Liverpool FC cap ayam?

Thursday, 4 December 2014

Sape sini sokong Liverpool FC? Angkat tangan tinggi-tinggi! Yang baru acah-acah nak minat, pastu kenal Suarez je, turun tangan. Yang dah minat since 1892, harap jangan terbakar tengok gambar bawah ni.

Gambar kabur sebab orang yang tangkap ni jari dia luka.

Soalan pertama.. Sape pakwe mat saleh ngan aku ni? Inilah dia Robbie Fowler, bekas striker kelab bola sepak Liverpool dari tahun 1993 - 2001. Pastu buat comeback ke Anfield tahun 2006 dan stay dalam setahun lebih. Aku lebih ingat dia main untuk England masa World Cup dengan David Beckham, Paul Scholes dan Michael Owen! Zaman-zaman aku baru belajar tengok bola memang kenal pemain-pemain England je sebab ada a few kena gosip dengan Spice Girls. Kesudahannya Victoria ngan David Beckham je yang kekal ke jinjang pelamin. Cop, bebudak zaman sekarang kenal ke Spice Girls ni?

Sape mengaku kenal, dia dah tua..kihkihkih.

Soalan kedua...kat mana aku jumpa dia? Ceritanya macam ni...kat tempat kerja aku, ada group penyokong Liverpool FC. Aku tak joinlah, sebab segan. Ahli kelab penyokong ni semuanya hardcore,bukan macam aku, kenal dua tiga kerat je. Jersey Liverpool aku yang banyak-banyak tu pun semuanya uptown mari. So, entah cmane diorang bawak Robbie Fowler datang ke office usahlah korang tanya aku. Aku perasan announcement kehadiran dia pun on the day of the event. Apa lagi, aku menyelinap keluarlah, konon nak gi 'tengok' je. 'Paksa' sorang colleague ni temankan aku. Sekali sampai sana, bos aku dah terpacak dulu!

Kalau tau awal, boleh bawak jersey dah 40 kali pakai tu untuk dia sign. Tapi tak nak kempunan punya pasal, aku pun mintaklah beliau sign kat sini.

Siap nama lagi..wohooo!

Soalan ketiga... takde gambar lain kat event tu? OK, confession..aku bila excited,effect dia sama cam bila tak makan. Parkinson sekejap! Memang punah kalau tangkap gambar. Lagi-lagi kalau pakai handphone. Dah pegang pun gigil, touch button capture tu lagi menggigil-gigil! Kualiti lagi teruk dari gambar 'orang jari luka' amikkan tu. Malulah nak tunjuk kat korang.

Soalan terakhir? Adakah aku penyokong Liverpool? Well...sokong biasa-biasa je. Aku suka semangat penyokong The Reds yang tahan telinga walaupun sering dikatakan 'bersandar pada kenangan'. Selalu dapat gelaran 'cap ayam' sebab ada ikon burung pada logo diorang. Kalau korang bandingkan ngan kelab-kelab lain, Liverpool FC merupakan kelab yang paling kerap kena bahan. Mentang-mentang Liverpool dah 24 tahun tak menang EPL ye. Bola sepak memang macam tu.  Nak jadi penyokong tak boleh hati tisu. Kalau kau boleh bahan team yang orang lain sokong, kau jangan nak sentap bila orang bahan kelab favourite kau.


Lagi satu, aku minat giler Steven Gerrard. Dia ni memang setia dengan Liverpool FC since muda remaja. Mendiang sepupu dia antara 96 mangsa yang terkorban dalam  'Hillsborough Tragedy' yang berlaku pada tarikh 15 April 1989 di Stadium Hillsborough, England sewaktu final Piala FA. Demi mengenang sepupu beliau yang merupakan penyokong Liverpool, Steven Gerrard telah berikrar untuk kekal bermain bersama Liverpool FC. Nak tahu lebih lagi pasal tragedi tu bacalah kat SINI

Mereka datang dan pergi..yang tinggal hanyalah Abang Long Gerrard. Eh jap, entry ni bukan pasal Robbie Fowler ke?

Kita kat Malaysia ni harap tak jadi benda-benda gitu. Teringat masa penyokong terlampau ramai sampai stadium sesak masa JDT lawan Pahang suatu ketika dulu.

Jauh dah merepek ni.. hehe. Kalau ikutkan aku, sambung cerita Michael Owen dan Fernando Torres pun sedap gak nih, tapi takut korang jemu. Erm, follower aku ramai perempuan, tak tau ada ke tidak yang baca ni sampai habis. Hahahaha

Akhir kata..Majulah sukan untuk negara. Selamanya Harimau Malaya!! Harap tahun ni boleh bawak balik Piala AFF Suzuki, mengulangi memori 2010.


You'll Never Walk Alone!!


Read More

Sydney Part 7 - Oh My Darling Harbour - Spring Trip Australia

Tuesday, 2 December 2014

Assalamualaikum semua! Lama tak tulis entry travelog Sydney. So, sebelum aku makin lupa details penting, meh kita sambung dari Part 6.

Settle mengisi perut, kitorang pun balik ke Central Station. Bukan untuk balik ke Malaysia Hall, tapi nak ke Darling Harbour. Untuk ke Darling Harbour, kitorang naik tram dekat depan Central Station. Naik yang menghala ke Dulwich Hill dan berhenti di station Convention Centre. Tambang 5AUD pergi balik. Tiket tram beli dalam tram. Ada konduktor yang akan datang kat korang dan jual tiket. Kalau beli tiket pergi balik, simpanlah slip tiket tu elok-elok. Kalau kena beli lagi kan membazir. Rate duit deme dahle mahal..

Sampai kat stesen, turun n lintas jalan, sampailah ke Darling Harbour.

View kat sini macam kat Hong Kong (ayat macam pernah pergi je)


Cari jugak kot ada kedai kopi yang diyakini halal, tapi nampak macam bar je semuanya

Sejuk-sejuk pun makcik tetap posing

Cockle Bay Wharf..cockle tu kerang..kat sana ada port kerang bakar ke? Tak sempat nak explore..haha

Copyright gambar : G (OK, aku nak beli handphone Sony! Gambar cantik!!1)

Restoran terapung. Copyright gambar : G

Copyright gambar : G

Mana aci korang tangkap gambar tanpa Kak Sal kan! Harus pompuan tudung merah tu nak join. Copyright gambar : G

Settle berposing-posing dan amik gambar kat Darling Harbour ni, we olls pun balik. Udah-udah le tu kan...mentang-mentang sini transport 24 jam, nak melanyak je ke hulu ke hilir ye! Kitorang balik semula ke Central Station (tu je landmark kitorang tahu) untuk balik ke Malaysian Hall.

Sampai kat Central Station, cabarannya adalah nak cari bus stop balik ke Randwick. Kitorang tunggu tram tadi dekat dengan exit to Pitt Street. Turun pagi tadi kat Devonshire Street. Selamba je kitorang redah dalam train station tu nak cari exit to Devonshire Street. Ikutkan mana boleh redah dalam tu kalau takde tiket! Sebenarnya kitorang bukan saja nak buat onar di negara orang. Tapi aku ingat masa pagi nak ke Blue Mountain ada petugas stesen keretapi bagi budak bawak basikal 'tumpang lalu'. So, bila aku nampak gate terbukak, aku pun ajak diorang semua redah. Yelah, negara yang mengamalkan konsep 'aku percaya korang jujur', so aku expect OKlah kot. Jumpa exit to Devonshire Street, kitorang pun keluar je sebab takde orang jaga.

Lega rasanya dah jumpa bus stop kitorang turun pagi tadi, tapi rupa-rupanya nak balik kena tunggu bas kat opposite side. Opposite side tu kena daki bukit OK sebab jalan tu sehala! The not so best part, lalu depan bar yang agak lengang dan kedai-kedai yang dah ditutup. Time tu memang jalan laju-laju sebab takut kotlah terserempak orang mabuk ke, or worse penjenayah! Imaginasi sangat bila dah cuak kan! Tercungap-cungap lah aku. Jumpa bus stop depan Strawberry Hotel, tengok bus stop lengang je. Adalah 2, 3 orang yang nampak cam 'sesuatu'. Aku doklah doa macam-macam dalam hati. Masing-masing dok ikrar pasni kalau gi mana-mana tak nak balik lewat malam sebab Sydney agak sunyi di malam hari, tak macam Gold Coast.

One thing about Sydney, teksi dia melambak. Ready duit jelah!

Alhamdulillah, nampak bas 372 datang, terus tahan dengan rasa lega. Naik bas dan balik ke Malaysia Hall. Esoknya, the journey continues..

Part 1
Part 2
Part 3
Part 4
Part 5
Part 6

Read More

Finale - Nak dapat susah, mestilah sayang!

Tuesday, 25 November 2014

15 Disember 2014 ni, genap tiga tahun aku kerja kat sini...

Sampai sekarang, jangan kata orang sekeliling aku; diri sendiri pun tak mampu nak rungkai misteri ni. Cmane someone yang tunggang terbalik belajar Sains bertahun-tahun kat universiti end up kerja syarikat suratkhabar.

Oh, kalau korang follow cerita ni dari Part 1 dan Part 2, korang akan faham maksud aku. Aku pilih Company Y. Kenapa? Sebab Company Y memang dah confirm ambil aku kerja. Tinggal sign offer letter je. Ada orang kata aku terlalu cepat mengalah. Mungkin jugak..tapi risiko yang perlu diambil terlampau besar. What if aku gagal lagi? What if aku telepas dua-dua sekali? So, aku pilih jalan selamat. Aku jumpa staff HR Company X dan bagitau aku tak dapat hadirkan diri untuk interview sebab aku dah dapat kerja.

Jangan tanya aku kenapa Company X tak ambil aku walau aku dah berkali-kali cuba. Diorang ada alasan profesional diorang sendiri. Korang jangan ingat diorang dah kenal aku, senang nak lepas interview. No, dear, nak impress orang yang kenal kau sebenarnya jauh lagi susah. Kau tak boleh nak twist cerita kau, diorang tau dan diorang sebenarnya perhatikan kau.

Dendam? No way!! Sampai ke hari ni aku still sayangkan Company X. Aku still contact dan jumpa kawan-kawan lama aku. Aku appreciate pengalaman aku kat sana. Setiap kali aku interview, aku sebenarnya 'jual' pengalaman aku kat Company X, bukan degree aku. Pengalaman aku kat Company X yang sebenarnya impress orang Company Y. Tak pernah ada sekelumit benci pun dalam hati aku walaupun aku ada dengar cakap belakang yang aku ni merajuk. Biarlah, aku tahu hati aku.

Aku percaya, aku memang ditakdiran bekerja di Company Y. Sebab satu hari Bos aku cerita yang sebenarnya bukan aku yang dapat jawatan ni. Diorang nak ambil calon lagi satu. Profil dia memang hebat. Tapi dia gagal dihubungi. So, diorang go for second choice, which is aku. See..kalau tu bukan ketentuan Allah, aku tak tau nak panggil apa lagi.

Tu jelah aku nak cerita. Pengajarannya korang pandai-pandai pilih hadam sendiri. Cuma nak nasihatkan kat adik-adik yang sedang cari kerja di luar sana tu supaya bersabar. Nak berjaya bukan mudah. Kalau dapat kerja, appreciate dan do your best.

Sebab aku ada jumpa orang yang senang dapat kerja. Diorang tak hargai dan kerja main-main.

Kalau kau pernah lalu derita menganggur, kau akan faham nikmatnya ada kerja. Bukan poket dan perut yang sakit sebenarnya, tapi emosi dan harga diri.

Till then, thanks sudi baca.
Read More

Sydney Part 6 - Di mana Kasturi? - Spring Trip Australia

Monday, 24 November 2014

Before we begin, maybe korang nak baca ni dulu:

Part 1
Part 2
Part 3
Part 4
Part 5

Kalau tak nak baca pun takpe. Kita sambung je terus kisah budak gayat di Blue Mountain. Gitu-gini pun sila beri tepukan gemuruh kat Kak Sal korang sebab berjaya naik Cable Car. Siap pandang bawah tu beb!


Nampak waterfall kat bawah tu

Bila tengok jam dah nak pukul 3 kitorang tetibe rasa tak sedap hati sebab belum solat. Kul 5.45 petang dah Maghrib. Memang pening sebab kat situ takde surau. Rasa nak cari je tempat lapang, pastu bentang sejadah. Redha je, walaupun hati tu masih ada rasa takut orang sekeliling akan pandang slack. Dahlah time tu start hujan balik.

Pastu baru perasan yang kompas kat sejadah tercabut la pulak! Cmane nak tau arah kiblat? Last-last kitorang decide untuk balik ke stesen keretapi Katoomba, konon nak kejar train kul 3, sempat sampai Sydney kul 5. Kena cut short trip Blue Mountain ni. Tak dapatlah naik Scenic Walkway dan explore lagi. Takpelah, sembahyang tu kan kena diutamakan walau dalam keadaan apa sekalipun!

Tapi gitu gini tunggu bas semua, sampai Katoomba dah kul 3 lebih. Memang tak sempat, train pun tiba lambat lagi. Sekali nampak sorang omputih ni. Tanya dia, handphone dia ada aps Compass tak? Dia kata takde, tapi dia ada Maps. Once dah detect north, tengok matahari, agak-agak mana West, kitorang pun solat jamak takhir Asar-Zohor kat stesen keretapi. Mujur time tu orang tak ramai dan takde train lalu.

Balik ke Katoomba (pronounce:ketumbar)

Patutnya awal-awal sampai check timetable ni dulu

So, untuk korang yang datang ke Blue Mountain, plan lah elok-elok waktu solat semua. Kalau tak, jadi kitorang, habis masa kat stesen keretapi je. Lama jugak nak tunggu train datang. By the time train sampai kitorang dah cemuih dah posing kat stesen Katoomba ni. Perut pun dah meragam minta diisi.

Muka sememeh..letih campur lapar

Sabar ye perut, kita balik Central Station dulu, pastu nak cari Kasturi Cafe' yang famous tu. Cafe' tu milik orang Malaysia. Memang baca ramai blogger travel ke Sydney akan makan kat situ.

Perjalanan balik ke Central Station, hari dah nak malam, so memang sepanjang perjalanan tengok luar tak nampak apa.

Sampai ke Central Station, tetibe pening tak tau nak keluar ikut mana. Central Station ni besar tau, exit pun ada banyak. Salah keluar pintu entah ke mana-mana lah korang nanti. Berdasarkan alamat yang kitorang research, Cafe' ni terletak di George Street. So, sekarang ni cabaran dia adalah nak ke George Street.

Rasa macam dalam filem Hollywood bila kat Central Station ni

Aku lupa kitorang keluar ikut exit nombor berapa. Sebab masa tu memang tanya orang je. Perut pun dah lapar, angin dah masuk kepala, mana nak ingat tangkap gambar ke apa. Dah terbayang-bayang nasi je.

Aku memang tak ingat direction ke Cafe' Kasturi cmane, so janganlah tanya di ruangan komen ye. Sebab aku ni, bila blood pressure dah drop, lapar sampai menggigil memang takde mood dah nak tangkap gambar atau nak ingat jalan. Yang aku ingat, lalu Sydney YHA, budget hostel for backpackers. Dengan bantuan orang-orang Sydney yang baik hati, sudi allocate time untuk tourists cam we olls ni, jumpa jugak George Street!

Tapi, mana Cafe' Kasturi? Masuk satu kedai ni, tanya staff kat situ. Diorang pun bagi pinjam handphone untuk Google Map.  Rupa-rupanya dah 'permanently closed'. Cafe' Kasturi hanya tinggal kenangan, kitorang tak merasa lah nak makan kat situ. Sekarang dah digantikan dengan restoran 'It's Time for Thai' ni. Alhamdulillah, halal! So, dinner+lunch kitorang kat sini lah.


Settle makan, nak ke mana kita. Perut dah kenyang, tenaga dah replenish, takkan nak balik Malaysian Hall kot...Nanti kita sambung lagi ye. Thanks for reading peeps!
Read More