Kali pertama (dan terakhir) pergi tengok sambutan di dataran

Thursday, 1 September 2022

Sejenis aku ni, ada ke takde kobid, memang tak pernah suka dengan tempat sesak dan ramai orang. Tapi tulah, dah kawan baik ajak, pergi jelah. Kang merajuk kang, aku kawan dah lah tak ramai. Haha. Takdelah, bila difikir balik, apa salahnya merasa. Selagi masih larat dan takde komitmen anak atau kena mintak izin suami. Kang dah tua mengeluh pulak..napelah masa muda-muda dulu tak pergi. Dah menyesal.

Kitorang gerak lepas solat Subuh. Park kereta di LRT sahaja. Tu pun kena naik sampai tingkat 4 baru dapat tempat kosong. Masa nak tap kad Touch n Go nervous gak sebab tak pasti balance berapa. Kalau tak lepas, kena beratur beli token atau top up di kaunter. Matilah kena bebel. Alhamdulillah baki cukup. Tips kalau nak pergi tengok event macam ni sila top up kad Touch N Go siap-siap. 

Tren jangan cakaplah memang penuh. Padahal Ampang stesen pertama. Stesen-stesen yang seterusnya memang tak lepaslah nak masuk.

Sampai stesen Masjid Jamek, dah nampak lautan manusia. Tapi yang annoyingnya bila banyak kereta VIP diparkir sepanjang jalan menghala ke dataran. Tambah sesak jadinya. Lepas tu banyak 'lorong-lorong tikus' ada polis jaga tak bagi lalu. Orang KL tahulah kalau nak menyelit celah-celah bangunan tu nak sampai ke Dataran Merdeka tapi dah tutup kenalah semua orang ikut laluan sama. Tambah sesak bila ada yang patah balik. Maybe tak sanggup bersesak atau tak dapat tempat yang diinginkan.

Ambil masa hampir 40 minit nak sampai ke jalan berhadapan dataran. Tengah jalan dengar announcement nyanyi lagu Negaraku. Pause sekejap berjalan, nyanyi Negaraku sampai habis dan baca ikrar. Walaupun jauh dari dataran, bila laungan Merdeka 3 kali, semua pakat join walaupun tak nampak apa. Pastu sambung bergerak pada kadar kelajuan siput babi.

Banyak kali jugaklah pindah-pindah tempat. Kawan aku ND tak puas hati view. Aku pulak datang bukan nak tengok sangat. Layan dia je. Ada sekali tu aku duduk jauh dari lautan manusia sambil makan bekalan burger McD tapau malam sebelumnya. Tapi crowd memang bestlah. Paling kuat bersorak masa lori Milo lalu. Orang Malaysia kan memang sinonim dengan Milo. 




Masa pertunjukan udara jelah enjoy sikit. Sebab nampak clear kan


Lepas YDP Agong dan VIP balik baru dapat bergerak ke kawasan main stage.

Panjang lebar ko sengih ye ND

Sempat petik  bunga-bunga di pentas untuk bawak balik. Ros je aku terlambat, toleh je dah takde. Nanti bunga-bunga ni diorang buang jugak. Hello, aku bayar cukai OK.

Cuma aku rasa tagline 'Keluarga Malaysia Teguh Bersama' tak berapa catchy dan terlampau panjang. Just my opinion. Kesian pengacara jerit 'Keluarga Malaysia' tapi sayup je yang menyahut. Siap ada yang sahut 'Boleh' sebab kita kan dah biasa sebut Malaysia Boleh. Bagi aku tagline kena simple macam 'Satu Malaysia', 'Keranamu Malaysia' atau 'Malaysia Boleh'. Kalau ikutkan dengan kehadiran pengunjung berpuluh ribu tu kalau sahut balik mau boleh dengar sampai Bangsar tapi sayang sendu!

Pada masa yang sama aku pelik gak lah tengok orang bawak anak-anak kecik. Well, I'm not judging anyone, kang orang kata aku takde anak apa tau. Aku cuma kesian. Yang dah sekolah rendah tu OKlah, dah cerdik sikit. Ni umur 2,3 tahun or worse baby. Kecik lagi tu. Apalah tau. Ah, lantaklah anak kau bukan anak aku!

Dahsyat orang Malaysia. Harap bila perlu berjuang untuk negara semangat macam ni jugak

Balik baca di Facebook, DBKL komplen pokok hiasan rosak. As someone yang ada kat sana, aku nak mintak maaflah. Bukan sengaja nak pijak OK. Ala DBKL kan banyak duit saman parking, gunalah tanam pokok baru. Lagipun walaupun sambutan meriah, dari segi safety dan crowd management agak gagal. Ramai yang bahayakan diri panjat pentas dan penghadang sungai sebab nak tengok perbarisan. Tiang-tiang besi dan tile lebihan pasang stage dibiarkan merata-rata. Depan mata aku ada akak tu berdiri atas timbunan tile pastu tergelincir. Nasib baik tak cedera. Ambulan aku nampak seketul je. Mobile toilet hanya ada beberapa buah. Bau? Korang tak payah bayangkan. Huhu.

Memanglah kena jaga keselamatan sendiri, tapi kalau dah expect puluhan ribu datang, fasiliti pun kena sesuai lah dengan puluhan ribu manusia. Apa boleh buat, itulah Malaysiaku yang tercinta! Ramai juga netizen yang kata Putrajaya sebenarnya lagi sesuai untuk sambutan hari kemerdekaan seperti pada tahun 2019. Kuala Lumpur terlalu banyak bangunan dan sesak. Parking pun susah. 

Masa nak balik dengar announcement ada orang hilang anak! Dah besar dah budaknya, 9 tahun. Aku harap budak tu ditemukan balik dengan keluarganya.

Apa pun, ia pengalaman yang menyeronokkan dan berharga. Boleh cerita pada anak cucu. Tapi bak kata Eminem -Next time, there will be no next time.

Oh ya, nasib baik hari ni kerja dari rumah. Penat tak boleh bawak bincang! 

46 comments

  1. Dahsyatnya... nasib baik mak datang minggu ni klu tak kami pun agaknya bersesak2 kat sana lepas tu menyesal... tengok dlm tv lagi clear huhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya takdelah sampai tahap menyesal. Sebab memang dah jangka keadaan macam ni. Bak kata MJ dalam cerita Spiderman, expect disappointment then you will not get disappointed

      Delete
  2. Memang semua rasa teruja untuk meraikan bersama sambutan ulang tahun peristiwa keramat itu. Mudah-mudahan negara kita aman makmur, aman damai hidup dalam suasana masyarakat majmuk penuh harmoni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin YRA. Semoga kebahagian dan kemakmuran negara kita sentiasa dalam peliharaan-Nya

      Delete
  3. akk pun sama, baru tahun ni nak tengok live...last2 tak turun pun dari stesen LRT...huhu..betul, masa MC suruh sahut 'Teguh Bersama' tak dgr sangat..tapi bila sorak ke perbarisan, bergema kuat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha kan. Saya pun masa first dengar mc jerit keluarga malaysia tu blur kejap nak jawab apa. Nampak banner dekat pentas baru teringat

      Delete
  4. Kak PC seumur hidup ni belum pernah tonton secara langsung sambutan hari kemerdekaan. Tak tau kenapa.. bila tengok berasak-asak tu rasa lemas.

    ReplyDelete
  5. Terima kasih Sal berkongsi situasi sebenar di sana.

    Akak pun jenis tak suka tempat crowd. Tapi kalau ada peluang, nak juga ambik pengalaman join sambutan Hari Kebangsaan sekali seumur hidup. Hehe

    Bab bawak anak kecik, memang sangat tak patut. Macam tak sayang anak pun ada.

    Bab pengurusan tu, sangatlah mengecewakan kalau rupa gitu. Sedangkan ni acara tahunan. Patut dah sangat mahir apa perlu dibuat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya..patut pihak penganjur rancang betul-betul sebab ni soal safety tau. saya tengok orang panjat pentas tu, risau je kalau ada yang jatuh. dah 4 tahun tak sambut kat dataran Merdeka. 2018 dan 2019 di Putrajaya. maybe sebab tu tak ready.
      bab anak kecik tu entahlah. dahlah bawak stroller. buat keadaan lagi sesak

      Delete
  6. Aduhh..kita tengok kat tiktok kemain gembira and jeles rasanya sebab meriah betul..tapi rupanya susah nak rasa gembira duduk depan sekali tu sebab orang ramai datang dari before subuh lagi kan..baik tengok kat tiktok or tv je lah ye, hapuskan je la hasrat nak pergi tengok tahun depan 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasalah cik Sun. socmed tunjuk yang indah-indah je. hakikatnya ramai yang tidur kat dataran demi nak dapatkan spot terbaik. ni last lah, tahun depan tengok depan TV je

      Delete
  7. selamat hari merdeka ciksal dari wak diseberang ye., ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat hari merdeka Wak. di perantauan tak sambut ke?

      Delete
  8. wah..gigih tu. but apa salahnya kan..sekali sekali or sekali ni je .. he he he.. Mummy ayu
    tak pernah gi lagi dataran...pernah sekali dulu la..nak gi tgk bunga api malam merdeka kat KLCC..punya la ramai & jammed jgn ckp la, pas tu...memang sekali tu je la... serik

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup, sekali ini ajelah. saya sanggup pergi pun sebab esoknya kerja dari rumah. kalau kena pergi opis memang jadi zombie.

      Delete
  9. Ahkak dah pernah ada pengalaman bukan sebagai pengunjung tapi sebagai peserta perbarisan dan pertunjukan pabcaragam selama 2 tahun. Semangat tu lain macam bila perarakan bermula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. fuiyo pancaragam. akak main alat muzik apa?hebat ni

      Delete
    2. Alat muzik tak femes...french horn yang kuar bunyi dari belakang tapi pengalaman tu yang marbeles dalam kehidupan

      Delete
  10. Akk pun pernah sekali pergi dataran masa sambutan merdeka 56 tahun. Tahun nie katanya mmg ramai sangat yang Turun dataran lebih dr tahun2 sebelumnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. adik saya pun cakap benda sama. diorang pernah pergi sebelum ni dan diorang kata takdelah ramai sangat orang.

      Delete
  11. Rasa macam dataran baru di perbaiki kut sebab nampak lain je. Selalunya penuh di pentas background. Lepas tu jalan macam sempit sebab pentas perarakan ambil line jalan sampai 2. Jemputan VIP pun macam ramai sangat kali ni bila kamera focus pada mereka. Apa pun MERDEKA.

    ReplyDelete
  12. Betul ke kali terakhir tu... hehehe, SS memang tak suka tempat sesak2 mcam ni... kerja pun mmg di kalangan mengendalikan event2 mcm ni, jadi bila ada event besar mcm ni, lebih suka tengok dari rumah je. Apa pun, ini adalah pengalaman dan sejarah untuk yang sertai suasana sambutan kemerdekaan Malaysia selepas pandemik. Pengalaman yang mahal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya kerja dari rumah je. sesekali nak jumpa gak manusia. tapi ni ramai nau. tak larat lah. confirm last. tak mau gi dah

      Delete
  13. Kalau akak dah tiada mood ramai orang. Berangin.
    Betul demi pengalaman. Rasanya cukuplah pengalaman akak sambut merdeka di JB itu. Anggap sama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. cukuplah kali ni. ajak lagi memang tak mau dah

      Delete
  14. Perghh mmg tabik korang yg sanggup redah lauran manosia di hari kejadian.. Ramai kengkaean opis pun excited pegi dataran... Kita?? Memang layan depan tibi je la.. Hehe x sanggup nak bw bdk2 redah manusia yg ramai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan bawak la. kesian budak-budak. terutama yang kecik-kecik jalan pun tak reti tu

      Delete
  15. hmm....kalau saya la..mmg x gi ke event yg penuh sesak mcm tu. baik tgok live di TV. lg nampak jelas perbarisan!

    ReplyDelete
  16. tahun depan kalau buat kat Putrajaya kita gi lagi nak hehe

    ReplyDelete
  17. haritu nak pergi tapi bila tengok raptai pun dah penuh terus cancel. Sebelum ni buat dekat Putrajaya, kat situ luas so tak ada la isu panjat sana sini. Masa perarakan memang nampak clear semua kontinjen. Patutnya manage lah betul-betul sebab dataran merdeka accessible untuk semua, tu yang ramai dari sebelum ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pergi masa buat sambutan di Putrajaya tapi tulah memang dulu-dulu takde orang complain crowd macam tahun ni. even kat Dataran. harap DBKL ambil pengajaran lah

      Delete
  18. hahaa.. if aku pun takkan pergi nya. ramai betul orang. taktau nak tengok perarakan nak tengok org if dah camni. hehe

    ReplyDelete
  19. Tgk ramai vlog, gile ramai manusia.. kalau saya mesti dah muntah sbb pening lol. Caya lah sis boleh harungi semua <3 OK juga kan, at least a nice and unforgettable memori gituh.

    ReplyDelete
  20. Part bawa anak kecik dan slogan tu memang Sha bersetuju sepenuhnya dengan Sal.. Slogan kena pendek baru orang cepat tangkap.. Part anak kecik tu, kesian okay.. Bersesak-sesak tu.. Hurm, tapi ialah.. Anak diorang kan..

    ReplyDelete
  21. Kita tgk kat tv jew cik Sal... Meriah yaa amattt... Gamai org...

    ReplyDelete
  22. Mrs.A okay je tempat crowded Sal kalau ada gang. Tahun ni memang meriah sambutan merdeka tengok ramai aje rakyat jelata yang bersemangat memeriahkan sambutan secara live

    ReplyDelete
  23. biyu ramai sekali sambutannya

    ReplyDelete
  24. mama tgk kat youtube pun rasa seram tgk punyalah ramai org

    ReplyDelete
  25. Sesekali ambil peluang meraikan. Kalau tidak bila lagi kan Sal. Tengok di TV pun dah sesak, apatah lagi sesak kat sana. Samalah kita Sal, jenis tak suka bersesak. Tapi kadang tu rasa nak pergi, join juga. Lain macam meriah sambutan hari merdeka tahun ni.

    ReplyDelete
  26. msk stadium pun dah pening bila bersesak ni kan pula time mcm ni fuhhhh...kental ko ddk bersesak mcm tu ya ;-)

    ReplyDelete
  27. memang tak pergilsh sesak2 mcm ni. dr tak ada covid pun mmg tak suka bersesak dgn org. tambah bawak anak.

    ReplyDelete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah