terselit nombor tiga.haha

      Delete
  33. pergh. akak 30 next year? muka akak macam budak2 tawww. haha. jeless

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..thanks scha!kembang semangkuk kejap..hihihi

      Delete
  34. Kak Sal da cerita pasal bola memang CT tak reti nak nyampuk celah mana hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe...ala, nak buat cmane.tu antara topik hot kat blog akak ni.

      Delete
  35. boleh tahan minat denagn bola ni ye
    akak zaman tu dah berlalu. cuma kekadang aje dok follow dengan MyChintaHati
    kalinya punya musim adalah kebangkitan MAN U
    bye2 lah liverpool...hehe

    wah keja dengan NST rupanya
    ada vacancy dak? hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. well...lepas VSS ni biasanya tak ada vacancy kak YY..huhu.

      haahlah, tengok Man Utd bangkit semacam je lepas puas kena kutuk tahun lepas..hehe.tapi kalau bukan Liverpool pun, saya mengharapkan Chelsea juara EPL or Man City kekalkan takhta. Biasalah tu penyokong Liverpool tak suka Man Utd.hahaha

      Delete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah