Suka Sucre Bistro milik abang 'Asmara Ini' dan pastry sedap di Croisserie Artisan Bakery

Monday 18 July 2022

Assalamualaikum dan hai semua! Ni cerita Sabtu lepas. Member aku ajak join free fitness trial class di Bukit Damansara. Dalam circle aku, ada juga geng fitness. Aku selalu follow diorang ni morning walk atau kelas fitness yang light dan sesuai untuk beginner. Aku sendiri bukanlah jenis yang kaki pergi gym. Kalau bersiar-siar santai tu aku suka lah. Suruh lari, pancit. Join fitness class yang ni pun selain dari sebab percuma, sebab coach dan peserta lain hanyalah wanita sahaja.

Lama betul tak masuk gym. To be honest aku tak pernah guna pun alat-alat yang ada dekat gymnasium

Orang lain angkat dumbbell 6,7 kg. Coach Ili tu tengok aku keding cam cicak kubing, dia bagi aku angkat habis berat pun 3kg. Haha. Sedeyh.

Fitness class aku join ni most routine adalah floor exercise dan tak guna mesin yang besar-besar tu. Senaman kuatkan core muscle katanya. Aku punya upper body memang lemah sikit dan aku tak boleh buat sit up. So, kita buatlah ikut kemampuan diri. Paksa-paksa jap lagi patah riuk kang.

Walaupun bersenam sejam je tapi peluh jugaklah. Semput aku yang dah lama tak workout hardcore. Lagipun umur dah 30 lebih. Mana larat sangat. Lainlah kalau dah biasa dari muda. Tulah kau, umur 20-an duduk depan TV layan drama Filipina je tahu.

Dah habis workout, borak-borak kejap dengan coach dan peserta lain, rileks sikit pastu pergi cari makan. Since jarang datang Bukit Damansara, so kenalah cari kedai yang hanya ada di area ni sahaja. Takkanlah nak gi Pizza Hut atau mamak. Tapi susah jugak nak cari kedai makanan yang dalam kategori mampu bayar. Kedai area Bukit Damansara ni mak aih semua nampak high end dan sekali dengan bar. Google punya google jumpa restoran ni : Suka Sucre Bistro. Itu pun di area Sri Hartamas. Kena drive sikit. Kawan aku pernah makan di sini. Katanya dulu ada outlet di Cheras. Dia kata sedap so kita follow.




Itu bukan Dato Fadzley Yaakob. Harap maklum

Oh..orang Ghombau rupanya. 

Minat jugaklah sikit-sikit Fazley ni masa muda-muda dulu sebab hensem kanz. Lagu pun boleh tahan sedap. Paling tak boleh blah filem 'Gila Bola' tu banyak kali jugak aku tengok sebab suka chemistry dia dengan Linda Onn. Kira macam guilty pleasure. Bukanlah filem yang berkualiti sangat tapi tulah best pulak layan

Teringat dialog Lisa lakonan Linda Onn "Dulu, dulu pernah sukakan dia. Dulu, dulu pernah cintakan dia". Lol.


Aku ambil set ayam masak lemak cili api. Hurm..kalau pedas lagi mungkin lagi sedap. Kurang pedas, even pada standard aku yang tak kuat pedas. Nasib baik ada sambal belacan.

Dah kenyang makan, kita kembali ke area gym tadi sebab coach tadi ada rekemen bakery sedap. Kau mampu coach exercise rekemen bakery. One thing aku suka orang-orang kaki fitness ni diorang selalunya takkan siksa diri dengan menahan makan. Diorang cuma siksa diri bila bersenam. 

So, marilah kita ke Croisserie Artisan Bakery Damansara Heights.




Eksklusif ok paper bag dia. Aku cakap dengan kawan aku yang beli pastry kat sini buat aku rasa macam orang kaya.


In the end aku beli 5 pastry. Total harga RM 50 lebih. Pengsan. Sekali-sekala bolehlah. Aku dah lama tak belanja besar untuk makanan. Nasib baik sedap. Balik makan 2 dulu, share dengan parents. Semalam habiskan baki. Simpan dalam fridge, pastu bila nak makan, kukus. Masih elok dan rangup roti croissant dia. Fresh blueberries tu masam sikit tapi sebab mahal, habis jugaklah. Kebetulan adik aku datang semalam dan dia memang kaki makan.

Sekian kisah aku fefeeling gadis kaya di Bukit Damansara. Balik dari workout, malam tu baru start sakit-sakit badan dan cari Ammeltz Yoko Yoko. Gitulah kalau dah lama tak bersenam. Nak pengsan.

Kisah pulau Perhentian masih terhenti. Nak menaip takde masa. Ni pun pakai handphone je. Nanti free aku sambung ye.

37 comments

  1. wow... sal dh stat work out... all the best tau... semoga makin fit lepas ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. sejak kerja dari rumah ni memang kurang ift. tapi Alhamdulillah jalan jauh-jauh pun tak penat

      Delete
  2. pastri sedap berbaloi dgn harganya kan sal

    ReplyDelete
  3. Sal nasi terduduk tu kalau makan memang terduduk terus ke sebab sambal nya pedas sangat. Lauk pauk orang nogori jo banyak sebab orang ghombau ko gitu. western kan specialist dia. emm nampak sedap tapi kalau makan lauk nogori tak pedoh tak sedap le orang kata tak kick

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak tau lah. tak pernah cuba. maybe next time. ya..kurang pedas. maybe kena request kalau nak pedas

      Delete
  4. Gila bola tu suka tenguk sebab lagu Dato Fazley yang kita suka dengar. Hari tu ada ulang tayang citer tu jadi layan le balik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun tengok gak masa ulang hari tu. saya suka gak lagu Fazley terutama 'Bila April' sebab birthday kiter bulan April

      Delete
  5. Mak aiiiiiiii croissant dia menggoda sungguh. 5 pastry Rm50 perghhhh tapi kalau sedap takpe.....layan je makan ala have-have cekali cekali apa salahnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. cekali cekala perasan kaya. lagipun saya jarang dah beli makanan manis. ni sekali-sekala reward diri. eceh

      Delete
  6. xde benda yang murah dah zaman sekarang ni..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. iya betul. lagi-lagi di tempat macam Damansara Heights ni. semua pun high price

      Delete
  7. Wah dh byk choice pastry.. Pernah g yg kt cheras.. Sejak dia pindah ni blm berkesempatan pegi lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. pastry tu bakery lain, bukan Suka Sucre punya

      Delete
    2. alamaakkk nampak sgt x baca betul2... sbb tgk gmbr tempting sgt hahaha

      Delete
    3. haha. faham-faham. gambar makanan boleh mengaburi mata

      Delete
  8. Fuh! Terus saya ternyanyi lagu Asmara Ini!

    ReplyDelete
  9. wahh...bagus ni, exercise di gym, ada trainer...pastries tu nampak yummy, byk betul..mesti ramai yg beli..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena beratur jugak nak masuk. tapi servis dia laju

      Delete
  10. Ingatkan makan pencuci mulut di Suka Sucre itu.
    Haah ada dengar cawangan di Cheras? Dah tutup ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, dah ditutup. saya pun inilah kali pertama pergi

      Delete
  11. wah..gi gym...but love the after gym project tu..dap dap...tambah2 pastries..so yummy. kalu kak ayu pun sure borong mcm x hingat dunia

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan..semua nampak sedap. itu pun saya kira jugak berapa orang ada kat rumah. lagi best kalau dapat mengopi sambil makan pastries

      Delete
  12. Saya lagi tak pernah masuk gym Sal. Mesti kekok kalau masuk. hehe...Okay sangat tu free dan circle pun semua perempuan. Taklah segan ke apa kan. Apeni, tunjuk makanan sedap. Cancel nak buang lemak. Masakan cili api kalau tak pedas boleh potong selera makan. Mujur gak ada sambal belacan buat cover makanan pedas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha. saya banyak kali masuk tapi tak reti pun guna alat-alat tu sebab selalu buat floor exercise je. habis-habis pun angkat dumbbell

      Delete
  13. Pastry tu memang menggoda la Sal.
    Best la ada fitness class gini, teringin jugak nak join.

    ReplyDelete
    Replies
    1. best jugak sebab all ladies. try lah cari di area kak Ujie. cuma kalau dah lama tak bersenam jadi macam saya lah, dah hari ke empat pun sakit badan tak hilang lagi

      Delete
  14. fuhhh menangis ek makan pastry kat sini. sekali sekala boleh lah hihu

    ReplyDelete
  15. kat office ammi ada gym...free access je utk residents, tenants tapi ammi haramlah nak jejak kat situ. semuanya sbb malas nak bawak persalinan...terfikir kalau dah berpeluh satu hal pulak nak balik naik train nanti..banyak betul alasankan

    ReplyDelete
  16. saya malah belum pernah masuk gym sama sekali...mbak. Cuma sering lewat depannya gym saja ketika berangkat kerja

    ReplyDelete
  17. masuk kedai pastry ni mmg akan rambang mata huhuu.. hebat boleh join fitness mcm tu.. terbaik

    ReplyDelete
  18. Ingatkan set nasi lemak pandan, rupanya set ayam masak lemak cili api.

    ReplyDelete
  19. kita pun da lama tak workout, tapi teringin nak gi gym macam sal pergi tu..

    ReplyDelete
  20. Lain macam hijau nasi tu. Sejuk mata memandang. 😆

    ReplyDelete
  21. Akak kalau pergi area sana memang akan singgah bakery tu. Setiap kali masuk memang akan lupa diri dan lupa duit dalam wallet tak tebal mana :D

    ReplyDelete
  22. Baca entri ni tetiba rasa semangat nak workout. Tapi, kalau baca entri workout Sal ni banyak-banyak kali, kira ada burn kalori tak? hihihi

    ReplyDelete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah