Air Terjun Serendah, Selangor - Review Jujur

Friday, 1 October 2021


Assalamualaikum dan hai semua! Ini cerita Isnin lepas. Pagi tu bawa Mak untuk terapi fisio di Hospital UiTM Puncak Alam. Lepas tu pergi mandi air terjun dengan famili adik lelaki aku. Adik lelaki aku dan wife dia both kerja as frontliner, so memang susah nak diajak bercuti. Weekend selalu kerja. Aku dan adik bongsu aku pulak memang nak habiskan cuti terkumpul gara-gara PKP tak dapat ke mana-mana. Tak dapatlah ajak kakak aku sebab anak-anak dia PDPR. Aku ni bab pelajaran memang agak strict. Jangan harap lah nak ponteng semata-mata sebab nak berjalan ye

Maybe sebab aku dulu mak ayah aku besarkan gitu. Tak pernah aku saja-saja dicutikan sekolah. Nak balik kampung ke, gi holiday ke, tunggu cuti sekolah or weekend. Lainlah kalau ada kecemasan macam kematian atau bencana alam. Nasib baik lah aku takde anak, kalau tak kesian lah anak aku dapat mak strict. Lol.

Dalam pukul 11 lebih kami 2 kereta gerak dari rumah adik lelaki aku di Sungai Buloh. Dia dengan isteri dan anak, aku pulak dengan parents dan adik bongsu aku yang drive.

If ikut highway PLUS, keluar di exit 116-Rawang. Jalan boleh tahan jam lepas keluar highway sebab ini laluan lori-lori besar dan ada banyak traffic light. Nasib baik bukan aku yang driving sebab aku penakut sikit dan kurang cekap. Dalam famili aku, aku driver kedua teruk selepas kakak aku. Hahaha. Beranilah aku tulis gini sebab kakak aku tak baca blog aku. Entah-entah dia pun tak tau aku masih aktif blogging.  


Agak jauh ke dalamAir Terjun Serendah Hulu Selangor ni sebab terletak dalam Perkampungan Orang Asli Serendah. Pandulah dengan berhati-hati sebab jalan kecik dan one way, tapi still ada kereta yang melawan arus. Maybe malas nak pusing jauh. On the way akan nampak perumahan orang asli di kiri dan kanan jalan.

Masa dah sampai, terkejut gak aku sebab orang ramai. Eh ingatkan budak dah naik sekolah, keadaan lengang tapi ramalanku salah belaka. Tapi takdelah ramai macam cuti sekolah or hujung minggu. Still boleh dapat port yang bagus. Nak masuk kena bayar parking RM2 dan scan MySejahtera. 

Parking luas tapi ada juga a****le parking block laluan. Nasib baik boleh park di bahu jalan. Geram pulak aku sebab since kitorang dah bayar, yang kutip duit tu kenalah make sure orang parking betul-betul. Tak nak rosakkan mood, aku diam je, kalau tak dah lama keluar perangai 'Karen' aku. Family aku tak cakap apa sebab diorang ni jenis tak suka buat kecoh. Aku jelah membebel sikit tapi nampak je air terjun terus sejuk hati.  

Lama giler tak mandi air terjun, entahlah dah berapa tahun. Rasanya last aku pergi air terjun masa aku pergi Aceh tahun 2018 dulu. Itu pun tak mandi sebab masa tu aku period pain.


Ada bahagian yang tak dalam dan tak berarus. Sesuai untuk kanak-kanak dan orang takut air.


If nak puas mandi air terjun, boleh pergi bahagian hujung. Air dalam, lebih 1 meter dan tak berbatu. Layan weh duduk bawah air terjun tu rasa macam 'kena massage'. Walaupun seronok, kena perhati juga tanda-tanda 'Kepala Air'. Antaranya ialah:

  • Permukaan air berbuih
  • Air menjadi deras dan membawa sekali sampah/daun/ ranting kayu
  • Warna air jadi lebih gelap dari biasa disebabkan kehadiran keladak
  • Bunyi angin yang kuat
  • Kalau langit gelap dan guruh berdentum cepat-cepatlah beredar. Mungkin sudah hujan di kawasan hulu sungai, punca kepala air berlaku. Jangan tunggu hujan dah turun baru nak naik.

Ada lagi ke yang aku tertinggal? Sesiapa tahu tips lain bolehlah tambah supaya dapat jadi panduan untuk kita semua.

Musim cuaca tak menentu, hati-hati bila berkelah di kawasan air terjun. Sentiasa aware kalau ada perubahan cuaca atau pergerakan air.

Walaupun Air Terjun Serendah ni best untuk mandi-manda, tapi aku kecewa sikit tang maintenance tempat ni yang tak terjaga langsung. Ada banyak anjing berkeliaran. Jangan tinggalkan barang-barang tak berjaga, nanti dia ambil tuala korang buat selimut. 

Toilet pulak memang ultimate horror. Takde lampu dan bau busuk! Entahlah macamana keadaan dalam tu, tak sanggup aku nak jengah. Aku, adik aku dan adik ipar aku balik dengan baju tak bertukar. Nasib baik cuaca panas kalau tak mau menggigil dalam kereta. Nasib baik jugak ayah dan mak aku tak mandi sekali. Kemudahan surau tak disediakan so plan lah timing korang ye.

No wonder ramai yang datang bawak khemah. Di sini banyak kawasan lapang dan rata untuk pacak khemah. Kami ni tak tau so bawak tikar jelah nak lepak. Pondok pun berpasir, takde orang berani duduk situ. Aku harap pengunjung yang datang sini jagalah kebersihan supaya tempat ni tak jadi bertambah teruk. 

Frust jugaklah aku sebab tempat ni tak berjaga. Kalau baca review lama-lama, sebelum PKP, ramai yang rekemen tempat ni. Nasib baik lah tak bawak famili akak aku. Nanti untuk diorang gi tempat lain lah yang lebih family friendly dan kebersihan terjaga. Rasanya ni aku last kot datang. Tempat ni pun adik lelaki aku yang pilih sebab dekat dengan rumah dia. Kitorang nak balik pun tak jauh sangat. Jalan pun tak jam.


Aku rasa macam dalam video klip karaoke lagu jiwang 90-an bila duduk atas batu macam ni

Pukul 3 dah gerak balik. Rasa tak puas, tapi kesian jugak mak ayah aku dah letih sebab dari rumah ke hospital, pastu mandi air terjun pulak. Anak saudara aku yang baru setahun lebih tu dah terlentok masa ayah dia salinkan baju. Seronok berkelah macam ni kalau ada kanak-kanak. Kalau dewasa je memang hambar. Tapi tu pendapat aku lah.

Oh ye Air Terjun Serendah berhampiran dengan homestay viral ‘Sekeping Serendah’. Tapi kalau aku dah bayar mahal-mahal kat Sekeping Serendah tu takdelah nak keluar. Duduk je dalam tu dari check in sampai check out. Hehehe. Lagi pun aku kurang arif tarikan di daerah Hulu Selangor ni. Setahu aku daerah ni popular dengan pelbagai kawasan rekreasi air terjun macam Sungai Chiling dan Sungai Inki. 

Oklah tu je nak cerita kali ni. Aku harap Majlis Daerah Hulu Selangor pulihkan balik Air Terjun Serendah ni. Kalau kebersihan terjaga, orang pun seronok nak datang. 

Nota kaki : Punyalah dah lama tak gi air terjun, penatnya tak boleh bawak bincang. Letih oooi. 

43 comments

  1. Kemain dia g mandi air terjun.. Tgk air nya puas hati la.. Krna survey tmpt kain plk kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Air terjun dia best. Mandi bawah tu rasa macam kena massage. Tapi dekat 2 hari jugaklah letih tak habis

      Delete
  2. Nampak jernih ja airnya Sal..akak pun dah lama sgt tak pergi ketempat2 mcm tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Airnya cantik. Sayang tempat tak terjaga kalau tak lagi seronok

      Delete
  3. Salam ziarah..ya Allah jauh dah bersiaran ya. Kami masih tak berani lah nak jauh sangat..damainya melihat..segar sekali..terima kasih ya bagi sahre panorama ini..Subahanallah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sudah lama terperap di kota, nak juga ambil angin hutan. Berani sebab bukan hari cuti. Tempat kurang sibuk dari biasa

      Delete
  4. WAH SAL DAH SAMPAI AIR TERJUN SERENDAH YA..KAMPUNG ORANG ASLI DEKAT TU SAJA MRK BANYAK BELA ANJING...KAKPUN DAH LAMA XMASUK SINI

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, nampak anjingnya tak liar tapi kita tetap risau sebab kita orang Islam kan. Tunggu dah repair la kak PI baru datang sini

      Delete
  5. Mengganggu mood kalau tiada surau. Kena datang pagi-pagi.
    Akak pun lama tidak singgah air terjun. Lagipun tidak suka mandi tempat awam.
    Hehe lepas ini pergi ke tempat lain pula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah. Kalau tandas bersih, boleh juga tukar baju dan solat di surau berhampiran. Ini tidak, dengan baju basah, kena pecut balik rumah. Huhu

      Delete
  6. Beriadah dengan keluarga di luar paling indah, bayu hutan yang tinggi nilainya kann, thanks for share, gambar cantik-cantik terutama yang ada model :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. Model pun dah keletihan masa tu. Seronok ambil angin hutan, selalu tu angin kota sahaja

      Delete
  7. Salam ziarah lagi..pasti meriah kat sana..apapun jagai keindahan sungai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul tu. Kalau majlis perbandaran jaga tapi lepas tu pengunjung kotorkan balik pun tak guna

      Delete
  8. wahh anak dara membasah ditefian kali tu cik sal., ;p

    ReplyDelete
  9. Nampak macam tak berapa ramai orang . Boleh la mandi manda dengan selesa . Kalau rmaicramai berkumpul ridau juga kan . Semoga kawasan air terjun ini akan ada dibaikpulih dengan segera . Tempat semulajadi yg cantik sayang kalau tak dijaga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab hari Isnin kot CCL, cuti sekolah pun dah habis. Kalau weekend rasanya crowded jugak

      Delete
  10. Bab pelajaran kena tegas. Sejak pkp ni byk sgt student ponteng kelas on9.
    Lalu serendah pernah nampak papan tanda ni tp tak singgah pun. Elok la dibersihkan nama pun dlm kawasan hulu selangor. Adoii

    Bab kepala air tu tgk kalau lps hujan jgn la gatal2 duduk situ.

    Kelakar ayat last. Hahaha. Lama jugak tak mandi air terjun. Last 2019.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampak papan tanda, tapi nak sampai tu jauh ke dalam kena redah.

      Kalau ponteng kelas on9 sebab takde akses takpe la jugak, tapi kalau semata sebab malas hurm memang kesian cikgu

      Delete
  11. Sayangnya bila tak berjaga.. Selalu macam tu.. Kutip duit beriya, atleast ada lah maintanance.. Tu belum lagi dengan perangai manusia yang tak reti jaga kebersihan.. Sedih..
    Yup.. Mandi air terjun/sungai or laut, kena ada bebudak baru meriah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kutip duit parking tapi last-last park tepi jalan tu pun sebenarnya saya tak puas hati. huhu

      Delete
  12. Wah, bestnya dapat gi mandi-manda! Tapi sayang betullah tempat tu tak maintain betul-betul.

    ReplyDelete
  13. Akak bagi banyak-banyak bintang kat Sal sebab setuju bab tak boleh semberono ponteng kelas ni heheheh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. lega rasa ada orang sependapat dengan saya. Ingat saya je acik garang tak bagi anak sedara ponteng sekolah

      Delete
    2. Hahaha akak juga acik garang. Ada sesetengah benda, walaupun zaman berubah secanggih mana... rules tetap sama.

      Delete
  14. Bestnyaaaaaaa! Lama jugak tak pergi....rinduuuuu pulok

    ReplyDelete
  15. wah bestnya dapat mandi air terjun. tapi spoil mood juga kalau kemudahan yang ada tak terjaga lagi-lagi part toilet..

    ReplyDelete
  16. Tak berani lg nak ke tempat public macam ni. Masih takut.... Mungkin tunggu tahun depan kut bila semua dah reda

    ReplyDelete
  17. Seronoknya dapat mandi air terjun. Sejuk sejuk tu sejuk hati sikit kan. Bertambah seronok pergi dengan family. Sesekali spend masa bersama. Sekarang ni banyak tempat peranginan/pelancongan tak terjaga disebabkan PKP mungkin. lepas PKP ni, ramai datang bertimbun pulak sampah merata. harapnya masing masing pun pandai jaga kebersihan. syoknya kalau dapat bercuti sekeping serendah tu. Tapi menakutkan pulak bila agak hutan sikit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pengunjung pun kena bertanggungjawab jugak kan. Orang Malaysia ni ramai yang masih lemah bab sivik.

      Delete
  18. sampai ati x ajak.... bye!
    nak balik istanbul!

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah ko duduk lama sangat kat kampung liverpool tu cmane nak ajak. pulanglah sempena international break

      Delete
  19. Tempat nie tak la jauh dari Sg. Buloh.. lepas baca blog Sal rasa nk bawa anak2 dtg sini la..

    ReplyDelete
  20. air terjun & sungai dah cantik, fasiliti pulak yg teruk..semoga ada penambahbaikan..

    ReplyDelete
  21. Samalah dengan family saya kak sal, kalau nak pergi mana mana memang tak akan ganggu hari sekolah. Memang akan pergi weekend or cuti panjang. Tak kacau langsung waktu sekolah. Mujurlah gambar atas batu dekat air terjun, kalau tepi swimming pool, dah macam dalam majalah dulu dulu tuuu, majalah mangga kot hahahaha.

    Tak bestnyaaaaa kalau maintenance tempat out, kalau saya, memang tak mandi kalau tandas tak ok, sebab malas nak tukar baju dalam tandas hahaha.

    ReplyDelete
  22. Aaaaaaaa lepas rinduuuuu nya baca entry ni T_T weolls datang sini farewell degree dengan classmates 2017. Rinduuuuuuuuuu. Tandas dia masa 2017 sangat tak okay ya. Tapi kami kena bersihkan sebab part of csr activity kuikuikui

    ReplyDelete
  23. Untung lar Selangor banyak waterfall, Melaka jew tak der🤣🤣

    ReplyDelete
  24. Model atas batu tu memang sesuwaiiii sekali jadi model videoklip hehehehe

    ReplyDelete
  25. sayangnya bila tempat rekreasi tak dijaga dengan baik. Kita yang pergi ni memang hilang mood la nak have fun kat situ

    ReplyDelete
  26. Setuju Sal.
    Dalam keasyikan mandi-mandi kena waspada kalau-kalau 'kepala air' datang.

    ReplyDelete
  27. Adoi... tandas tu mmg xkn masuklah kalau camtu.. kalau masuk ada fee kenapa x buat maintenance dan ada staf jaga ke kan? tp dh lama xde activiti outdoor mcm ni mmg seronok

    ReplyDelete
  28. Akak pun rindu nak berkelah macam ni...tapi sekarnag macam bahaya skit kan...risau C19 satu hal..risau kencing tikus pun sau hal gak...takpoe nanti2 baru bleh berkelah...akak rindu nak hiking....

    ReplyDelete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah