Gold Coast Part 6 - Malam Terakhir - Spring Trip Australia

Friday 24 October 2014

Assalamualaikum dan apa khabar semua..

Macam yang aku janjikan, aku nak buat satu entry khas gambar-gambar suasana malam di Gold Coast. Suka tak? Suka tak? Dalam entry-entry yang lepas gambar semuanya di siang hari. Tak caya, cuba korang usha balik :

Gold Coast Part 1- Intro
Part 2 - Currumbin Wildlife Sanctuary
Part 3 - Sea World
Part 4 - Movie World
Part 5 - Harbour Town

Entry ni bersambung dari kitorang balik dari Harbour Town. Memandangkan ni malam terakhir kitorang di Gold Coast, so kenalah pulun merayap tengok night life kat sini. Ceh! Cakap macamlah malam-malam sebelumnya habis berjalan terus balik rumah tidur.

So, sambung cerita malam tu..pas solat Maghrib, kitorang terus bersiap-siap untuk explore Surfer's Paradise. Pergi on-foot je, tapi kalau nak naik tram pun boleh. Dekat negara yang sejuk ni, biasanya badan larat nak jalan jauh-jauh sebab tak berpeluh. Kalau kat Malaysia, jalan 50 meter je dah berlengas satu badan.

So, nak ke mana kita?

Of course lah nak ke pantai sebab aku dok merengek-rengek nak tengok Lautan Hindi depan mata. Mentang-mentanglah suka tengok citer Hindi, lautan Hindi pun si Sal ni kalut nak tengok. Entah apa-apa kan! 

Actually ni bukan first time kitorang ke pantai Surfer's Paradise. Hari pertama sampai Gold Coast lagi kitorang dah ke sini. Tapi, kali ni aku ada misi. Aku nak pegang air Laut Hindi!

On the way ke pantai tu tengok ramai orang dok berkumpul depan shopping mall Centro Surfer's Paradise. Sebagai seorang yang busy body, haruslah aku ajak diorang mencelah di kalangan orang putih yang ada untuk tengok apa yang depa dok kerumunkan.




Rupa-rupanya ada juggler dok buat freelance show. Apa entah nama dia, aku dah lupa. Dia cakap yang dia ni memang travel around the world untuk perform macam ni. Sekadar harapkan 'derma' dari penonton. Respect giler kot! Kalaulah aku boleh tinggalkan kerja makan gaji pastu buat something yang aku betul-betul passionate, mesti awesome kan! Tapi bukan sebarangan orang mampu. Aku harap mamat ni berjaya sebab dia memang ada talent sebagai performer. Esok-esok dah menang Australia's Top Talent (ada ke show nama tu?), janganlah lupa kat aku. Haha... what the what?

Habis tengok show mamat ni, kitorang pun teruskan perjalanan. Lalu pulak depan muzium Ripley's Believe It Or Not. Korang pernah tak tengok rancangan tu? Pengacara dia adalah abang Superman favourite aku di zaman remaja iaitu Dean Cain. Muzium ni tak termasuk dalam itinerary , so kitorang tak masuk. But just in case korang ke Gold Coast, pastu jenis yang suka benda-benda unik, ajaib dan mistik, mungkin boleh usha tempat ni. Nah, ni link official website dia : Ripley's Surfers Paradise Odditorium

Kita tangkap gambar jela sebagai kenangan

Senang je nak cari muzium Ripley's ni. Berdekatan dengan Cavill Mall. Susah-susah tanya je orang. Muzium ni merupakan antara tarikan di Surfer's Paradise.

Signboard ke Muzium Ripley, depan shoplot Adidas

Jalan lagi dan lagi, kitorang pun jumpa signboard ni.




Ha, tu dia, dah nampak laut depan mata tetibe aku cuak. Mana taknya, ombak menggulung tinggi! No wonderlah pantai ni jadi port terbaik untuk surf.

Tapi aku beranikan jugak diri untuk pegang air tu. Dahlah pakai kasut! Memula memang plan nak pakai selipar. Tapi sebab tak tahan sejuk aku sarung je kasut. Kau ada gi pantai pakai sweater tebal ngan kasut tutup penuh? Hahaha.

Yang penting, aku dah beranikan diri menyentuh air laut kat Gold Coast ni walaupun dok terbayang kalau tetibe disambar ombak, orang kena cari aku plak instead of MH370.

 Posing keras macam patung sebab kesejukan!

Ramai gak mat saleh lepak sini malam-malam. Nak je aku suggest diorang tengok pantai kat Malaysia pulak..You should see Redang and Manukan, people!


Siapa diorang ni? Dok lambai-lambai aku, nak ngorat le tewww. Ops, jangan perasan ye Sal! Orang-orang kat Gold Coast ni memang peramah dengan tourists. Lagi-lagi 'penarik beca' macam diorang ni. What? Beca? Well..kinda. Kalau kat Malaysia orang kayuh beca semua tua-tua, tapi kat sini pengayuh beca dia orang muda-muda. Cool kan? So, malam-malam bila tram dan bas dah tak beroperasi bolehla naik beca nak berjimba-jimbut kat Surfer's Paradise ni. Kitorang tak naik pun, usha dari jauh je.

Lajunya babe! Takat kamera biasa-biasa aku memang tak mampu nak capture gambar.

Settle jalan-jalan dan last minute shopping, kitorang pun balik ke apartment untuk packing barang sebab esoknya kitorang nak tinggalkan Gold Coast. Sedihnya, sebab seronok sangat kat sini. Tempat dia happening. Orang-orang dia pun friendly. 

Habis Gold Coast, kitorang ke mana pulak? Balik Malaysia? Sambung jalan-jalan kat Australia? Ke pergi negara lain pulak? Ha...nak tau, tunggu next entry lah. Saje buat korang saspen. Hihihihi.

Nota Penting: Balik Malaysia tetibe rasa nak google peta Australia. Rupa-rupanya laut yang aku kalut nak sentuh tu bukan Lautan Hindi, tapi Lautan Pasifik. Lautan Hindi tu laut antara benua Asia ngan Australia. Malunya makcik, salah bagi info kat geng travel. 

Tu jelah kot, kali  ni. Aku tengah kumpul info untuk budget Gold Coast. Harap sabar menanti.

Thanks for reading, guys!

29 comments

  1. Kalau kat overseas, memang lagi best kalau jalan kaki :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. tul tu Farah, lagi banyak boleh discover.nak tangkap gambar pun best

      Delete
  2. hhahahaa. sejuk sangatt ke ni?

    btw kak, brader mat saleh bawak beca tu mmg hensem kayy. Haruslah naik. kakaka

    ReplyDelete
    Replies
    1. sejuk sebab berangin. suhu kalau malam belas-belas degrees.akak je poyo macamlah suhu dah tahap negatif..hehehe

      Delete
  3. hehe..tu yg pelik tu..mna pulak lautan hindi kat aussie ni..haha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah pasal, time kelas geografi berangan.Adalah lautan Hindi timm, tapi bukan side Gold Coast ni.

      Delete
  4. Beca dia nampak sporty kan... syok oo.. :) :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah, beca dia laju-laju.Yang bawak pun orang-orang muda. Haruslah..

      Delete
  5. I love the beach...

    p/s: Ada nampak serpihan tak kat lautan hindi hari tu..he..he

    ReplyDelete
  6. salam Sal
    gambar pantai tu serius cantik, walau pun nampak agak misteri diselubungi kegelapan, wah ha ha..
    jalan-jalan melihat kebesaran Allah, sambil merasa kekerdilan diri...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kak..tengok laut terbentang luas, rasa kecik sangat..seronok jalan-jalan ni bila tengok keindahan ciptaan-Nya.

      Delete
  7. Wujud rupanya muzium ripley believe it or not ingtkn dlm studio je,huhuu...>_<

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak sure yang dalam TV tu shooting kat mana.kat Gold Coast ni muzium dia je.

      Delete
  8. bestnya duk jalan2. hehe. kenapa ade saspen2 ni kak?

    ReplyDelete
  9. Lorrr...taktau pulak kat Australia ada beca.
    Memang what the what ni..
    Haha. Curi ayat Sal.
    Hensem x pengayuh beca tu..
    Haha..
    Stop it, Shikin!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..ada je yang hensem.orang putih Doc, memang la ramai yang comel dipandang mata.hehe
      ni pun keindahan ciptaan Tuhan gak...

      Delete
  10. hahahaha pengayuh beca ke cemtu Kak Sal ^^ oooohmai. naik beca sokmo laaa kalau CT pi sana hahahaks. dok melambai lambai tu adoi hatiku yang mudah goyah ni hahaha.. dah la mata mata biru semuanya :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia lambai sebab tengok akak dok tangkap.oh ye, funky sangat 'beca' dia.laju lak tu, taulah kalau orang muda yang bawak.maybe ni basikal elektrik.

      Delete
  11. Lawaklah Sal bercerita. Terhibur. Eh, tersasar dari tajuk! Aduhai, mengidam sangat nak sentuh Lautan Hindi yek sampai tersalah lautan rupanya. Ada hikmahnya - dapatlah mereka meneruskan pencarian MH370 tanpa gangguan ^_^

    Abang beca sikit punya 'bergetah' kalau saya dah mesti-mesti nak naik gak beca tu. Rugi worrr....

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah akibat kalau geografi lulus cukup-cukup makan je..haha.lautan hindi ngan lautan pasifik pun boleh confuse.

      Delete
  12. hahahaha.. serious saya tergelak bila akak cter pasal lautan hindi tu. adoi, saya pun nak sentuh air laut dia! kalau nak surf, eii, takutnya -.-

    wow, penarik beca dia muda? samalah kiranya macam security guard dekat salah satu negara ni. hensem gila. -.-

    saya x boleh nak bayang lagi kalau g oversea dengan suasana sejuk. fuh, pakai aircond kat blik pun dah menggeletar. ini lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..mula-mula akak pun risau, tapi sejak balik hari tu dah tak heran nak pakai jacket kat office.diorang siap perli akak dah jadi orang Aussie..hehe

      Delete
  13. ahaahahah...pada mulanya akak baca Sal cakap nk sentuh air lautan Hindi..tapi cam pelik je bunyi nye x pel agi baca sampai habis then penutupnya ahaha..SALAH kan

    ReplyDelete
  14. mat salleh ni , campak kat mana pun blh je hidup . tu sbb round the world mcm gelandangan pun ok je ... org aussi x heran pn dgn ombak tinggi tu kan ... org sini jaga sgt air muka x mcm mat saleh yg enjoy je dgn apa yg mrk buat . perempuan pun cool je kayuh beca ...

    ReplyDelete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah