Tombiruo Penunggu Rimba Review

Friday 20 October 2017

Biarkan ribut itu datang...


Akhirnya dapat jugak aku tengok wayang, dan dalam banyak-banyak filem aku pilih 'Tombiruo Penunggu Rimba'. Obviously aku tengok sebab dah lama tunggu adaptasi novel karya penulis terkenal Ramlee Awang Murshid. Seingat aku first time aku baca  novel ni masa aku sekolah menengah.

Tombiruo Penunggu Rimba mengisahkan Ejim (lakonan Zul Ariffin), anak kelahiran suku kaum Kadazan-Dusun di sebuah hutan di Keningau, Sabah. Ibu bapanya telah meninggal dunia, jadi dia dibesarkan oleh Pondolou (Faizal Hussein). Ejim kurang disenangi penduduk di situ kerana berwajah hodoh, sehingga terpaksa bertopeng setiap masa. Namun begitu Pondolou percaya Ejim lelaki istimewa yang merupakan 'Semangat Hutan'.

Macam Tarzan pun ada gak aku nampak Tombiruo ni

Ejim berasa kehidupan dan hutannya terganggu sejak Syarikat Anak Bumi milik Tan Sri Behram (M.Nasir) menjalankan aktiviti pembalakan di hutan tersebut. Satu kemalangan meragut nyawa Tan Sri dan anaknya Salina, menimbulkan kemarahan Amiruddin (Farid Kamil), suami kepada Salina. Telah berlaku salah faham menyebabkan Amiruddin menyangka Ejim yang membunuh isteri dan ayah mertuanya. Kehadiran wartawan bernama Wan Suraya (Nabila Huda) dan anak sulung Tan Sri bernama Baizura (Dynas Mokhtar) menyulitkan lagi situasi.

Nak tahu siapa dalang di sebalik kejadian-kejadian aneh kat hutan tersebut dan siapa sebenarnya Ejim, korang ada dua choice : baca novel, atau tonton filem ni.

Bagi orang yang pernah baca novel, mungkin tak terkejut dengan plot twist kerana jalan cerita sememangnya ditiru bulat-bulat cuma dimodenkan sedikit supaya sesuai dengan situasi zaman sekarang. Tapi abaikan itu semua. Tonton filem ini untuk lihat aksi dan sinematografinya yang kemas dan cantik. Kualiti CGI dan grafik adakalanya nampak kartun, tapi kira OK lah banding dengan filem Malaysia lain. Cuma kurangnya bila novel yang panjang cuba dimampatkan dalam filem berdurasi 2 jam, akan ada kurang dari segi pengembangan watak dan jalan cerita. Tapi takdelah susah nak faham. Untuk filem genre adaptasi, ia boleh dikategorikan sebagai berjaya.

Farid Kamil is bae dalam filem ni

Dari segi lakonan, aku suka kerana Tombiruo Penunggu Rimba banyak memaparkan pelakon yang kita dah lama tak nampak. Babak pertarungan nampak cukup mantap dan mendebarkan. Biaq pi lah korang teruja tengok tubuh sado Zul Arifin, tapi aku rasa Farid Kamil nampak cukup macho dalam filem ini. First time aku tengok bakat lakonan dia betul-betul terserlah dan diuji. Pelakon-pelakon lain semua best. Watak paling aku suka adalah Wong, ketua sekuriti Syarikat Anak Bumi. Nama pelakon tu Michael Chen dan aku rasa dia memang talented.

So, rekemen ke tidak? Obviously! Kalau selama ni korang jenis yang pandang hina filem Melayu, mugkin akan ubah fikiran lepas tonton filem arahan Seth Larney ni. Bila aku google, Seth Larney bukan calang-calang orang tau. Dia pernah terlibat dalam pembikinan filem-filem Hollywood seperti X-Men, Narnia dan The Matrix.

Kalau ikut post-credit, filem ni akan ada sambungan. Tak sabarnya! Harap best jugaklah.

Till then, thanks for reading!

44 comments

  1. Menarik...novelnya akk dah baca lama dulu sampai dah terlupa jln ceritanya, rasanya novel pun ada sambungan klu x silap akk. Nk tgk movie ni xtau lah dapat ke tidak akk ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup...novel ni ada 3 siri. Nanti keluarlah astro first

      Delete
  2. Belum baca komen negative lagi pasal tombiruo ni.

    ReplyDelete
  3. mmg best wei citer ni. walau sy xpernah baca novel yg ditulis oleh RAM ni..Wajib tonton!

    ReplyDelete
  4. saya pernah baca novel ni ,nanti lah nak tengok movie dia lah... :)

    ReplyDelete
  5. Jom join GA saya, anda dijemput! :D

    http://www.akuseorangtraveler.com/2017/10/tak-nak-sunyi-sepi-lagi-giveaway-by.html

    ReplyDelete
  6. rmi yg review baca novel lg feel cerita tombiruo ni.. bg org takde masa nak membaca novel better tgok citer ni.. ok la rami yg cakap best.. mcm biasa zie tggu astro first je la hahahaa.. (tak kuasa nak kendong anak kiri kanan, tah hape jadi nanti) ekahakahhaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha...kan. novel lagi detail. Sy jarang baca novel tapi RAM memang hasil penulisan dia level genius

      Delete
  7. soalan: selain tombiruo ni, apa lagi novel dia yang kau nak tengok difilemkan. sebab pada aku RAM ni dah level stephen king. tak mustahil akan ada lagi novel dia yang bakal difilemkan atau dibuat mini series (kalau ada stesen tv berminat la)...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku x nak adaptasi novel sebab dah tau jalan cerita. Haha. Nak dia buat skrip baru. Though aku suka salah satu novel terawal dia 'rahsia perindu'

      Delete
    2. tak mustahil filem/drama adaptasi ni jadi setanding atau lebih baik.

      maksudnya RAM yang tulis skrip? aku tak pasti, atau pun dia dah pernah buat sebelum ni.

      Delete
    3. Aku rasa x pernah. Tapi tulis skrip x sama dengan tulis novel. Adaptasi novel ni aku kurang gemar satu je, dah tau jalan cerita so dah x thrill

      Delete
  8. Alahai teringin Pula nak tgk bila baca review sal

    ReplyDelete
  9. yg da baca novelnya pasti kn tgk.. sbb tu dlm 4 hari je da dpt rm4 juta... opismet ckp ms deepavali aritu kemain sesak panggung tgk cite ni. petanda cite melayu masih diterima

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cite melayu kalau kena jalan cerita dan pelakonnya, mesti orang akan rasa nak tengok

      Delete
  10. Akak bukan peminat novel Ramlee Awang Murshid...tapi bila baca sinopsis ni rasa macam best jugak.

    ReplyDelete
  11. Ramai kata best...memg ade novel dia...best..

    ReplyDelete
  12. Kena nengok Nih mcm best jer baca review awk

    ReplyDelete
  13. wow ! kalau akak yang recommend, memang kena tengok lah ni

    ReplyDelete
  14. Bestnya Sal dah tgk tombirou ni. Ana tak berkesempatan lagi. Kena tggu dekat astro best je lah nampaknya. Novel dia ana dah baca 13-14 thn lepas tau. Masa tu terus addicted dekat novel RAM sampai skrg. Lepas ni katanya nak buat movie Laksamana sunan pula. Laksamana sunan is my fav series ever tau. Semua koleksi dia ana dah beli. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Susah jugak nk buat filem laksamana sunan tu. Watak2 dia x terjangkau dek akal. Lagi prefer buat sambungan Tombiruo. Hehe

      Delete
  15. dengar jugak orang kata best. kena gi tengok la ni

    ReplyDelete
  16. hello kakak... bagi lah review dengan gempak macam biasa.

    kita nak p tontong sabtu ni...

    cer sambung citer.

    cer citer cer citer.

    baloi tak p

    novel dah baca tp tak ingat.

    hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha..pemalas kan entry ni. Tetibe blur x reti sangat nak buat review. Dh rasa nk tengok tu, tengok jelah cik huda sayang...nanti teringat

      Delete
  17. BAE tu apa Sal? Takkan Bella,Alisya, Emran pulak kot hihi ...
    Ohhh gitu sinopsisnya ek. Cite ni mcm tak teringin pulak hakak nak tengok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bae tu istilah bebudak sekarang. Maksudnya someone yang kita rasa sweet sangat2 n kalaulah kita boleh dapat. Lebih kurang la mak jilap

      Delete
    2. Laaa ye ke baru tau haha

      Delete
  18. Ada beberapa part babak yg pengarah x detailkan supaya nampak real... cthnya bila wan suraya tjaga dr pengsan, spatutnya dia rasa sakit dlu sbab kpala dia trhentak kt batu, kuat plak tu, tp laju je dia bgun..

    Ada part yg spatutnya diwujudkan... iaitu macamana nak bgtau kt dua2 watak yg dorang tu adik kembar... ataupun salah seorang diberitahu... rsanya x ckup dgn tlihat tnda lahir jer, mgkn bomoh prempuan tua yg bgtau kt watak amirudin sbab dorang smpat jumpa kan....

    lg satu babak ejim ptama kali bersua ngan wan suraya, nape la dia nak buat gaya mcm x pnah tgok org, padahal dr kcik dia dah hdup ngan manusia, lain la watak tarzan yg dr kcik hdup ngan binatang, scene tu jd tak realistik le plak.. sory ye, pndapat pribadi jer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, macam saya cakap, filem adaptasi memang kadang2 nampak tergesa2. Mungkin kena tengok dari sisi pandangan someone yang x baca novel. Maybe filem ni kena tambah monolog dalaman so penonton lebih faham. Apa pun, appreciate your comment. Thanks for reading, dear

      Delete
  19. Rata-rata officemate kata best, LZ sekadar baca sinopsis dan tengok trailer di YouTube jer Sal.. Kali ni filem Melayu canggih sikit, lain dari yang lain jalan cerita dia..

    ReplyDelete
  20. Rasa macam husband ada beli hari tu. Ada masa kena tengok. Menarik jalan ceritanya

    ReplyDelete
  21. Pada yang dah baca novelnya pasti akan cuba mencari perbezaan pada isi filem tersebut tapi filem ini tetap ada sisi yang menarik untuk ditonton.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Filem lebih moden. Tapi novel lebih detail. Review movie ni bagi orang yang baca dgn x baca novel berbeza.

      Delete
  22. kak.. berapa percent muka julripin keluar dalam citer ni kalo dah dia sokmo pakai topeng ? jawapan jujur dari akak akan mempengaruhi CT nak tngk ke x hahahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha...nanti akak wasap Ct. Taruk jawapan kat sini takut spoiler pulak.

      Delete
  23. Saya menonton filem ini saat saya dah lupa jalan cerita novelnya.. memang filem yang fresh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah. tak ingat sangat jalan cerita, tapi dah tau la sape jahat n hubungan ejim ngan amiruddin tu

      Delete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah