The Everly : Hotel Berdekatan Alamanda Putrajaya

Friday 15 October 2021



Assalamualaikum dan hai semua! Sebenarnya aku dah lama berangan nak staycation di hotel Putrajaya tapi selalunya Putrajaya sesak dengan orang kalau hujung minggu. Peluang tu tiba bila contact sorang member ni dan dia cakap dia free hari biasa. Nice! Boleh aku habiskan cuti tahunan! Lagipun dah lama tak jumpa. At first kitorang tak tau nak stay hotel mana sebab ada banyak pilihan hotel yang menarik. Cuma tinggal pilih, book dan paling penting, bayar.

Last-last pilih The Everly sebab harga masih dalam julat kemampuan dan antara keistimewaan Everly adalah ia betul-betul sebelah Alamanda Putrajaya. Ada tak antara korang yang macam ni? Suka cari hotel berdekatan pusat membeli-belah supaya senang cari makan dan barang keperluan?


Kami book Deluxe Twin Room, without breakfast. Harga satu malam RM180+. Agak berpatutan. Ada 2 katil, tapi aku ambil gambar satu je. Satu katil tu pun dah cukup luas. Everly Putrajaya mempunyai 15 tingkat dan 380 bilik penginapan. Bilik kami terletak di tingkat 5.



Deluxe room tak ada bath tub, ada shower sahaja. Bagi aku sudah memadai dengan harga.


Cak! Kenal tak ni siapa? Aku bercuti dengan dia nilah, Blogger Siti Yang Menaip. Ni bukan kali petama kami bercuti sekali. Kami pernah ke Melbourne, Jeju dan Melaka sama-sama. Mak aku pun dah kenal Siti dan vice versa. 


Ada shampoo, conditioner, lotion dan sabun. Selain tu ada juga berus plus ubat gigi, shower cap dan cotton bud. Very basic, macam hotel lain jugak.


Selain tu turut disediakan iron dan ironing board. Tapi aku kalau tido hotel selalunya tak guna pun iron board tu sebab malas nak angkat keluar. Pakai lah sejadah ke, towel ke sebagai alas.


Complimentary mineral water tu botol dia cantik, tapi sayangnya tak boleh bawa balik. If berminat boleh beli dengan harga RM20 sebuah.


Aku ambil gambar ni on the way balik dari Alamanda. Memang dekat, tapi kalau dah lewat sangat dan kau berseorangan mungkin bahaya sebab kiri kanan tu pokok dan jalan ni kurang dilalui kenderaan.


Hari biasa pun Everly agak penuh. Maybe orang KL dan Selangor yang lari ke Putrajaya sebab takde air kot. Hihi.


Hasil 'tangkapan' di Alamanda

Ada juga TV dan meja study. Aku lupa ambil gambar. Wifi Everly Putrajaya ni sangat laju. Siti sempat ada meeting online masa malam kami menginap di sini dan takde lagging. Dapatlah aku blogwalking sikit sambil tengok Dil Se di TV9.

Yang penting air cond hotel ni sejuk! Yay! Memang selesa malam tu aku tidur berbungkus selimut. 



View dari bilik. Sendu je. Alamanda memang betul-betul kat sebelah. Cuaca panas so pukul 12 tengahari baru check out. Rileks-rileks je. Menginap pun hanya semalam. If korang nak view cantik, boleh request bilik with lake view.


Kawasan lobi. 


Proses check in dan check out yang pantas sebab orang tak ramai. Staff pun friendly dan sabar melayani soalan-soalan kami.

Though kami tak makan di restoran, tapi sempat juga usha menu di The Nuevo.





Juga terdapat Room Service. Menu ni ada disediakan di bilik. Beria aku ambil gambar di lobi. Haha


Of course, bukan Salbiah lah nama dia kalau tak check out kolam renang hotel.


Swimming pool di The Everly Putrajaya ni takdelah besar. Terletak di Level B1, sama level dengan parking. If korang yang nak privacy mungkin kurang suka sebab mengadap Tasik Putrajaya. If orang berbasikal dan berjogging di taman tu boleh nampak korang tengah mandi. Ambil gambar ni masa lepas check out, so obviously takde orang. Dalam keadaan sekarang if nak swimming di hotel kena book dulu, so SOP Everly Putrajaya pun sama.

Tapi..aku dan Siti tak mandi pun swimming pool kat sini walaupun aku dan dia memang sama-sama 'hantu air'. Kitorang mandi tempat lain. Nanti aku buat entry lain hokey! 

So far aku puas hati dengan The Everly sebab bilik selesa, air cond sejuk, staff baik dan parking percuma untuk tetamu yang menginap. Boleh book via Booking.com, Agoda atau direct reservation.

The Everly Putrajaya
1, Jalan Alamanda 2, Presint 1, 
62000 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Contact No: 60 3-8892-2929


OKlah, tu je nak cerita. Thanks for reading!

36 comments

  1. Seronok tu berteman dengan blogger juga. Menarik staycation berdekatan dengan shopping centre. Suka juga pilihan macam Sal, cuma tak terancang hehe. Meriah tangkapan bangunan sebelah, tak sabar nak ikuti tempat Sal mandi- manda pula..

    ReplyDelete
    Replies
    1. meriah tangkapan sebab masing-masing kelaparan. hihi.

      Delete
  2. Salam ziarah..blogwalking ..
    wow! dah bersiaran ya..ingat tu SOP kena guna pakai ya...syukur nikmat travel dalam Negara

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Travel dalam negara buat masa ni. Betul, paling penting jaga SOP

      Delete
  3. Selamat bercuti dan beristeri rehat

    ReplyDelete
  4. Aduh.. besar katil dia.. tidur berdua pun okay.. Harga pun not bad.. macam nak lepak Putrajaya juga je.. eh.. hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul Sha, katil dia besar. kalau bawak anak, tak perlu risau mintak tilam extra

      Delete
  5. wah bercuti dgn ct ka..enjoy u2 ronda2 putrajaya

    ReplyDelete
  6. Hehe lama si Siti tidak menaip, ada juga khabar dia.
    Rasanya akak pun akan cari hotel dekat pusat beli-belah atau tempat tarikan pelancong. Senang jalan kaki sahaja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, kami pun bukan nak beraktiviti sangat. nak rilek2 je sambil catch up cerita terkini

      Delete
  7. jgn lupa world cup tahun depan ye.. hahaha

    ReplyDelete
  8. Seronoknya bercuti walaupun dkt ja..boleh la release tension kan..tambah2 hotel tu bersebelahan shopping mall ..

    ReplyDelete
  9. lajuuuu !!! mantop.. saya saja mai jenguk eh eh da up ? bila masa akak amek gmbr menu2 tu ? hahaha x prasan. adhoc plan is the best kan kdg2 tu.. plan tmpt2 dituju brubah2 tp i enjoyed our trip. looking forward to our next onesss =)

    ReplyDelete
  10. Last pi putrajaya masa CNY 2019. Tp x tdo di hotel la. Seronok jln2 masa cuti cny sbb x sibuk dgn kereta lain.

    ReplyDelete
  11. lahhhhh awat tak habak...opis ahkak belakang alamanda je parcel E. walau pun dekat dah lama ni tak pi alamanda ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kitorang gi lepak putrajaya dah malam. akak pun dah balik rumah. hihi

      Delete
  12. Member-member dari state kalau ada buat meeting kat putrajaya ibu pejabat ramai yang stay kat situ. Ahkak je belum pernah jenguk. Lain kali nak cuba lah lepak kat everly tu. Tenguk amcam best je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dekat dengan alamanda kot. senang nak cari makan

      Delete
  13. maila doha, kat sini pon ade swimming pool.. kihkih2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insha Allah. Buat masa ni malas nak ke luar negara. banyak kerenah birokrasi. haha

      Delete
  14. Bahagianya dapat luangkan masa bersama rakan blogger. Buat masa ini in syaa Allah ada peluang nak teroka saja tempat-tempat menarik dalam negeri. Nak ke oversea tengok dulu perkembangannya macamana... masih seram2 rasanya nak terbang jauh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takut juga nak ke oversea. Sangkut swab test di negara orang dah kena kuarantin pulak. Hilang bercutinya. Negara sendiri pun banyak juga tempat belum sampai

      Delete
  15. Best jugak staycation Hotel di Putrajaya. Puas hati tengok bilik dan harganya tu. Ohh geng travel dengan SYM rupanya ye. Mostly swimming pool hotel ada yang tutup. Kalau buka dan ikut SOP kira okay lagi lah. best gak tu kan dekat dengan Alamanda. senang nak cari makanan dan shopping.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mostly hotel bagi swimming dalam 30-45 minit. Tak sempat basah dah kena naik. haha

      Delete
  16. Not bad jugak kalau ammi pun nak plan staycation kat putrajaya. Tak terpikir pun

    ReplyDelete
  17. lama tk nampak SYM..best ronda2 Cyberjaya & Putrajaya..

    suka citer Dil Se, semangat nasionalist Kashmir..

    ReplyDelete
    Replies
    1. SYM tak rajin menaip dah tapi dia aktif di IG dan Youtube

      Delete
  18. Lama nau tak pi putrajaya ni.. dh dekat 10 tahun rasanya. Antara hotel yg Nina aim nk stay kalau ke sana sbb suka suasana alamanda yg tak crowded

    ReplyDelete
  19. Wah...dengan Siti Yang Menaip rupanya.....best kan staycation sekali sekala...akak blom buat lagi..masa x mengizinkan...

    ReplyDelete
  20. macam sedap je menu dekat Everly Hotel ni. Dulu selalu lah pergi alamanda tapi sekarang setahun sekali pun belum tentu.

    ReplyDelete
  21. Wah, dah mula kembang sayap dan panjang langkah nampaknya! Hehehe akak tergigih baca menu.
    Comellah si itik-itik kuning dalam bilik tu!

    ReplyDelete
  22. Boleh consider utk percutoan bandar nanti. Nampak selesa dan view pun cantik

    ReplyDelete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah