Tadom Hill Resorts - Part 1

Saturday, 20 March 2021

Assalamualaikum dan hai semua! Sejak kerajaan announce boleh rentas daerah, mulalah otak aku ligat berfikir kat mana seronok jalan-jalan dalam negeri Selangor ku yang tercinta ni. Lagipun lama tak hang out dengan my two BFFs, ND dan SR. Harus diingat, Covid19 masih belum berakhir, so tak nak pergi tempat ramai orang. Solution untuk tak nak ramai orang, pergi hari bekerja. Pinjam SR sekejap dari anak kecik dan suami dia. Lagipun aku dan ND banyak cuti carry over dari tahun lepas. WFH dan tak boleh pergi oversea, memang cuti terkumpul begitu sahaja.

Dipendekkan cerita, kitorang setuju untuk ke Tadom Hill Resorts (THR) yang terletak di Banting, Selangor. Nak pergi Banting sekarang tak susah dah sejak ada Max Highway dan applikasi Waze. Booking bilik di THR, kena melalui official website resort. Kalau guna apps hotel lain memang tak jumpa. Sewaktu entry ni ditaip, ada promotion 18% untuk menginap kat sana. Rajin-rajin la check socmed diorang untuk promo terbaru okay.

THR dulu viral waktu mula-mula dibuka sekitar 2015 tapi biasalah aku, sibuk plan trip gi Australia, 'tak nampak' pun tempat ni. Berlagak kau ye! Hahaha. 

Nak tahu best ke tidak resort ni, teruskan membaca

Kami bertolak tengahari, so singgah lunch di Cafe Mai Check Mai sebelum sampai Tadom Hill. Takde sape rekemen, main google je tempat makan dekat dengan THR.

Cafe ni menghidangkan lauk-lauk masakan kampung. Masa kami sampai dah hampir pukul 2, jadi lauk dah tinggal sikit.

Pantang ayam lah konon so amik ikan kembung masak kicap, kuah asam rebus dan ulam. Harga bolehla tahan. Tak mahal, tak murah.


Nak sampai ke THR, kena lalu jalan yang agak teruk dan sunyi. Mula-mula aku ingat kitorang salah jalan. Tahulah waze kalau masuk hutan sikit line hilang.  Aku syak orang kampung sini semua pakai  Hilux. Pandu dengan hati-hati ye. Lagi-lagi kalau sampai malam.

Jangan risau bab parking sebab banyak dan percuma! Tempat parking aku tak amik gambar. Open air ye takde bumbung. 

Keistimewaan penginapan di Tadom Hill adalah ia menggunakan buluh. Rare kan

Ada macam-macam jenis penginapan di Tadom Hill Resort, bergantung pada keselesaan. Nak yang bilik air di dalam atau di luar, ada kipas atau aircond, tidur atas katil, floor mattress mahupun hammock. Boleh buat pilihan di SINI. Kami pilih Semantan Chalet, sekali dengan bilik air. Nak close to nature, tapi tak cukup adventurous. Takpelah zaman sekolah dulu puas dah camping. Hahaha.

Sampai dalam pukul 3, beritahu staf di kaunter nama orang yang book bilik pastu terus dapat kunci. Krik krik sangat sebab orang tak ramai.


3 katil. Ok la tu sorang satu

Yang tak bestnya, bila dinding buluh, takde tempat sangkut baju. Lagi satu, bila borak kuat kat sini memang jiran sebelah menyebelah boleh dengar.


Petang lepas check in, cuaca masih panas, takde mood la nak buat apa-apa. So rehat-rehat je.

Pusing-pusing ambil gambar sambil merancang nak buat apa

Antara tarikan utama THR ni adalah aktiviti air dia. 

Walau kau Pandelela Rinong sekalipun, bila nak masuk tasik kena pakai life jacket. 

Ada lifeguard jaga, tapi takde yang macam The Rock dalam cite Baywatch.

THR takde sungai atau pantai, tapi tasik buatan manusia yang merupakan bekas lombong. Kedalaman tasik di THR ni orang kata lebih 25 kaki. Sebab tu lifejacket adalah wajib.

Posing dulu sebab masih panas.

Sunyi je tempat ni, takde orang sangat. Dah kata hari bekerja.



Kawan-kawan aku cakap nak buat aktiviti darat dulu so ikut majoriti. Aku ni hantu air. Kalau tanya nak buat apa memang aku jawab terjun dalam tasik. Hahaha. So, ktorang pilih ATV sebab ND cakap ATV kat Tadom ni jauh lebih murah. Aku tak pernah naik so tak taula . 

If korang tak nak menginap, boleh je ambil Day Pass atau Beyond Day Pass. Senarai aktiviti dan harga boleh rujuk bawah ni. Datangla seawal tempat ni dibuka iaitu pukul 9 pagi. Baru boleh try semua tu pun kalau larat. Tapi kalau menginap, aktiviti Day Pass adalah percuma.


Nanti next entry sambung pasal naik ATV plak. Thanks for reading!

50 comments

  1. Haha akak lagi tidak minat aktiviti air atau darat. Akak akan sekadar menghayati pemandangan.
    Katil pun katil buluh.
    Ok tiada orang boleh borak kuat-kuat kut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bilik air je x buluh. Takut orang sekodeng kot. Haha. Sini nature takde apa sangat pada pendapat saya. Pokok keliling tu pun kelapa sawit. Haha

      Delete
  2. Faham perasaan tu, bila boleh rentas negeri ligat kepala otak berfungsi dengan baik merancang apa yang patut. Teringin lama dah nak pergi THR ni sejak bukak tapi tak jejak lagi, lalu depan hi hi bye bye gitu.

    Unik juga tu binaan buluh. Celah celah buluh tutup tak tu? Kotlah ada serangga ke apa ke masuk. risau juga.huhu

    Saya lain pulak, fobia air sikit selepas beberapa kejadian berlaku. T_T suka main air tapi aquaphobia..feel dia kurang sikit. Banyak aktiviti juga kat sini.

    yaa..pergi weekdays memang terbaik. tak ramai orang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. So far jumpa serangga macam semut je. Alhamdulillah takde yang merbahaya. Just hati-hati. Nanti dah boleh rentas negeri boleh la datang Fizah

      Delete
    2. semut pun bahaya gak tu.kena gigit boleh buat gatal gatal. Kena sediakan apa yang patut camni. Tq Sal share info. Itulah, harap dapat lah jejak ke sana. Kalau pergi pun nak pergi weekdays. Santai santai jer :)

      Delete
    3. Semut halus je. So make sure kibas katil and buang sampah properly. Lain takde masalah Fizah.

      Delete
  3. SONOKNYA SAL BERCUTI KAT THR

    ReplyDelete
  4. Wah! Seronoknya baca entri ini. Best juga tak berapa nak ada orang sebab boleh posing rakam gambar puas-puas! Cantik juga rupanya tempat-tempat yang boleh dikunjungi di negeriku ini. Ini yang tak sabar nak balik kampung!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak jugak tempat best kat Selangor. Nanti nak explore lagi. Haha

      Delete
  5. hehehe hebats ahkak2 berdua tuhh ye.. sayang laki tinggal2kan.. sal khannns 😅

    ReplyDelete
  6. seronoknya Sal dapat jalan2, lagi2 bila jalan jauh masuk ceruk hutan macam ni. Lupakan sekejap lelah sibuk kerja kat bandar gitu ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yezza. Lupa sekejap masih dalam Selangor

      Delete
  7. Macam dalam filem dahulu kala rumah buluh. Mesti nyaman aje waktu malamkan.

    Banyak pilihan aktiviti menarik ya untuk orang yang suka aktiviti lasak. Kawan Mrs. A pernah pergi THR di awal-awal viral dulu tapi dia cakap mandi tasik tu takdelah seronok mana sangat sebab bila pijak bawah dia lumpur lagi satu air tu ada bau-bau tak best katanyalah. Mrs.A belum pernah pergi lagi huhuhuhuhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uit cmane dia pijak bawah tu ada lumpur. Saya tak rasa kaki pun. Huhu. Saya pun risau kalau ada bau-bauan tapi takde. Maybe sebab musim panas kot.

      Delete
  8. antara dlm list nk pi sejak dr tak kawen. hahah
    ni kalau pi dgn adik2 ipar 3 org tu mau runtuh buluh2 tu bila ketawa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Mau jiran sebelah datang ketuk pintu

      Delete
    2. takut malam2 ada benda lain join kami. hahaha

      Delete
  9. Wah, Sal sudah mula melanglang buana! Aisey, dinding buluh tu dari segi design memang cantik... bab tak kalis bunyi tu tak best sikit hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Banyak jugak tempat saya dah merayap. Tak sempat buat entry lagi. Tunggu ye...

      Delete
    2. Seronoknya. Selamat merayap lebih jauh lagi ye...akak tunggu Sal up entri je 😊

      Delete
    3. Ok done update entry staycation birthday. Jemput baca

      Delete
  10. Best nya sal :)
    one day kean try pergi tempat2 mcm ni pula :)

    ReplyDelete
  11. dr dl lagi nak pegi tempat ni tapi bdk2 opis semua x nak hahaha... aishh..
    nak ajak kengkawan sekolah, semua pun dok jauh2...

    sudah nya kita gigit jari je la bila tgk org2 pegi situ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uyum besar sikit ok la kot bawak. Ajak famili la kak. Lagi best

      Delete
  12. x de sapa nk skodeng kan dari celah2 buluh tu? hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekodeng la. Muntah darah nanti. Haha

      Delete
    2. mcm.pasrah je😆😆😆😆😆😆😆😆😆😆

      Delete
    3. Pasrah.. Pasrah.. Pasrah.. Cam lagu bang Jamal

      Delete
    4. bkn mcm norman hakim dlm cite Pasrah ke? hahahahahahahaha

      Delete
    5. Euwww...tolongla menyampah aku norman hakim dalam cite tu

      Delete
  13. Nanti kalau ade peluang nak pi jugak 🌹🌹

    ReplyDelete
  14. menarik ni. biasa dgr and baca pasal tempat ni, sal.
    tapi tu la, aida ni jenis penakot kalau dinding nyer kayu / buluh :) ha ha ha ha...
    asben aida minat back to nature gini. camping. kampung-kampung feeling gitu.
    anak-anak aida iku dia la. tinggal la aida sorang yg jakun dan penakot!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ramai takdela takut kot Aida. Lagipun THR takdela ceruk sangat. Dari resort boleh nampak highway

      Delete
  15. menarik chalet drpd buluh..tak sound-proof yg tak best..

    ReplyDelete
  16. Nampak menarik reka bentuk resort ni.. makanannya pun nampak menyelerakan. Semoga suatu hari nanti dapat bercuti di tempat-tempat sebegini.

    ReplyDelete
  17. Lama nak pergi ni tapi husband tak suka pula Tadom Hill ni.

    ReplyDelete
  18. Kat tv ohsem selalu nampak dia buat gameshow kat situ. cam best je. Mesti best kan terjun tiruk masuk tasik....yahoooo yabeda bedu eh opsss over lah pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tengok orang buat memang best. Sendiri tak buat ketor lutut weyh

      Delete
    2. Buat aktiviti camtu sebenarnya seronok sal tapi akak ni fobia air kalau cetek takpe kalau dalam rasa macam ada jaws je kat dalam. hahahahaha padahal air tasik bukan air laut....apadaaa

      Delete
  19. Bestnya tempat dia.. Tambah tak de orang lagi seronok nak menjelajah..
    Tak sesak dan snatai je..

    ReplyDelete
  20. Menarik la...sesuai untuk mereka2 yang lasak kan..

    ReplyDelete
  21. everything is buluh la, cantik and rare !! teringin nak pegi ni

    ReplyDelete
  22. Ni Kali ajak suami ni rasanya activity dia tido ja sampai check out

    ReplyDelete
  23. Dulu waktu saya kerj dekat airport, hari-hari la lalu Tadom ni, tapi tak pernah berpeluang nak singgah. Selalu nampak dari luar je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasalah tu, selalu orang jauh yang sampai dulu

      Delete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah