Setahun telah berlalu - Selamat Hari Jadi untuk diri sendiri!

Monday 3 April 2023

Assalamualaikum dan hai semua! Selamat Hari Jadi untuk diri sendiri. Yang ke berapa tu rahsia tapi cukup tua untuk sedar diri supaya bertaubat memandangkan kita tak tahu ajal bila. Dosa bertimbun minta diampun sedangkan peluang buat pahala sentiasa terhidang. Nak dengan tidak je.

Memandangkan tahun ni pun birthday di bulan puasa, jadi tak dapatlah buat perangai pergi staycation sorang-sorang macam 2 tahun lepas.

Baca ni: Solo Staycation di Vivatel KL

So..how do I spend my day? Kerja lah you olls. Sampai pukul 6 masih depan PC.

Macam biasa aku tak expect apa-apa sambutan dari keluarga or kawan-kawan. Maybe sebab aku ni bukan jenis suka sambut birthday kot, so diorang pun buat cam takde apa je. Tak dapat hadiah pun aku tak kisah. Tahulah ni zaman harga barang naik. Tak payahlah membazir.

Ah..cakap jelah kau tak nak berharap, Sal. Sebab kalau berharap pastu tak dapat nanti kecewa kan? 


Apa pun dalam masa setahun ini banyak jugaklah benda yang aku dapat buat dan ubah dalam diri aku. Antaranya:


1. Merealisasikan impian sendiri nak ke Turki. Turki memang wishlist aku dari zaman remaja lagi sebab aku minat sejarah dan orang-orangnya. Ah, bercakap tentang Turki, entahlah bila aku nak habiskan entry Turki. Haha. Jangan marah haaa..

2. Dalam masa setahun ni, aku dah jarang sangat beli pakaian baru. Kalau ada pun, tudung, pakaian dalaman dan pakaian sukan. Aku dah makin cekap 'menyelam' dan shopping preloved sekarang. Baju brand JannahNoe yang harga asal 300 lebih, aku pernah dapat harga RM120 je. Ada orang jual online sebab salah saiz.


3. Berjaya beranikan diri pergi solo trip ke Pulau Perhentian. Walau dah biasa travel solo dalam Semenanjung, tapi kalau ke pulau perlukan keberanian yang lebih tinggi sebab dipisahkan oleh laut. Lagipun malam-malam rasa agak sunyi dan seram.

4. Dapat increment dan markah tinggi dalam appraisal kerja. Dalam pada tak minat dengan pekerjaan sekarang sebab dipaksa pindah department tahun 2019 dulu, dapat jugak naik gaji dan appraisal yang baik. Yelah, kerja kan amanah. Duit gaji tu lah nak buat makan. So walaupun buat separuh hati, buat jugaklah dengan baik.

5. I'm dating again! Ya, hampir 4 tahun menolak dari dihampiri mana-mana lelaki (sampai tahap pakai fake wedding ring), aku cuba jugaklah dating balik. Dalam 2,3 yang aku kenal, sorang tu nampak cam boleh pakai. Hahaha. Doa jelah yang baik-baik. Ada jodoh, kita makan nasi minyak. Kalau bodoh, kita teruskan hidup dan pergi travel lagi dan lagi dan lagi

Anyway, terima kasih buat yang wish dan mendoakan. Selamat berpuasa semua!

Berbuka kat mana? Kat surau jelah. Jangan beranganlah nak ada berbuka special sempena birthday aku. Dalam mimpi je tu.

Thanks for reading!


46 comments

  1. Replies
    1. wah, tapi tak nak lah tarikh sama. nak gi majlis ko. haha

      Delete
    2. ye laa... ko dtg lps tu kita berselfie atas pelamin kira #naikpelaminsamasama laa tuuuu😁😁

      Delete
  2. Selamat Hari Lahir... Semoga Allah panjangkan usia , dimurahkan rezeki dan sihat selalu....aaminn..

    ReplyDelete
  3. Happy Birthday Sal. Ibu doakan semua yang baik2 saja buat mu dan Allah swt makbulkan doa yg baik2 utk Sal. Jaga diri dan kesihatan baik2 ye. Sal happy ibu pun sama happy. ;)

    ReplyDelete
  4. Dalam tidak minat kerja dapat markah tinggi dan kenaikan gaji.
    Wah tahniah ada insan mencuri hati Sal. Amin moga ke jinjang pelamin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha. curi hati mungkin belum lagi. kawan-kawan je dulu.

      Delete
  5. Hahahaaa... kelakarlah yang no 5 tu Sal.
    Kak Amie ketawa sorang-sorang hihihiiii.

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah syukur. Semuga ada jodoh buat Sal. Aamiin. Mudahan Allah limpahkan rahmat dan keberkatan hidup serta luaskan rezeki buat Sal. Selamat ulang tahun. Tahniah majikan masih menghargai sal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak appreciate lagi, bagilah bonus. Haha

      Delete
  7. Apa pun juga yang berlaku dalam hidup sal akak doakan yang baik-baik semuga Allah kurniakan yang terbaik buat sal. Semuga segala impian sal Allah makbulkan. Aamiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kak. Semoga yang baik-baik berbalik pada akak jugak

      Delete
  8. Alhamdulillah, dipanjangkan umur bertemu umur yang baru :) Selamat hari lahir Sal, semoga semua impian Sal menjadi kenyataan terutama part makan nasi minyak tu 😉

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makan nasi minyak tu rasanya impian parents saya kot. Saya ikutkan ada, ada. Takde sudah

      Delete
  9. SANAH HELWAH SAL SIHAT SJHTRA TIASA MURAH REZKI SUKSES DUNIA AKHIRAT

    ReplyDelete
  10. Happy birthday Sal 💐
    Moga Allah berikan jodoh terbaik buat Sal.

    Syabas atas semua pencapaian di atas 👏

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks kak Ujie. Moga setahun akan datang ini lagi banyak benda baik berlaku. Aminnn

      Delete
  11. wah ok yg LAST sekali tu kita doakan semoga berkekalan hingga ke jinjang pelamin.... semoga yg bebaik aje untuk awak!! Kita happy! *kita masih kuncikan hati-susah nak buka* Pape pun chaiyokk Sal!! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun dulu ingat nak kuncikan hati sampai mati tapi tulah kadang-kadang cair jugak. hihi

      Delete
  12. Hati tgh berbunge-bunge cinta ke tu..sanah helwah sal semoga sentiasa dlm rahmatNya

    ReplyDelete
  13. Turki ! - wishlist juga tu tp sedih sayu tengok gempa bumi di Turki :(
    dating again wahhh yeayy! all the best utk Sal in new relay :)
    "kalau bodoh.." --- kelakor lah part ni! hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. rasa muda lak gunakan perkataan 'relay' tu. takde relay sangat Ana, more like rilek-rilek je

      Delete
  14. happy birthday Sal....happy selalu, moga yg baik2 saja utk Sal!!!

    ReplyDelete
  15. Alhamdulillah.. Happy belated birthday Sal.. Seronok tengok Sal berjaya cabar diri untuk solo travel..

    ReplyDelete
    Replies
    1. teringin cabar diri solo travel oversea tapi takut. entahlah bila akan jadi kenyataan

      Delete
  16. Yeayyyyy.....ada bau2 nasi minyak...selamat hari lahir buat Sal...akak doakan semoga ada jodoh berpanjangan....tahnia atas kenaikkan gaji dan markah tinggi appraisal...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni tempias aura bakal pengantin kak SA kot. Haha

      Delete
  17. Kalau dah ada jodoh jangan ditolak². Nanti dah boleh travel bersama suami pulak..

    ReplyDelete
  18. selamat hari lahir yg ke ....... semoga dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan yg baik utk beribadat kpd Allah.

    ReplyDelete
  19. hepi belated besday.. baru2 ni besday jugak, wife belanja buka posa kat nandos, sbb feveret situ.. hehehe

    ReplyDelete
  20. Selamat ulang tahun kelahiran... Semoga dipertemukan jodoh dgn lelaki yg baik keperibadiannya.. amiinnnn

    ReplyDelete
  21. happy belated birthday Sal....I'm happy for you for #5..semoga baik2 aja & sampai ke jinjang pelamin...tahniah, naik gaji & good appraisal..

    ReplyDelete
  22. happy birthday sal, semoga sentiasa berbahagia dan cepat2 makan nasi minyak hihi.. semoga bertambah lagi rezeki di usia baru ni

    ReplyDelete
  23. hepi belated besday ciksal itteww., ehh sorang yg leh dipakai tu x ajak berbuka kat surau jugak ke., hehe aminn

    ReplyDelete
  24. happy belated birthday Sal...
    betullah tu..kita tak payah nak berharap. kalau orang ingat kat kita insyaallah orang akan ingat.

    semoga dapat merasa nasi minyak itu..(perasan je macam sal nak jemput kita...ahaksss). Insyaallah...di bulan yang baik ni ammi doakan semoga Sal dan pasangan baru ini berjodohan hingga ke peringkat seterusnya

    ReplyDelete
  25. no 5 tu finally alhamdulillah.. nasib nk berumah tangga ni mcm kena try and error baru dpt yg ngam (jodoh).. semoga baik2 saja

    dannn happy belated birthday Sal!

    ReplyDelete
  26. Selamat hari jadi dan selamat hari raya...maaf zahir dan batin

    ReplyDelete
  27. Walaupun dah lama lepas...Cuya wish juga happy belated birthday sis!
    May Allah granted all your wishes at the right time :)

    ReplyDelete
  28. baru perasan rupanya sal jarang update blog tahun 2023

    ReplyDelete
  29. Baru baca post yang ni. Turki tu tempatnya cantik tapi dulu masa pergi tak berapa nak concentrate sangat sebab lepas tu nak gi umrah.

    ReplyDelete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah