Gold Coast Part 4 - Warner Bros Movie World - Spring Trip Australia

Wednesday 15 October 2014

Assalamualaikum and hola semua!!! Sambung balik cerita Australia jom! Ikutkan memang semput tulis pasal travel ni sebab banyak gambar nak pilih dan susun. Details pun kena betul, manalah tau tersalah bagi info, kan naya. Pffft, Sal bajetlah tu, ada orang taksub sangat dengan entry dia!

Tapi bila tengok komen-komen awesome korang dalam entry yang lepas-lepas, rasa bersemangat nak update blog. Kalau boleh semua benda nak sumbat. OKlah, sebelum ayat-ayat blogger perasan fofular makin panjang, baik aku stop. Untuk yang terlepas previous entries, jemput baca sini :

Part 1 - Tetiba aku ada kat Australia
Part 2 - Currumbin Wildlife Sanctuary
Part 3 - Sea World

Hari ke tiga di Gold Coast, kita gi taman tema lagi. Kali ni kitorang ke Warner Bros Movie World pulak.


Untuk ke Movie World, dari apartment kitorang naik bas Theme Park Express TX2.  Berpusing jugak nak cari tempat nak tunggu bas ni, rupa-rupanya kat tempat sama jugak, dekat stesen Cypress Avenue. Biasalah, tak sesat tak namanya tourist kan!

Kitorang sampai ke Movie World agak awal, pintu pun belum dibuka. Tapi kitorang tak payah beli tiket  memandangkan hari sebelumnya dah buat VIP pass. Boleh refer pada entry Sea World . Scan je kad tu dekat gate masuk then kitorang terus serbu, literally, sebab pagi tu hujan!

Kecewa la jugak bila hujan, tapi nasib baik dah bawak raincoat siap-siap.  Sementara tunggu hujan reda, we olls lepak dulu kat kedai DC Super Heroes. Boleh jadi gila peminat Batman, Superman dan Green Lantern kalau kat sini! Ada banyak produk macam mug, bag tag, mouse pad, lanyard...just ready duit je! Somebody save me ........... *lagu tema Smallville*

Nota : Harga merchandise kat sini jauh lagi murah berbanding kat Malaysia. So, kalau korang ni peminat tegar watak-watak komik-komik DC memang nilah tempatnya nak perabih duit.

Alhamdulillah, hujan sekejap je dah teduh. Kitorang terus gi beratur naik Green Lantern Ride. Yang ni aku berani la sebab tak berapa tinggi.


Pastu diorang ajak naik Batwing Spaceshot pulak. Aku rasa on the way ke puncak tu satu Gold Coast boleh dengar aku jerit.. Jangan tak caya Kak Sal korang tak pejam mata pun kat atas tu walaupun rasa pening pening lalat bila tengok bawah.


Muka aku yang acah-acah berani tapi sebenarnya ketaq. Tak sure ni gambar from handphone siapa, yang pasti bukan aku

Memandangkan jantung aku dah hampir nak terkeluar dari soket, diorang ajak aku rileks-rileks dulu, so kitorang pun gi tangkap gambar kat depan signboard 'Superman Escape' ni.


Kata tangkap gambar, mana kitorangnya? Sebenarnya aku segan nak share gambar ada muka we olls sebab biasalah bila di negara orang, aksi bukan-bukan memang tak segan silu menampakkan diri. Hahaha! Biar lah jadi simpanan peribadi kitorang je.

Time tangkap gambar tu, hati dok berbolak-balik nak naik ke tak nak. Aku memang minat giler abang Clark Kent tapi roller coaster dia cam tinggi menjunam je. Fikir punya fikir aku decide untuk tak nak naik. Takpelah, aku tak menyesal. Aku akan menyesal kalau habis ride nanti aku muntah darah merah biru *over sangat kan!*


Jangan tertipu dengan pintu masuk Guest Service yang macam comel je, tapi dalam tu luas. Staff diorang pun friendly

Dah lega tu kitorang proceed ke ride 'Arkham Asylum' pulak. Arkham Asylum ni nampak cam lagi scary! Gee dan Bella je naik. Aku, Jah dan Sakina lepak dekat souvenir shop Looney Toons.


"Why so serious?"

Pastu kitorang masuk Roxy Theatre tengok show 4D, 'Journey 2 the Mysterious Island'. Aku dah pernah tengok full movie, so elemen surprise tu tak berapa nak terasa la. Tapi still enjoy gak sebab effect dia memang best!


Green Lantern yang hensem sikit je dari Ryan Reynolds.



Marilyn, is that you?

Bebudak 4 orang dari Sydney yang sangat peramah dan comel. Image credit : Bella

Scooby Doo Spooky Coster ni ride paling best, bagi aku lah. Tengoklah thumbs up kitorang ala-ala peniaga MLM baru lepas dengar seminar tu


If korang bawak anak-anak boleh bawak diorang ke sini. Kitorang jalan-jalan je sini, tangkap gambar



Pastu kitorang tengok  show Hollywood Stunt Driver ni. Memang boleh buat gugur jantung tengok aksi tunggang terbalik diorang merempit dan drift! Wooohooo!!




Satu je aku terkilan sebab termiss All-Star Parade. Bukan apa, aku nak tengok Superman. Aku ni peminat Superman dari zaman Dean Cain dan Teri Hatcher lagi. Smallville pun tak pernah miss. Kitorang terlepas sebab time parade tu kitorang tengah solat. Takde rezeki.. Sob sob. Green Lantern, Batman, watak-watak Scooby Doo semua terserempak, Superman je tak jumpa. Actually masa kat sana takdelah rasa sedih sangat. Dah balik ke sini tetiba teringat-ingat. Tak boleh jadi ni, kena ke sana lagi sekali nampaknya. Hahaha.

Moral of the story : Buat research betul-betul ye adik-adik sebelum melancong. Jangan main aci redah cam Kak Sal kau ni, opening hours pun tak ambil tahu.

Kat Movie World ada satu je restoran makanan halal, tak silap aku nama dia 'Legends Dining'. Tapi malangnya tutup time hari kitorang pergi. Macam biasa biskut dan coklat menjadi peneman setia. Ajaibnya sepanjang aku berada kat negara kanggaru ni perut boleh je survive. Cuba kalau kat Malaysia, tiap 3,4 jam mintak diisi.

Kitorang stay kat Movie World sampai la dekat-dekat nak tutup, dalam kul 5 petang. Then kitorang pun balik ke Surfers Paradise. Kali ni makan kat Shiraz Restoran lagi tapi kitorang reduce order kepada half. Share jelah, takdelah membazir.

OKlah, that's all folks! Nanti aku sambung lagi ye (Bajet ada orang tunggu aku update blog la konon!)


42 comments

  1. bapak bestttttttttttttttttttt g warner bros!!! jelesnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa :O

    haha... betul2.. kalau x sesat, bukan tourist namanya. lol~ kat genting pun saya x naik spaceshot tu, inikan lagi kat australia. ei, takut mak.. kawan tersalah panggil spaceshi* hahahaha... geram agaknya.

    baiknya diorang sebab pulangkan balik hp. waaaa... kalau kat Malaysia, x boleh nak pastikan lagi dpat ke tak. hahahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha, masa naik tu memang punggung tak cecah kerusi wei...zero gravity!

      kan, dah memang rezeki dia.orang yang jumpa tu memang baik hati.

      Delete
  2. baiknya hati orang yg jumpa hp tu......kalau kat sini dah selamat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan..tak taulah sape orangnya.memang thankful sesangat

      Delete
  3. wow wow. body green lantern tu. hahahaha,....

    sempat ke kak Sal nak terjah semua tempat tu dalam sehari je? :O macam penat gila je... tempat solat ada sediakan ke? kalau xde, akak solat kat ne?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tempat solat ada tapi akak lupa kat mana..padahal ada tulis kat buku nota, akak refer kat blog sape entah..penat pusing-pusing, bentang je sejadah dekat depan cafe yang tutup tu.tapi situ orang tak lalu lalang so takdelah rasa apa sangat.

      Delete
    2. oh ye ke... bagusnya diorang sediakan tempat solat kan... harap2 nya comfortable la..

      p/s : eh, akak macam tahu2 je saya duk cari blog akak tadi. hahaha... nseb bek akak inform.. ^^

      Delete
  4. muahahaha...kak sal thorbaek laaaa! mmg teringin nak sekali g aussie...Melbourne maybe!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha, jom jom.Teringin nak gi Perth, diorang kata cantik!

      Delete
    2. Perth mmg cantik tp costly sikit...hahahaha...Melbourne sbb kwn sally ramai..jimat...kekeke ¯\_(ツ)_/¯

      Delete
  5. Kalo akak pergi tempat2 menan ngeri2 tuh memang rugi.. sebab akak nih penakut nak naik menan2 ngeri nih. tengok org naik pon akak dh gigil.. huhuhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun penakut gak kak..hahaha.tapi dah kawan-kawan semua pun berani, sikit sebanyak jadi berani gak la..ikutkan saya ni, flight nak take off pun saya ketar lutut.

      Delete
  6. wahh seronoknya
    beruntung dapat jalan-jalan ke aussie :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, dekat setahun kumpul duit ni. memang impian dari dulu, dah dapat peluang rebut je

      Delete
  7. tumpang keberanian kawan-kawan kak. gitu gini pun skip jugak satu, dua ride.hehe

    ReplyDelete
  8. bestnya tunggu nak pg jugak kumpul duit nie

    ReplyDelete
  9. muda2 dah dapat sampai ke sana..bestnye sal..rezeki korang..saya tetap tunggu entri2 sal

    ReplyDelete
  10. wahhhh...besau kecik mata nengok gambau dia
    jelessss...teringin nk pi sana huhu..ntah bile le kesampaiannya tu
    nak souvenir boleh hihi tak malu mintak kannn

    ReplyDelete
  11. seronoknya Sal, yang paling best jumpa sly dgn tweety bird tu hehe.. :0

    ReplyDelete
  12. Bestnya..meriah...arkham asylum tu memang boleh gugur jantung..Kita naik Blackpool kat UK...macam kena sawan..menjerit all the way..he..he

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha, nanti nak google blackpool tu.nama pun dah menakutkan.

      Delete
  13. harus melompat anak2 kak kalau dapat peluang p sini..

    p/s kak tak dapat p blog sal. nasib baik terbc komen sal kat blog okjer..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tengah dalam usaha nak drop komen kat semua follower...huhu.sorry sis :)

      Delete
  14. amboi tak bagitau kathy pun nak tukar link...nsb baik terbaca dari blog member..lama dah tak singgah blog kathy..merajuk ni...hehehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. adalah sis kathy saya drop kat komen, sis tak perasan kot. bukan merajuk, tapi sibuk...huhu.

      Delete
  15. Teringat zaman pegi usj..yokohama...akak tak pernah naik..hahahaha...boleh muntah darah kalau naik...tak puas la tgk gamba guna henset...kecik sgt...tak sabo nak repair laptop..huhu..

    ReplyDelete
  16. Magaddd. Kat genting pun ada ride mcm superman. tuu sumpah seriau nak naik. lepas tu kan, bila nak roller coaster, memang dari awal sampai habis ride saya menjerit je. yg paling best, kawan saya kat sebelah, gelak je tngok saya jerit bagai nak terkeluar anak tekakk. hahaha.

    pergi theme park ni kena cabar keberanian sikit.

    Okay. Next update pleaseee! hehehe

    ReplyDelete
  17. mmg best kan pegi movie world...puas naik ride yg ada..tp kenapa x naik arkham asylum tu...
    Hollywood stunt rider tu mmg BEST
    yx bestnya hujan lah ye time Sal pegi ni..bulan berapa je
    Sis pegi bln Mei..mmg langit BIRU...gambar semua nampak cantik lew hihhi

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya gi masa bulan september..baru lagi ni.spring memang gitu kot

      Delete
  18. bestnye pergi gold coast..salah satu tempat dalam senarai yang saya nak pergi sangat2..tp x der rezeki lagi :-)

    ReplyDelete
  19. singgah sini akak

    salam perkenalan

    ReplyDelete
  20. Tak tahu pun ada Warner Bros dekat Aussie ni. Apakah?! Hahaha

    Seronok je tengok gambar dan baca pengalaman kak Sal

    ReplyDelete
  21. isk isk isk !! kalau CT pegi ni tak surelah CT naik ke tidak rides tu semua. memang tidak laah hahaha jadi macam membazir je untuk CT pegi bhahaha.. tapi sronok sebb boleh jumpa characters and nyopping kalau kaya ..

    ReplyDelete
  22. wow bestnya...saya belum kepunya peluang untuk kesana

    ReplyDelete
  23. Thanx for sharing all d infos.
    Ishhh..jangan lah cakap macam tu..
    Pasti ramai yang nak baca entri ni, Sal.

    ReplyDelete
  24. And...memang best sangat kalau share banyak gambar2 macam ni.
    Takde lah buat imagination sendiri.
    Ongkosnya belum ada.

    ReplyDelete
  25. Sal pergi berapa hari?
    Tak ingat dah..
    Kalau x keberatan, sharelah budget kasar overall berapa?
    Nak simpan duit untuk bawak anak-anak jalan one day..erkkk mesti banyak, kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya kat gold coast 4 hari. ok, nanti saya share.kena kumpul info dulu sebab dah tak ingat..huhu.teruk kan?

      Delete
  26. mau ambik sehari suntuk kat sini . byk sgt tpt blh enjoy . sedia duit je lah kan ... klu sis bkn muntah merah , takut kaki dah x blh jln ... hahahaaa

    ReplyDelete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah