Assalamualaikum dan hai semua. Last birthday aku pergi solo staycation dekat Vivatel Hotel. Vivatel terletak di Jalan Loke Yew, Kuala Lumpur, sebelah Viva Shopping Mall. If naik public transport, turun di LRT Miharja dan naik teksi/Grab untuk ke sini.
Harga untuk bilik Standard Double/Twin Room adalah RM158 termasuk breakfast, tapi aku guna voucher Hotlink, dapat diskaun 20%. Paid price is RM126.40. Murah kan untuk hotel 4 bintang. Book via oficial website, baru boleh guna promo code. Aku pilih hotel ni sebab harga murah, review bagus dan kebanyakan amenities macam swimming pool dan restoran dah beroperasi.
Lobi yang selesa. Siap provide lemonade lagi untuk guest sementara urusan di kaunter.
Masa nak check in, aku tanya la kalau ada promo untuk upgrade. Staff hotel tu kata, tambah RM40 boleh dapat bilik Supreme Deluxe. Keistimewaan bilik Supreme Deluxe ni adalah terletak di floor paling atas dan ada Nespresso Machine. Macam best, so aku pun amik.
Tapi bila dah masuk lif baru aku realise aku lupa check hotel ni berapa tingkat. Rupanya 12 tingkat je. Ceh. Takdelah tinggi sangat. Menyesal pulak. Takpe, ada Nespresso Machine, aku cuba sedapkan hati.
Level 12 paling tinggi. Takdela beza sangat bagi aku. Haha
Hallway ke bilik
Ada iron, iron board, bathrobe dan scale. Tapi scale dah habis bateri. Booo!
Antara bilik air dan tempat tidur terpisah oleh sliding door cermin. Memang boleh buat free show wei kalau tak tutup sliding door tu. Kalau datang dengan member mesti rasa insecure, kotla member pervert minat kaum sejenis. Haha. Suami isteri nak romantika de amor bolehla tapi kalau anak yang dah besar ada sekali janganla buat. Tak proper.
Takde bathtub, ada shower je. Shower very bling bling. Rasa macam Lady Gaga
Itulah mesin Nespresso nya. Tapi lepas tu menung kejap sebab aku bukanlah minum nescafe sangat.
Takde kena mengena. Thanks blogger Anies bagi hadiah telekung. Senang bawak travel
Aku agak menyesal lah upgrade bilik sebab walaupun highest floor, takdela tinggi sangat. Lagipun aku nak tengok view KL nak buat apa wei, tak puas ke dah berpuluh tahun dok Kolumpo.
Once dah settle down dalam bilik, ingat nak lepak layan TV tapi takde cite best . Channel standard hotel tapi takde channel sukan. Nak tido mata tak mau lelap, so gi jalan Viva Mall kat sebelah. Aku tak pernah gi lagi mall ni
Sumpah sendu mall ni. Lebih kurang Galaxy Ampang dan Space U8 Shah Alam. Ketupat tu entahla baru gantung sebab dah nak bulan puasa ataupun tak cabut lagi dari tahun lepas. Haha
Level bawah sekali adalah jugak supermarket dan a few restoran non-halal. Haraplah seketul Starbucks untuk melepak.
Lepas asar, aku gi swimming pool. Memerlukan keyakinan yang tinggi ye untuk gi swimming pool sorang-sorang. Nasib baik aku reti terapung dan dog paddle so takdelah nampak awkward wading setempat.
Aku suka pool dia sebab besar dan tak berapa strict bab swimming attire. Adult pool 4 kaki je so jangan risau tenggelam. Rasa awkward tu seminit dua je. Kita je perasan orang dok perati kita padahal diorang sibuk hal sendiri. Waktu operasi 8 pagi sampai 8 malam. Takde lifeguard so jaga diri sendiri.
Malam aku dinner dekat Retro Cafe, indoor restaurant Vivatel Hotel
Sendu je, maybe sebab ada banyak je kedai makan berhampiran hotel ni. Lagipun boleh call GrabFood atau FoodPanda.
View malam dari bilik
Breakfast bagi aku biasa je. Stail bufet tapi tulah aku bukannya makan pagi sangat. Itupun makan cepat-cepat sebab nak masuk pool dulu sebelum balik. So in love dengan pool hotel ni tau. Kelebihan gi solo staycation, takde sape nak rushing aku nak balik cepat la apa la. Take my own sweet time.
So, here's my honest review: Katil selesa, shower best, tapi aircond agak mengecewakan walaupun aku dah full blast dan keycard extra aku tak cabut. Upgrade dari Standard ke Supreme adalah satu pembaziran sebab in the end aku tak guna pun Nespresso Machine dan level paling tinggi pun 12 je.
Vivatel ni very family friendly, sebab diorang ada connecting rooms. For more info on latest rates boleh tengok SINI. Parking banyak dan swimming pool dia luas. Highly recommend untuk sesiapa yang cari hotel ada swimming pool best untuk famili atau ada event kena attend dekat Viva Mall. Ramai yang aku nampak check in sini sebab nak attend wedding dekat Bizmilla Event Hall yang terletak di Tingkat 3 Viva Mall.
So, tu jelah nak share. Worth la jugak nak treat diri sendiri. Menanti kebenaran rentas negeri pulak.
Lama dh tak jalan ke hotel sejak kes 1k lebih ni huhi
ReplyDeleteMenarik review Sal ni. Bilik, bilik air semua nampak best.
ReplyDeleteBagus la Sal ni pandai bercuti sendiri.
Kadang-kadang best gak cuti sendiri. Boleh buat apa kita suka. Huhu
DeleteShopping mall baru ke tu sal? lamanya x g kl... rinduuuuu
ReplyDeleteBangunan dah lama, tapi viva mall ni dalam 2010 ke atas baru wujud.
DeleteBetul betul sendu mall nya, sebab tak ramai orang pun hehehe.
ReplyDeleteTapi bilik hotel tu cantikkk.
omgg rindunyaa nak rentas negeri ke kl :(
ReplyDeleteAh.. lamanya tak stay hotel.. Tapi aircond tak berapa sejuk, tak bestlah.. huhuhu
ReplyDeleteHa kan. Saya siap tutup pintu bilik air semua tak nak aircond lepas tapi tetap tak sejuk
Deletetak puas tau duk hotel aircond tak sejuk.. huhuhu
Deleteala kenapa tak ada bathtub kalau upgrade. Upgrade pun kelebihan dia tak berapa sangatlah ye. Takpelah, janji dapat have your own sweet time gituh. Bilik besar, bilik air blink blink okaylah tu penyedap rasa.
ReplyDeleteDuplex suite baru ada bathtub. Tapi kalau royal chulan, RM160 gitu dh boleh dapat bilik ada bathtub
DeleteOhh macam tu..Rate pun not bad lah jugak kan.
DeleteSesekali bawak keluarga tidur di hotel sambil mandi kolam renang memang best.
ReplyDeleteLama eh tak pi Hotel 😆😆
ReplyDeletelamanya tak check in hotel :)
ReplyDeletetak rasa pembaziran ke ciksal dok hotel sorang2
ReplyDelete. huhuhu
Takpe la wak, kalau membazir pun duit saya, bukan duit rakyat. Lol
Deletebest nya Sal dpt tido otel.. sorang2 pun jadi ye.. :D
ReplyDeleteDah selalu ramai2. Nak gak sorang2 sekali sekala
Deletehai kak sal.. lama tak jengah.. how are you doin ?? puasa ok ??
ReplyDeletemacam best ea staycation sorang2.. hotel cantik.. pool pun best, tak dalam.. leh acah2 diver.. :P taoi part upgrade bilik tuuu... huuuu
Upgrade tu salah sendiri. Staf hotel tu pun tanya 2 kali betul ke nak. Haha. Akak sihat je,Alhamdulillah. Awak n budak kecik encem tu sihat x?
Deletemenarik dan santai cara sal review..okay la hotel tu kalau bawa family kan..lagi2 ade swimming pool kan..solo staycation terbaik sal!
ReplyDeleteHotel ni bagi saya memang family friendly. Rasa asing jugak bila datang sorang. Orang lain bawak anak bini
DeleteWah tidur hotel sorang-sorang tak takut ke....hehehehe Rajin kuak lentang juga ya sal. Tapi sesekali perlu me time juga kan. emm teringin juga pi tapi lepak rumah sendiri lah lagi syiok. opsss
ReplyDeleteLepak rumah memang syok tapi rumah takde swimming pool. Haha. Kuak lentang la sangat
DeleteSyok jugak layan sorang-sorang kan..hotel review dah best dah..tapi tulah, awat kelilingnya semua senduuu..haha..good tips tho, lain kali kena check hotel berapa tingkat :)
ReplyDeleteTang tu lupa nak buat. Kalau tido hotel saya suka kat level tinggi2. Bajet2 layan view.
Deletelaaaa igt kan hotel yg x jauh dr JJ Maluri tu rupanya hotel ni... opis penah buat dinner kt situ... sesat barat den dibuek nyo...dah laa ms tu pakai baju superman hahahaahahahah mall dia mmg sendu
ReplyDeleteHotel ni trsalah masuk simpang memang berpusing la termasuk area bukit bintang
Deleteentah sapa laa yg buat hotel ni... hahahaha
DeleteHotelnya bagus pisan , udah gitu makananya weeeenak pula kalau gini siapapun yang menginap di hotel tersebut akan merasa betah dan gak mahu buru - buru cabuk dari hotel itu. 😆😅😀😄
ReplyDeleteLama tak pi hotel hehe..anyway nampak okey juga tuh.
ReplyDeleteWah Sal suka pergi kolam renang hotel ya? Hehe kalau akak takde makna hendak berenang (tenggelam).
ReplyDeleteMemang perlu keberanian tidur hotel sorang-sorang. Yeah betul boleh buat apa yang disukai.
Sama jenis telekung :)
Saya suka air, tapi tulah berenang tau sejenis tu je. Suatu hari nanti nak join kelas.insha allah
DeleteApa yang penting, you got your own Me-time, kan? Akak tumpang tak puas hati bab upgrade sebab Sal tak minum Nespreso tu hahahaha
ReplyDeleteTak reti guna. Huhu. Kalau kak Farrah mesti minum berkali-kali. Haha
DeleteHahahah memang tiada keraguan di situ. :D
DeleteKuat betul semangat tidur hotel sorang-sorang. Apa pun, memang tabiklah sebab Sal pandai berdikari.
ReplyDeleteTengok hotel jugaklah. Kalau yang seram tu tak berani. Haha.
Deleteme kalau pergi hotel, mmg excited nak check it out pool dia hehe
ReplyDeleteKan. Kalau baca review pun baca review pool dulu
Deleteseronok kan staycation sorang2 ni hehe enjoykan diri sendiri
ReplyDeletenampak selesa dan cantik hotelnya
Sebelum bahagiakan orang kita hepikan diri sendiri
DeleteCantik Lobi dia. Harga pun berpagutan siap Ada breakfast
ReplyDeletepkp memang harga hotel banyak promo
DeleteMenariknya hotel ni view pun lawa. Kalau ada bathtub tu best. Sejenis suka pilih bilik ada tub sejak bujang. Syok main buih2
ReplyDeleteSama! Masa tak boleh mandi pool dulu memang cari bilik ada bathtub. Feeling omputih sangat
DeleteHahahaha..mandi buih ke tuuuu
DeleteFefeeling britney spears dalam video klip Everytime. Hehe
DeleteTerliur tgk starbucks tu 😂😂
ReplyDeleteStarbucks jugak yang ditengoknya. Haha
DeleteNama pun duta starbucks. Skrg ni pantang tgk jelah 🤭🤭 baru perasan nama hotel ni viva sangatttt
DeleteViva la vida
Deletemenarik ni
ReplyDeletebestnyaa lahai boleh jalan2 solo cemni.. saya mmg x lepas laaa umur da tua pun xleh leee nak cenggini.. maka akak.. bawala saya nxt time =D
ReplyDeleteNak bawa, tapi apa kan daya takde kebenaran rentas negeri.
DeleteMenarik staycation sendiri, berehat ikut flow hati.. Cantik biliknya, kalau tinggi dapat sky view, eagle view kan.. Happy belated birthday Sal, moga dimurahkan rezeki selalu, inshaAllah.
ReplyDelete