Iftar di Capsicum Steamboat & Grill Shah Alam

Sunday 9 April 2023

Assalamualaikum dan hai semua! Kejadian sehari sebelum birthday aku, Ahad lepas. Saja park di sini kot lah ada yang mencari port steamboat di area Kota Kemuning Shah Alam.

Aku tercampak sampai ke Shah Alam ni kira rare jugaklah. Gara-gara Encik A dan Encik N teringin nak pergi Sogo Central i-City Shah Alam. Aku pun tak pernah pergi, so follow je. Ramai orang tapi still boleh bernafas dan berjalan dengan tenang. Sale baju raya meriah tapi aku tengok banyak yang branded harga kayangan. Maybe orang have-have je yang datang Central i-City Mall ni kot? Betulkan aku kalau aku silap sebab tak explore sangat. Kau tahulah kalau berjalan dengan orang lelaki ni, dah dapat barang dia nak gerak balik. Nakkan suasano jah. Macam lah kat Ampang takde jual seluar jeans yang sampai ke Shah Alam mencarinya. Adeh. 

Aku pulak penyudahnya hanya membeli sebatang berus gigi di Guardian. Baju raya dah ada. Lagipun macam yang aku cakap, kebanyakan yang dijual di Central i-City Shah Alam adalah baju-baju branded harga mahal. Aku kalau teringin nak pakai branded, beli second hand je. 

Nantilah kalau ada peluang dan tenaga nak explore Central i-City sebab bersambung dengan i-City yang aku dah berkurun tak jejak dari tahun 2019. Jarak Sogo i-City ke Capsicum Steamboat & Grill around 15km. Takdelah dekat sangat tapi malas nak makan dalam mall

Restoran dia simple je. Dinding pun cat hitam. Tak nak kotor kot

Meja ada banyak, tapi kitorang reserve dulu sebab kawan aku kata selalunya ramai orang

Seafood dan daging untuk grill

Banyak jugak pilihan

Nasi dan mi goreng pun ada




Favourite En.A. Pepahat dan kupang



Banyak jugak menu lain aku tak ambil gambar macam aiskrim, roti John dan kuih-muih Melayu. Aku biarkan budak 2 orang tu je yang ambil sebab diorang ambil macam tak ada hari esok. Lagipun sekali-sekala nak dilayan macam princess.

Thanks kepada 2 ketul ni sebab bawak akak jalan-jalan. Abaikan muka aku yang kemerahan sebab tempat ni panas! Nama pun steamboat kan. Memanglah outdoor. Kalau sejuk macam kat Korea tu best kan you olls. Tapi ni Malaysia, jadi redha jelah.

Overall OK la tempat ni cuma aku rasa tempat ambil makanan dia agak sempit. Berlaga punggung dengan pelanggan lain. Aku suka kuah tomyam dia. Tak pedas sangat. Aku pernah makan satu steamboat ni, alahai mengalir air mata wanita tersakiti tau sebab pedas. Nak mintak kuah sup malu pulak.

Kemudahan lain macam surau dan tandas pun disediakan tapi surau dia kecik jelah. Solat cepat-cepat dan gerak. Tak ambil gambar lak.

Al-kisah kitorang berangan lepas makan nak gi tengok lampu kat i-City, tapi penyudahnya masing-masing kekenyangan, so terus balik. Haha.

Harga Buffet Iftar : 
Harga dewasa RM38
Kanak2 6-12tahun RM20
Warga emas & OKU RM28
Kanak2 0-5 tahun FOC

Alamat : 2792, Jalan Klinik, Kampung Bukit Naga, Shah Alam, Malaysia

No Tel :  018-265 5224

Waktu Operasi : 6pm - 12 am (Isnin tutup)


Tu je nak cerita. Thanks for reading!

44 comments

  1. Jauh bebenor Sal berjalan cari baju raya ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tak beli apa-apa pun, sekadar sebatang berus gigi kat Guardian. haha

      Delete
  2. harga pun not bad. kalau banyak pilihan tu mmg seronok. yg x seronok semua benda nk mkn tp lps berbuka tak abis... tu laa masalahnya kalau mkn steamboat ni😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu sebab kalau ada lebihan, restoran akan cas kita ikut gram. tak nak pembaziran. tapi kalau budak 2 ketul ni, habis je.

      Delete
    2. kalau yg cas tu mmg bgs👍perut depa made in apa?😂

      Delete
    3. entahlah perut apa. biasalah muda lagi, makan banyak pun tak gemuk.

      Delete
    4. bleh geng dgn member sy. mkn 1 tan pun ttp kurus melidi jeee

      Delete
  3. Nama kedai sedap.
    Murah juga harga stim dan harbeku.

    ReplyDelete
    Replies
    1. comel kan nama dia. tapi takde pulak capsicum dalam menu

      Delete
  4. kita pun suka makan stimbot.. nnt nak cari gak la tmpt berbuka stimbot kat KL ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh try Rot Thai Stimbot ataupun Thai Pan Buffet di Jalan Genting Klang.

      Delete
  5. tersakiti sb tomyam takpeee..boleh redho sb tomyam tak slh

    ReplyDelete
  6. habeh merah merah muka cik sal kite hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kiter dah lah puteri lilin. nasib baik tak cair

      Delete
  7. Harga dia berpatutan makanannya pun bnyk pilihan. Ibu ayah aqil msh x berpeluang berbuka diluar lg setakat ni. Tgklah minggu depan ke hujung mggu ni. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. berbuka di rumah lagi best. masak sendiri terjamin bersih dan sedap. nanti tau-tau je dah nak raya. haha

      Delete
  8. Aduhaiiiiii best kan. Pepahat tu pertama kali makan kat umbai....sedap rupanya.

    ReplyDelete
  9. Bahan steambot banyak sungguh pilihan. bestnya. Rasa nak cuba satu demi satu....hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ikut rambang msts nak ambil semua. tapi kena considerlah, tak nak membazir

      Delete
  10. Meriah pilihannya.
    Tak pernah makan pepahat, entah camne cara makan dan rasanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada rezeki boleh cuba nanti kak Ujie. tapi nak dibanding mentarang, mentarang sedap lagi. cuma susah nak dapat

      Delete
  11. Banyak menu pilihan adik2 belanja kakaknya wah best tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan adik betul, tapi kawan yang dah dianggap macam adik

      Delete
  12. Jauh sangat dri tmpt saya kalau nk pi mkn pun...~ 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe. di tempat Tuan pasti ada juga. entah-entah lagi sedap

      Delete
  13. banyak kali nak pegi Capsicum ni tapi belum berkesempatan lagi. Tengok pada harga okay tu, makanan pun nampak banyak pilihan. Nak kena jugak pegi makan situ nanti :D

    ReplyDelete
  14. Nice..harga pun ok. Pilihan pun byks...

    ReplyDelete
  15. akk lagilah tak pernah gi i-City...huhu....oklah harga steamboat..byk pilihan...ada yg aim udang je kalau kt steamboat....hehe....

    ReplyDelete
  16. berbaloi harga dia tu. mama tak penah sampai sini lagi sal

    ReplyDelete
  17. suwa suwe kamuning ., hehe sonoknyerr kuar dating dgn encik N dan encik A ittewww ;p

    ReplyDelete
  18. ada surau walaupun kecil ok lagi.. ammi penah gi makan kat hulu langat tempat solat perempuan share dgn lelaki...open space. expect perempuan ni pakai telekung dari dalam toilet gamaknya.

    ReplyDelete
  19. Nampak harganya ok, makanan pun ok.
    Ok ok semuanya kan Sal.

    ReplyDelete
  20. Kalo dah bingung nak makan apa, biasanya steambot jadi pilihan saya. Tak pernah failed. Apalagi kalo kuahnya memang sedap, dan aneka daging dan sayur fresh 👍. Tapi kalo makan begini saya biasanya skip nasi. Takut cepat kenyang 😄

    ReplyDelete
  21. not bad harga mkn kt steamboat tu... pernah jugak ke central mall i-city tu mmg brg branded je.. xbiasa beli brg kayangan sgt ni.. so kita jjcm je lah kat situ

    ReplyDelete
  22. sedap dan berbaloi dtg sampai Shah alam.. nina dh serik nk mkn kedai mcm ni sbb minggu lps tak habis mkn 200gm tp kena caj RM 20.

    ReplyDelete
  23. jarang makan steamboat masa iftar ni sebab tak mampu nak menyumbat banyak haha

    ReplyDelete
  24. Aduhai! terujanya tengok Sal makan steambot kat sini.
    Bila la Mrs. A boleh lepas ke sini.

    ReplyDelete
  25. Lama rasanya tak pekena steambot ni. Tengok post Sal teringin pula. ;)

    ReplyDelete
  26. Sal ni busy agaknya.. lama tak bersiaran. harap sihat2 saja

    ReplyDelete
  27. Dulu kalau kat Shah Alam ni kami suka makan kat Tupai Tupai branch Shah Alam. Macam dah tutup dah dia. Suka juga makan steamboat ni. Lama dah tak makan sebenarnya.

    ReplyDelete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah