Lagu 'Hasrat' Amir Jahari mengimbau memori menonton Imaginur

Monday 4 March 2024

 Janji dengan I...

Janji Apa?

Ingat I...


First of all, tahniah Amir Jahari atas kemenangan di Anugerah Juara Lagu ke 38 menerusi lagu 'Hasrat'. Layak ke tak layak ke, siapalah aku yang tiup rekoder pun sumbang ni untuk memberi pendapat. Lagipun, dari 12 lagu yang bertanding, aku cuma cam lagu Hasrat dan Santai. Terjerit kecil aku depan TV masa nampak cameo Beto Kusyairi dan Diana Danielle sewaktu persembahan Amir Jahari. Persembahan yang rileks dan simple tanpa perlu vokal menjerit.

Kali pertama aku dengar lagu 'Hasrat' adalah sewaktu menonton filem 'Imaginur' tahun lepas. Hasrat merupakan lagu tema filem tersebut. Aku menonton Imaginur di wayang bersama best friend aku ND.

Tarikan utama kitorang nak tengok Imaginur of course lah sebab Beto Kusyairi yang memegang watak Zuhal. Watak Zuhal sering melihat Nur, (lakonan Diana Danielle) dalam mimpi yang berulang-ulang.

Pada suatu hari Zuhal terlihat gadis yang mirip Nur dan cuba menghampiri gadis tersebut. Malangnya Zuhal terlibat dalam kemalangan. Apabila Zuhal sedar, dia berada di hospital bersama bapanya (Meor Hashim Manap) yang menghidap Alzheimer. Di hospital, Zuhal bertemu seorang wanita (Fatimah Abu Bakar) yang mencadangkan Zuhal bertemu pakar hipnosis, Dr.Ramli (Afdlin Shaukie) untuk mengubati masalahnya.

Imaginur pada pandangan aku adalah sebuah filem yang perlu ditonton secara khusyuk, babak demi babak untuk faham sebab plot filem ni tak mengikut kronologi. Seperti Zuhal yang confuse yang mana realiti, yang mana mimpi, begitulah aku sebagai penonton. Karakter Dr.Ramli yang nampak macam 'doktor gila' buat aku terhibur dan jadikan movie ni light sedikit. Kalau tak, macam psikothriller berat pulak.

Memori kita ni funky. Ada yang real, ada yang macam real. Selalunya kita yang buat dia real.

Filem bertema romantik+sains fiksyen arahan Nik Amir Mustapha (KIL, Terbaik Dari Langit) bergerak pada pace yang tak berapa laju, tak berapa perlahan. Suka tengok chemistry Beto-DD. Senang cerita, filem ni very typical Nik Amir. Siapa yang suka filem yang 'pening kepala', ada flashback, dejavu dan plot twist conform akan terhibur menonton Imaginur.

Filem ni tak silap aku tinggi juga kutipannya. Mungkin populariti Beto Kusyairi dan filem yang tak cliche membuatkan ia mendapat sambutan. Aku harap akan masuk Netflix atau tayang time raya sebab ada beberapa persoalan yang tak terjawab. Maybe tengok kali kedua akan lebih faham.

Teriaklah

Sekuat mana pun aku

Suara ini tiada mendengar

Teriaklah

Berhenti berharap

Teruskan hidupmu

Ku ingin pulang


30 comments

  1. Bila dengar lagu ni terus suka. Mendamaikan....baru pertama kali dengar kat AJL ni la.

    ReplyDelete
  2. Teringin nak tengok Imaginur, tapi masih belum ada rezeki. BTW tahniah amir jahari!

    ReplyDelete
  3. terbaik ulasan sal filem nampak menarik

    ReplyDelete
  4. betul tu filem imaginur kena fokus tengok kalau tidak mmg tak faham

    ReplyDelete
  5. Lagu dia ada soul dan memang layak menang. Disebalik perjalanan hidupnya pun penuh struggle. Tahniah Amir Jahari. Filem ni saya tak sempat tengok lagi.

    ReplyDelete
  6. tak tgk lg movie ni. mcm biasa tggu raya baru tgk hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan berharap la, selalu raya tv tayang kuch kuch ho ta hai je

      Delete
    2. tu biasa petang
      dalam kol 2
      time malas nak pegi raya
      time tu laa tv pasang
      hahahaah

      Delete
  7. AJL pn tak tgk. bangun esoknya baru tahu siapa mng

    ehhh dah mcm epl plak. x tgk game. tgk highlight je kah kah

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku tengok sampai aina abdul je. esok pagi bangun baru check, sekali tengok City menang. eh

      Delete
    2. team tu mmg dah x reti nak melawan
      tlg adik konon
      puiii
      mmg x leh harap lgsg!
      baik main liga championship je laa

      Delete
  8. Lirik lagu terlalu mendalam ni... Masa dia perform tak tengok...

    ReplyDelete
  9. Lirik lagu nye cukup mendalam...

    ReplyDelete
  10. Sampai sekarang tk tengok movie ni lagi... tkthu ler nk tgk kt mana klo free

    ReplyDelete
  11. sekian lama mama tak tgk ajl tapi tak tahan la semua peserta byk yg style menjeri dan pakaian mcm bdk tadika opss.. patut la lagu ni boleh menang

    ReplyDelete
  12. Ajl pun tak tenguk....nak tau result je. Teruk kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun tengok separuh je. nama je staf media prima tapi tak support. lagi teruk

      Delete
  13. first of all kan tahniah dekat amir ,lagu hasrat juara..
    pertama kali dengar lagu ni,hahaha..tapi ok la dia memang at least bukan artis yg sama, sbb kesian dekat mereka yg lain buat perform, xde peluang hehehe..

    ReplyDelete
  14. pernah dgr lagu ini sebelum AJL cuma x berapa faham lagi maksud liriknya. Slps ia menang AJL baru tersuka tanpa sengaja!

    ReplyDelete
  15. Cik Sal, selamat menyambut Ramadhan Almubarak 2024🙏🙏

    ReplyDelete
  16. Belum pernah tonton Imaginur. Ikut apa Sal kata tu, nampaknya macam bukan genre yang akak gemar tonton.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nampaknya citarasa kita dalam filem tak sama. hehe

      Delete
  17. lagu ni mmg terngiang-ngiang di kepala.. sedap sngt.. masuk ke jiwa yang mendengar

    ReplyDelete
  18. Mcm mana la boleh tak perasan langsung acara ni berlangsung.. tau2 esok nya org borak pasal siapa menang itu ini.. kita ternganga jer hahaha..

    ReplyDelete
  19. Semoga memberi kegembiraan bagi yg berminat... Salam Ramadhan utk semuanya....

    ReplyDelete
  20. Saya tak tengok lagi Imaginur dan tak berapa familiar dengan lagu hasrat ni. Rasanya macam saya orang tua yang terperangkap dalam badan orang muda. my mind act like an old lady muahhaha

    ReplyDelete
  21. selalu dengar lagu ni kat radio, x kenal plak penyanyinya....salam ramadhan Sal..akak baru ada kesempatan singgah sini..

    ReplyDelete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah