Wednesday, 17 February 2016

Bukan blog bola sepak

Perhatian : Entry ini sangat football overload! Hanya baca tiga perenggan pertama kalau korang tak nak masalah ketidakhadaman dan pening lalat.

Assalamualaikum semua! Phewww...jenuh kak Sal korang membalas komen-komen dalam entry INI . Topik kahwin..menarik, tapi sensitif kan? Aku bukannya apa, tengok korang semua macam takde mood je blogging, aku pun korek entry terperap dalam draft, edit sikit dan publish. Kasi panas line. Awalnya aku risau jugak, manalah tahu tulisan aku menimbulkan kontroversi, salah faham atau menyebabkan kemurungan. Adat jadi blogger ni, bukan boleh main tulis je. Silap gaya boleh masuk jail tau! Kah kah kah.

Sebenarnya aku dilanda kesibukan 2,3 menjak ni. Sibuk kerja dah satu hal, sibuk dengan urusan peribadi pun satu hal lagi. Jarang dapat curi masa nak update blog, sedang keinginan menyambung entry Melbourne begitu membuak-buak. *Jeling-jeling Siti Yang Menaip* Aku kalau taip entry pasal travel ni, memang kena concentrate. Tak reti nak menyambil. Biasalah, aku hanya blogger picisan yang penuh dengan kesilapan. Oh ye, hadiah pemenang giveaway aku dan Siti dah pos! Harap sampai kepada penerima dengan selamat. Dan sejujurnya rasa sangat bersalah sebab lambat announce pemenang, lambat pos hadiah dan tak buat entry bagitau hadiah dah di pos. I feel so guilty, harap korang semua jangan marahkan aku. Sorry sesangat.

#jangankecamsaya

Sibuk punya pasal, Deadpool ngan Ola Bola pun tak sempat tengok lagi!

Cakap pasal bola, minggu ni merupakan minggu yang interesting dalam bola sepak. Antara yang menjadi perhatian adalah :

1. Gol freekick Faiz Subri vs Pahang F.C, 16 Februari 2016


Pergh..memang merembes OK tengok gol ni! Dia punya curve tu menyalahi undang-undang Fizik. Jangan kata David Beckham, Roberto Carlos pun boleh nangis tengok. The best part, gol Faiz ni menarik perhatian football community all over the world. Penganalisis taktikal, peminat, even pemain bola berstatus legend. Siap ada yang kata, gol ni layak menang Puskas Award. (Apa itu Puskas Award? Nak tau boleh baca dalam entry ini.) Even tercalon pun jadi sesuatu yang membanggakan, apatah lagi kalau menang. Apa barang takluk Asia, ni takluk dunia bro! Takpe, nanti bila undian Puskas Award dibuka, kita vote ramai-ramai ek. Apa, ingat orang Malaysia tak reti main bola ke!

2. Sturridge is back!!!

Antara pemain forward Liverpool yang mampu meletakkan nama sebaris dengan Torres, Suarez, Owen dan Fowler, tapi sayang dibelenggu kecederaan yang tak sudah-sudah. Score - injured - score - injured balik. Tulah kitaran hidup pemain England yang digelar Mat Kaca ni. Tapi, dia ni memang power dan digeruni ramai defender. Aku minat dia sebab dia ada naluri striker sejati. Sentiasa alert dengan hantaran midfielder, strategic ball placing dan arah sepakan dia selalu mengelirukan pihak lawan. Tau-tau bola dah ada dalam gol je.


Dah lebih sebulan injured, Sturridge kembali beraksi dan of course la score sebiji. Lagi sweet, Liverpool menang bergaya 6-0 sewaktu menentang Aston Villa! Kenduri bosar! Tak caya, tengok highlight sini. Maka bertempiaranlah penyokong Liverpool keluar dari Gua Anfield... *jeling Yana Yani dalam gua Old Trafford*

Semoga Liverpool akan kekal cemerlang sampai hujung season. Tak dapat Champions League spot pun takpe, asalkan kedudukan dalam table jauh di atas Chelsea. *Jeling-jeling Ewan*.

3. JDT menang Piala Sumbangsih 2016

Piala Sumbangsih merupakan piala tahunan yang dipertandingkan antara juara Liga Super dan pemenang Piala FA season lepas. JDT menang melalui penentuan set penalti selepas seri 1-1 dalam masa permainan 90 minit dengan Selangor. Sebagai someone yang family asal Johor, tapi membesar di Selangor, aku sebenarnya neutral. Mana-mana menang pun aku terima je.

Trofi kelima Harimau Selatan dalam masa 3 tahun! Power! Team terunggul, Liverpool pun mampu dapat satu piala je dalam tempoh 10 tahun. Luaskan kuasamu Johor! Abaikan haters semua. Diorang memang dengki sebab diorang tak takluk Asia.

4. Messi - Suarez cheeky penalty kick

Messi ngan Suarez score bukanlah sesuatu yang ajaib. Takde apa nak diherankan. Tapi, ambil penalti macam ni, memang 'jahat' OK.


Penalty kick macam ni hanya dibenarkan untuk penalti hidup, iaitu semasa game sedang dimainkan, samada full 90 minutes atau injury time. Tak boleh buat semasa penentuan pemenang melalui set penalti. Saja bagitau, sebab ada gak kawan yang tak tengok bola tanya pasal ni. Ingat aku tak tau rule, tau tengok pemain hensem je ke.

Sekian la highlight menarik aku nak share ngan korang. Tak...aku bukan wartawan sukan. Aku hanya gadis biasa yang suka tengok bola sebab nak tengok lelaki hensem. Sepak bola pun tak kena, takat main Fantasy Premier League tu tahulah.

Segala gambar dan video adalah hasil carian Google. 

Outstation sampai minggu depan. Mohon jangan rindu..Biarlah aku je yang rindu korang..Thanks for reading gais! You'll Never Walk Alone!

39 comments:

  1. assalamualikum Sal
    serender kaknoor tk reti nk ckp pasal bola2 ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau pasal makanan insya Allah hahaha bolehlah sikit2

      Delete
    2. sokong kak Noor...JM ni plak kalau cakap pasal travel sehari x mkn pun x pe heeee

      Delete
  2. Cik Sal oooo Cik Sal!!!! i dtg niiii...

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboi cik JM..mana u pergi.ingat merajuk tadi

      Delete
  3. Mengenali cik sal ... menyebabkan saya turut menjadi seorang yang sangat informative ttg bola ...

    Kipidap cik sal...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju!! Dulu, apa yg akak tahu tentang bola sepak hanya bola tu sendiri. Sekarang dah up sikit dah ;)

      Delete
    2. sekadar berkongsi..saya pun bukan pandai sangat

      Delete
  4. Apa pun freekick faiz memang terbaek...
    abes meeting td ehhhh senpai semua sambung pasal bola ... pasai free kick si faiz ni...

    Good job faiz ... #kipidap

    ReplyDelete
  5. Ok. Akak boleh berlagak kononnya update tentanf bola sepak lepas baca entri ni :)

    ReplyDelete
  6. MENARIK SGT N3 BOLA SAL NI...BOLEHLA TAU SERBASIKIT PASAL BOLA...

    ReplyDelete
  7. arghh lama x datang sini nama dah kuar dari list top huhuhu

    ReplyDelete
  8. kalau Wak Lat baca entri ni mesti x pening lalat tapi lalat yg pening

    ReplyDelete
  9. Ada topik kahwin? nanti nk terjah heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..topik menarik mestila kena baca kak JM!

      Delete
  10. ahakss..x de mood nk blogging tu sis JM lah tu

    ReplyDelete
  11. x pe sal lambat pos pun sbb......sis JM x dpt hadiah tu...kah kah kah..lawak x lawak x

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak bagi berapa ha ni?bagi hu boleh?hehehe

      Delete
  12. bila cik Sal ckp asal bola..hurmmm...mampu senyum je x pandai mencelah

    ReplyDelete
  13. ohhh baru tahu...tgk bola but tgk pemain ensem je ehhh..hhaaa kantoi!

    ReplyDelete
  14. Yeayyyyyy !!!!! Ada geng minat bola. Huhuh

    ReplyDelete
  15. yg pasal gol faiz tu tahulah juga..tu pun baca tajuk je di fb..klu footballer luar negara memang sepatah haram tak tahu.surrander awal2.hahaha

    ReplyDelete
  16. Hdaoiiii... Robot menyerang pulak.... CIsss.. Esok laa komen... Iskkss...

    ReplyDelete
  17. Akak baru tau pasal gol freekick tu semalam, HD cerita. Tapi yang buat akak tersengih lebar tak katup mulut adalah cerita no. 3 tu. Bangganya alahai. Memang sejak azali dah ngaku orang Johor; masa Johor takda apa-apa sampailah Johor ada segala-galanya sekarang. Oh, bangga banyak walaupun tak minat bola! Janji ada nampak tulisan 'Johor' ^_^

    Lain-lain akak tak retilah nak komen, Sal. Kang kalau akak komen, nampak sangat akak kopipes jawapan entah mana-mana pengomen bola tau!

    ReplyDelete
  18. JDT dalam masa sama buktikan org malaysia pun pandai main bola tau.. hehe.. pasal freekick si Faiz tu banggalah sama dia.. Yg pastu dia org Kedah.. HAHA... Nak kata I minat bola, tak jugak, tapi I follow juga sikit,

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi kesian orang Kedah, pasai yang dapat nama Pulau Pinang..haha

      Delete
  19. Hal² lain pasal bola taktau melainkan item yang pertama. Viral doh!! Kipidap Malaysia!!♥

    ReplyDelete
  20. arghh...! saya tal minat bola. hehe. Tapi Chelsea sentiasa di hati.

    ReplyDelete
  21. uhuk.. terasa terkesan sangat tau tajam jelingan u tuuuu..

    ReplyDelete
  22. samalah Kak Sal ooi.. orang lain da masuk travelogue tempat lain dah.. kita ni dok Melbourne tak sudah wakaka.. kurun bila tah nak abes..

    ReplyDelete
  23. betulla.. scroll baca yang atas ja.. sampai bawah pening da nak faham apa..

    ReplyDelete
  24. Sebok ek....anak dara mmg cenggitu, selalu sebok. Sok sok kalau dah tak berdara sebok ngan laki lak....hihi.
    Pasal bola bawah tu, mak malas nak baca
    Babai!

    ReplyDelete
  25. Sebok ek....anak dara mmg cenggitu, selalu sebok. Sok sok kalau dah tak berdara sebok ngan laki lak....hihi.
    Pasal bola bawah tu, mak malas nak baca
    Babai!

    ReplyDelete
  26. aRz yang jarang ikut pasal bola pun tertengok pasal faiz subri.....

    ReplyDelete
  27. sal oh sal.
    akak baca meskipun akak x minat bola.
    beberapa perkataan akak x faham :)
    hahaha... memang minat bola ekk?
    kipidap.

    ReplyDelete
  28. mencungap nk spot UCL tu eihhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. janji atas Chelsea..nak dapat UCL tu macam nak pengsan..

      Delete

Thanks sudi baca. Komen je apa-apa korang suka. Lagi panjang lagi best

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by BloggerCandy.com