***Mak Cun***
Sabtu lepas berpeluang menonton Teater Muzikal Mak Cun arahan Erma Fatima di Istana Budaya. Best ke tak?
Of course lah best! Pelakon-pelakon, terutamanya Umie Aida dan Erma Fatima memang superb! Macamana korang dok gelak guling-guling tengok drama bersiri ni kat TV, macam tu lah kelakarnya teater ni. Bukan setakat menghiburkan, tapi kaya dengan pengajaran. Tentang sikap usahawan Melayu yang berpuas hati dengan 'cukup makan', tentang taksubnya orang kita dengan 'orang putih' dan tabiat masyarakat yang suka mengadu domba dan menjaja cerita. Paling aku suka bila watak Mak Cun menyindir perempuan yang 'amik laki orang'. Perli sape tu kak Erma weii...hahaha.
Yang tak best satu je, aku amik tiket yang paling murah sekali. Aku suggest korang kalau nak tengok teater di Istana Budaya, janganlah duduk kat tingkat tiga ni. Jauh sangat dengan pentas.
Sebelum menonton teater, ND ajak aku ngan SR makan dulu kat
Sany Char Kuey Tiow kat sebelah Istana Budaya. Memang
sedap wei kuey tiow dia! Aku walaupun dah makan kat rumah, tapi boleh bantai 2 pinggan kuey tiow biasa. Kalau tau sedap, aku order yang besar, takpun yang special terus. Mungkin sebab tengah hujan kot. Ewah, salahkan cuaca pulak! Udang dia pun banyak. Kalau tak suka taugeh, jangan lupa pesan tak nak taugeh..membazir je macam aku! (
Sape tak suka taugeh angkat tangan! ) Kalau korang tak nak makan kuey tiow pun, ada je menu lain macam masakan panas dan keropok lekor. Senang nak cam gerai dia sebab dahla besar, warna merah lak tu. Takpun, korang follow je bau, mesti jumpa. Hahaha.
*** Mak Siti***
Habis teater agak lewat, tambah dengan jam nak keluar dari parking Istana Budaya memandangkan malam tu show full house, pukul 12.15 tengah malam baru aku sampai ke rumah. Korang rasa aku buat apa? Tidur terus? Ke bukak TV? Hahaha, of course lah bukak TV. Tunggu game Liverpool vs Manchester City pukul 1.30 pagi. Sementara tu, solat Isyak, makan (makan lagi?) dan lepak-lepak tengok match lain dulu. Kopi tak payah, sebab dah minum before tengok Mak Cun.
1-4 gais! Ingat senang ke nak menang lawan Man City, kelab kaya yang berada di kedudukan pertama liga Inggeris (EPL) dan dibarisi pemain bertaraf dunia macam Kun Aguero, Yaya Toure dan Joe Hart. Baru korang tau Liverpool power ke tidak! Ingat team kitorang ayam sangat ke!
Time menang kita berlagak, time kalah kita masuk gua la wei...
Apa kaitan dengan Mak Siti? Sebab pasukan Manchester City / Man City digelar Mak Siti / Mek Siti oleh fan EPL di Malaysia. Tu je.
*** Mockingjay***
Menonton rancangan sukan akan memberi adrenaline rush, buat kita excited dan jantung berdebar. Lagi-lagi kalau menang, memang susah nak tidur. Tambah pulak dok teringat-ingat lawak Mak Cun tadi. Dekat pukul 4 jugaklah baru aku tidur.
Bangun pagi tetiba rasa hidung tersumbat. Pastu dah start bersin-bersin. Oh, great! Tapi keinginan nak tengok Mockingjay Part II mengatasi segalanya. Aku gagahkan jugak ke KLCC, menonton tayangan paling awal, pukul 11.15 pagi. Bukan apa, kat TGV KLCC ni, tayangan sebelum pukul 12 tengahari, harga tiket RM 8 sahaja. Diulang, RM 8 sahaja, tanpa GST! Gila apa aku menolak peluang menjimatkan duit.
Patutnya aku tengok dengan Encik A, tapi dia pulak demam, so aku tengok je sorang-sorang. Mujur orang tak ramai, sebab dalam tu asyik aku je sok sek sok sek. Bukan sebab cerita tu sedih, tapi sebab hidung ni dok mengeluarkan cairan. Hahahaha. Yang tak bestnya, bila orang tak ramai, panggung jadi berganda-ganda sejuk. Sal, kau memang cari pasal!
Sesape yang follow citer ni wajib tengok oi!! Sesape yang tak follow aku nasihat kan tengok Mockingjay Part I dulu kalau tak memang sumpah tak faham. Ending agak dijangka, tapi dia punya plot twist memang gempak. So, are you..are you..coming to the tree? (Yang follow movie ni je faham)
Habis wayang aku terus balik. Badan dah start rasa tak best. Kombinasi udang dalam kuey teow + kena hujan + berjaga malam + air cond panggung wayang = selsema dan sakit tekak. Aku dahlah memang ada resdung.
Malam tu aku tidur awal lepas makan ubat, tak dapat lah tengok Gegar Vaganza. Korang sokong sape? Aku suka Azian Mazwan dengan Ezad.
*** Monday Blues***
Patutnya kalau weekend meriah, haruslah pagi Isnin semangat nak gi kerja, tak gitu Cik Salmah. Tapi aku tidak, sebab...
M.C dua hari da...
Tulah bahana kalau perasan diri tu kuat macam Katniss Everdeen. Kihkihkih.. Doakan esok aku sihat dan boleh kembali bekerja. M.C lama-lama pun jemu gak wei!
Apa-apa pun, thanks for reading!