Gold Coast Part 7 - Entry Penutup - Spring Trip Australia

Monday 27 October 2014

Assalamualaikum dan apa khabar semua..

Sebelum aku start membebel, pe kata korang usha dulu entry lama dalam siri ni supaya lebih faham apa yang aku nak cite :

Gold Coast Part 1- Intro
Part 2 - Currumbin Wildlife Sanctuary
Part 3 - Sea World
Part 4 - Movie World
Part 5 - Harbour Town
Part 6 - Last Night at Gold Coast

Apa yang diperlukan untuk masuk Australia?

1.Passport yang valid. Tarikh mati passport kena at least 6 bulan dari tarikh korang nak balik ke tanah air nanti.Sama macam nak masuk negara-negara lain jugak.
 
2. ETA. Yang ni korang boleh buat dengan travel agent. Bawak passport dan duit. Aku tak ingat berapa. Mungkin boleh survey harga dulu. ETA ni senang je nak buat. Biasa siap on the spot, dah boleh terus print dan staple kat passport. ETA valid dalam masa setahun dari tarikh korang buat. So, tak payah kalut nak buat awal-awal. Once dah ada ETA, u olls boleh keluar masuk Australia beberapa kali dengan syarat setiap visit tak lebih 3 bulan.

Gambar selingan #IWantToTouchAKoala

Collateral damage Gold Coast - anggaran kasar (sorang)

Flight ticket Air Asia  = RM 325
Apartment (4 hari, 3 malam) = 90 AUD
Tiket masuk Theme Park (Wet World + Movie World + Sea World) = 99 AUD
Tiket masuk Currumbin Wildlife Sanctuary= 33 AUD
Tambang teksi dari airport ke Surfers Paradise = 14 AUD (satu cab 5 orang)
GoCard =  10 AUD
Tambang (tram+bas) = 50 AUD
Makan + groceries = 80 AUD 
Tambang teksi dari Surfers Paradise ke airport = 16 AUD (satu cab 5 orang)

Budget atas ni anggaran je, tak campur souvenir + shopping sebab tu semua terpulang kepada individu. Depends pada kemampuan masing-masing dan rate duit jugak. Masa aku pergi ni
1 AUD = RM 2.98. Agak mahal. Huhuhuhu.

Kalau nak shopping souvenir, kena pandai pilih kedai dan compare harga. Peminat watak komik DC atau Looney Toons, mungkin akan spend banyak dekat Movie World. Penggemar barang branded bersiap sedia untuk spend dengan banyaknya di Harbour Town. Tapi kalau korang rasa alang-alang dah datang Australia, korang nak tangkap gambar dengan Koala dan berenang bersama Dolfin, allocate duit lebih. Maybe boleh check website theme park tu dulu bayaran untuk aktiviti ekstra macam ni sebab tak termasuk dalam bayaran tiket. 


Aku habis dalam 400 AUD dekat Gold Coast. Itu akulah, yang makan sekali sehari dan tak kuat shopping melainkan untuk souvenir dan kat DC Comic.

Harap info aku bagi ni memuaskan hati korang yang bertanya.

Lepas Gold Coast ke mana kita? Kalau nak tahu sila tunggu next entry. Thanks sudi membaca catatan perjalanan aku ni ye. Sekadar berkongsi, bukan aku terer sangat pun..

40 comments

  1. sorry komen luar topik. cuma keliru blog mana satu yang aktif? blog ini atau yang satu lagi?
    feedback kat saya semula ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. blog dengan url yang ni.maybe keliru sebab tukar url sampai 2 kali kot

      Delete
  2. Bestnya kalau ada duit banyak Sal.....boleh jalan jalan ....huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak taklah jugak kak..kena pandai bajet ikut keperluan..

      Delete
  3. bestnyaa kalau dpt g sana ni sal

    ReplyDelete
  4. Nak kumpul duit lepas ni supaya dapat pergi Aussie main-main dengan dolphins.

    ReplyDelete
  5. Menarik.. mmg best. Rindu pulak suasana kat sana. Thanks sharing Sal..
    oh ye.. nnti saya emel ye.. :)

    ReplyDelete
  6. dalam 1000++ plus jugalah kalau nak kesanaaa. woahh. okay. thanks kak sbb sharing. muah ciked!

    ReplyDelete
  7. Wow, bolee tahan kosnya....takpela kot tk dpt pegi pun, hu hu

    ReplyDelete
  8. Tenkiu sal... memudahkan orang2 diluar ni yang nak ke sana... :D

    ReplyDelete
  9. x jauh nilai mata wang AUD dgn RM berbanding singapore ... kumpul dr awal x lah mebebankan sgt kan .

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul sis vee..beli tiket step by step.bayar sewa apartment pun sama.so, takdelah rasa senak kena keluar duit sedebuk..huhu

      Delete
  10. Bestnya..bila la nak gi jalan2..
    salam Rabu Sal

    ReplyDelete
  11. itu baru kos seorang. kalau saya nak pergi sana kena spare untuk 3 orang...gulp

    ReplyDelete
  12. Teringin nak pi Australia tapi belum masanya lagi kut...

    ReplyDelete
  13. lepas ni ke mana pula ye cik sal kita ni?tak sabo lak

    ReplyDelete
    Replies
    1. baru publish sambungan entry ni kak Mar..hehe

      Delete
  14. Aussie dah nak masuk summer..
    Time ni AUD jatuh, so kalau nak jalan for next spring, boleh beli AUD banyak2 sekarang :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup, memang untung kalau tukar duit sekarang.tapi kalau nak tukar AUD ke RM kena hold dulu, kalau tak rugi..hehe

      Delete
  15. 400aud not bad lah akak.. hihi CT lah tu kot yang akan bayar lebih nak snap
    gambar ngan koala n main dengan dolpin hihihi.. dgn mindset yang yes i come to golcos sebab nak jumpa makhluk2 cute. tapi kena check poket gak hihihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. so true CT. priorities orang kan berbeza-beza.akak still boleh kawal nafsu shopping sebab kat KL pun dah selalu menyopping.hehehe.

      Delete
  16. "Iwanttotouchakoala"..me tooo..so cute.....

    ReplyDelete
  17. Okey juga harganya per pax. Tapi kalau nak lebih-lebih, pandai-pandailah buat budget sendiri, ya tak? Bagus juga entri Sal ni. Complete. Senang nak buat rujukan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekadar berkongsi pengalaman..lagipun saya sendiri kalau tak tulis dalam blog macam ni, esok lusa dah lupa bila orang tanya.

      Delete
  18. ttu ada souvenir utk sy kan? kan? kan?

    ReplyDelete
  19. ada je...memang berangan nak bagi top komentator pun..nanti anies hantar email kat contact form bawah ni ek..

    ReplyDelete
  20. oh, baru baca yang ni.. abaikan je lah saya pnya suggestion tu. haha. my bad. adoi...

    mekasih kak share ^^, flight pun dah berapa rege.. adoi

    ReplyDelete
  21. Thanks for sharing..OK juga 400 AUD.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 400 cukup kalau tak kuat shopping..hehehe.ikut priorities la. :)

      Delete
  22. Ok lah tu kan, dalam Rm1+++ untuk 4 hari 3 malam. Kene simpan duit ni. Hehe..
    Tapi, tak termasuk soping lagi kan Sal cakap tadi...
    Kalau 5 orang banyak lagi, ni..haha..

    ReplyDelete
  23. Uiitt..Sal makan sehari sekali je?
    Saya kalau biasa memang makan sikit.
    Tapi, kalau jalan-jalan makan lebih sebab perlukan extra energy.

    ReplyDelete
    Replies
    1. makan kat luar sekali je..tapi makan betul-betul kasi licin semua..
      kat apartment ada je stok sardin, nutella, roti dan hot chocolate.pastu beli snek cam coklat bar dan biskut buat bekalan masa berjalan

      Delete
    2. Owh. Cukup ke tu?
      Kalau bawak anak-anak ni banyak juga ragam ni.
      Lainlah kalau dah besar.

      Delete
  24. ETA Tu boleh jugak apply online. Blog sis JM Ada kongsi cara nak Apply ETA ke Aussie tu :-)
    400 AUD di GC leih kurang RM1192 still murah tu Sal

    ReplyDelete
    Replies
    1. tau, saya ada baca.tapi since travel mate ajak buat kat travel agency so saya follow je.

      Delete
  25. saya tak pernah travel so saya tak paham sangat. hehe. maybe satu hari nanti boleh cari kak sal tanya soalan. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Inshaallah,akak hanya kongsi pengalaman je.kalau cari akak nak ajak jalan-jalan pun boleh..hihihi

      Delete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah