10 on-screen Bollywood couple favourite aku

Wednesday 22 October 2014

Assalamualaikum semua...

Sempena Deepavali, terdetik pulak hati nak buat entry ni. Sebab time Deepavali banyak cite Tamil dan Hindustan yang best ditayangkan kat TV. Harapnya lah kan! Kadang-kadang takde pun.

Memula aku ingat nak buat entry 10 filem Bollywood favourite aku, tapi rasa cam tak tau nak pilih mana satu sebab banyak sangat. So aku decide untuk go for 10 on-screen Bollywood couple favourite aku. Diorang ni bercinta dalam filem je tau. Luar filem aku tak tau ye, ni bukan blog gosip artis.

So, let's check it out...10 couple yang aku rasa chemistry diorang sangat kuat dalam filem. Pendek kata, gandingan diorang memang menjadi lah.

Preity Zinta & Saif Ali Khan
Comel sangat diorang dalam filem Kya Kehna (time ni Preity baru nak belajar berlakon) ngan Kal Ho Na Ho.

Rani Mukherjee & Salman Khan
Paling suka diorang dalam filem Kahin Pyaar Na Ho Jayee dan Hello Brother. Nampak serasi sangat.

Karisma Kapoor & Salman Khan
Satu lagi heroin yang aku suka tengok dengan Salman adalah Karisma. Favourite filem lakonan diorang adalah Dulhan Hum Le Jayange dan Chal Mere Bhai.

Aamir Khan & Juhi Chawla
Aku rasa diorang ni couple paling comel! Aamir Khan ngan Juhi memang banyak filem together, tapi aku paling suka diorang dalam filem Ishq dan Hum Hain Rahi Pyar Ke. Dalam dua-dua filem tu diorang memula gaduh tapi eventually fall in love. Sweet cam candy crush!

Kareena Kapoor & Hrithik Roshan
Maybe sebab dua-dua sama tinggi dan sama hot, so nampak cam pinang dibelah dua. Suka diorang dalam filem Kabhi Kushi Kabhi Gham dan Mujhse Dosti Karoge(walaupun dalam filem ni Kareena heroin kedua je). Depa ni pernah kena gosip.

Akshaye Khanna & Aishwarya Rai
Rasanya diorang ni ada dua je filem togeteher iaitu Aa Aab Laut Chalen ngan Taal.

Shah Rukh Khan & Juhi Chawla
Ha, mana boleh tinggal hero favourite aku ni kan. Filem dia dengan Juhi pun banyak tapi aku paling suka Yes Boss dan Duplicate.

Aamir Khan & Manisha Koirala
Manisha ni bukanlah pelakon yang aku minat sangat pun. Tapi siapa boleh lupa cerita Mann! Lagi satu aku suka filem Akele Hum Akele Tum. Cute sangat Aamir Khan dengan budak yang berlakon sebagai anak dia tu. Apalah khabar budak tu sekarang..

Saif Ali Khan & Karisma Kapoor
Kecomelan diorang terserlah dalam Hum Saath Saath Hain. Too bad tu je satu filem diorang berlakon sesama. Dah jadi kakak ipar sekarang ni memang tak lah kot. Awkward!!!

Save the best for last - Shah Rukh Khan & Kajol!
Mana-mana orang yang suka tengok hindustan akan setuju dengan aku. Chemistry diorang sangatlah menjadi. Macamana abang Ajay Devgan tak makan hati. Kan... Suka diorang dalam filem Kuch Kuch Ho Ta Hai, Dilwale Dulhaniya Le Jayange dan My Name Is Khan.

So..korang minat couple yang mana?

Semua image adalah hasil carian Google.

*autopublish*

32 comments

  1. Dalam ramai2 pelakon bollywood ana minat Rani Mukherjee. Minattt sgt ngan Rani Mukherjee. Dia comel! Hehe. Lagi2 digandingkan pulak dgn abg sado Salman Khan. Minat Kajol gak, sebab muka dia ala2 Rani Mukherjee. ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. kajol ngan rani tu sepupu..sebab tu seiras..hehehe..rani ngan salman memang sepadan!

      Delete
    2. baru teringat yg dorang kezen. hhee

      Delete
  2. memang last tuuu da boooooommm!

    kalau tahu dorng ada berlakon, mmg kena tengokk! hahahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. tau takpe.. filem diorang berlakon akak mesti nak tengok

      Delete
    2. yeapp. sep bontot sikittt. ehehe

      Delete
  3. Layan jugak cerita-cerita mereka yang dulu...yg sekarang tak tengok dah..

    ReplyDelete
  4. shah rukh khan macam boleh ngam dengan siapa2 je kan. hehehe... saya ssuka Shah Rukh Khan dengan Kajol and Juhi Chawla and Aishwarya. yang terbaru Deepika Padukone. comel sangat diorang ^^,

    kalau Saif Ali Khan, memang sesuai dengan Preity Zinta.

    yep, Aamir Khan sesuai dengan Manisha Koraila ^^, Mann!!

    ReplyDelete
  5. kalau sis JM suka SRK dan Kajol :-) Sal!!..sorry ye lepas ni lama sikit akak x singgah sini...maybe 11 days..after that baru akak khatam semua entri yg tertunggak ni...skrg ni bersiap2 nk ke epot..see u later ye :-)

    ReplyDelete
  6. Wahh.. lama dah saya tak menonton cerita hindustan ni.. :)

    ReplyDelete
  7. wah..menarik review ni..kathy banyak dah yg terlupa..

    ReplyDelete
  8. Lama dah tak tengok cerita hindustan! Suka couple yang last sekali tu

    ReplyDelete
  9. amboiiiiii.... kelas ko sal!!!

    ReplyDelete
  10. wah....rajin tengok cerita hindustan menari nari ni ya.

    dulu saya salah sorang yang addict...tapi belum tahap dewa la.
    cuma perasan macam hitrik roshan

    sekarang jgn tanya...langsung taktau cerita hindustan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah tak tengok sangat citer hindustan baru...huhuhu.pelakon-pelakon favourite pun dah tak berlakon sangat.

      Delete
    2. aamir khan ada berlakon cter baru kak. Dhoom 3. dah tengok? hehe

      shah rukh khan pun ada.. Happy New Year.

      Delete
    3. citer-citer baru ni akak kureng sikit la..tapi ramai orang kata best

      Delete
  11. Sally suka kalau Juhi Chawla dengan SRK...tapi Kajol dgn SRK mmg takde tandingan :D

    ReplyDelete
  12. Sal...... OKje suka Amir Khan dlm filem Mann tu mmg best..... sedih weyh, hujan ribut ko, mak hihi..... Shah Rukh Khan ngan Kajol pun best...... Rani Mukharji dengan Ashwara Rai.... tp Salman Khan bukan faveret OKje...tak suka tgk dia....

    ReplyDelete
    Replies
    1. alolo..salman memang kureng sikit talent berlakon, tapi entahla, cambest je tengok gaya poyo-poyo dia tu..hehehe

      Delete
  13. Replies
    1. harap2 abe MKL x terpikat ye nanti marah kak Chenta hihih

      Delete
  14. hihi CT ship pretty zinta and saif..!!! aaaauch sangat cute together gether. CT takleh la salman khan.. tak tau napa.. dari dulu takleh kalau dia blakon hahaha.. CT suka arjun hahaha kantoi suka bollywood sikit :P takmau ngaku hahaha and mahima condry hahaha den hentam aje ejA

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak pun suka arjun gak..tapi dia cam lagi sesuai berlakon watak jahat..

      CT mesti dah banyak kali tengok 'Dil Hai Tumhara'..kan?

      preity ngan saif cute sangat kan!

      Delete
  15. Apa2 pun..hrithik roshan..hero faveret akak hokeh!!!..hehe

    ReplyDelete
  16. Shah Rukh Khan memang best.
    Thumbs up!!

    ReplyDelete
  17. Hmmm...walaupun tak minat tapi tau jugalah nama pelakon-pelakon Hindustan ni. Orang cantik, hensem bergetah siapa tak suka belek gambar :) Paling potong stim kat sini dah tentu Salman Khan. Cukup tak suka dia nih....Tak cukup baju jek selalu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha, ramai gak orang tak suka salman ye.tapi memang sis, diorang ni cantik-cantik, seronok tengok kan...

      Delete
  18. masa sis remaja , sis layan hindustan hari jumaat dan sabtu . masa tu cuma ada tv1 , tv2 da tv3 je ...

    ReplyDelete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah