Hiking di Taman Tugu Kuala Lumpur

Wednesday, 20 October 2021

Assalamualaikum dan hai semua! Jemu pergi mall? Rindu menikmati kesegaran udara bebas pencemaran? Orang KL dan Selangor kalau nak cari port hiking yang landai dan sesuai untuk beginners atau nak bawak anak-anak bolehlah datang ke Taman Tugu Kuala Lumpur.

About 50 acres consisting of approximately 6km of forest trails is now open daily to public from 7am – 6.30pm and admission is free of charge. The last entry is at 5.45pm – this applies to the carpark, the nursery, and the trails. Strictly no entry is allowed thereafter. Anyone who has entered the park prior must exit by 6.30pm at the latest. 

Please note that management may close the park and trails due to inclement weather and/or health & safety concerns.

By 2021, we will have a total of approximately 7km of forest trails available for the public to enjoy


Tak perlu bayaran untuk masuk ke Taman Tugu. Parking pun free, tapi janganlah parking tepi-tepi jalan. Mana dengan orang berbasikalnya, dengan jamnya. Tersajat, eh tersagat sat lagi nasiblah engko.


Ini kali kedua aku ke Taman Tugu. Last pergi tahun lepas. Kebiasaannya pengunjung masuk ikut entrance utama, E1, tapi sebab parking berhampiran E1 penuh sebab cuti umum so kitorang masuk ikut entrance E4. Rupanya berhampiran pintu masuk E4 ni lebih banyak parking. Port parking tu nanti aku share di hujung entry.


Walaupun tak ramai masuk ikut entrance ni tapi tetap ada guard yang jaga. Scan MySejahtera macam biasa dan ambil bacaan suhu. Cuma pendapat aku agak sunyi lah. Kurang selamat kalau perempuan sorang-sorang. 


Walk on walk on


Trail di Entrance E4 ini agak landai


Berposing lagi banyak dari berjalan


Kalau masuk ikut E4, akan keluar di bahagian 'nursery'

Rupanya kalau masuk ikut E4, kita tak masuk ke trail utama. Lepas lalu nursery ni baru nampak entrance E1. Kena beratur untuk masuk. SOP di Taman Tugu sama macam kebanyakan tempat yang lain. Perlu lengkap 2 dos vaksin dan mematuhi penjarakan sosial. Sewaktu hiking tak perlu pakai facemask, kalau tak memang putus nafas, tapi sewaktu beratur nak masuk atau menggunakan kemudahan awam macam tandas dan membeli makanan kenalah pakai.


Laluan yang landai. Beria tau masa first time datang sini tahun lepas pakai hiking boot. Haha. Rupanya boleh pakai sports shoes biasa je. Ada tali untuk berpaut.


Tak perlu risau sesat sebab laluan di Taman Tugu ni sehala sahaja. Ada markers macam ni



Hutan di Taman Tugu Kuala Lumpur ni selain dari tumbuhan liar, ada juga yang sengaja ditanam sebagai langkah memulihara alam sekitar. Di laman web rasmi, boleh tengok senarai pokok-pokok yang terdapat di Taman Tugu. Taman Tugu Kuala Lumpur dikategorikan sebagai Amanah Warisan Negara (AWAN), jadi bila berkunjung ke sini, jagalah kebersihan dan janganlah gatal tangan nak petik-petik daun atau ranting pokok.


'Menara Tinjau' tu aku akan naik jugak suatu hari nanti. Rendah je pun tapi setiap kali bila sampai sini dah pancit, tak larat nak memanjat.

Dalam Taman Tugu ni ada jugak buaian dan kerusi disediakan untuk pengunjung berehat. Rasa macam Bawang Merah gitu bila main buaian dalam hutan. Gambar takde pulak.


Setelah 5 km kami meredah hutan, akhirnya nampak pintu keluar. Yay!

Dekat luar ni ada gerai-gerai jual sarapan pagi. Since kami dah busuk teruk, tak bolehlah nak singgah kedai makan macam kebiasaan kitorang buat bila jalan-jalan di KL. Lagipun cuaca pagi tu agak panas sebab malam sebelumnya tu hujan.



Street coffee yang sedap! Memang tak rugi beli Doublelines Coffee ni. Selain dari Taman Tugu, mereka juga ada outlet di Foodbay Emporis, Kota Damansara dan Jalan Wirawati, Taman Maluri. Promote bukan sebab barista dalam gambar ni member masa kerja Petrosains dulu tapi sebab memang sedap. Ni ikhlas puji.


Aku try Latte. Cantik je bentuk love tu. Tapi jangan mengorat tukang buat kopi ni ye. Laki orang, anak dah dua. Haha. Wife dia pun aku kenal jugak, tapi takde masa aku pergi ni. Seronok bila tengok kawan-kawan lama dah berjaya.


Breakfast sambil tengok pokok


Cantik langit lepas hujan


Secantik kitorang. Eh. Haha

Kawan aku ND pakai iPhone. Dia yang ambil selfie ni. Gambar kalau ambil pakai iPhone memang lebih cantik dari android. Siapa sini pakai iPhone mesti setuju kan. Kebiasaan pengguna iPhone susah nak bertukar ke brand lain. Tapi..kalau iPhone rosak nak buat cmane?

Ha...jangan risau. Di Seri Kembangan ada kedai yang boleh membaiki iPhone dengan cepat dan pada harga yang berpatutan iaitu :

Chamo
118-1, Jalan PUJ 3/2, Taman Puncak Jalil, 43300 Seri Kembangan, Selangor
017-282 8089


Boleh klik link website tu untuk ketahui lebih lanjut atau call nombor yang tertera. 

Dah kenyang, marilah kita pulang. Jalan balik rentas nursery dan hutan yang awal-awal masuk tadi untuk kembali ke E4. Kami parking di Padang Merbok.

 

Parking di Padang Merbok ni luas dan sesuai untuk noobies tak pandai parking macam aku. Haha. If parking utama penuh, bolehla letak kereta di sini. Waze sahaja 'Padang Merbok Carpark'.


Saja tengok laluan ni. Boleh buat port jogging atau morning walk next time.


Padang Merbok ni luas juga. Boleh bawa budak-budak main. Ni dah tengahari takde orang lah. Cuma suka tengok view skyline Kuala Lumpur.

OKlah, tu je nak share aktiviti aku cuti yang lepas. Oh by the way, nama pun Taman Tugu, of course lah dekat dengan monumen Tugu Negara. Ada juga yang sambung bersiar-siar area tugu tapi kena jalan keluar sikit.

Ada sesiapa dah sampai sini? Sharelah pengalaman korang pulak. Thanks for reading!

43 comments

  1. bestnya beraktiviti lasak, tahniah sal sebab berjaya mengharunginya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Semput jugaklah sebab dah lama tak bersenam

      Delete
  2. ooh wak baru tau ni taman tugu leh hiking camni., nntila wak try ., hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wak hiking la padang pasir dulu buat masa ni. Haha

      Delete
  3. Seronoknya jalan dalam hutan. Hehe ambil masa sambil selfie.

    P.S: Sama akak noobies juga. Parking jauh dari banyak kereta.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan. Kalau pergi mall, parking jauh sikit dari entrance pun tak kisah

      Delete
  4. 5km? jauh jugak tu Sal tapi bestlah dikelilingi pokok-pokok.

    Lawak pulak baca statement 'dah busuk teruk' hahaha... bau bangla kerrr...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Lebih kurang la. Basah tudung dok mengelap peluh

      Delete
  5. Rajin betul hiking. Dapat hirup udara fresh. Saya tak sempat nak keluar lagi setakat ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya sebab masih work from home. Jemu mata asyik tengok PC, tak jumpa orang

      Delete
  6. Rajinnya Sal, hirup udara segar pepagi, permai taman di kota, suka laluan dalam hutan tu siap ada buaian ye. Posing mestila kan. Thanks Sal for info,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak-anak akak mesti suka datang sini. Ikut laluan yang pendek dan tak mencabar pun boleh. Pilih yang berbukit kalau nak challenge sikit

      Delete
  7. Ada hajat nak ke sini, tapi tak kesampaian je. Sekarang lagi tak sampai lah, sebab dah duduk utara la pulak πŸ˜…

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah. Masih ada tempat-tempat nan menghijau di bandaraya Kuala Lumpur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus kan, boleh juga anak bandar macam kami ni kenal nama-nama pokok

      Delete
  9. Penat mendaki...minum kopi dulu sambil ditenami udara segar dan unggas2...nikmatnya Sal..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikutkan nak minum minuman berais, tapi dah berumur ni rasanya lebih sesuai minum air panas aje. Hihi

      Delete
  10. nikmati keindahan alam semula jadi mendamaikan jiwa

    ReplyDelete
  11. Lama tak pi masuk hutan.... Syok masuk hutan kan🌹🌹😎😎

    ReplyDelete
  12. hahah pernah hiking sini jgk... amboiii skrg siap dha ada org jual air...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah. kalau dulu bawak bekal sendiri, piknik kat meja-meja luar tu. sekarang dah ramai berjualan. kita pun bolehla support peniaga kecil

      Delete
  13. dulu2 masa study di UM pernah buat study group di tugu negara tu... thn 96 rasanya. lps discuss, pi mkn KFC di jln raja laut... kenangan terindah tu...

    ReplyDelete
  14. Wah! Bestnya tempat ini Sal. Nanti nak terjah jugak dengan anak2

    ReplyDelete
  15. Cantik taman tugu ni. Pernah tengok Johan dan family datang sini. Banyak trailnya kan. Best jugak datang sini layan trail santai santai. Masuk dan parkir pun free kira tak rugilah datang kan. Sedapnya lahai lepas jalan jalan menikmati kopi. Dah boleh merentas ni boleh lah bercita cita nak datang sini. Tapi weekend of course ramai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. weekend dan public holiday memang ramai, tapi rasanya sekarang ni ramai orang KL keluar ke negeri lain. Trail ada banyak, boleh pilih nak yang jauh atau dekat

      Delete
    2. Seminggu dua ni mungkin ramai balik kampung dan bercuti tempat lain kot kan. Nak ke sana tu kena tunggu masa yang sesuai :)

      Delete
  16. Ammi belum pernah sekali pun hiking lepas habis U. Last masa gi kurus BTN tahun 97 kot.

    ReplyDelete
  17. aaaa kenapa abru tahu..okeh nak g next week

    ReplyDelete
  18. ha'ah..nampak sunyi..tapi best tengok tumbuhan2 hijau/liar...

    nampak teruk jg, kena mendaki tangga..huhu..

    ReplyDelete
  19. Sah2 la semput kalau hiking balik ni. Rindunyaaa nk masuk hutan. Buat la semua aktiviti yg sal suka sebelum kawen. Nanti hidup dh tak boleh kembali mcm zaman bujang πŸ˜‚πŸ˜‚

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Boleh Nina, ada orang bawak anak naik gunung lagi. Ce cuba ce cuba

      Delete
  20. Wah menarik..hikking ..relex santai...udara segar

    ReplyDelete
  21. 13hb Nov ni akak pi Bukit Gasing, jom la kalau free...tapi akak pi ngan kawan- kawan opis..menarik ni kat sini...kami dalam plan nak meneroka area KL/ Selangor...

    ReplyDelete
  22. tak pernah pulak pergi ke sini, boleh masuk dalam list jalan2 KL ni. Nak jugak try kopi sedap buatan tangan member kak sal tu hiksss

    ReplyDelete
  23. Selamat beriadah menghirup udara segar

    ReplyDelete
  24. nice..lepas penat2 reward diri ngan kopi...love it! btw, cantik tempat tu..

    ReplyDelete
  25. Bestnya tengok orang gi hiking. Kalau akak ikut ni, confirm2 akak tunggu kat depan kedai kopi tu je :)

    ReplyDelete
  26. Bestnya breakfast sambil tgk pandangan segar. Cantik tempatnya

    ReplyDelete
  27. syoknya sal.... kalau akak le...emmm memang beberapa langkah dah semput camno nak 5km. huhuhuhu tabik lah kat sal

    ReplyDelete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah