Iftar di A'Decade Restaurant cawangan MyTown

Friday 14 April 2023

Assalamualaikum dan hai semua! Ini kejadian Ahad lepas, minggu birthday aku. Aku meluahkan kesedihan aku pada Mr. I yang takde family member yang celebrate birthday aku. Ajak datang berbuka kat rumah pun masing-masing busy. Hurmmm. Kawan baik aku dua orang, both pun sakit. Seorang mabuk pregnant, sorang lagi masuk hospital sebab blood infection (mohon doakan kawan baik aku, ND ye) Risau hati aku teringatkan diorang so sepanjang minggu aku tak berapa ada mood.

Maybe tak sampai hati dengar suara sayu aku, Mr.I ajak keluar, boleh request birthday present dan makan apa je aku nak. So ke MyTown lah kita. Tak kuasa nak pergi jauh-jauh.

Awal-awal plan nak makan tempat lain, tapi masa lalu kat restoran ni nampak macam best pulak. Check menu, ada nasi. Aku ni manalah boleh jauh dari nasi.




So far di Malaysia ni baru ada 2 cawangan. Cawangan pertama di Sunway Pyramid. Yang di MyTown ni masih baru lagi dibuka tahun 2023. Aku tak pasti bulan March ke April. Aku tak pernah pergi pun yang di Sunway Pyramid, tapi pilih nak makan kat sini sebab restorannya nampak cosy dan eksklusif.

Restoran ni berkonsepkan Malaysian. So kalau datang sini nak cari steak akan hampa lah.

Aku excited bila nampak buku menu. Tak berapa gemor konsep QR Code. Pesan dengan menulis order atas kertas dan waiter akan datang collect.

Konsep berbuka kat sini adalah order, bayar dan simpan resit untuk reserve meja. Reserve pakai air liur tak akan dilayan. Memandangkan aku segan dengan Mr.I aku takdelah ambil gambar menu macam selalu aku buat. Korang boleh usha menu-menu A'Decade Restaurant di SINI

Presentation makanan dalam buku menu dia memang tip top. Rasa nak order semua. Hahaha. Ni antara yang menarik perhatian aku.

Menu dulang ni kalau makan ramai-ramai best lah kan

Western pun ada, tapi tak banyak sangat

Yang light pun ada

Korang nak tengok menu lain, klik dekat link FB page aku bagi tadi. Tapi aku frust sebab menu yang aku nak iaitu Nasi Goreng Kampung wih Otak-otak takde. So aku tukar Nasi Goreng Kampung with telur mata. Majoriti menu nasi ada ayam, so aku tak nak sebab dah beberapa hari makan ayam je. 

Lepas order dan reserve meja, kitorang keluar dan jalan-jalan cuci mata. Ikut hati nak pau Bath & Body Works tapi last-last aku pau blouse je. Nak pakai dengan kain pario masa raya nanti. Kebetulan ada member opis bagi sebab tak match baju raya dia. Sabor jelah. Orang lain tak nak sebab tak reti pakai. Ingat aku ni terer sangat ka? Huhu.

Nak dekat pukul 7 datang balik. Waiter dah start susun hidangan

Yang putih tu soursoup Mr.I. Aku order Kat Chai Bing. Limau asam boi kot. Ada daun pudina gak. Macamanalah batuk naik baik-baik. 

Soy Garlic Chicken Rice. Sup dengan sos tak masuk frame

Nasi Goreng Kampung agak lain dari yang aku biasa makan. Takde cili padi, takde kangkung tapi ada hirisan bunga kantan dan ulam timun. Penggemar  Nasi Goreng Kampung tegar mungkin tak gemar walaupun rasa boleh tahan sedap.


Price wise bagi aku not bad lah. Portion banyak kus semangat. Aku mampu makan separuh je. Lagi separuh bungkus. Aku sempat intai meja sebelah, kuey tiow goreng nampak sedap. Nasi kerabu pun sama. Menyesal lak tak order. Ayam goreng nampak menggoda selera.

Rasa macam OK je nak repeat lagi sekali tapi entahlah bila. Nak order menu lain pulak. Datang ramai-ramai pastu order yang platter menarik jugak kan?

Lepas makan dan solat Maghrib, terus balik sebab tak nak miss terawih. Aku puji pengurusan MyTown sebab extend surau diorang untuk menampung kapasiti pengunjung yang ramai. Entahlah untuk bulan puasa je ke atau untuk selama-lamanya. 

Untuk yang berminat boleh cuba makan di cawangan Sunway Pyramid:

LG2.52& 2.53, Sunway Pyramid Shopping Mall, Jln. PJS 11/15, , Petaling Jaya, Malaysia
019-590 9868

Atau di cawangan MyTown:

G-012F, MyGround, MyTOWN Shopping Centre, No.6 Jalan Cochrane, Seksyen 90, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
010-246 4772
Landmark : Decathlon

OKlah tu je nak cerita. Thanks for reading!

24 comments

  1. macam best jugak...ammi penah ke MyTown ni sekali je tapi tak pernah masuk surau. Hanya temankan si bujang je kat luar

    ReplyDelete
  2. baca entry ko rs menyesal pulak sbb x singgah aritu😂😂😂

    ReplyDelete
  3. nampak mcm sedap tu. cuma dah tua2 ni lebih suka iftar di umah aje. tp jika ada org ajak, nak je pi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah, lagi suka iftar di rumah. ni dah orang nak belanja. rezeki jangan ditolak

      Delete
  4. Gagal fokus pada cerita makanan, tapi excited dengar pasal Mr I Sal…hehe

    ReplyDelete
  5. emm menu dulang tu emm sungguh mengoda hati ku sebab ada satay.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh..suka sate rupanya. meh datang makan Zaini Satay kat laman MPAJ

      Delete
  6. MY town ni yang dekat ikea cheras ke

    ReplyDelete
  7. ok la deting sekali hehehe... btw food dia nampak menarik... next time bole try juga la nnt

    ReplyDelete
    Replies
    1. deting bulan puasa ginilah, untuk berbuka je. belum terawih dah balik

      Delete
  8. Ada juga makanan Barat. Ingat 100% makanan Malaysia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada pilihan jugak kalau tak nak makanan berat

      Delete
  9. Saya pulak yang terliur tengok menu-menu di sini.
    Menarik betullah Sal.
    Mana tahu ada rezeki dapat balik Selangor, nanti boleh jalan-jalan singgah sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mana tahu kan, jalan-jalan ke MyTown nun

      Delete
  10. fuhhhhh tengok gambar je pon dah cukup meleleh air lior! adehhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. pandai diorang ambil gambar dalam menu. asal masuk pun sebab terpengaruh gambar kat dinding

      Delete
  11. Saya sukaaa liat chicken rice nyaaa, kliatan sedap 😍😍. Tadi berharap ada cabangnya kat Penang, ternyata belum ada ya kak 😅. Kalo ada, pasti saya datangin. Belum tau lagi kapan nak ke KL .

    Tempatnya pun kliatan bagus dan cozy. 👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. baru ada 2 cawangan di Malaysia. baru lagi restorannya. mungkin di masa hadapan

      Delete
  12. wah menu menyelerakan makan banyak2 sal bagi berisi sikit

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha. saya memang susah naik badan kak PI. lagipun memang jenis cepat kenyang

      Delete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah