Siang mengantuk malam berjaga

Saturday, 12 June 2021

Penantian 4 tahun sekali berakhir! Top up setahun gara-gara Covid 19 so jadi 5 tahun. Euro tiba lagi. Walaupun diadakan di tahun 2021, nama 'Euro 2020' dikekalkan. Kali ini melibatkan lebih dari satu tuan rumah.  11 bandar di 11 buah negara Eropah bersedia menjadi venue perlawanan. UEFA nak buat kelainan sempena ulangtahun Euro ke 60. Ia dah dirancang sebelum pandemik lagi. Bad timing nampaknya. Harap takdelah kluster Euro sebab sempadan negara-negara tuan rumah dibuka untuk pemain dan penonton. 

Info pasal venue perlawanan boleh baca SINI


Masih melibatkan 24 buah negara seperti kejohanan di tahun 2016. Antara pasukan yang disebut-sebut sebagai bakal juara adalah France, Belgium, Itali dan erk... England (team favourite blogger Anies). Seperti biasa aku masih menyokong Spain walaupun ramalan awal aku, team favourite aku hanya mampu bertahan setakat 16 terakhir berdasarkan senarai pemain yang terpilih dan prestasi La Liga dalam Champions League musim lepas.

Entahlah korang faham ke tidak aku cakap apa ni.. Haha

Rasa macam hambar je tournament kali ni sebab ada a few stadium yang menghadkan kapasiti penonton. Takdelah meriah dengan sorakan macam dulu. Player pun kena jaga-jaga sebab ini sukan bersentuhan ( aneh pulak bunyi ), so if the whole team tak dapat diturunkan sebab kuarantin, lawan akan menang percuma.

Oh by the way, sape tengok game Malaysia vs Vietnam ? Ce ulas sikit.. Aku macam biasa second half dah tertido. Game Turki vs Itali pun terlepas. Harap line up lepas ni bagi lah pemain muda pulak. De Paula ngan Aidil tu dah nak baya aku. Player Malaysia bukan macam player Eropah, jaga fitness dan jaga makan.

Harap Euro 2020 ni berjalan dengan lancar dan meriah. Tak sabar nak tengok game England vs Croatia next. 

42 comments

  1. Saya pulak dah lama tak layan bola secara serius. Last layan masa FIFA 2002.

    ReplyDelete
    Replies
    1. FIFA 2002 saya masih sekolah. Tapi banyak jugak tengok game sebab waktu Asia. Tak payah bangun tengah malam.

      Delete
  2. Saya minat the Azzuri - Itali

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itali bagus jugak. Suka tengok Insigne, kecik comel tapi berbisa

      Delete
  3. meriah ja bola EURO 20 menggembirakan peminatnya

    ReplyDelete
  4. Tidak sabar hendak tengok Euro walaupun sudah kurang keterujaan maklumlah usia meningkat. Hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah usia dah meningkat. Tak larat nak kerap sangat berjaga

      Delete
  5. yg viral kelmarin.. Penyokong Malaysia tampak berang dengan pemberian sepakan penalti kepada Vietnam yang dilihat tiada sentuhan berlaku daripada tonggak Harimau Malaya, Brendan Gan ke atas Nguyen Van Toan yang membuat simulasi di dalam kotak penalti sehingga memperdayakan pengadil. HM kalah 1-2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nguyen tu cam saja je jatuhkan diri tapi dah pengadil kata ada kontak iyelah kot. Entahla

      Delete
  6. dh tak semeriah dulu rasanya disebabkan pandemic. apa pun tetap sokong france dan spain

    ReplyDelete
    Replies
    1. France sy rasa boleh jadi juara. Kalau x pandemic boleh lepak tengok kat mamak

      Delete
  7. kat twitter selalu kecohlah pasal euro ni. saya memang tak layan bola sangat, tk ingat bila rasanya last layan euro sampai sanggup bangun pagi. rindu betul zaman2 masih layan bola ni xD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teringat zaman aktif twitter dulu. Rajin gak sembang bola entah dengan sape-sape. Pastu kena panggil 'bro' padahal DP muka sendiri. Huhu

      Delete
  8. akak x la brape tahu pasal bola ni. tahu gitu2 aje sebab few friends kat ofis and dlm fb dok ulas, dok tayang, dok borak :)

    ReplyDelete
  9. Patutlahh kecoh di twitter, dah start dah euro 2020 rupanyaaaaa.
    Nak buat macam mana kan, pandemik menyerang satu dunia. Tak meriah macam dulu lah kalau di stadium tuuu kann, kena limitkan jumlah penyokong. Wow kalau whole team kena kuarantin, auto pihak lawan menang ye kak sal. Ingatkan boleh tunda hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gitulah katanya lawan menang automatik. Tapi so far negara Eropah banyak yang dah bebas Covid 19. Tu yang diorang berani buat tournament

      Delete
  10. pasti sal kuat berjaga lepas ni..peminat bola sungguh ya sal hehee :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah tua-tua ni takdela banyak sangat berjaga Shida. Hehe. Tengok team jugak. Kalau both saya minat baru bangun

      Delete
  11. Seperti biasa, akak baca dan hadam setiap patah sambil feeling-feeling faham pasal bola. Lepas ni banyaknya sesi Sal jadi burung hantu ye... selamat berjaga 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya bangga dengan kegigihan kak Farrah. Hehe

      Delete
    2. Hahahah kiranya ada amalan nilai murni di situ. GIGIH baca entri bola 😁

      Delete
    3. Tak salah tambah ilmu, free je

      Delete
  12. Tudia sudah mai.... tapi keriuhan tenguk bola apabila stadium ramai penyokong baru feel tenguk. hehehehe akak tenguk dalam mimpi je lah. Tapi Sebenarnya tenguk bola orang puteh lagi seronok dari tenguk harimau malaya....depa pantas nak gol orang kita terhegeh2 depan pintu gol pun tak masuk gol juga. Aiyakkkk boring ahkak. Terus lelap mata. eh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tengok negara gak kak. Ada yang dah la stadium boleh penuh, penonton tak payah pakai mask. Bilalah Malaysia nak capai kemerdekaan macam tu. Jelesnya

      Delete
  13. Dh tak meriah bila tgk bola. Feel dh hilang betul tak sal? Nk lepak mamak pun xboleh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan.. Harap ok la tahun depan. World cup tu. Siap berangan dengan Anies nk g tengok

      Delete
    2. Huhuu..verangan boleh mimpi jgn

      Delete
    3. Berangan selalunya sampai termimpi-mimpi

      Delete
    4. Mimpi yg indah2 sudah sal

      Delete
  14. Selamat berjaga malam sal.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. WFH bolehla. Kalau keje opis mau tersengguk depan pc

      Delete
  15. hahahaha dah x igt last tahun bila kita layan bola ni oiii...
    klu soh sebut pemain2 harimau malaya pun dah kelaut apatah lagi yang luar2 negara :D

    ReplyDelete
  16. Nak cuba kembalikan minat tonton bola macam dulu-dulu.

    ReplyDelete
  17. Haha.. boleh buat lagu no.. minat punya pasal ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takde idea nak buat tajuk apa. Pinjam la lirik lagu Nenek si Bongkok 3

      Delete
  18. okay sekarang dah geng siang mengantok malam berjaga juga. Game Malaysia vs Vietnam tu..ermmm..entahlah..second half macam okay sikit. Euro ni tengok sipi sipi je.

    ReplyDelete
  19. inglen? team estate mana tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eleh esok kalau menang ko gak yang kuat nyanyi It's coming home..

      Delete
    2. #ForzaAzzurri #tiber ��

      Delete
  20. Dah lepas tetap dalan perbualan, berbagai-bagai kritikkan pula bila kalah.. Lumrah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lumrah kami peminat sukan. Nak main tak reti, kritik jela mampu. Hihi

      Delete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah