Merhaba Turki Part 7.2!- How Bizarre is Grand Bazaar?

Thursday, 26 January 2023

Assalamualaikum dan hai semua! First of all aku mohon maaf kalau entry ni nampak macam malas sebab aku sebenarnya sangat tak ada mood. Sesuatu berlaku masa hari pertama cuti panjang yang baru lepas ni dan kesannya masih menghiris hati walau dah beberapa hari berlalu. Tapi aku paksa juga diri menulis sebab aku nak habiskan cerita Turki cepat-cepat. Menulis adalah terapi yang baik. Jauh lagi baik dari termenung meratap nasib. Or so I thought...

Turun dari Bosphorus Cruise, kami naik bas ke area Sultanahmet. Masa ni langit dah kembali cerah. Alhamdulillah, tak perlu bawa payung. Kami turun dan berjalan kaki ikut langkah Ozgur ke Grand Bazaar. 

Bukan ini bazaarnya

Kalau dapat buat trip Turki secara DIY, memang aku teringin nak naik tram

Sebelum masuk bazaar, singgah dulu solat di masjid ni. Betul-betul di sebelah pintu masuk Grand Bazaar

Built in 1755, the Nuruosmaniye Mosque (Nuruosmaniye Camii) was commissioned by Ottoman sultan Mahmud I in 1749. However, Mahmud I passed away before the construction of the mosque. The mosque was completed in 1755 during the reign of Osman III and was named Nuruosmaniye “the light of Osman” due to large numbers of windows allowing a lot of light inside the mosque.

The structure was built as a mosque complex (külliye) consisting of the mosque itself, a madrasa (religious high school), imaret (soup kitchen), tomb, public fountain, and library with very rich book and manuscript collection. The mosque complex was built by two architects: Mustafa Ağa and Simeon Kalfa. The complex is considered the earliest example of Ottoman Baroque architecture due to its Baroque architectural elements such as exaggerated ornamentation, a large dome, focus to light, a lot of windows, niched mihrab looks like a church apse, and polygonal courtyard.

The dome of the Nuruosmaniye Mosque is one of the largest domes in Istanbul and prayer hall of the mosque is completely covered with the dome. It is 25 meters in diameter and 43 meters in height. Today, the Nuruosmaniye Mosque Complex, which is situated next to the Grand Bazaar, is in very good condition and make sure to see this unique Ottoman mosque that was inspired from the Baroque churches in the west.


Masjid dari luar. Memang banyak tingkap

Gambar dalam masjid aku tak ambil sebab handphone aku tak bawak sekali. Kami gilir-gilir jaga beg. Kawasan Grand Bazaar ni memang ramai orang, locals dan foreginer so hati-hati lah dengan barangan berharga.

Masjid di Turki ni masalahnya tempat ambil wuduk tak sama dengan tempat solat. Dalam gambar ni, bangunan kecil warna coklat tu lah tempat ambil wudhu'. Tapi jangan risau, tertutup untuk jemaah wanita.

Korang jangan tanya aku ayat apa dia letak kat gerbang tu. Pelaris kot, sebab kalau masuk je tempat ni auto keluar tangan kiri kanan penuh beg. Haha.


The total area of the market is 45,000 square metres, and 20,000 people work inside. The daily number of visitors varies, between 300,000 and 500,000 depending on the time of year.

The Istanbul Grand Bazaar has more than 3,600 shops which are spread out over 64 streets, and there are 22 doors which give access to the market.


Memandangkan tempat ni ada 22 pintu, so kena take note masuk pintu mana kalau tak mau sesat ibarat mencari kereta ko parking kat mana di Sunway Pyramid.

Kalau travel ikut agen, memang nak tak nak diorang akan bawa ke Grand Bazaar ni. Tapi, tour guide tak ikut bila kita shopping. Just janji nak jumpa di kawasan luar bazaar. Ada juga ahli group aku yang pergi shopping tempat lain, tapi dah diorang tak ajak aku segan la aku nak mengekor. Diorang ada beli simcard, so boleh guna Google Maps. Aku ni kalau ada internet or ada member lagi sorang, tak heran aktiviti shopping ni. Baik aku gi jalan-jalan area Sultanahmet.

Harga? Orang yang dah biasa pergi Turki akan cakap dalam Grand Bazaar ni harga mahal sikit. Harga tourist kekdahnya. Mestilah dia ketuk ko sikit. Di sini takde masalah nak tawar menawar. Aku memang tak reti, so aku follow je ahli group aku.

Manusia ramai. Huhu


Aku tak tau kenapa aku tak ambil banyak gambar dalam Grand Bazaar. Maybe sebab aku tak berapa suka tempat crowded.

Kat Grand Bazaar, korang boleh beli souvenir macam fridge magnet, pouch bag, T-shirt dan hiasan rumah seperti lampu, pasu etc. Aku beli beberapa helai T-shirt untuk anak-anak buah je.

Grand Bazaar ni menjelang Maghrib tutup dah. Tapi di Istanbul ni takdelah macam di Mekah atau Aceh, dengar bunyi azan semua tinggal kedai dan pergi solat jemaah. Aku tau ni pun sebab ada satu famili ni balik lewat sikit nak sambung shopping. Sekali bila jumpa hari esoknya diorang cerita yang Grand Bazaar takdelah bukak sampai lewat malam. Aku expect sampai 2 pagi. Barulah shop till ypou drop!


Keluar dari Grand Bazaar, hujan turun mencurah-curah. Baguslah, payung aku tinggalkan dalam bas! Lalu depan Hagia Sophia lagi sekali, kali ni ramai yang dah lapar dan penat so diorang ajak pergi makan dan check in hotel terus. Lagipun kalau nak beratur, line panjang, walaupun hujan lebat. Frust lagi sekali OK.

So, singgah restoran untuk dinner dan check in hotel.


Malam duduk bilik je layan bola. Ikutkan match di berlangsung di stadium dekat dengan hotel tapi takde geng nak pergi, aku tak berani lah pergi seorang. Kalau tak dapat gak tengok Cengiz Under depan-depan.

Itu jelah nak cerita. Gambar rasa macam ambil banyak tapi bila nak tepek sendiri takde pulak. Thanks for reading!

Nota kaki: Money can't buy you happiness, but it can buy you flight tickets and travel trips; and that is close enough.

14 comments

  1. Replies
    1. Beli T-shirt sahaja Wak, tu pun dah selamat dipakai anak-anak buah

      Delete
  2. Tengok pada terjemahan google makna kapalicarsi maknanya Bazaar Besar. Hehe.
    Alamak tidak pergi rupanya Habis Sophia.

    ReplyDelete
  3. Memang cantik sgt seni bina diaorg kan, x jemu tgk...
    Moga yg baik2 je utk sal key... take it easy!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, sebab bangunan-bangunan lama dikekalkan dan convert jadi kedai macam ni. sebab tu nampak cantik

      Delete
  4. One of impian ialah nak ke Turki. Dulu takde kenal sangat Turki. Tapi sejak tengok cite Turki, nampak tempat dorang cantek. Terus la rasa nak ke sana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab tempat cantik ke sebab orang cantik? hehe. gurau je

      Delete
  5. Cuci-cuci mata masuk Grand Bazaar. Memang kena hati-hati masuk sini. Kami sudah kena tipu sewaktu beli coklat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak, kena scam ke? saya tak membeli coklat sangat so tak tahu

      Delete
  6. eh ko kan dah naik tram masa g HK dulu? hahahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak sama. tram HK bunyi ding ding...ni takde bunyi

      Delete
  7. ada yg ckp, barang2 kat dlm GB ni mahal banding tempat lain.. betul ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup, sebab tempat tourist. kat luar banyak kedai yang jual lagi murah

      Delete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah