Merhaba Turki Part 3.1! - Cotton Castle dan Hierapolis Ancient City

Saturday, 15 October 2022

Baca ni dulu : 

Part 1.0

Part 2.0

Part 2.1

Part 2.2 

Part 3.0

Assalamualaikum dan hai semua! Perjalanan diteruskan menuju Cotton Castle, Pamukkale. On the way ke sana, tour guide Turki, Ozgur dan tour leader kami, Aida, dah start ambil nama untuk naik belon udara panas di Cappadocia dalam bas. Kena book awal, at least sehari sebelum. Tengah-tengah ambil nama, tetibe Ozgur dapat info yang hot air balloon di Cappadocia dah 2 hari tak terbang sebab angin kuat. Masalahnya bila tak dapat terbang, tempahan hari sebelumnya akan dibawa ke hadapan jadi peluang untuk kami dapat seat adalah tipis.

Aku sebenarnya berbelah bagi nak naik belon ke tidak sebab aku takut ketinggian. Lagipun harga bukannya murah. 280 USD! Apatah lagi dengan currency USD yang sedang meroket berbanding Ringgit Malaysia. 280x4.5 = RM 1,260! Berbaloi ke tidak? Jujur aku cakap sepanjang perjalanan aku dok fikir. Tapi dalam pada nak tak nak naik tu, bila dengar susah nak dapat seat tu rasa terkilan lah jugak. Hurm Sal..kau nak naik ke tidak ni? Fikir punya fikir tau-tau dah sampai Cotton Castle. Takpelah, Cappadocia boleh tunggu. 

Oh ye, sebelum korang confuse dengan entry aku, Cotton Castle dan Hierapolis terletak di kawasan yang sama tau. Harap maklong.

Cotton Castle, antara tarikan utama pelancong yang datang ke daerah Denizli, Turkey. Pamukkale tu sendiri terjemahan direct dari bahasa Turki untuk Cotton Castle. Ada apa di sini? Gerai jual cotton candy? Istana warna putih?

Bayaran masuk ke Cotton Castle adalah 11 USD atau 200 TRY. Ingat tak aku cakap kena cekap convert nilai matawang. Sebelum bayar tu kira dulu bila convert mana lagi untung. Di Turki ni kalau nak beli barang atau masuk mana-mana tempat kena tanya dulu harga in currency apa. Euro, USD dan Lira adalah 3 currency urus niaga biasa yang aku jumpa sepanjang di sana. Ada juga peniaga yang ambil RM tapi tak banyak. By the way kami ikut agen, harga tiket dah masuk sekali. So lenggang kangkung je.

Sebelum masuk kena scan beg. Tak pasti boleh bawa makanan ke tidak tapi air boleh. Before datang aku check cuaca, suhu 30 lebih degrees ye! Panas macam kat Malaysia. Nasib baik sampai dah petang. Nasib baik jugak air minuman free flow dalam bas sepanjang lawatan. Aku tak beli sebotol air mineral pun, semuanya sponsor. Hehe. 


Pamukkale was formed when a spring with a high content of dissolved calcium bicarbonate cascaded over the edge of the cliff, which cooled and hardened leaving calcium deposits. This formed into natural pools, shelves and ridges, which tourists could plunge and splash in the warm water.

Source : Turkiye Tourism

Menurut pemahaman aku, Cotton Castle terbentuk apabila mata air panas semulajadi yang kaya dengan mineral terutama sekali kapur mengalir ke teres-teres bukit. Sisa kalsium yang tertinggal, mengeras dan menghasilkan struktur berbentuk kapas berwarna putih. Lebih kurang gitulah. Korang boleh google kalau nak tahu lagi.


Kali pertama tengok Cotton Castle terbentang depan mata macam ni memang terus terlahir rasa kagum dengan ciptaan Allah. Putih bersih macam salji pun ada.


Manusia ramai. Kalau nak privacy boleh turun sampai ke bawah.

Sini celup-celup kaki je tapi jangan pelik kalau nampak ada yang berendam berbikini bagai. Apa pun, view dari sini cantik. OK jom tengok Hierapolis pulak!




Tak ada bukti kukuh bila sebenarnya Hierapolis dibina. Kemungkinan besar pada tahun 190 sebelum Masihi oleh pemerintah kerajaan Pergamon. Ia juga digelar kota suci kerana banyak aktiviti ibadah penganut Kristian dilakukan di bandar ini suatu ketika dulu. Aku pernah baca yang Hierapolis juga disebut dalam bible tapi tak pasti pulak dalam Al-Quran. Mungkin ada kisah di sebalik runtuhan kota yang pernah berdiri megah ni? Wallahu'alam. Kena cari balik episod Jejak Rasul di Turki. Hehe. 



Menurut legenda, kolam ini merupakan hadiah dari Marc Antony (bukan yang nyanyi My Baby You tu ye) kepada Cleopatra tapi takde bukti yang jelitawan Mesir tu pernah mandi di sini. Kau mampu bagi hadiah kolam renang kat makwe? Biar tak hensem janji kaya. Eh, tapi Richard Burton dalam filem Cleopatra tu hensem.

Kalau nampak dalam gambar ni ada batu-batu putih yang timbul. Ia merupakan kesan dari runtuhan binaan sekeliling kolam akibat gempa bumi yang berlaku pada kurun ke 7. Sumber : Top Hot Spring. Air tak berapa dalam tapi tak kuasa aku nak mandi. Mungkin kalau aku datang sendiri, tapi dengan group tidaklah, karang kena tinggal. Mana tahu keluar-keluar kolam cantik macam Cleopatra. Haha. Mimpilah kau! Takut jadi Anack Su Namun ( pengaruh filem The Mummy, maafkan sis sebab banyak sangat tengok filem pasal Mesir purba).



Nampak binaan ala Coloseum nun di atas sana? Ya, itulah target aku!



Nampak je aku macam tenang tapi separuh nyawa jugaklah nak sampai ke atas ni. Ketaq lutut weh! Nak turun ke bawah lagi pun tak daya dah




Aku kalau datang sendiri memang tak cukup 3 jam kat tempat ni. Satu persatu aku belek sambil berangan aku dalam filem dulu-dulu. Haha

On the way turun tetibe rasa kebuluran yang amat sangat. Maybe sebab dah guna banyak tenaga mendaki nak tengok Theater punya pasal. Singgahlah beli apa ke nama entah makanan Turki ni. Harga makanan dalam kawasan Hierapolis ni boleh tahan jugak, sebab tempat tourist. Dah lapar kan, layan jelah.


Dalam pukul 7 malam, kami berkumpul semula untuk gerak ke hotel. Tempat ni bila nak dekat senja terasa seram sikit. Maybe imaginasi aku je kot tapi manalah tahu kan. Tinggalan sejarah ni macam-macam kisah. Entah-entah kita jalan atas kubur orang Greek. Jangan ikut balik dahlah ye walaupun awak comel macam Kostas Tsimikas.

On the way ke hotel aku buat keputusan dah berkaitan hot air balloon. Nak tahu keputusannya? Keputusannya tunggu next entry. Hehe.

Kali ni check in Tripolis Hotel. Tripolis Hotel ada banyak blok. Boleh pulak bilik aku di blok belakang dan tingkat tiga. Hotel ni takde lif! Masa ni aku tercari-cari kelibat porter tapi masing-masing busy. Terhegeh-hegeh la aku sendiri. Inilah sebabnya aku tak shopping awal dan minimakan berangan yang dibawa dari rumah. Luggage aku tak sampai 9 kg untuk keperluan 9 hari.

Dah letak beg, terus turun untuk dinner. Makan stail buffet. Ada salad dan buah di piring lain, aku tak ambil gambar. Ada blogger tegur aku makan sikit di entry sebelum ini tapi sebenarnya sebab nasi di Turki macam nasi dagang. Kembang bila bubuh kuah jadi aku cepat kenyang.

Nampak macam sambal kentang dan kurma ayam tapi rasa sangat berbeza


Dah sudah makan baru boleh usha bilik. Wi-fi Tripolis Hotel hanya ada di lobi sahaja. So malam ni takde internet. Layan TV jelah untuk hiburan. TV pun channel Turki je yang ada. Citer omputih, Korea ke hape ke semua dubbing bahasa tempatan.

Tempat shower yang kecil comel. 

Nasib baik ada penanda arah kiblat sebab internet takde. 

Bilik di tingkat atas sekali ada tingkap di bumbung. Unique! Nasib baik ada bangku tu so boleh panjat.

Mula-mula aku bukak sebab panas padahal bilik ada je aircond.

View takde apa special. Hanya nampak hotel-hotel lain.

Lepas mandi dan solat, aku pun baring di katil yang betul-betul bawah tingkap tu. Eh rasa macam seram pulak. Bangun pergi tarik blind. Masalahnya, apa fungsi dia buat tingkap tu. Hurm aku rasa aku tahu tapi nanti lah aku cerita. Hehe. 

Thanks for reading ya! 

Read More

Merhaba Turki Part 3.0! - Terjebak Fashion Show Jaket Kulit di Selcuk, Izmir.

Wednesday, 12 October 2022

Baca ni dulu : 

Part 1.0

Part 2.0

Part 2.1

Part 2.2 

Assalamualaikum dan hai semua! Hari ke-3 trip, kami teruskan perjalanan dari Bursa ke Pamukkale. Macam biasa, check out dari Adranos Hotel lepas breakfast dan load luggage dalam bas. Jauh jugak perjalanan, 438km lebih kurang. So kena make sure makan kenyang-kenyang pastu memerut siap-siap. 

Perjalanan dari Bursa ke Pamukkale disajikan view kawasan pertanian di kiri kanan jalan. Turki merupakan sebuah negara yang terkenal dengan bermacam-macam produk sayur-sayuran dan buah-buahan. Ozgur kata tiap-tiap state ada signature produk tanaman diorang sendiri. Antaranya zaitun, ceri, delima, tomato, aprikot dan epal. Teringat pulak Blogger Notie yang teringin nak ke Turki memetik buah. Tak pasti musim apa orang datang memetik buah. Aku datang ni penghujung summer, nak masuk autumn, tak nampak pulak buah bergayutan. Banyak pokok macam dah dituai. Gondol je. Apa pun itu hanyalah pemerhatian dari dalam bas.

Tak rasa nak tidur pun sepanjang perjalanan, tapi sesekali terlena jugak. Driver kami Enis (lebih kurang lah kot ejaannya) memandu dengan baik sekali. Manis orangnya, suka tersenyum. Tak borak sangat sebab dia tak berapa pandai cakap omputeh. 

Sesetengah kawasan di Turki menjana tenaga elektrik dari angin. Sesuai dengan bentuk muka buminya yang berbukit.

Disebabkan perjalanan jauh, driver akan berhenti setiap 2 jam untuk toilet break dan minum-minum. Setiap kali berhenti di toilet stesen minyak di Turki ni aku mesti kagum sebab toilet diorang sangat bersih. Nak ambil gambar segan lah pulak. Toilet pulak di dalam kedai dan ada pintu yang pakai sensor. Kalau nak banding toilet stesen minyak negara kita hurm, krik krik ye. Apa yang bagus di negara orang kita puji dan jadikan panduan. Aku cukup tak suka orang yang kata "Alah kau dok puji negara orang tu asal tak pindah sana je?". 


Beli jajan sikit. Adik kerja kedai stesen minyak ni tak pandai cakap English. So komunikasi pakai duit jelah. Aku memang tak bawak bekalan dari Malaysia sebab nak merasa jajan Turki.

First pit stop, Citto Pelle Leather Factory di Izmir. Aku dah bersedia mental fizikal untuk ke tempat ni lepas baca di blog Siti Yang Menaip. Tak boleh elak kalau travel ikut tour guide Turki. Kalau travel DIY dan memang takde plan nak beli barangan kulit tak perlulah singgah. Cuma cerita Siti lagi 'seram' sebab dia pergi kilang lain. Boleh baca di SINI

Barangan kulit dari Turki memang terkenal serata Eropah. Ozgur kata banyak brand dari Itali ada kilang di Turki, terutama sekali area Izmir. Memang ramai pelancong datang ke Turki untuk hunting barangan kulit berkualiti yang katanya lagi murah sebab harga kilang. Murah bagi diorang tetap mahal bagi aku. Huhu. Aku bukanlah penggemar barang berjenama jadi aku tak kisah pun pakai beg brand apa. Asalkan cantik dan boleh sumbat semua keperluan aku, aku guna je sampai lunyai.


Sampai-sampai je kami dijemput masuk ke showroom dan dihidang teh epal. Orang Turki ni suka betul 'rasuah' pelanggan dengan teh epal. Haha. Tapi tak kisahlah sebab sedap

Sepanjang show, kalau ada yang berkenan boleh tandakan di kad sebelah meja

Beranganlah kejap konon-konon kau ni influencer dijemput ke KL Fashion Week. 

Aku cakap dengan akak kat sebelah aku, dah orangnya cantik, pakai kulit ayam pun cantik.

Design dia memang lawa bagi aku. Boleh pakai both sides. Kalau aku kaya dan selalu travel oversea tempat sejuk bolehlah beli

Tauke cakap boleh bagi diskaun. Kalau kedai macam ni jangan pelik bila pekerja atau pemilik kedai mampu berbahasa Melayu 

Tu dia harga, bukan RM bukan Turkish Lira tapi USD

Menjawab soalan pembaca yang drop komen tanya matawang apa yang aku bawak : Aku bawak Turkish Lira dan USD. Buat apa bawa USD? Sesetengah kedai kayangan macam Citto Pelle ni jual barang in USD. Tapi kalau peniaga tempatan, mereka mintak Lira. Apa pun kena cekap convert nilai matawang tau. Ada masanya bayar USD lagi untung dari bayar in lira. Eh cmane pulak tu? Ha, nanti aku cerita di entry seterusnya. 

Ada juga ahli group yang membeli. Tapi aku tengok sahajalah. Eh memang tak lah aku yang selalu beli baju preloved/bundle ni nak beli jaket harga mencecah RM 5K. Membazir. Nak ke Turki ni pun dah banyak keluar duit. Walaupun nilai matawang Turki jatuh dan aku boleh tukar 1000 TRY pada harga RM 300, tapi harus diingat yang bila matawang sesebuah negara tu jatuh, harga barang akan naik. So janganlah expect nak dapat harga macam orang yang pergi Tukri tahun 2019. Barang harga 5 TRY mungkin dah melambung jadi 20 TRY. Dulu duit Turki lagi besar dari RM, tapi sekarang dah terbalik.

Semoga ekonomi Turki kembali pulih. Kasihan sebenarnya Turki ni sebab selalu ditekan negara-negara kuasa besar sebab Presiden Edrogan lantang bersuara terutama bila melibatkan nasib negara Islam lain.

Eh jauh pulak membebel. Haha.

Later kami lunch di Sultan Restaurant. Dekat je, kami jalan kaki. Area Citto Pelle ni memang banyak restoran dan hotel. Kiranya kalau datang Izmir, ni memang area tumpuan pelancong. 

Menu ala Mediterranean. Tak jumpa pulak lauk ikan. Kena order kot. Ni makan stail buffet. Makanan dia sedap jugaklah. Ah, Sal kau semua sedap! 

Pic dari Trip Advisor. Aku tak ambil gambar sebab orang sangat ramai

Aku frust sebenarnya sebab setakat singgah Leather Factory ni je di Selcuk, Izmir. Aku teringin nak ke Ephesus Ancient City, tapi dari itinerary memang dah tulis tak singgah so tak boleh salahkan travel agent. Aida kata akan tetap singgah ancient city, tapi yang lain. Rupanya ada berpuluh ancient city kat Turki ni.

Kalau diberi peluang repeat Turki, aku nak explore area Selcuk, Izmir. Sini banyak tinggalan empayar Rom/Greek. Tak silap aku gua yang disebut-sebut kononnya Gua Ashabul Kahfi pun di area ini. Jom jom siapa nak ikut. Kesian la siapa travel dengan aku. Shopping tak minat, tapi duduk bertapa kat bangunan lama minat pulak. Adeh.

Anyway lepas makan, kami teruskan perjalanan ke Pamukkale. Singgah solat di salah satu masjid ni tapi masjid biasa sahaja. Aku pun tak ambil gambar. 

Excited sungguh aku nak pergi Pamukkale sebab kami nak ke Hierapolis Ancient City. Ni antara tempat yang aku dah berangan-angan nak sampai dari KL lagi. Hati dah patah di Istanbul, moga tak patah di Pamukkale! Patah ke tak patah nanti sambung ye. Thanks sudi membaca!

Read More

Merhaba Turki Part 2.2! - The Grand Mosque dan Green Mosque di Bursa

Saturday, 8 October 2022

Baca ni dulu : 

Part 1.0

Part 2.0

Part 2.1

Destinasi pertama kami singgah di Bursa adalah Ulu Cami atau The Grand Mosque of Bursa. Wah, nampaknya aktiviti hari ni banyak melawat masjid je. 

Ulu Cami merupakan masjid terbesar di Bursa. Ia mempunyai 2 menara dan 20 kubah. Dibina pada zaman kerajaan Uthmaniyyah oleh Beyazid I dan siap dibina pada tahun 1399 Masihi. 


Tempat letak kasut disediakan di dalam. Better bawak plastik sendiri dan bungkus siap-siap sebab manalah tau masa nak ke rak kasut, kotoran dari tapak kasut jatuh ke karpet

Tulisan kaligrafi yang sangat cantik dan berseni antara hiasan utama masjid ini

Kubah masjid. Ada tingkap kecil pula di sekeliling perimeternya

Ada fountain yang dibuat dari marmar untuk ambil wuduk di tengah-tengah masjid


Kalaulah masjid ni boleh bercakap, pasti ia akan menceritakan kisah kegemilangan Kerajaan Uthmaniyyah di bumi Turki. Terasa lebih syahdu di Ulu Camii. Mungkin kerana ia kurang dikunjungi pelancong, jadi ia lebih tenang. Ukiran masjidnya juga cantik walaupun sekadar guna warna neutral coklat dan beige. Aku bukanlah orang seni, jadi aku tak pandai nak cerita lanjut. Cuma perasaan bila berada dalam masjid tua dan penuh sejarah ini begitu indah sekali.

Ulu Cami berhampiran dengan Koza Han Silk Market. Memang dekat. Keluar pintu utama je dah nampak. Sayangnya tak sempat pergi. Koza Han merupakan one stop centre untuk shopping fabrik macam pakaian muslimah dan tudung Turki. Aku takdelah plan nak beli apa, cuma kakak aku je pesan kalau jumpa jubah Turki yang cantik, tolong belikan. Serius lah akak aku percaya kat aku yang takde fashion sense ni beli baju untuk dia? Huhu.

Anyway, anyone yang ke Turki dan memang berniat nak beli stok tudung Turki banyak-banyak, Koza Han adalah tempatnya. Aku ada baca yang di sana juga ada jual banyak winter coat dan pakaian musim sejuk. Mungkin kerana Bursa terkenal dengan Mount Uludag, antara destinasi sukan ski popular di Turki. Kalau datang time winter bolehlah main salji dan ski di sana. 

Nasib baik aku memang tak berniat nak shopping tudung dan baju kalau tak memang nangis lah tak dapat masuk Koza Han. 

Dari Ulu Cami, kami naik bas ke Green Mosque. Dekat sahaja, tak sampai 1.5km. Green Mosque (YeÅŸil Cami) siap dibina pada tahun 1424 dan mendapat namanya kerana hiasan dalaman masjid ini banyak menggunakan jubin berwarna hijau kebiruan.


Kena rushing sebab dah nak masuk waktu solat Maghrib. Di Turki, seperti lazimnya mana-mana masjid di dunia, waktu solat jemaah ditutup untuk lawatan sebab tak nak ganggu orang solat. Ozgur lead group kami masuk. Gerbang masjid ni unik kan?





Bila rushing, gambar aku ambil mulalah tak tentu arah. Tapi masjid ni memang cantik. Gradien warna biru-hijau begitu harmoni dan menenangkan. Tak reti nak jelaskan dengan kata-kata. Tak dapat berlama-lama di sini. Ozgur bawa kami ke Bursa Silk Bazaar. 

Silk Bazaar nampak agak ekskluif. Mungkin macam Munira tapi versi jual fabrik dan tandamata

Mari belajar Bahasa Turki



Tak sempat nak explore, Ozgur dah panggil ajak ke hotel. Takpelah, jimat duit aku tak payah shopping. Ahli rombongan lain pun nampak macam dah lemau je. Penat dah kot.

Malam kedua kami check-in di Adranos Hotel, Bursa. Hotel 4 Bintang katanya. Harga satu malam dalam range RM250. Rasanya inilah first time aku travel stay hotel mahal-mahal. Selalunya bilik yang super humble atau kalau ramai, suka book Airbnb.

Dinner style buffet di restoran hotel je. Boleh tahan sedap. Macam di Hilton Garden Inn jugak, banyak sayur dan salad.


Ada dessert. Puding apa entah. Ni aku share berdua dengan tour leader. Mushroom soup dan fries dia pun sedap. Kau nampak tak orang jarang dapat makan di hotel perangai cmane. Ish ish. Aida (tour leader kami) cakap aku ni kecik tapi makan banyak. Huhu. Kat Turki aku makan tak ingat dunia. Aku dah lah tak boleh makan ayam dan benda manis banyak, nanti kulit naik jerawat tapi tulah degil. Masakan diorang sedap je bagi aku. Maybe sebab guna minyak zaitun kot. Sayuran diorang pun fresh. Tomato aku kunyah selamba je sebab tak masam dan crunchy.

Settle makan, naik bilik. Luggage kitorang ada porter angkatkan dan letak depan lif. Masa aku naik kat level aku stay, aku tengok orang lain masuk bilik dah. Tinggal aku je. Baru nak tarik beg tetibe ada bell boy datang. Aku cakap aku boleh tarik sendiri. Yelah, luggage aku tu tak sampai 10 kg pun dan hanya satu beg. Dia insist nak tolong. Dia bawak beg aku sampai ke bilik dan dia tunjuk mana air cond segala. Sepanjang dia kat dalam, aku tercegat je kat pintu.

Lepas tu dia keluar, aku masuk. Baru nak tutup pintu, dia mintak tips. Aku panik, seluk beg dan hulur 5 TRY (Turkish Lira) pastu say thanks. Dia masih kat situ tapi aku cepat-cepat tutup pintu. Aku panik bukan sebab apa, tapi sebab aku ada baca yang tipping bukan budaya di Turki. So aku agak terkejut.

Once dah settle down, aku menung jap. Allahu 5 TRY je aku bagi. Tahu tak 5 TRY tu berapa? Ikut rate semasa (5x0.25), RM 1.25 je! Aduh kedekutnya aku! Patut bagi at least 20 TRY. Memanglah kerja tu tak berat, tapi macam tak ikhlas pulak. Maaflah bang, saya tak familiar lagi dengan matawang Turki so main ambil je duit not paling kecil ada dalam purse. Jangan kutuk saya ye.


Bilik yang selesa dan nampak mewah tapi takde iron. Nasib baik bawak sendiri. Hotel di Turki memang tak sediakan sterika. Nasib baik ni memang aku dah study dan agent dah ingatkan sebelum datang. Arah kiblat pun takde, so kalau korang datang Turki, install siap-siap apps cari kiblat. Aku pakai Google Qibla Finder je senang. Provided ada internet. Semua apps pun kena pakai internet ye tak? 

Malam tu aku tidur lena sebab dah keletihan. Tak takut ke? Tak sempat nak takut sebab ngantuk sangat. 
Read More

Merhaba Turki Part 2.1! - Masjid terbesar di Turkiye dan siapa Munira?

Tuesday, 4 October 2022

Baca ni dulu : 

Part 1.0

Part 2.0

Assalamualaikum dan hai semua! Lepas lunch di Muazzam Restaurant, kami singgah solat di Camlica Mosque yang merupakan masjid terbesar di Turki (sewaktu entry ini ditaip).

Çamlıca Mosque (Turkish: Çamlıca Camii) is a mosque located in Istanbul and the largest mosque in Turkey. The mosque can hold 63,000 people and includes a museum, art gallery, library, conference hall, and underground parking lot for 3,500 vehicles.

Source : Mosqpedia

Masjid ni masih baru, dirasmikan oleh Presiden Edrogan pada May 2019. Personally aku rasa masjid ni kalau tak singgah pun tak apa, sebab ia bukanlah masjid bersejarah tapi kalau berminat nak lihat senibina dan saiznya yang mengagumkan, apa salahnya. Digelar Camlica Mosque kerana terletak di atas Bukit Camlica. View dari perkarangan masjid ni ni memang cantik, sebab atas bukit. Nanti aku kongsikan video ya.

Camlica Mosque ada banyak tingkat. Ambil wuduk di tingkat bawah tanah, solat di level atas. Kali pertama guna lif masjid di Turki, kena kejutan budaya sebab instead of gunakan LG, B1, B2 etc selazimnya di Malaysia, diorang guna simbol negative (-). Contohnya B1 : -1, B2 : -2 dan seterusnya. Lif di Hilton tempat kami menginap malam sebelumnya guna B1 dan B2.

Camlica Mosque ada penjaga di bahagian tandas dan tempat wuduk. Aku teringat aku baca di blog mana entah yang orang Turki tak suka kita pijak karpet masjid dengan kaki basah, jadi sila lap kaki dengan tisu siap-siap sebelum keluar dari tempat wuduk kalau tak akak jaga toilet tu pandang tajam je. Tapi memang karpet kat masjid ni tak bau hapak lah. Maybe di Malaysia kena terapkan ajaran dan disiplin yang sama.

Aku lupa ambil gambar dalam masjid ni. Ambil gambar di salah satu pintu sahaja. Alahai, bijak. So kita pinjam Google ya.

Image credit : PS Mag

Masjid ni atas bukit so boleh  lihat kota Istanbul dari atas

Selesai solat jamak Zohor-Asar, kami bergerak ke Bursa. Perjalanan  ambil masa 1 jam 30 minit. Tips travel DIY, ke Bursa boleh juga menaiki feri dan boleh buat day trip dari Istanbul.

View awal-awal nampak laut tapi lepas tu aku yang ke laut (dibaca tertidur) 

Sebelum sampai Bursa, kami singgah di Munira Organic House. Travel ikut tour agent memang tak boleh elak lah dari ke tempat macam ni. Tour guide Turki kebiasaan dapat komisen bila bawa pelancong.


Siapa Munira? Entahlah. Yang pasti kalau nak datang Munira ni standby duit lira banyak-banyak ye. Tapi aku tak shopping pun di sini. Korang rasa kenapa?

Boleh beli madu organik. Aku pun tak pasti madu Turki ni famous ke tidak. Bila diorang hulur tester, aku ambil

Brader Turki ni fasih berbahasa Melayu tau. Aku rasa 3/4 pekerja kedai ni boleh cakap Melayu. Ada yang slang Indonesia, ada juga yang slang KL.

Kalau nak cari perfume tanpa alkohol, boleh beli di sini. Kalau tanya aku, aku rekemen perfume 'Sultanah' untuk wanita. Tapi aku tak beli. Perfume aku ada banyak lagi. 


Susun atur kedai ni memang cantik dan menarik perhatian pengunjung. Pekerja pun ramah dan layan je semua pelanggan tanpa memilih bulu. Walaupun muka aku dah sememeh sebab kepenatan dan kebosanan tapi asal aku singgah nak belek-belek, ada je yang offer tester atau explain pasal product walaupun aku tak tanya.

Turkish Delight bermacam flavour. Dari yang klasik sampai ke moden. Mintak je nak rasa, diorang potongkan. Too bad aku bukan orang yang suka makan manis

Selain manisan, ada juga teh dan herba. Aku geram tengok ros kering. Rasa nak beli buat potpourri #MinahBunga


Baklava! Ni sedap makan kat situ je. Tak rekemen bawak balik sebab takut gula dia cair

So nape aku tak shopping sini? Adakah sebab harga mahal? Tidaklah. Dari segi harga aku rasa not bad. Boleh pakat dengan ahli group lain sebab lagi banyak beli, lagi banyak diskaun. Yang aku nampak kat sini hanyalah tour group Malaysia dan Indonesia. Kalau datang sendiri skip pun takpe sebab Turki macam Malaysia jugak, tak kurang tempat shopping. Kat mana-mana pun ada.

Aku tak shopping kat sini sebab masih awal lagi. Aku tak nak bebankan diri dengan beg berat. Nanti susah nak turun naik hotel. Lagipun masih panjang lagi perjalanan. Rileks la dulu.

Realitinya aku tak pandai shopping. Huhu. Nak bargain pun tak pandai. Tiba-tiba teringat mak dan kakak aku. Kalau diorang ada memang dah macam-macam borong ni.

Orang lain je shopping beria. Terasa macam cheapskate sangat, tapi kita kena sedar kemampuan diri. Beg berat aku jugak kena pikul nanti. Aku rasa Turkish Delight dan Baklava free je sambil cuci mata. Break out teruk kulit aku sebab aku mana boleh makan gula sangat. 

Settle shopping, kami sambung perjalanan ke Bursa. Bursa nampak lebih tenang berbanding Istanbul.


So, kami pergi mana di Bursa? Nanti aku sambung lagi ye. Thanks for reading! 

Read More