Review : Kerat 14

Sunday 3 March 2013


"Kita ni bila buat silap senang je kan...bila nak mengaku salah sikit punya susah" - ASP Razman

Aku terjumpa filem ni kat youtube... Niat asal memang nak tengok kat wayang tapi tak berkesempatan. Nasib baiklah tak tengok, kalau tak mau aku mintak refund duit tiket aku kat tokey panggung.

First of all, sorry ye korang... aku tak nampak chemistry Aaron Aziz ngan Siti Saleha seperti yang dhebohkan. Mungkin sebab aku tak tengok Nora Elena kot. Tapi diorang memang pelakon yang berkaliber, itu satu Malaya dah tahu. Kalau bukan diorang yang jadi lead entah-entah lagi ke laut kot cerita ni.

Permulaan filem ni simple, dua pekerja pembersihan jumpa mayat dah dikerat-kerat dalam plastik sampah. Lepas tu scene beralih ke permulaan cerita iaitu malam di mana Haziq (AA) dan Zara (SS) pergi ke sebuah disko. Kat sini Aril terjumpa Zara, jatuh hati dan terus calit minyak pengasih. Aku kecewa sebab mamat yang bawak watak Aril ni lakonan kaku. Mentang-mentang lah watak dia sekejap je dah mati, produser macam tak ambil berat soal ni. Aku yang menonton tak rasa apa-apa pun bila dia kena bunuh dan dikerat-kerat. Kesian tidak, geram pun tidak.

Scene seterusnya agak slow, tunjuk cmane Zara dan Haziq nak dispose mayat tu dari apartment Zara. Aku rasa cerita ni akan jadi lagi best kalau dimulakan dari babak polis datang siasat mayat yang dijumpai. Patut gunakan elemen 'flashback'. Barulah orang berdebar-debar dan tertanya-tanya siapa pembunuh.  Kalau pengarah dan penulis skrip dia bijak, diorang boleh buat orang tertanya-tanya 'siapa' sebenarnya yang dibunuh. Terima kasih la Zamarul Hisham sebab kemunculan watak ASP Razman bagi aku kekuatan nak tengok filem ni sampai habis.

Watak Inspektor Sofia sangat membosankan. Amik Sarjan Misai lagi bagus la kot! Lepas tu aku rasa cam tak logik je Haziq yang kononnya banyak rekod jenayah tu tak pandai nak cover track dia dengan baik. Boleh plak tertinggal tangan mayat dalam bonet kereta. Lepas tu, ada ke buang senjata pembunuhan dalam tangki simbah. Yang housemate Zara tu takkan tak pergi tandas sepanjang hari? Kenapa dia tak disyaki padahal dia ada kat tempat kejadian sepanjang masa?

Babak soal-siasat kat balai polis rasanya boleh diperbaiki lagi. Sekali-lagi aku berterima kasih pada lakonan SS dan AA. Aku rasa pengarah filem ni nak gunakan tema 'cinta sejati' tapi penonton yang jiwa romantik tak berapa nak ada (macam aku) expect sebuah naskhah 'penyiasatan'. Maaflah kalau itu yang korang harapkan sebab dalam masa 20 minit filem ni je macam-macam bukti polis dapat kumpulkan. Tak payahla berharap scene ala-ala CSI. Tapi kalau korang menonton dengan mengharapkan sebuah kisah cinta agung, mungkin korang akan berpuas hati.

Apa-apa pun, aku rasa filem ni satu cubaan yang baik. Baik sebab cuba untuk lari dari genre rempit dan hantu bodoh yang pengarah lain dah selalu buat. Cakap pasal kerat, kenapalah filem 'Dukun' tak diluluskan tayangan. Sayang betul...

3 comments

  1. Ahah, hari ni free akak sambung korek rahsia blog lagi yerk ^_^

    Eh, akak tak tahu pun ada filem namanya Kerat 14. Lagi sadis. Nampak sangat akak ni tak 'patriotik' macam kata sesetengah orang kerana tak tahu banyak tentang filem Melayu termasuklah filem P.Ramlee. Tengok berkali-kali, ingat tak juga jalan cerita yang mana satu!

    Kalau tengok sinopsis macam gempak tapi sayang, hancur ceritanya ya. Padanlah akak langsung tak pernah dengar nama filem nih!

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..malu lah, ni zaman baru belajar blogging. entry entah apa-apa

      Delete
  2. Saya jarang tgk cerita melayu..sambil surf buka youtube kat tv. Terjumpa cerita kerat 14 ni. Ni baru minit ke 20...aril dlm apartmemt..mcm cerita b-rated. Tgk kat wikipedia budget sampai 2mil. Hmmm...lepas baca review Sal, rasa mcm x berbaloi je nak teruskan 😅

    ReplyDelete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah