Pasar Karat Ipoh dan hotel berdekatan

Friday 17 December 2021

Assalamualaikum dan hai semua! Mari sambung cerita di Ipoh sebelum bukak cerita baru. Seperti yang aku cerita dalam entry INI, malam pertama kami di Ipoh, hujan turun mencurah-curah dari petang membawa ke tengah malam. Tak tahu pukul berapa berhenti. Bangun-bangun pagi selak langsir..eh dah cerah! Apa lagi cepat-cepat siap. Breakfast Tortilla dari Wharong Cafe beli via GrabFood malam sebelumnya. Tak panaskan pun sebab takde microwave dalam bilik. Halal jelah asalkan belum basi.

Before we begin, let's recap trip aku dan Anies ke Ipoh penghujung bulan Oktober 2021. Perak masih dalam PPN Fasa 3 waktu kami ke sana, jadi ada banyak tarikan yang masih ditutup.

Day 1

Pagi tu kebetulan hari Ahad, so nak meninjau Pasar Karat Ipoh yang terletak di Jalan Horley, Ipoh. Pasar Karat hanya dibuka pada hari Ahad dari jam 7 pagi hingga 12 tengahari sahaja. Pasar Karat Ipoh turut dikenali sebagai 'loken' atau Memory Lane oleh masyarakat tempatan.


Gerbang Memory Lane dengan tagline Antik-Unik-Klasik

Sesuai dengan tagline, di Pasar Karat Ipoh ni dijual barang-barang lama atau vintage. Ramai juga peniga di sini yang terdiri dari pelbagai bangsa. Penggemar barang lama confirm rambang mata bila sampai sini. Sediakan wang tunai secukupnya ye. 


Alatan tembaga lama. Ada tepak sirih, acuan kuih, dulang, renjis-renjis dipilih hai ditepungilah tawar pun ada ni ha


Ada jugak seller yang random je macam ni. Ada kamera antik, duit lama, kukur kelapa dan banyak lagi



Kemas je susunan nak menarik perhatian pelanggan. Teringat zaman sekolah belajar sempoa


Replika kepala haiwan ni buat aku teringat topeng dalam siri 'Squid Game'.


If korang pengumpul duit dan syiling lama, boleh jugak beli atau jual koleksi peribadi di sini


Ini bukan barang antik, tapi belut albino yang dikeringkan untuk tujuan perubatan. Yang masih hidup pun ada pakcik ni bawak tapi aku takut nak pergi dekat so tak amik gambar. Huhu


Tengok suratkhabar lama teringat masa kerja di arkib dulu. Rindunya




Dalam filem Hindustan selalu nampak telefon macam ni. Biasanya pemilik premis macam kedai atau hotel letak untuk kegunaan awam tapi kena masuk syiling



Kami ke sini untuk cuci mata je. Tak ada beli apa pun. Rumah dah banyak barang.


Selfie sebelum balik

Pasar Karat ni kalau jalan sampai ke hujung akan jumpa pasar pagi. Ada jual pakaian, makanan, mainan dan macam-macam lagi. 


On the way pergi makan nampak bangunan ni yang masih under renovation. Tak tahulah hotel atau kedai makan. Tingkap tu replika je. Sebenarnya cermin. 

Bercakap pasal hotel, ada banyak hotel berdekatan Pasar Karat Ipoh if tak nak jalan jauh-jauh. Antaranya adalah:

4. Ipoh Boutique Hotel
5. Grayhaus Soho (Guesthouse)

Next entry aku share pulak kitorang lunch kat mana ye. Thanks for reading!

31 comments

  1. bestnya sempat jejalan kan. barang lama tu tengok boleh tapi nak membeli ada lambat sikit
    sebab saya jenis selalu was2 dengan pemilik sebelum nya, tah apa sejarah brg tu tah, lebih baik jgn beli.

    ReplyDelete
    Replies
    1. teringat dulu pernah tengok cerita hantu Melayu, kena rasuk lepas pakai baju bundle. iye, barang lama mesti ada sejarahnya

      Delete
  2. pasar karat barang lama tapi mahal harganya kan

    ReplyDelete
  3. Suka juga tenguk barang2 yang dijual kat pasar karat ni
    tapi beli jarang2

    ReplyDelete
  4. Wow, barang semua legend legend nie... Memang tempat orang yang suka buat collection barang lama 👍👍

    ReplyDelete
  5. wahh brg2 rare nih.. 😅😅

    ReplyDelete
  6. menarik betul kalau dapat jalan-jalan dekat sini

    ReplyDelete
  7. Banyak betul barang antik unik klasik, suka juga barang tembaga , belut kering pun ada, senang rujuk ada list hotel berdekatan di sini. Betul tu rumah dah banyak barang hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe. kalau boleh saya nak bawak barang di rumah saya, jual di sini

      Delete
  8. Seram tengok belut albino.
    Hehe akak bukan peminat barang antik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya minat tengok aje. macam di muzium. tapi malas nak menyimpan. kena selenggara dengan kerap

      Delete
  9. Tempat menarik cuci mata. Suka tengok barang antik. Kalau beli mungkin yang bersesuaian buat props gambar je macam barangan tembaga tu. Tapi confirmlah mahal yakmat kan. A ah lah tengok patung kepala binatang tu auto teringat squid game. Belut albino rupanya. Kalau tak cakap dah ingat akar kayu ginseng tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mahal juga harga barang antik. nilai sejarah tu tinggi. lagi-lagi kalau yang rare dari negara luar

      Delete
    2. Memang tinggi sangat. Nak tanya harga pun rasa seram. Takut terkejut dengar harga tu.

      Delete
  10. mcm2 ada..memang ralit tengok barang2 antik..blast from the past!

    ReplyDelete
  11. Barang lamanya yang terbuat dari tembaga itu sangat menarik, ananda Salbiah. Terima kasih telah berbagi.

    ReplyDelete
  12. Tenguk Acuan kuih bahulu cermai alahaiiii teringat dolu2 aruah mak akak buat bahulu. entah macam acuan tersebut. Ikutkan dolu2 lagi banyak barang antik tapi ikut peredaran zama hilang entah kemana. Lagi pun acuan tersebut masak guna kayu dapur lagi best daripada masuk oven macam sekarang. Kureng umphh rasanya. Tapi nak buat camno dah masa berlalu. Redho je lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak. ada acuan tapi takde resepi dan takde dapurnya pun tak jadi bahulu. itulah, nama pun kenangan. setiap barang di pasar karat ni pun mesti ada kenangannya kan

      Delete
  13. Betul lah tu kat rumah dah banyak barang.

    ReplyDelete
  14. Best juga jalan-jalan cuci mata kat pasar karat kan...

    ReplyDelete
  15. Kadang- kadang suka jenjalan pasar karat...seronok walau x ,membeli pun...

    ReplyDelete
  16. wah. tq Sal. akak ni, plan nak stay ipoh 2 h 1 mlm mac nanti.
    sebab plan nak camping di gerik 2 mlm. then ipoh 1 mlm. then sambung camping di gopeng 2 mlm lagi.
    boleh amik idea Sal ni bila akak ada di ipoh kelak.

    adik ipar akak is a collector brg antik.
    dia tak pernah tak suka kalau gi pasar karat di mana pon.
    dia boleh jadik separuh gila kalau masuk pasar karat tau.
    rumah dia pun ada bilik khas utk collections dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bolehla tengok yang di Ipoh ni. Make sure pergi hari Ahad ya

      Delete
  17. bestnya tengok barang-barang kat sini

    ReplyDelete
  18. Bestnya layan barang vintage. Dulu mama selalu lepak amcorp mall je .. skrg lama dh x pegi

    ReplyDelete
    Replies
    1. amcorp mall tu biasanya pengumpul duit lama suka pergi

      Delete
  19. Ingatkan mmg guna tingkap kayu tu..
    Tp kalau guna tingkap kayu bila angin kuat confirm gegar kuat kat bilik yg belah atas kan

    ReplyDelete
  20. Kalau Kak Amie maunya berjam-jam lamanya meneliti barang-barang lama di Pasar Karat begini. Semuanya nampak unik dan sudah tentunya sukar dijumpai di tempat lain.

    ReplyDelete
  21. Kemain happy budak blkg tu. Hahaha. Lama tak pi pasar karat. Dulu dok ipoh, kena terjah kul 7 kalau tak penuh org. Nk tgk brg pun xfeel

    ReplyDelete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah