Assalamualaikum dan hai semua! Ikut hati memang nak sambung story Turki, tapi lately busy lah. Menaip entry travel kena duduk betul-betul, pilih+edit gambar yang sesuai dan menulis pengalaman disulami fakta, bukan auta. Tak suka tulis entry separuh masak. Tak kisah orang baca atau tidak, aku memang akan usaha untuk hasilkan entry terbaik dari ladang.
Anyway, umum mengetahui tragedi yang berlaku di Itaewon, Korea Selatan. Tragedi sempena sambutan Halloween yang mengorbankan lebih 150 nyawa. Aku tumpang bersimpati walaupun mereka tidak seagama dengan aku. Kalau mereka seagama pun aku akan tetap titipkan doa. Sebab apa? Sebab kita pun tak tahu pengakhiran kita macamana.
Bila baca berita tersebut dan komen-komen netizen, terus teringat memori masa aku ke Osaka, Jepun beberapa tahun dahulu. Kebetulan masa pergi tu Hari Halloween yang disambut pada 31 Oktober setiap tahun. Masa beli tiket tak pernah terlintas pun nak celebrate perayaan masyarakat Celtic kuno itu ye. In fact tak silap aku kitorang beli tiket tarikh lain tapi Air Asia ubah tarikh sampaikan kitorang kena bayar denda kat AirBnB sebab tukar tarikh penginapan. Perangai musibat AA memang dari zaman sebelum Covid, tapi demi nak tambang murah punya pasal kenalah bertabah.

Di Dotonbori, Osaka memang ramai manusia tapi kawasannya luas dan orang tak bertumpu di satu-satu jalan sahaja
Gambar-gambar lain dan story boleh baca di
SINI
Sebenarnya memang budaya orang Jepun setiap kali malam minggu diorang akan turun ke bandar memakai kostum walaupun takde sambutan apa-apa. Tapi bila Halloween meriahnya jadi berganda. Aku dan kawan-kawan sekadar menikmati suasana. Kawan-kawan aku ni budak-budak baik. Kalau ikutkan aku lagi lama nak lepak cuci-cuci mata tapi diorang dah ajak balik. Ini pun kami tak lalu di kawasan yang banyak bar. Takut jugak kalau ada yang mabuk
Bila difikir balik, syukur sebenarnya tak jadi apa-apa tragedi masa aku dan kawan-kawan di sana. Kalau tak pasti dah kena kecam sekali padahal tak pernah pun seumur hidup terlintas nak sambut Halloween. Pergi open house Aidilfitri pun kadang-kadang aku malas.
Kali pertama dan terakhir aku tengok perbarisan di dataran
At the same time teringat masa pergi
celebrate Hari Merdeka 31 Ogos yang lepas. Agaknya kalau ada kekecohan macam tu lah kot nasib semua yang ada kat sana. Haih, membayangkannya je dah boleh buat bulu roma aku meremang. Aku memanglah tak pernah suka tempat sesak. Sebab tu aku tak suka pergi konsert dan jarang pergi tengok bola di stadium.
Cakap pasal tengok bola, Al-fatihah utuk mangsa Tragedi Stadium Kanjuruhan Malang 11 September yang lepas.
Apa pun, kita ni mulut dan jari jangan rajin sangat nak kecam dan gelakkan oang. Sebab kita tak tahu nasib kita macamana. Boleh saja jadi kita berada di tempat dan waktu yang salah.
Marilah kita sama-sama berdoa diberi Khusnul Khatimah dan sentiasa cuba menjauhkan diri dari ke tempat-tempat yang tidak diredhai Allah. Siapalah aku nak menitipkan pesan, hanyalah seorang manusia yang banyak dosa.
Read More