Gold Coast Part 3 - Sea World - Spring Trip Australia

Friday 10 October 2014

Assalamualaikum semua!!! Kita sambung balik cerita Australia ye. Buat yang terlepas, boleh baca dulu Part 1 dan Part 2 .Dah sedia ke nak baca? OK, tarik nafas dulu dan sediakan popcorn sebab entry ni panjang dan banyak gambar.

Hari kedua kat Gold Coast ni Kak Sal nak ke mana pulak? Jeng jeng jeng!! Dah tak payah nak budget saspen sangatlah. Dah sah-sah kat title tulis ke Sea World!


Pagi-pagi lagi kitorang dah bangun dan bersiap. Sebab takut kelaparan, masing-masing breakfast heavy. Sempat jugak selit coklat dan biskut dalam beg. Kalau ikut peraturan tak dibenarkan bawa makanan luar ke dalam theme park, so pandai-pandai la cover line.

Untuk ke theme park ni, kami beli tiket 3 in 1. Ke Sea World, Movie World dan Wet n Wild Park. Beli combo ticket macam ni lagi jimat dari beli asing-asing. Tapi first nak mintak maaf la kat korang sebab aku tak tau macamana nak beli tiket online sebab semuanya kawan-kawan aku yang uruskan. Hanya boleh share petua tu je. Oh ye, kalau beli tiket online awal-awal biasanya lagi murah dan menjimatkan masa sebab tak payah beratur panjang-panjang.

Dari apartment, kitorang berjalan kaki untuk menunggu bas di stesen 'Cypress Avenue'. Jangan keliru dengan stesen tram. Adalah penting untuk menunggu di arah yang betul, so kalau tak sure tanya je local yang lalu-lalang . Diorang sangat helpful. Naik bas nombor 705. Yang ni conform tak terlepas hentian sebab dari jauh dah boleh nampak Sea World, lagipun ia merupakan last stop. Perjalanan mengambil masa tak sampai 20 minit. Sepanjang jalan akan nampak Mat Salleh pakai short dan sleeveless jalan-jalan tepi pantai sedangkan kau zip jaket sampai ke dagu sebab tak tahan sejuk! Cis!


Kitorang sampai ke Sea World sebelum pukul 9 pagi, park pun belum dibuka. So, kami pun tunjukkan slip booking yang kami dah print untuk buat pass VIP di kaunter berhampiran pintu masuk. Pass VIP ni valid setahun tapi hanya untuk pemegang pass sahaja. Siap ada gambar sendiri lagi untuk mengelakkan misuse.

Dah settle dapat kad masing-masing, apa lagi, kita serbu!!!!


Masuk je terus blur tak tahu nak gi mana walaupun dibekalkan map. Masa tu memang terkesima dengan keindahan Sea World. Subhanallah..memang cantik sesangat!!  Sekadar berkongsi fakta sains dengan u olls, warna permukaan air ditentukan oleh refleksi warna langit. Lagi biru langit, lagi hijau kebiruanlah permukaan airnya. Sedangkan kalau korang cedok air tu, warnanya jernih macam air biasa jugak. Cool tak?

Burung Pelican. Dalam kartun orang putih terkenal dengan mitos bawak baby dalam paruh then drop depan rumah. 

Pastu, we olls ke Penguin Encounter untuk tengok burung yang pandai berenang tapi tak boleh terbang ni. Penguin ni haiwan kutub, bukan asal dari Australia, tapi pihak Sea World sediakan environment yang sesuai untuk tatapan pelawat. OKlah, kat sana sejuk. Kot kalau kat Malaysia ni mau mati kering.


Next, kitorang tengok show sea lion. At first aku skeptical jugak. Iyelah, kat Malaysia pun ada gak show singa laut kan? Tapi tu dia, singa laut kat Australia ni besar-besar OK! And diorang sangat talented dan menghiburkan. Jauh lagi berbakat dari pelakon-pelakon lawa tapi kaku kat TV kita tu. Ops!!!


Lepas tengok show, masing-masing dah tak sabar nak naik ride. Masing-masing tu tak termasuk aku ye. Sebab aku ni takut ketinggian! Tapi atas pujukan diorang aku pun naiklah jugak.  Rides kat Sea World ni tak banyak dan tak mencabar sangat. Hahaha, gitu-gini pun aku rasa aku jerit paling kuat. Anak Mat Salleh pun steady je. Sorry mate!! Gambar rides aku takde sebab beg dah simpan dalam loker. Harap korang percaya..hehehe

Kalau ada duit lebih boleh naik bot ni. Lantai dia kaca, so boleh nampak ikan jerung berenang-renang kat bawah. Ada beran?

Dolphin..Ikan yang terpaling comel dalam dunia!

Penguin lagi

Beruang Polar. Comel sangat! Tapi tengok diorang meratah ikan dengan rakusnya cam seriau pulak.

Tempat haiwan-haiwan kat Sea World ni berpagar semuanya, so memang tak dapat la nak petting dolphin, penguin atau jerung melainkan korang bayar. Cakap macamlah berani nak pegang semua-semua tu! Hahahaha. Kecuali untuk hidupan laut cam Starfish, Urchin dan Coral bolehla nak pegang. Rasa lembik-lembik gitu

Kalau korang ni kaya gila-gila boleh naik helikopter pusing-pusing Gold Coast. 

"Who lives in the Pineapple under the sea!!"

Walaupun takut tinggi aku ada keinginan nak naik Cable Car ni. Tapi sayang tak dapat sebab angin kuat. Ruginya! Untuk naik cable car ni, boleh naik berhampiran SpongeBob 4D theater.

Oh ye, jangan terlepas pertunjukan Jet Stunt Extreme..yang ni aku tengok dari jauh sebab dalam arena tu dah penuh. Memang best! Dok ralit tengok aku lupa tangkap gambar. Huhuhu.

Sebelum balik, kitorang singgah solat di Prayer Room kat stesen monorail. Masing-masing dah kelaparan sebab hanya alas perut dengan biskut dan coklat je. Kat dalam Sea World takde pulak kafe' makanan halal. So, bertabahlah balik ke Surfers Paradise untuk makan. Untuk balik, kitorang naik bas yang sama di stesen yang sama masa sampai tadi.


Kali ni kitorang singgah Restoran Shiraz pulak. Disebabkan terlampau lapar, tak terfikir nak kongsi meal. Redha jelah order meal 13 AUD sepinggan tapi tak habis sebab makanan Arab kan portion besar. 13 AUD tu lebih kurang RM 39. *lap peluh*


Tapi tulah, kalau nak survive kat negara maju tak bolehla setiap kali nak bayar kita convert ke RM. Kalau tidak memang nak beli air mineral pun tak rela. Rasa serba-sebi mahal. Transport mahal, makan mahal, groceries mahal..

Kalau korang nak beli souvenir kat kedai-kedai sepanjang Surfers Paradise ni, jangan gopoh. Survey satu-satu sebab ada kedai yang menawarkan harga jauh lagi murah dengan design yang lagi cantik. Jangan nanti menyesal macam aku! Jangan terlampau mudah percaya kedai yang claim harga dia paling murah dan diorang nak bagi kau diskaun lebih! Kedai ada banyak sepanjang jalan, so kena pandai compare harga. Kalau part souvenir adalah penting untuk convert agar tak terkilan. Ingat, survey dulu before beli supaya tak menyesal. Aku ulang sampai dua kali ni sebab ada pengalaman sesal tak sudah yang tak sanggup nak cerita kat sini.Huhuhuhu

Settle shoping dan camwhoring kitorang pun balik ke apartment untuk tidur. Sekali lagi aku memerlukan bantuan panadol untuk hilangkan denyut di kepala. Mungkin sebab matahari memancar dengan terik sekali ditambah pulak dengan angin sejuk buat badan aku tak tentu hala. Tapi itulah dia, musim spring di Gold Coast, Australia. Panas tapi sejuk. Dah acaner tu?

Lupa mention, sila lumur muka dengan sunblock sebelum ke Sea World supaya tak 'terbakar' which is terjadi pada I olls...

Thanks for reading peeps.

41 comments

  1. bestnya sesuai jadi panduan anum for next holiday

    ReplyDelete
  2. Mahalnya sampai RM39.
    Hehe..harapnye best.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap la jugak.. tapi kalau dah lapar kan, megi pun rasa macam spaghetti..haha

      Delete
  3. Bestnya tengok animals kat sini.
    Nampak sihat2..hehe.
    Airnya pun jernih je.

    ReplyDelete
  4. cantik n menarik tmpt2 nyer

    nasi arab tu x leh tapaw ke? ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh je..tapi kalau nak jalan-jalan leceh la nak bawak makanan ke hulu ke hilir

      Delete
  5. Best tempat tu.....nasi arab kt malaysia ini pun dah dekat RM20.00 sepinggan..
    Malaysia ada Penguin - di UNDERWATER WORLD, Langkawi....Siap diorang eksport ke Vietnam dah anak penguin tu sekarang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh really..thanks sharing sis!llast pergi sana masa kecik dulu, tak ingat pulak

      Delete
  6. Masya-Allah makan sepinggan sorang nasi arab tu sah-sahlah tak boleh habis
    Tapi betul juga kalau setiap kali nak beli nak buat conversion memang tak bolehlah nak shopping..

    ReplyDelete
  7. Standart la tu harga makanan2 kat situ. Kalau kak sal tanye bebudak malaysia yang duduk sane, konfem2 diorg terer kat mane kedai murah restoran murah. Restoran selera melayu pun ade. Hihi. Tu la adik ana cakap, kat sana wpun matahari terik tapi cuaca dia still sejuk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak buat cmane, ktorang ni pergi sendirian berhad.. according tu research melalui blog dan website je..

      kat gold coast tak jumpa student Malaysia.kalau ada pun tourist macam ktorang.

      Delete
  8. akak tumpang cuci mata kat sini..

    ReplyDelete
  9. Suasana tempatnya cantik & menyegarkan..mmg best.. :) :)

    ReplyDelete
  10. ada pray room tu yg best ... tak rugi gi situ sbb byk tpt dan aktiviti ... travel ni bab duit poket tu yg kena tebal sikit .

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum Sal Bee Yah..
    Chicken tikka ke tu dik??
    Tetiba lak rasa rindu sangat dengan makanan Arab.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan rasanya kak Sham..ni Restoran Persian, nama kebab ni memang susah sikit nak sebut

      Delete
  12. Assalam dik sal, am ur new silent reader, hehehe.... Nanti share la overall cost for this trip ye, hotel, transportation, ticket, etc :) thanks

    ReplyDelete
    Replies
    1. Inshaallah sis. Saya ni pergi ikut kawan, so most of it diorang yang settlekan.Akan cuba sedaya-upaya saya untuk listkan apa yang patut. :)

      Delete
    2. Hai Nana Rjay...tanya cost semua tu mesti nk pegi ni heheehh

      Delete
    3. agaknya lah tu. saya cadangkan Nana gi refer kat blog Jari Manis, details dia lagi complete (promote sikit...hehe)

      Delete
    4. Inshaallah, once dah habis entry gold coast akan buat jugak.nak kena kumpul maklumat dulu..hihihi.

      Delete
  13. Lahai sonoknya Sal...tempat feberet akk ni..boleh tgk hidupan laut..

    ReplyDelete
  14. tengok picture2 ni teringat time akak ke sana tapi antara sea word dan movie world..movie wolrd is the best

    ReplyDelete
  15. rasa seperti x habis pusing je dalam sea word ni..cepat je balik..x tunggu tgk show ke..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terlepas show dolphin..huhuhu.
      p/s: pendek je kan entry?blogger pemalas gini lah..haha

      Delete
    2. ahahaah...Sal ..jgn malas2 tau nanti Nuffnang tak nak kasi iklan hihih...Sal perlu cari cara tuk tempek iklan tu sbb reader blog Sal x kurang byk nyer

      Delete
    3. hehe..share lebih kurang je sis, nanti tak surprise untuk yang nak pergi kalau dah baca semua kat sini..hehe

      Delete
  16. Jealousnya..tak sabar nak gi Aussie...Part sea world tu memang classlah..comelnya beruang piolar tu..

    ReplyDelete
  17. 1. bhahaha penguin kalo kat mesia mati kering semuanya. cost nak jaga diorang aje dah berapa. yang kat langkawi and zoo pun huurm.. cem segan segan aje nak idop. alaahai penguin ni. amek buat satay ^^

    2. akak..!! scarynyee naik bot lantai transparent tuh. nampak jerung..?? macam tak funny aje.. ntah naik skali jerung lintas terkejut pi terjun dalam kolam bhahaha.. wassalamu disitu.

    3. dolpin cuteee..!! mahal ke kak kalau nak pegang dolpin tu ? kalau CT pergi rasanya macam nak melabur aje duit nak pegang dolpin.

    4. helicopter ? nehi nehi kabi nehi.. rides..?? nehi too.. samalah kita. takut tinggi and takut rides. naik merry go round nak lah bhahaha. sebab tu tak ada nafsu nak pegi USS even orang kata best.

    5. makan aje kak sekali sekala. alah kalau ikutkan makanan arab kat mesia ni pun mahal mahal.. telan aje tak payah kira kira..

    6. cepat update next entry ^^

    haaaa boleh dak buat komen cenggini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terharunya tengok komen beratur gini..ni baru namanya komen ikhlas.hihihi.

      memang nak update entry cepat-cepat tapi tulah takde masa sesuai. Kena concentrate..huhu. Kalau tulis malas-malas nampak cam kedekut kongsi cerita plak.Reader pun tak faham..hehe

      Delete
  18. Komen iklas? Haha. Suka ayat tu. kah!

    Memang mahal ek kat sana? Sampai rm40 makan lunch. Kena survey betul2 ni.

    Gewam pulak tngok singa laut tuu. Rasa nak peluk2 jee. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab nilai duit kita yang rendah, tu yang rasa mahal. Bg diorang harga tu standard

      Delete
  19. cantik gila Sea World!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! yelah, tengok pelican tu teringat baby kena angkut dalam kain. wahahahahaha...

    Spongebob Squarepants. hahaha... kan dah ternyanyi sekali. adoi, tadi nyanyi lagu smalliville. XD

    oh, naik helikopter pun boleh erk? tapi macam x best je, sebab x nampak dekat2...
    kalau macam tu, shiraz tu memang spot untuk orang islam yang datang melawat australia la kan.. untung dia. hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada je restoran halal lain, tapi since kat situ sedap tu yang sampai 2 kali kitorang ke sana.

      naik helikopter kalau nak tengok keseluruhan gold coast. cantiklah kot akak rasa sebab gold coast ni terkenal dengan pantai dia yang cantik.

      sea world memang cantik :)

      Delete
    2. berapa banyak cantik daa...

      Delete
    3. oh, ye ke kak? hmm... nanti kena g la shiraz tu.. cewah, cakap macam nk g australia je... hahaha...

      saya takutlah naik helikopter. gayat... mahu x tengok pape nanti. hahahaha...

      Delete
  20. Jealous gila tengok!

    Dari dulu teringin nak ke Sea World ni sebab nak tengok dolphin

    ReplyDelete
  21. Jelesnya baca huhu

    Sal menarik review tentang percutian ni. Selepas ni harap banyak lagi gambar.
    Nasi tu sedap tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. nasi pulut...lain sangat rasa dengan nasi kat Malaysia..hehe.

      Insya allah, entry-entry berikutnya lagi banyak gambar.kena pilih dulu, tu yang lambat update

      Delete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah