Showing posts with label filem Melayu. Show all posts
Showing posts with label filem Melayu. Show all posts

Lagu 'Hasrat' Amir Jahari mengimbau memori menonton Imaginur

Monday, 4 March 2024

 Janji dengan I...

Janji Apa?

Ingat I...


First of all, tahniah Amir Jahari atas kemenangan di Anugerah Juara Lagu ke 38 menerusi lagu 'Hasrat'. Layak ke tak layak ke, siapalah aku yang tiup rekoder pun sumbang ni untuk memberi pendapat. Lagipun, dari 12 lagu yang bertanding, aku cuma cam lagu Hasrat dan Santai. Terjerit kecil aku depan TV masa nampak cameo Beto Kusyairi dan Diana Danielle sewaktu persembahan Amir Jahari. Persembahan yang rileks dan simple tanpa perlu vokal menjerit.

Kali pertama aku dengar lagu 'Hasrat' adalah sewaktu menonton filem 'Imaginur' tahun lepas. Hasrat merupakan lagu tema filem tersebut. Aku menonton Imaginur di wayang bersama best friend aku ND.

Tarikan utama kitorang nak tengok Imaginur of course lah sebab Beto Kusyairi yang memegang watak Zuhal. Watak Zuhal sering melihat Nur, (lakonan Diana Danielle) dalam mimpi yang berulang-ulang.

Pada suatu hari Zuhal terlihat gadis yang mirip Nur dan cuba menghampiri gadis tersebut. Malangnya Zuhal terlibat dalam kemalangan. Apabila Zuhal sedar, dia berada di hospital bersama bapanya (Meor Hashim Manap) yang menghidap Alzheimer. Di hospital, Zuhal bertemu seorang wanita (Fatimah Abu Bakar) yang mencadangkan Zuhal bertemu pakar hipnosis, Dr.Ramli (Afdlin Shaukie) untuk mengubati masalahnya.

Imaginur pada pandangan aku adalah sebuah filem yang perlu ditonton secara khusyuk, babak demi babak untuk faham sebab plot filem ni tak mengikut kronologi. Seperti Zuhal yang confuse yang mana realiti, yang mana mimpi, begitulah aku sebagai penonton. Karakter Dr.Ramli yang nampak macam 'doktor gila' buat aku terhibur dan jadikan movie ni light sedikit. Kalau tak, macam psikothriller berat pulak.

Memori kita ni funky. Ada yang real, ada yang macam real. Selalunya kita yang buat dia real.

Filem bertema romantik+sains fiksyen arahan Nik Amir Mustapha (KIL, Terbaik Dari Langit) bergerak pada pace yang tak berapa laju, tak berapa perlahan. Suka tengok chemistry Beto-DD. Senang cerita, filem ni very typical Nik Amir. Siapa yang suka filem yang 'pening kepala', ada flashback, dejavu dan plot twist conform akan terhibur menonton Imaginur.

Filem ni tak silap aku tinggi juga kutipannya. Mungkin populariti Beto Kusyairi dan filem yang tak cliche membuatkan ia mendapat sambutan. Aku harap akan masuk Netflix atau tayang time raya sebab ada beberapa persoalan yang tak terjawab. Maybe tengok kali kedua akan lebih faham.

Teriaklah

Sekuat mana pun aku

Suara ini tiada mendengar

Teriaklah

Berhenti berharap

Teruskan hidupmu

Ku ingin pulang


Read More

La Luna (2023) Film Review

Wednesday, 14 February 2024

Allah Maha Melihat

Assalamualaikum dan hai semua! Kali pertama menonton trailer La Luna di media sosial tahun lepas, aku teruja untuk menonton tapi tayangan di pawagam bagaikan angin lalu. Bila start tayang dan bila habis pun aku tak sedar. Mungkin aku yang sibuk, tiada promosi ataupun filem ni yang tak laku maka tempoh tayangan dipendekkan; entahlah yang mana satu. So bila ternampak di Netflix baru-baru ni aku terus tekan 'Play' tanpa berfikir panjang.

Filem berdurasi 1 jam 49 minit ini mengisahkan Hanie (Sharifah Amani), seorang wanita bujang yang membuka kedai pakaian dalam 'La Luna' di Kampung Beras Basah. Penduduk Kampung Beras Basah mengamalkan cara hidup yang agak konservatif di bawah pimpinan Tok Hassan (Wan Hanafi Su). Kehadiran Hanie dan kedai lingerienya kurang disenangi Tok Hassan dan beliau mencuba pelbagai cara untuk menutup kedai Hanie.

Begitupun, Hanie disenangi wanita-wanita kampung terutamanya Azura (Syuma Salihin), seorang remaja yang 'rebel' dan menentang corak pemerintahan Tok Hassan. Perangai Azura menimbulkan kerisauan kepada bapanya, seorang chief polis merangkap bapa tunggal bernama Solihin (Shaheizy Sam)

Filem arahan M.Raihan Halim ini begitu straight forward dengan plot yang mudah difahami. Ada babak yang kelakar, ada juga yang menyayat hati. Ditambah pula dengan lakonan watak-watak utama mahupun tambahan seperti Nadiya Nisaa, Namron, Farah Ahmad, Eidil Dzuhrie, Hisyam Hamid dan ramai lagi. Setiap watak menyumbang kepada jalan cerita tanpa babak yang meleret-leret. Ada waktunya terasa vibe menonton filem-filem Kampung Pisang arahan arwah Mamat Khalid .

Yang paling aku suka tentang filem ini adalah konsep 'Show, Don't Tell' yang jarang aku lihat dalam filem Melayu sejak Bunohan (2011). Contohnya babak Tok Hassan merokok, para suami termenung di kedai kopi dan papan tanda 'Allah Maha Melihat' yang terpampang di sekitar kampung. Jarang ye filem Malaysia macam ni. Selalunya banyak cakap dan preachy. Maybe that's just me. Aku suka filem yang membiarkan penonton membuat andaian sendiri.

Filem La Luna walaupun ringan tapi sarat dengan mesej.  Selain dari topik 'penunggang agama' yang agak cliche, aku suka ia memaparkan feminisme tanpa perlu melebih-lebih. Hanie bukan nak melawan lelaki, dia hanya ingin mewujudkan tempat selamat untuk wanita kerana wanita hanya ingin disayangi. Gitu.

Tapi..entahlah aku rasa chemistry Amani dan Sam kurang menjadi. Sam pun nampak terlalu muda untuk menjadi bapa kepada anak yang sudah bersekolah menengah. Watak Azura pun macam terlalu 'melebih'. Aku percaya kalau karekter Azura tone down sikit pasti penonton akan kurang menuduh filem ini terlampau liberal. Aku perati je kalau-kalau tersentuh soal akidah macam 'Mentega Terbang', tapi level 'Gubra' pun tak sampai. 

So..tontonlah filem ini dengan fikiran terbuka tapi kalau boleh tontonlah tanpa anak-anak sebab ada babak-babak yang agak nakal. Nasib baik aku dah kahwin, kalau tak mesti tak faham. Hahahaha

OK lah tu je nak review. Lama giler tak buat movie review.

Read More

Review Filem Mat Kilau- My Love-Hate Relationship with Syamsul Yusof's movie

Wednesday, 29 June 2022

Inilah masalah orang Melayu... - Kapten Syers

Pertama sekali, filem ini bukan naskhah sejarah mahupun biopik. Mat Kilau adalah figura terkenal dalam sejarah Melayu, jadi menjadikan beliau dan watak bersejarah sezamannya sebagai inspirasi filem pastinya dapat menarik perhatian orang datang menonton. Kalau diletak judul 'Panglima Pulau Air Tawar' atau 'Pendekar Ahmad (atau mana-mana nama lelaki Melayu)' belum tentu orang akan berminat. Lagipun, filem biopik berdasarkan kisah benar kalau tak diolah dengan baik boleh menimbulkan konflik dengan waris watak-watak yang dilakonkan semula. Jalan selamat, 'pinjam' nama dan letak penafian. Ini Melayu bijak yang kita kena contohi.

Tengok sahajalah kontroversi filem 'Saloma' sampai ada yang nak saman-menyaman. Jadi..jangan percaya bulat-bulat apa yang kau lihat dalam filem. Nak tahu sejarah, pergi muzium atau baca buku. Jangan jadi Melayu malas.

Aku cuma bagi 3 dari 5 bintang bukan sebab aku Melayu yang kuat dengki ya. Mana lagi 2 bintang tu hilang? Jemput baca review di bawah.

Yang aku kurang suka..

Ini kali pertama aku menonton filem yang ada muzik latar di setiap babak dari pembukaan sampai babak terakhir. Serius. Filem muzikal pun tak se'meriah' ini. Muzik latar tu pulak sama je tak kira babak pertempuran, sedih mahupun konfrontasi. Mujurlah muzik latar tak menenggelamkan suara pelakon seperti lazimnya filem Melayu 'muzik kuat tapi cakap tak dengar'.

Bagi aku sesetengah babak tu tak perlu kesan bunyi berlebihan pun, contohnya babak Wahid (Beto Kusyairi) dan Rokiah (Zarina) berbual di rumah. Lakonan diorang memang mantap, boleh rasa emosi tu walau sekadar melalui renungan mata. Begitu juga babak serang hendap yang diketuai Awang (Fattah Amin). Suasana senyap sekadar diringi desir bunyi alam semulajadi pasti akan lebih mendebarkan. Filem ini muzik latarnya dramatik, tapi bagi aku, kau kena tenang sikit Sol.

Watak Awang lakonan Fattah Amin yang menarik. Makin meningkat mutu lakonan beliau. Tahniah!

Cakap pasal tenang, filem ni laju. Mungkin tak nak mengheret durasi menjadi panjang. Dialog laju, pergerakan kamera laju, peralihan babak pun laju. Aduhai penat. Laju-laju nak pergi mana? Mungkin Sol ingin menekankan kepada orang Melayu yang kalau nak maju, kita kena laju? Pandang pada sisi lain, yang bagusnya ia tak buang masa penonton.

Filem Mat Kilau ni dialognya menarik, tapi banyak ayat yang diulang-ulang. Mungkin penulis skrip nak mesej tu sampai. Ini filem yang ditayangkan di layar perak, bukan drama radio, Sol. Tak perlu cakap tanpa henti. Boleh saja ditunjukkan melalui gerak badan atau riak muka. Tapi itulah, bercakap dengan penuh perasaan memang identiti filem Shamsul Yusof. "Wa kasi sengat! Sendiri mau ingat!". Bak kata orang Muar-cakap 'berdegor-degor'. 

Mungkin ini pilihan peribadi sebab aku lebih suka filem yang menggunakan konsep 'Show, not tell' (tak tahu istilah dalam Bahasa Melayu). Antara filem yang ada konsep 'Show, not tell' yang aku suka adalah 'The Social Network', 'The Boy in the Striped Pyjamas', 'Parasite' dan 'Jangan Pandang Belakang'.

Filem ini juga terlampau banyak watak dan cerita sampingan yang tidak perlu. Hampir tenggelam Adi Putra sebagai Mat Kilau, nasib baik bisep dan bunga silat beliau menyerlah.

Yang aku suka...

Idea dan usaha. Jarang filem Melayu yang berani menjentik penjajah Inggeris. Selalunya hanya penjajah Jepun dan Komunis sahaja yang dipaparkan jahat. Memang filem ini berjaya menerbitkan kebencian kepada orang British dan rasa simpati pada nenek moyang kita yang terpaksa melalui perit getir sewaktu dijajah. Peringatan supaya kita mempertahankan kemerdekaan supaya tidak ditindas lagi.

Dialog filem ini juga banyak menjentik sikap dan pemikiran orang Melayu seperti sifat bermuka-muka, dengki dan susah bersatu. Pedih telinga. Hahaha. Mohon terasa. Tapi aku ulas filem ni bukan sebab aku iri hati ya Sol.

Babak perlawanan terutama seni silat yang ditonjolkan memang padu terutama Toga (Yayan Ruhian), Mat Kilau (Adi Putra) dan Awang (Fattah Amin). Filem Mat Kilau ni walaupun babak berlawan lama, tapi tak membosankan langsung. Aku cuma terkilan babak silat Usop (Khir Rahman) pendek sangat sebab aku pernah tonton aksi silat beliau dalam teater 'Semerah Padi' di Istana Budaya dan beliau memang hebat. Kalau korang minat filem aksi mempertahankan diri seperti 'Merantau Warrior' dan 'Geran', memang akan teruja menonton filem ni. 

Dalam bahasa mudah, ini filem tipikal Syamsul Yusof. Tapi aku OK dengan tipikal sebab memang semua pengarah ada identiti diorang sendiri dan ia adalah sesuatu yang perlu diraikan. Bukan pengarah Malaysia sahaja, pengarah luar negara macam Michael Bay, Steven Spielberg, Sanjay Leela Bhansali dan Jackie Chan pun ada identiti sendiri yang bila kau tengok filem tu automatik kau tahu filem tu arahan atau terbitan diorang.

Aku sejujurnya bukanlah peminat filem Syamsul Yusof mungkin sebab aku kurang suka filem tentang barah masalah sosial macam 'KL Gangster' dan 'Bohsia'. Begitupun 'Munafik' dan 'Khurafat' aku suka walaupun aku penakut sebab ia filem seram yang unik.

Pemilihan Adi Putra sebagai watak utama adalah tepat. Terserlah karisma

Apa pun terima kasih Sol sebab tak berlakon dalam filem ini. Kau berbakat sebagai pengarah, penerbit, malahan sebagai penyanyi rap tapi tidak dalam lakonan. Teruskan usaha terbitkan filem yang lain dari yang lain macam ni. Aku akan tetap tonton sebab aku suka sokong filem Melayu kecuali genre seram komedi sebab aku rasa seram dan komedi adalah gabungan yang tak masuk akal. 

Al-fatihah untuk arwah Mat Kilau dan nenek moyang kita yang terkorban di tangan penjajah samada kerana tekanan hidup atau dizalimi. Hargailah kemerdekaan yang kita ada kerana ia boleh dirampas kalau tak dijaga.

Notakaki: Saja mencabar diri mengulas filem Mat Kilau ini dalam bahasa Melayu.

Read More

Filem Frontliner : Tak tahu nak puji atau nak keji

Tuesday, 5 October 2021

Assalamualaikum dan hai semua! 

Sebelum korang kecam review aku, aku harap korang tau yang aku ni penyokong industri filem Melayu. Walaupun orang selalu cakap… “Ala, cerita Melayu ko tunggu je lah raya, nanti keluar”, tapi aku tidak. Kalau aku rasa aku nak tengok kat wayang aku akan pergi, walaupun takde orang nak teman. Tu kalau nak kata tak support lagi tak tahulah. 

KL Special Force Movie Review 

Tombiruo Penunggu Rimba

Mempersoalkan filem Desolasi

Filem ‘Frontliner’ keluar di suggestion Netflix, di suatu hari yang tenang masa aku sedang Work From Home. Alang-alang hari tu agak slow, aku klik ‘Play’. 10 minit pertama filem, aku rasa ibarat tonton filem ‘Rise: Ini Kalilah’ , juga sebuah produksi Netflix cuma tema ceritanya berbeza. Rise bagi aku adalah filem cringe dan tangkap muat. Aku tengok pun gitu-gitu je. Menonton Frontliner dengan harapan menggunung tak kecewa seperti selepas menonton Rise. 



Frontliner mengisahkan tentang beberapa watak yang sememangnya layak dihargai atas pengorbanan mereka sewaktu menghadapi pandemik Covid-19.

- Azhan Rani - seorang doktor di wad Covid 19

- Emma Maembong - isteri doktor tersebut. Sedang sarat mengandung tapi masih rajin melakukan kerja sosial membantu mereka yang terkesan kerana wabak Covid 19

- Beto Kusyairi - Anggota Ahli Keselamatan Negara. Ada anak remaja yang rebel asyik nak keluar rumah je

- Farah Ahmad - Nad, pemilik pusat tuisyen, isteri Beto. Nama watak dia je aku ingat sebab watak Beto asyik ulang-ulang sebut.

- Achey - juga Anggota Ahli Keselamatan Negara. Single, tapi ada ibu di kampung yang sangat lah rindu dekat Achey ni sebab dah lama tak balik

- Wan Maimunah - Mak Achey.

Ada beberapa pelakon lain yang aku tak kenal. Tapi kalau tengok nama-nama di atas, sudah cukup gah untuk menarik perhatian penonton. Kalau cerita ni tayang kat wayang, aku sanggup leburkan duit untuk tonton. 

Baca ni juga:

Interchange - Aku tengok apa ni?

Love, Supermoon

Manisnya Cinta di Cappadocia 

So..best ke idok? Well for me, nak kata best giler tu tidaklah. Bukanlah filem yang buat kita nak tengok scene demi scene. Kalau tak kerana mak aku tengok sekali, pasti ada beberapa babak aku skip.

Filem Frontliner ni idea dah ada. Lagipun ia diinspirasikan dari kisah-kisah yang terjadi sekeliling kita sepanjang pandemik, jadi takdelah susah sangat nak mengagak jalan cerita. OKlah, ada a few plot twist walaupun tak logik tinggalkan isteri tengah sarat mengandung duduk rumah sorang-sorang semata-mata nak elak dari terjangkit Covid19. Hello..rumah kau tu besar kot. Duduk bilik lain-lain pun dah cukup. Over nau.

Filem ni jadi sedikit ‘meh’ bila tidak dilakonkan di hospital kerajaan. To be fair, tak boleh nak salahkan produksi filem ni kan sebab hospital kerajaan sibuk dan sesak. Kalau mintak izin nak berlakon mau kena halau. Cuma itulah, bila buat di hospital swasta, feel tu kurang.

Walaupun filem ni tentang frontliner, tapi filem ni takde polis. Digantikan dengan ‘Anggota Keselamatan Negara’ (AKN). Patutlah ramai kata ni filem separuh masak. Kalau dapat collaborate dengan PDRM kan lagi cun. Ini tak, nak kata polis tak polis. Tapi aku rasa tak adil lah nak kutuk. Polis pun sibuk jugak, mana nak jaga sekatan jalan raya lagi, nak tangkap orang tak jaga SOP lagi, nak tolong Yusuf Haslam shoot Gerak Khas Undercover lagi. Lagipun kalau melibatkan pihak berkuasa kerajaan nanti banyak rules dan regulation. Leceh. Baik buat bandar rekaan ala ‘Metrofulus’. Hahaha.



Continuity dan ketelitian filem Frontliner ni pun kurang. Ada babak watak Anggota Keselamatan Negara tu sendiri tak pakai mask dan duduk dekat-dekat sewaktu makan. Watak doktor tu balik dari kerja muka berbekas, bangun pagi tetibe OK.  Yang pasti, scene hulur lauk celah pagar, pastu eh tetibe boleh pulak bukak pagar tu nak sembang adalah lawak bertaraf ‘lima ha’. 

Lagu background pun tak sesuai. Scene masa Dr. Azhan dengan wife dia kuarantin satu rumah, dok sweet sweet, tapi background lagu orang ditinggal kekasih. 

Dulu pernah kau berjanji mesra

Tapi kini engkau menduakan cinta

Namun kau pergi dan bahagia

Kau tinggalkan hatiku hancur terluka

Dimanakah janji-janji yang setia

Sabar - nyanyian Black. Dah hujung filem baru aku tahu ni lagu nyanyian Black. Ingatkan Achey yang nyanyi. Sabar jelah. Lagu sedap, suara Black as always amazing, tapi vokal nyaring dan lirik kecewa tu menggangu. Maaf.

Tapi takdelah filem ni 100% buruk. Ada beberapa part boleh puji, macam pemilihan pelakon. Terutama Wan Maimunah. Aku cannot ye kalau Wan Maimunah berlakon. Tengok muka dia je aku nak nangis. Cuma tulah, tengok Achey terus air mata aku masuk balik. Maybe sebab Achey dah dicap sebagai pelakon komedi so dia kena try hard. 

Scene Farah Ahmad dengan anak dia tu pun buat aku rasa sebak. Aku puji filem ni sebab dia tackle isu mental health jugak dan memaparkan golongan M40 sebab diorang pun struggle jugak gara-gara pandemik Covid 19.

Filem ni mungkin boleh jadi lagi bagus kalau budget besar dan mendapat kerjasama pihak berwajib lain, tapi tak boleh nak salahkan pihak produksi sebab di luar kawalan. Idea dah ada, pelakon pun hebat-hebat, tapi pelakon paling hebat dalam dunia pun tak mampu selamatkan filem yang skripnya teruk. 



Oh by the way, ditayangkan di platform Netflix yang beria-ia memperjuangkan isu diversity, aku lega jugak penerbit tak gunakan formula Ali-Raju-Ah Chong demi nak tunjuk perpaduan berbilang kaum yang pastinya membuatkan filem ni berganda lah cringenya. Itu antara aspek yang wajar disyukuri. 

Pendapat aku filem ni bolehlah. Takdelah jatuh tahap wajib tonton. Aku bagi 3 bintang je sebab pelakon best . Razif Rashid pun dah upgrade sikit as pengarah. Kalau banding dengan ‘Aji Noh Motor’ dan ‘Kelaster’, filem Frontliner ni semenggah sikit.

Ikutkan malas nak review filem ni, tapi aku takde bahan nak update blog. Sesiapa dah tengok filem ni sharelah pendapat korang pulak. Ramai juga kecam filem ni, terutama part Dr. Azhan tu tak tau nak buat apa time isteri dia sakit. Pengalaman aku yang ada ahli keluarga kerja doktor, meh sini aku nak habaq yang doktor pun manusia. Doktor pun boleh panik bila isteri sendiri nak bersalin walaupun dia sendiri dah sambut berpuluh-puluh bayi.

OKlah malas tak malas pun panjang jugak aku membebel. Haha. Thanks lah sudi baca. Aku hanyalah penonton biasa, bukan pengkritik filem ya. Jangan marah ha..
Read More

KL Special Force Movie Review

Wednesday, 21 March 2018

Perompak akan sentiasa tumbuh macam cendawan. Hari ni kau pancung satu, esok tumbuh lagi


Tarikan utama aku nak menonton filem ni adalah :

1. Ianya arahan Syafiq Yusof
2. Kebanyakan review mengatakan filem ni best dan banyak aksi. Plot twistnya juga menarik
3. Cakap-cakap orang yang lakonan Fatah Amin tak kayu. Say what???

Aku menonton filem ni bersama ND dan SR. Kesian SR, dia dah tengok tapi dia kata OK je nak tengok lagi since aku cakap dengan dia 'A Wrinkle in Time' dan 'Tomb Raider' mengecewakan. Dua filem tu nantilah aku buat review kalau sempat.

KLSF mengisahkan Lan (Rosyam Nor), seorang anggota polis yang mengetuai sebuah unit khas. Beliau ditugaskan menumpaskan sekumpulan perompak yang menggelarkan diri mereka geng Anarkis. Anarkis diketuai oleh Ashraff (Syamsul Yusof). Disebabkan Anarkis sangat licik, Lan menghadapi kesukaran walaupun dibantu dua sidekick, Kevin dan Raj. Oleh itu, pihak Bukit Aman menghantar polis muda iaitu Zul (Fattah Amin) untuk membantu siasatan.

 Sape kata Rosyam Nor dah tak relevan? Nak kena ni!

Aku rasa part plot twist yang menarik dalam cerita ini adalah watak Lan dan Zul yang saling mencurigai satu sama lain. Lan syak Zul ni spy Geng Anarkis, Zul pulak kata dia dihantar untuk siasat dakwaan yang Lan terima rasuah dari Ashraff. So dari mula sampai akhir kau akan tertanya-tanya siapa sebenarnya polis baik, siapa polis jahat.

Babak aksi seperti yang dikatakan orang memang gempak dan meletup-letup. Ko nak banding filem Hollywood memanglah tak adil, tapi untuk level Malaysia dah habis hebat dah tu.

Dari segi lakonan, kita memang tak perlu ragui bakat Rosyam Nor lah kan. Even watak-watak sampingan macam Sabrina Ali (Diana, isteri Lan), Balqis (anak Lan - aku lupa nama apa), Esma Danial dan Shaharuddin Tamby pun korang dah tau memang berbakat. Tapi Fattah Amin tak kayu wei! Tunggu scene hujung-hujung masa watak Ashraff cuba nak play mind games dengan dia. I'm impressed. Tapi lakonan Syamsul Yusof tetap gagal memenangi hati aku. Kah kah. Cuba lagi bro.

Pandai ke pegang senapang tu bang?

Tu part yang aku suka. Yang aku kureng kenan adalah filem ni banyak buat aku teringat filem 'New Police Story' lakonan Jackie Chan dan Nicholas Tse. Antara yang paling ketara adalah watak perompak yang suka pakai topeng badut pastu gelak terkekeh-kekeh dan watak Syamsul Yusof suka duduk atas bumbung. Lagi satu, scene Lan turun dari bangunan pakai tali serupa dengan aksi dilakukan Jackie Chan dalam filem New Police Story. Bukanlah nak kata tiru bulat-bulat, tapi dah aku teringat nak buat cmane. Tu filem favourite aku kot.

So..rekemen ke tidak? Well...OK jugak. Boleh dikatakan filem Melayu yang berkualiti. Jalan cerita menarik dan tak meleret-leret. Babak pertama je dah terus masuk ke point utama. For me, aku suka. Semoga lepas ni Syafiq Yusof boleh hasilkan banyak lagi filem yang bagus-bagus.

Till then, thanks for reading gais!!
Read More

Lemak berkrim Kampung Santan

Wednesday, 18 September 2013

Money talks, bullshit walks - Rizuan Amri

Last aku tengok filem lakonan Hans Isaac adalah 'Misteri Jalan Lama', tu pun sebab Que Haidar pelakon utama. Filem tu agak mengecewakan aku sebab alam bunian yang cuba ditampilkan terlampau berlebihan dari segi kostum dan effect CGI. Tapi aku bukan nak cakap pasal 'Misteri Jalan Lama' tapi filem 'Lemak Kampung Santan' (LKS). Expectation aku tak tinggi, sebab sambutan kat panggung tak berapa menggalakkan sampai merajuk abang hensem kita tu nak buat filem lagi. Susah la semua nak merajuk. Syamsul Yusuf pun merajuk gak..asal David Teo tak nak merajuk dari buat filem entah apa-apa???Ah..dunia memang tak adil.


Hans Isaac merupakan pengarah LKS merangkap hero bernama Rizuan. Heroin filem ni Neelofa, sebagai Tiqa. Aku ni memang selalu skeptical dengan pelakon-pelakon 'ada rupa' ni sebab aku bajet diorang ni harap muka je tapi berlakon hampeh. Macam aku malas nak tengok lakonan Lisa Surihani suatu masa dulu. Tapi lepas tengok Muzikal Tun Siti Hasmah terus jadi peminat..huhu.

Al-kisah, ada sebuah kampung bernama Kampung Santan yang femes dengan Nasi Lemak Tiqa, gerai milik Tiqa dan ayah dia, Pak Wan (Harun Salim Bachik). Pak Wan ni suka sangat bercerita dekat semua orang yang datang beli nasi lemak kat situ tentang Hikayat Puteri Balinan. Macam nyanyuk pun ada jugaklah Pak Wan ni tapi maybe sebab dia ada anak dara cun, semua orang layan jelah dia. Tetiba company awek Hans, Sofia (lakonan Natasha Hudson) claim dia dah beli tanah kampung tersebut dan semua orang kena kosongkan tempat tu untuk pembangunan. Of course la orang kampung tak nak sebab diorang kata ada perjanjian tanah tu memang diorang punya. Rizuan rahsiakan identiti dia sebagai arkitek GHI sebab takut kena belasah masa first time sampai Kampung Santan, tapi lama-lama jatuh cinta pulak dengan si Tiqa. Erm...macam cerita tipikal orang kampung vs pemaju je..

Kalau u olls fikir macam tu, u olls silap !!! *tanda seru untuk bagi effect terkejut* Kampung Santan macam kampung biasa tapi orang kampung kat situ ada misteri yang diorang sembunyikan. Nak tahu rahsia apa, kenalah tengok sendiri filem ni. Conform puas hati sebab ini bukan takat cerita kampung bunian whatsoever mets kisah cinta tipikal.


Hans tetap nampak hot bagi someone berumur 40 something so boleh nampak chemistry dia dengan Neelofa. Dan aku dengan ini mengakui yang Neelofa ada bakat berlakon dan boleh pergi jauh. Pelakon-pelakon lain macam Natasha Hudson, Awie, Harun Salim Bachik dan Khir Rahman memang conform la mantap. Siapa sangka Khir yang nampak keras boleh bawak watak lelaki lembut. Tapi aku paling suka tengok lakonan budak yang bawak watak Amin tu. Ada sesapa tau nama dia??


Dari segi sinematografi, LKS cantik dan plot disusun mengikut kronologi, takde flashback ke, flash forward ke. Dari segi special effect, terhadam jugak lah. Aku bukan pembuat filem so tak layak nak cakap pasal ni. Tapi personally, aku rasa untuk part-part yang memerlukan special effect, nampaklah menjadi dan tak fake. Cuma ending filem ni rasanya boleh diperbaiki. 15 minit terakhir makin menarik tapi hujung-hujung filem macam nak cepat habis je.

Yang pasti lepas habis tengok aku craving nasi lemak.
Read More

Review : Kil

Sunday, 9 June 2013

Any last word?
Tolonglah, aku belum nak mati lagi..
Time's up! *gunshot*

Credit Pix : KIL Fb
Yang buat aku tertarik nak tengok citer ni bukanlah trailer dia atau kecomelan Redza Minhat. Aku teruja nak tengok lepas baca sinopsis dia yg agak unik dan 'fresh'. Genre misteri pulak memang kegemaran aku. Lagipun,dah lama aku teringin nak tengok filem Melayu yang lain dari yang lain.

So, aku pun ajak bff aku Dee n Sarah tengok filem ni . Mula-mula saspen jugak sebab penonton dalam panggung tak sampai 10 orang! Matilah aku kena bahan kalau cerita ni x best, huhu.

Watak utama filem ini adalah seorang pemuda bernama Akil, lakonan Redza Minhat yang nak bunuh diri tapi asyik tak jadi. Satu hari dia jumpa flyer syarikat Life Action Bureau (LAB). Company ni claim dia boleh tolong orang nak mati. Lebih tepat lagi  - bunuh tapi tak tahu bila dan siapa yang akan lakukan pembunuhan tu. Tapi lepas Akil buat contract, dia rapat lak ngan sorang awek nama Zara, lakonan Cristina Suzanne. Tetibe dia rasa tak jadi nak bunuh diri sebab hidup dia kembali bermakna. Tapi orang-orang LAB tak hiraukan permintaan dia untuk cancel. Nak tau apa jadi pastu kena la tengok sendiri...

Credit Pix : KIL Fb
Dialog Kil simple dan jujur. Macam perbualan kita sehari-hari. Takde madah pujangga atau pegang-pegang dalam kisah Akil ngan Zara. Memang gandingan yang comel. Lakonan pelakon-pelakon lain bersahaja tapi mampu menyokong filem ni. Karekter serius Harun Salim Bachik memang menjadi dan watak Julianna Evans yang tak sampai 10 minit pun menarik.

Senang cerita, filem ni buat penonton tertanya-tanya dan adakalanya agak perlahan. Ditambah pula dengan watak-watak yang tetibe muncul dan nampak pointless. Apa fungsi diorang dalam cerita ni? Kenapa Akil nak bunuh diri? Siapa agen LAB yang akan bunuh dia? Zara tu muncul dari mana? Kenapa setiap kali nak bunuh diri Akil gagal? Tapi bila dah hujung-hujung baru la korang boleh nampak kenapa jalan cerita ni diatur sebegitu rupa sekaligus menjawab soalan-soalan yang dok berlegar di fikiran. Aku suka filem yang boleh 'mengeluarkan' sound effect "Oh........" yang agak panjang dan kuat dalam pawagam yang hampir kosong.

Dari mata aku yang bukanlah pakar filem ni, aku rasa filem ni ada kelas yang tersendiri. Cuma ada a few scene mistakes yang agak obvious. Tak menjejaskan jalan cerita tapi agak kelakar seperti parking lot yang kosong, tukar syot tetibe banyak kereta. Aunty kat kedai buah yang baru sampai tetibe dah pilih buah dan bayar. Peristiwa culik yang rasanya lebih kemas kalau elaborate sikit. Itulah jadinya kalau dah terlampau concentrate kan perkara-perkara minor pun nampak...huhu.


So aku strongly recommend korang tengok filem ni. Bukan filem Melayu tipikal. Percayalah!Mesej utama dia berat, soal hidup dan mati, tapi disampaikan dengan cara yang santai. Memang mantop!!Good job Grand Brilliance and Flux Visual Lab!!Kudos Nik Amir Mustapha and crews!!

Harap sangat lebih ramai produser Malaysia akan hasilkan filem bijak macam ni. Tapi tulah, kalau takde penonton pun tak guna. *Sad Smile*
Read More

Review : Kerat 14

Sunday, 3 March 2013


"Kita ni bila buat silap senang je kan...bila nak mengaku salah sikit punya susah" - ASP Razman

Aku terjumpa filem ni kat youtube... Niat asal memang nak tengok kat wayang tapi tak berkesempatan. Nasib baiklah tak tengok, kalau tak mau aku mintak refund duit tiket aku kat tokey panggung.

First of all, sorry ye korang... aku tak nampak chemistry Aaron Aziz ngan Siti Saleha seperti yang dhebohkan. Mungkin sebab aku tak tengok Nora Elena kot. Tapi diorang memang pelakon yang berkaliber, itu satu Malaya dah tahu. Kalau bukan diorang yang jadi lead entah-entah lagi ke laut kot cerita ni.

Permulaan filem ni simple, dua pekerja pembersihan jumpa mayat dah dikerat-kerat dalam plastik sampah. Lepas tu scene beralih ke permulaan cerita iaitu malam di mana Haziq (AA) dan Zara (SS) pergi ke sebuah disko. Kat sini Aril terjumpa Zara, jatuh hati dan terus calit minyak pengasih. Aku kecewa sebab mamat yang bawak watak Aril ni lakonan kaku. Mentang-mentang lah watak dia sekejap je dah mati, produser macam tak ambil berat soal ni. Aku yang menonton tak rasa apa-apa pun bila dia kena bunuh dan dikerat-kerat. Kesian tidak, geram pun tidak.

Scene seterusnya agak slow, tunjuk cmane Zara dan Haziq nak dispose mayat tu dari apartment Zara. Aku rasa cerita ni akan jadi lagi best kalau dimulakan dari babak polis datang siasat mayat yang dijumpai. Patut gunakan elemen 'flashback'. Barulah orang berdebar-debar dan tertanya-tanya siapa pembunuh.  Kalau pengarah dan penulis skrip dia bijak, diorang boleh buat orang tertanya-tanya 'siapa' sebenarnya yang dibunuh. Terima kasih la Zamarul Hisham sebab kemunculan watak ASP Razman bagi aku kekuatan nak tengok filem ni sampai habis.

Watak Inspektor Sofia sangat membosankan. Amik Sarjan Misai lagi bagus la kot! Lepas tu aku rasa cam tak logik je Haziq yang kononnya banyak rekod jenayah tu tak pandai nak cover track dia dengan baik. Boleh plak tertinggal tangan mayat dalam bonet kereta. Lepas tu, ada ke buang senjata pembunuhan dalam tangki simbah. Yang housemate Zara tu takkan tak pergi tandas sepanjang hari? Kenapa dia tak disyaki padahal dia ada kat tempat kejadian sepanjang masa?

Babak soal-siasat kat balai polis rasanya boleh diperbaiki lagi. Sekali-lagi aku berterima kasih pada lakonan SS dan AA. Aku rasa pengarah filem ni nak gunakan tema 'cinta sejati' tapi penonton yang jiwa romantik tak berapa nak ada (macam aku) expect sebuah naskhah 'penyiasatan'. Maaflah kalau itu yang korang harapkan sebab dalam masa 20 minit filem ni je macam-macam bukti polis dapat kumpulkan. Tak payahla berharap scene ala-ala CSI. Tapi kalau korang menonton dengan mengharapkan sebuah kisah cinta agung, mungkin korang akan berpuas hati.

Apa-apa pun, aku rasa filem ni satu cubaan yang baik. Baik sebab cuba untuk lari dari genre rempit dan hantu bodoh yang pengarah lain dah selalu buat. Cakap pasal kerat, kenapalah filem 'Dukun' tak diluluskan tayangan. Sayang betul...
Read More

Juvana The Movie : Aku tidak akan terperangkap selamanya...

Sunday, 27 January 2013

Kalau kita kena tumbuk, nak lawan pakai apa? Matematik? - Botak.


'Juvana', antara filem Melayu yang aku nanti-nantikan. First, sebab aku follow drama ni and kedua sebab aku minat Zahiril Adzim dan Johan As'ari. Sesiapa yang nak tengok filem ni, tapi tak follow series dia, aku nasihatkan korang tengok dulu kat Tonton. Takpun mintak member yang memang tengok cerita ni bagi briefing sikit. Kalau tak, korang akan rasa cam gi tgk 'The Hobbit' tanpa pernah tengok Lord of The Rings.  Aku rasa tu strategi Faisal Ishak supaya peminat-peminat siri Juvana rasa dekat je dengan watak-watak dalam filem ni.

Bagi aku, filem ni menjadi. Lakonan Syazwan Zulkifli yang jadi 'Apek' memang mantap. Ada masanya dia lebih menyerlah dari Botak atau Daim. Dia ni memang boleh pergi jauh. Aku suka transisi dia kejap baik,kejap psiko...

Yang best tentang cerita ni adalah twist yang diselitkan, tentang warden Ali (Adlin Aman Ramlie) dan kenapa Lan (Sharnaaz) anti ngan budak-budak Wira Bakti. Aku suka tengok survival Daim(ZA)  yang cuba nak 'hidup lama' dia balik walaupun orang sekeliling dia pandang serong kat dia. Buat aku teringat pada satu pepatah 'Biar tersilap ampun,jangan tersalah hukum'. Sweeet je tengok dia ngan Shera.

Babak gaduh dia pun smart, takdelah sampai tahap blackbelt karate tapi cukuplah untuk buat kau kata, hebat gak budak-budak ni. Banyak pengajaran sebenarnya, tentang memaafkan orang dan tentang erti sebenar kebebasan. Tapi aku rasa, kalau budak-budak yang tengok cukuplah diorang rasa takut nak buat jahat sebab sekolah juvana memanglah tempat yang ngeri (aku rasa realiti jauh lagi dasyat dari apa yang filem ni tayangkan).

Yang tak best aku rasa adalah part mamat macam gay tu macam kena .... atas katil. Tak sesuai untuk orang-orang yang suka berimaginasi,terutama budak-budak. Huhuhu. Lagi satu,filem ni banyak sangat cameo dia. Kalau dah banyak sangat artis famous yang muncul,dah hilang excitement . Lastly, nama sekolah baru diorang kelakar. Cam nama sekolah kat kayangan.

Tapi aku rasa better korang tengok dan nilaikan sendiri. Yang pasti,filem ni buat aku respect dengan boys' friendship. Kalau semalam dia tumbuk kau, hari ni dia sanggup bunuh orang yang cuba tumbuk kau. Ah...lelaki!

Apasal Johan Asa'ri hensem sangat hah?hah?

Sekian...



Read More