Filem Frontliner : Tak tahu nak puji atau nak keji

Tuesday 5 October 2021

Assalamualaikum dan hai semua! 

Sebelum korang kecam review aku, aku harap korang tau yang aku ni penyokong industri filem Melayu. Walaupun orang selalu cakap… “Ala, cerita Melayu ko tunggu je lah raya, nanti keluar”, tapi aku tidak. Kalau aku rasa aku nak tengok kat wayang aku akan pergi, walaupun takde orang nak teman. Tu kalau nak kata tak support lagi tak tahulah. 

KL Special Force Movie Review 

Tombiruo Penunggu Rimba

Mempersoalkan filem Desolasi

Filem ‘Frontliner’ keluar di suggestion Netflix, di suatu hari yang tenang masa aku sedang Work From Home. Alang-alang hari tu agak slow, aku klik ‘Play’. 10 minit pertama filem, aku rasa ibarat tonton filem ‘Rise: Ini Kalilah’ , juga sebuah produksi Netflix cuma tema ceritanya berbeza. Rise bagi aku adalah filem cringe dan tangkap muat. Aku tengok pun gitu-gitu je. Menonton Frontliner dengan harapan menggunung tak kecewa seperti selepas menonton Rise. 



Frontliner mengisahkan tentang beberapa watak yang sememangnya layak dihargai atas pengorbanan mereka sewaktu menghadapi pandemik Covid-19.

- Azhan Rani - seorang doktor di wad Covid 19

- Emma Maembong - isteri doktor tersebut. Sedang sarat mengandung tapi masih rajin melakukan kerja sosial membantu mereka yang terkesan kerana wabak Covid 19

- Beto Kusyairi - Anggota Ahli Keselamatan Negara. Ada anak remaja yang rebel asyik nak keluar rumah je

- Farah Ahmad - Nad, pemilik pusat tuisyen, isteri Beto. Nama watak dia je aku ingat sebab watak Beto asyik ulang-ulang sebut.

- Achey - juga Anggota Ahli Keselamatan Negara. Single, tapi ada ibu di kampung yang sangat lah rindu dekat Achey ni sebab dah lama tak balik

- Wan Maimunah - Mak Achey.

Ada beberapa pelakon lain yang aku tak kenal. Tapi kalau tengok nama-nama di atas, sudah cukup gah untuk menarik perhatian penonton. Kalau cerita ni tayang kat wayang, aku sanggup leburkan duit untuk tonton. 

Baca ni juga:

Interchange - Aku tengok apa ni?

Love, Supermoon

Manisnya Cinta di Cappadocia 

So..best ke idok? Well for me, nak kata best giler tu tidaklah. Bukanlah filem yang buat kita nak tengok scene demi scene. Kalau tak kerana mak aku tengok sekali, pasti ada beberapa babak aku skip.

Filem Frontliner ni idea dah ada. Lagipun ia diinspirasikan dari kisah-kisah yang terjadi sekeliling kita sepanjang pandemik, jadi takdelah susah sangat nak mengagak jalan cerita. OKlah, ada a few plot twist walaupun tak logik tinggalkan isteri tengah sarat mengandung duduk rumah sorang-sorang semata-mata nak elak dari terjangkit Covid19. Hello..rumah kau tu besar kot. Duduk bilik lain-lain pun dah cukup. Over nau.

Filem ni jadi sedikit ‘meh’ bila tidak dilakonkan di hospital kerajaan. To be fair, tak boleh nak salahkan produksi filem ni kan sebab hospital kerajaan sibuk dan sesak. Kalau mintak izin nak berlakon mau kena halau. Cuma itulah, bila buat di hospital swasta, feel tu kurang.

Walaupun filem ni tentang frontliner, tapi filem ni takde polis. Digantikan dengan ‘Anggota Keselamatan Negara’ (AKN). Patutlah ramai kata ni filem separuh masak. Kalau dapat collaborate dengan PDRM kan lagi cun. Ini tak, nak kata polis tak polis. Tapi aku rasa tak adil lah nak kutuk. Polis pun sibuk jugak, mana nak jaga sekatan jalan raya lagi, nak tangkap orang tak jaga SOP lagi, nak tolong Yusuf Haslam shoot Gerak Khas Undercover lagi. Lagipun kalau melibatkan pihak berkuasa kerajaan nanti banyak rules dan regulation. Leceh. Baik buat bandar rekaan ala ‘Metrofulus’. Hahaha.



Continuity dan ketelitian filem Frontliner ni pun kurang. Ada babak watak Anggota Keselamatan Negara tu sendiri tak pakai mask dan duduk dekat-dekat sewaktu makan. Watak doktor tu balik dari kerja muka berbekas, bangun pagi tetibe OK.  Yang pasti, scene hulur lauk celah pagar, pastu eh tetibe boleh pulak bukak pagar tu nak sembang adalah lawak bertaraf ‘lima ha’. 

Lagu background pun tak sesuai. Scene masa Dr. Azhan dengan wife dia kuarantin satu rumah, dok sweet sweet, tapi background lagu orang ditinggal kekasih. 

Dulu pernah kau berjanji mesra

Tapi kini engkau menduakan cinta

Namun kau pergi dan bahagia

Kau tinggalkan hatiku hancur terluka

Dimanakah janji-janji yang setia

Sabar - nyanyian Black. Dah hujung filem baru aku tahu ni lagu nyanyian Black. Ingatkan Achey yang nyanyi. Sabar jelah. Lagu sedap, suara Black as always amazing, tapi vokal nyaring dan lirik kecewa tu menggangu. Maaf.

Tapi takdelah filem ni 100% buruk. Ada beberapa part boleh puji, macam pemilihan pelakon. Terutama Wan Maimunah. Aku cannot ye kalau Wan Maimunah berlakon. Tengok muka dia je aku nak nangis. Cuma tulah, tengok Achey terus air mata aku masuk balik. Maybe sebab Achey dah dicap sebagai pelakon komedi so dia kena try hard. 

Scene Farah Ahmad dengan anak dia tu pun buat aku rasa sebak. Aku puji filem ni sebab dia tackle isu mental health jugak dan memaparkan golongan M40 sebab diorang pun struggle jugak gara-gara pandemik Covid 19.

Filem ni mungkin boleh jadi lagi bagus kalau budget besar dan mendapat kerjasama pihak berwajib lain, tapi tak boleh nak salahkan pihak produksi sebab di luar kawalan. Idea dah ada, pelakon pun hebat-hebat, tapi pelakon paling hebat dalam dunia pun tak mampu selamatkan filem yang skripnya teruk. 



Oh by the way, ditayangkan di platform Netflix yang beria-ia memperjuangkan isu diversity, aku lega jugak penerbit tak gunakan formula Ali-Raju-Ah Chong demi nak tunjuk perpaduan berbilang kaum yang pastinya membuatkan filem ni berganda lah cringenya. Itu antara aspek yang wajar disyukuri. 

Pendapat aku filem ni bolehlah. Takdelah jatuh tahap wajib tonton. Aku bagi 3 bintang je sebab pelakon best . Razif Rashid pun dah upgrade sikit as pengarah. Kalau banding dengan ‘Aji Noh Motor’ dan ‘Kelaster’, filem Frontliner ni semenggah sikit.

Ikutkan malas nak review filem ni, tapi aku takde bahan nak update blog. Sesiapa dah tengok filem ni sharelah pendapat korang pulak. Ramai juga kecam filem ni, terutama part Dr. Azhan tu tak tau nak buat apa time isteri dia sakit. Pengalaman aku yang ada ahli keluarga kerja doktor, meh sini aku nak habaq yang doktor pun manusia. Doktor pun boleh panik bila isteri sendiri nak bersalin walaupun dia sendiri dah sambut berpuluh-puluh bayi.

OKlah malas tak malas pun panjang jugak aku membebel. Haha. Thanks lah sudi baca. Aku hanyalah penonton biasa, bukan pengkritik filem ya. Jangan marah ha..

57 comments

  1. Cekap producer filem sekarang, nak cepat-cepat tayangkan, tertinggal watak polis tu tak termasuk kes minta jemaah Tablik yang buat sekatan baru orang ramai takut hehe.. filem gini terkenang insiden simple pula..tapi gah permulaan kesnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tak ingat dengar di mana pepatah "You can't rush art". Bila buat dalam keadaan gopoh memang hasilnya kurang memuaskan. Filem ni takdelah telus mana, taulah Malaysia ni banyak pihak kena jaga

      Delete
  2. Ammi dah tengok. Mmg part hulur lauk celah grill tu super lawak. Kene tidur luar rumah dlm khemah bagai. Aterrrr kalau gitu napa tak pakai mask masa berborak.

    Part Dr yg bila bini tercungap ko masih bantai dgn dialog pun kelakar gak. Rasa nak hempok jek.

    Wan Maimunah plg best dlm filem ni.. Salute her

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, takkan la tak nampak bini tu dah macam ikan atas darat, nak jugak sambung membebel. tunggulah esok-esok

      Delete
  3. hehehe sama kita pun tgk gak...
    nk ckp x best, ok la masih bole layan,
    cuma ayat dia mcm skema sket hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. nampak sangat lah ayat buku teks. hantar sms pun tak guna shortform.

      Delete
  4. Macam lagi banyak bad review dari good review je untuk filem ni. Haha. Bila jadi mcm ni, lagi bertambah la manusia yg skeptikal dgn filem lokal. Lagi lah susah org nak support lepas ni. Hmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah, bukan orang yang tak support, tapi kalau dah hasilnya ala kadar kenalah kritik. masalahnya pembuat filem kalau kena kritik bukan nak ambil as pedoman tapi kecam penonton balik

      Delete
  5. Baca tajuk Sal tertanya-tanya apa masalah cerita ini.
    Akak baca sahaja sinopsis cerita.
    Sayang pula harapan tinggi tapi kecewa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ramai yang kecewa, tapi takdelah 100% buruk. Ada juga impak positif dan pengajaran

      Delete
  6. Mungkin banyak faktor yang membuatkan filem ni tak wow sangat. Shooting pun ada SOP nya kot. Frontliner pun tengah sibuk dah uruskan hal negara. Mungkin kalau dibuat selepas covid boleh jadi wow lah jugak bila ramai terlibat dan dibuat di hospital kerajaan. Kira okaylah kot kan. nak expect lebih pun tak boleh sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun rasa kalau shooting dibuat lepas keadaan reda, selit real life footage ke, filem ni akan jadi lagi best. tapi bak kata mak saya, budget dah habis bayar pelakon. hihi

      Delete
    2. Hihi..Mungkin betul gak tu. zaman pandemik ni serba serbi bajet lari.

      Delete
  7. Tak sempat lagi nak tengok.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti dah tengok bagi review ye. hehe

      Delete
    2. Macam lambat lagi je.. hahaha.. tambah lepas baca review Sal.. kita hold dulu.. kikiki..

      Delete
  8. Tak ada Netflix, tapi ramai yang dah bagi feedback pada filem ni :)

    ReplyDelete
  9. x tgk tp baca review kat twitter (wpn bkn percaya sgt warga T ni) ada yg ckp menyesal tgk filem ni...ada jg yg puji. tp kebanyakan komen biasa laa... lbh byk kecam dr puji

    ReplyDelete
    Replies
    1. warga T memang banyak kaki kecam. Seronok layan twitter dulu sebab nak follow perkembangan bola je

      Delete
  10. Aku kurang mengikuti perkembangan film. Salam kenal.

    ReplyDelete
  11. belum berkesempatan nak tengok filem frontliner ni . filem yang berkisarkan kisah kehidupana masyarakat sekeliling di zaman pandemik covid19

    ReplyDelete
  12. Belum berkesempatan menonton filem ni..menarik agaknya

    ReplyDelete
  13. aku tengok sinopsis kat netflix part yang bagi makanan kat balik gril pintu tapi then buka pintu, hakak terus tukar cenel

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha. scene tu antara highlight cerita ni yang menjadi bualan netizen.

      Delete
  14. Tak pernah tengok lagi.

    Beto kalau berlakon memang menjadi. Pandai dia menjiwai watak.

    Mungkin team diorang kena lagi kreatif kot. Buat scene yang lebih memberi impak tapi masih di jalan yang betul.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pada pendapat saya, if tambah pesakit lagi ramai or selit footage real events lagi menarik

      Delete
  15. mmg asal buka netflix nampak la achey dgn cerita nie.. tak rasa nk tengok lagi.. tp kalau kita tak support siapa lg kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul, kita support la. harapnya bila dikritik, pembuat filem akan elak dari ulang silap sama

      Delete
  16. tgk video pendek2 kat tiktok je..
    xsmpat lg nk layan movie ni..
    bc dr review sal walaupon sal bg 3bintang tp nk jgk tgk camne peginya.. haha

    insyaAllah ade ms nt sy layan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. kena tengok sendiri baru tau kena dengan selera ke tidak. selamat menonton

      Delete
  17. Baguslah review Sal ni, jujur.

    ReplyDelete
  18. Hurmm... ok, menarik ni nak masukkan dalam list utk d tonton nanti.

    ReplyDelete
  19. Belum tengok lagi filem ni. Nak cari masa juga untuk tengok

    ReplyDelete
  20. Salam kenal ya kak.. blognya cantik kak

    ReplyDelete
  21. kite tgk sebab ade pakwe kite je..
    BETO hahahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini win! Akak pun nak ngaku pakwe jugak ah...

      Delete
    2. ala semua amik Beto, saya amik Achey lah. hehe

      Delete
  22. belum tengok tapi nmpk Gerak Khas Undercover lagi best..

    ReplyDelete
  23. Baca orang review dekat twitter, memang lagi ramai yang mengecam daripada memuji. Memang ramai lah yang cakap, memang tak boleh pergi jauh lah industri malaysia ni kalau hasilkan filem macam ni >.<

    ReplyDelete
    Replies
    1. filem malaysia yang berkualiti ada, tapi jarang sangat nak jumpa

      Delete
  24. Belum ada masa nak tengok lagi. Mcm menarik ni

    ReplyDelete
  25. Akak belum sempat tengok lagi. Tapi barisan pelakon memanggil-manggil! Akak pun sekapal dengan Sal. Alah dengan Wan Maimunah. Belum apa-apa akak nanges dulu hahaha

    ReplyDelete
  26. Tak tenguk tapi nampak kat FB Beto up dia punya filem. Sayangkan pelakon dah hebat tapi jalan citer hambar. Camno le nak terjebak tenguk citer melayu kalau citer korea yang biasa-biasa je pun dah buat wow feeling.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. level cerita Korea tinggi sangat nak compare

      Delete
  27. Patutnya Polis, Ahli Bomba, Doktor , Askar bergabung bagi naikkan sentimen sayang frontliners sebab menjaga kita semua terutama masa convid 19 ni. Alahaiiiiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. semua busy lah kak, tak dapat nak join shooting

      Delete
  28. Puas hati baca review kak sal. Sejujurnya saya pun tak berniat nak tengok. Apatah lagi filem ni dikondem rakyat Malaysia. Bahkan para doktor dan Frontliner pun ada yang kritik huhu. Semoga ada pembaikan dari produksi dia Malaysia

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak lepas tengok baru baca review orang lain, sebab tak suka spoiler. rupanya ramai sependapat

      Delete
  29. tengok scene Beto dengan wife dia dekat grill tu pun dah facepalm. Terus hilang mood nak layan haha

    ReplyDelete
  30. Kalau bukan kita yang sokong wayang orang kita, nak harapkan siapa lagi kan.

    ReplyDelete
  31. br je tgk ceta ni mlm tu... xdelah wow sgt cuma boleh la nnt nk bg kenangan utk kita throwback itu je la levelnya... part dr azhan tu mmg husb kakmim gelak habis (husb pun staf kkm)... iyalah watak dr azhan tu... sendiri dh doktor xtau nk buat apa.. sepatutnya sbg doktor kena tenang dan cool jugaklah walaupun doktor pn manusia.. hehehe

    ReplyDelete
  32. Ada nampak lalu lalang kat NETFLIX tapi x rasa nak tgok lagi..masih setia dengan K Drama

    ReplyDelete
  33. Tak semua drama boleh puaskan hati. Apa org kata penonton jgn high expectation sgt nanti kecewa

    ReplyDelete
  34. Ooo mama dah tgk dah.. boleh la nak tgk sambil rehat2 kat umah.. don't expect too much ye la citer melayu mmg gitu

    ReplyDelete
  35. Baru baca review sal. Hahaha sebelum tu macam.. Heh, cite ni ke aku sebak ritu? Hahaha

    ReplyDelete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah