Sydney Part 3 - Mencari Gunung Biru - Spring Trip Australia

Monday, 10 November 2014

Assalamualaikum semua! Alhamdulillah, dapat gak sambung entry Australia sebab adik bagi pinjam laptop. Wohoo...kita raikan dengan daun saderi!

Macam yang aku cakap dalam entry Part 2 , hari kedua di Sydney kitorang nak ke satu lagi tempat yang famous jugak di Sydney iaitu .... Apa lagi kalau bukan Blue Mountain! Ada gak yang dapat teka, iaitu kak Jari Manis kita. Tak aci lah, dia dah pernah pergi. Hahaha.

Pagi-pagi lagi kitorang dah bangun. Kali ni tak payah risaukan breakfast, sebab dah ambil package sekali dengan dinner hari sebelumnya. Sarapan roti canai di bumi Australia, memang terbaik!

Sama macam malam sebelumnya, kali ni pun kitorang tunggu bas di seberang Malaysia Hall. Tapi, kali ni kitorang naik bas 372 pulak sampai ke Central Station. Nasib kitorang baik sebab masa tunggu bas tu jumpa sorang student dari Malaysia. Dia yang bagitau kitorang bila nak turun. Kalau tak, mesti dah terlepas.

Turun kat sini! Macam biasa, tangkap gambar signboard bus stop dulu.

Sydney Central Station

Kat sini ada cerita kelakar sebab kitorang dengan confident turun tangga pastu jalan terus. Tak perasan kat signboard tu tulis train di belah kanan! Jalan punya jalan sampai ke hujung, tak nampak pun bayang keretapi sepanjang passageway tu. Tanya kat peniaga kedai situ dia bagitau kitorang dah tersalah jalan, terpaksa patah balik! Adoi, belum sampai Blue Mountain dah semput!

Dah patah balik, pening kepala pulak nak fikir mana satu platform ke Blue Mountain Line. Central Station kat Sydney ni bukan macam stesen komuter kat KL Sentral. Tu acah-acah je. Kat sini ada 25 platform OK! Takut tersalah train, terus tanya staf kat situ.

Hahaha...bertabah la tengok train route dia!

Naik train kat sini pakai Opal Card jugak. Kalau nak beli tiket secara manual pun boleh, tapi nak jimat masa punya pasal, pakai kad je. Tag dekat gate masuk.


Suka tengok platform train kat Central Station ni sebab nampak klasik. Kontra dengan train yang moden!

Aku bagi gambar besar punya kot ada yang tak nampak rupa train cmane.

Tunggu a few minutes, train ke Blue Mountain pun sampai. Jom kita naik! Perjalanan ke stesen Katoomba mengambil masa 2 jam lebih! So, kenalah cari tempat duduk yang selesa! Pilih jelah mana nak sebab train ni lengang je.


Perjalanan menaiki train 'Blue Mountain Line' sampai ke stesen Katoomba, memang untuk menikmati scenery Sydney yang cantik-cantik di luar tingkap.


Teringat cerita Sherlock Holmes!Ni kilang tak silap aku. Senibina klasik yang dikekalkan




Cuaca berubah-ubah sepanjang perjalanan. Kejap hujan, kejap cerah. Berdoa banyak-banyak supaya sampai Katoomba nanti cuaca elok. Kalau hujan, Blue Mountain jadi Blur Mountain jelah!

Dah sampai! Cuaca cerah nampaknya..

Stesen Katoomba yang comel!


Ke kanan belok...

Jangan lupa tap off dekat tiang ni. Kat sini takde gate macam kat Central.

Keluar je dari stesen Katoomba, kita cari bus stop untuk naik bas ke Blue Mountain. Tapi mula-mula kena top up Opal Card dulu. Kalau kat Gold Coast, GoCard boleh top up dekat mesin yang ada dekat stesen tram, tapi Opal kena top up di convenience store. Dekat depan bus stop ni ada satu, tapi lupa lak nak snap gambar kedai.


Bus stop ni terletak depan Carrington Hotel. Lama jugak nak tunggu bas, sebab dia setengah jam satu. Masa kitorang sampai, dah terlepas, so kenalah redha je tunggu the next one. Sambil tu tangkap gambar dulu.






Nak ke Blue Mountain, korang boleh pilih tour, atau naik bus klasik berwarna merah, atau kalau nak budget, naiklah bus nombor 686 ni.


Fuhhhh...panjang cerita nak sampai ke Blue Mountain! Cerita kat sana kita sambung next entry boleh? Letih Kak Sal korang menaip. Lagipun, aku nak pilih gambar paling cantik yang ada sebab Blue Mountain tu memang cantik. Berbaloi duduk dalam keretapi sampai 2 jam! Sape tak baca sambungan ni, rugi lah..

Thanks sudi baca. See you next entry!
Read More

Sydney Part 2 - Circular Quay - Spring Trip Australia

Sunday, 2 November 2014

Sambungan dari Sydney Part 1 

Dari Malaysia Hall, kitorang naik bas ke Circular Quay. Aku lupa bas nombor berapa yang kitorang naik. Ada 4 pilihan bas ke sana iaitu 373, 374, 376 dan 377. Berhenti di stesen terakhir sekali. Tambang 3.70 AUD.

Naik bas ni pakai Opal card. Tag masa naik, dan masa turun. Sama macam kad TouchnGo jugak.

Sampai je, kitorang terus jalan ke arah tempat yang ramai orang. Nampak macam pelabuhan sebab ada banyak feri di situ. Dari jauh dah boleh nampak  'Sydney Harbour Bridge'. Antara ikon terkenal di Sydney.

Berdasarkan sumber dari Harbour Bridge Info jambatan ini mula dibina pada tahun 1926 dan siap sepenuhnya pada tahun 1932. Menurut Wiki, jambatan keluli dengan rekabentuk lengkung ni menghubungkan bahagian pantai utara Sydney dan 'Central Business District'. Jambatan ni panjang dia 1,149 meter dan lebar 49 meter. Memuatkan 8 laluan kenderaan, 2 rail keretapi, 1 laluan pejalan kaki dan 1 laluan berbasikal. Gila besar doh!!!! Korang klik jelah Sydney Harbour- Wiki kalau nak tau lebih lagi...hehe. Kitorang pergi tanpa tourist guide kan, so kenalah cari info sendiri.

Cantik tak?

Bertambah cantik bila Kak Sal korang ada sekali..hahaha



Jalan depan lagi, tau apa yang kami jumpa? Apa lagi kalau bukan the ever famous Sydney Opera House!

Angle kurang cantik. Honestly aku rasa Opera House ni lagi cantik bila tangkap gambar dari jauh. Nampak semua

Sayangnya, masa kitorang datang ni, banyak area ditutup untuk renovation, so tak dapatlah nak pusing keliling pegang setiap inci Opera House. Eh, mestilah pegang dinding, tinggalkan jejak tanda dah pernah sampai.

Kitorang turut masuk ke dalam, tapi takdelah sampai ke dalam panggung teater. Sekadar di lobi Opera House. Boleh pulak aku lupa nak tangkap gambar sebab teruja sangat. Sob sob..takpelah, memori kan kekal dalam hati.*Pujuk hati sendiri*

View dari atas Opera House

Kalau dapat tangkap gambar wedding outdoor kat sini mesti awesome... *Verangan!*



Subhanallah, kali pertama tengok Sydney Opera House rasa macam mimpi je berdiri depan salafh satu monumen terhebat dunia dengan senibina yang unik ala-ala bentuk cengkerang tu. Tak tergambar dengan kata-kata. Cmanelah rasanya kalau dapat tengok teater or konsert kat dalam tu!

Muntah pelangi kot kalau dapat masuk.. Image dari Google

Goodbye Opera House, tak taulah dapat datang lagi sini ke tak..

Settle jalan-jalan di Circular Quay, kitorang balik ke Malaysia Hall. Esok paginya nak bangun awal, nak pergi ke satu lagi tempat yang famous jugak di Sydney selain Opera House. Boleh teka tak nak ke mana? Tak payahlah teka-teka, kita tunggu jelah ye Kak Sal korang yang 'rajin' ni update blog.

Till then, thanks sudi baca!
Read More

Sydney Part 1 - Bye Gold Coast, Hello Sydney !

Thursday, 30 October 2014

Pagi-pagi lagi kitorang dah check out dari Bay Lodge Apartment. Settle kemas barang semua, angkut beg dan tunggu kat luar office sementara Jah pulangkan kunci. Untuk ke Coolangatta airport, kitorang naik cab. Tuan rumah yang call cab, instead of kitorang gi tunggu tepi jalan. So, by the time dia sampai je meter dah dalam 5 AUD.

Bila tengok meter teksi kat Australia ni, kau akan rasa bersyukur sangat Malaysia masih aman. Eh tak, syukur tambang kat Malaysia masih relevan. Boleh dikatakan setiap 2 saat naik 0.10 sen! Kalau takat sorang dua mahu fikir 80 kali nak naik cab.

Bertabah jelah driver bawak dengan sangat bersopan, dekat setengah jam baru sampai airport. Huhu. Tambang nak dekat 70 AUD tak silap aku.

Coolangatta Airport

Sampai je airport, kitorang gi tengok dulu kaunter Tiger Airways untuk check in luggage. Since belum bukak, kitorang ke kaunter GoCard dulu untuk refund duit kad 10 AUD, plus baki yang ada dalam tu. So, takdelah rasa rugi kalau top up banyak mana pun.

Lepas check in luggage dan print boarding pass, we olls pun lepak tunggu gate bukak. Ingat nak solat Zohor dulu, tapi sayang tak ada surau pulop. Kul 11.30 pagi dah masuk Zohor. Calculate timing sempat solat kat Sydney, so kitorang plan nak solat kat airport Sydney je.

Lupa nak inform, kat Gold Coast ni ada satu airport je. Combine international dan domestic.

Dipendekkan cerita, sampai akhirnya kitorang ke Sydney. Penerbangan mengambil masa 1 jam setengah. Since flight kitorang dari dalam Australia jugak, so, kitorang mendarat di Domestic Terminal Sydney. Sydney ada dua airport, cam kita ada KLIA dan KLIA2. Tak dapat lah cop 'Sydney' kat passport. Keciwa diriku ini. Tapi on the bright side, tak banyak hassle. Dengar kata airport Sydney lagi strict dari airport Gold Coast. Alhamdulillah, lepas dengan jayanya tanpa sebarang bag-check dan mengadap soalan pegawai imigresen.  Feeling rakyat Australia sekejap. Hehehe.

Dah sampai! Tiger Air memang selesa. Highly recommended!

First thing first, kenalah beli kad MyMulti dulu. Tapi bila gi kat satu kedai ni, diorang cakap yang sekarang Sydney dah guna kad Opal. Pulak!!! Beli jelah, kan! Padahal dari KL dah buat research dan memang plan nak beli MyMulti. Biasalah, sistem public transport kan berubah-ubah.

Kat mana nak beli kad Opal?

Korang jalan terus ke hentian teksi dan beli dekat dengan Qantas Airway Longue. Yang ni tricky sikit, so better tanya orang.

Kad ni free, beli kredit dalam tu je

Kad Opal tak macam GoCArd, boleh refund. Kena pandai-pandai bajet berapa nak top up. For starters kitorang top up 20 AUD dulu.

Dari airport, kitorang naik cab. Aku lupa driver tu asal mana, tapi aku ingat yang dia beragama Islam. Siap tanya lagi we olls pernah sampai Mekah ke tidak. Huhuhu. So, borak-boraklah dengan dia. Dia suggest kitorang kalau nak ke mana-mana naiklah teksi, lagi murah sebab ramai. And dia nasihatkan kitorang berhati-hati kalau cari makanan halal. Saspen pulak dengar. Kebuloq la aku!

Kitorang menginap di sini - Malaysia Hall Sydney. Kalau korang nak ke Sydney dan plan nak menginap di sini, klik-klik di link aku bagi tu ye.

Warna langit kat Sydney! Geram tak tengok?

Sampai di MH, kitorang terus check in, dapat kunci bilik dan settlekan solat yang tertangguh sebab Sydney Domestic Terminal tak ada surau. Kitorang ambil dua bilik. Satu bilik tu kitorang tambah satu tilam. Oklah jugak, bilik dia selesa, macam asrama kat universiti. Dah kata tempat ni memang ramai student menginap kan. Tapi, kalau pelancong warganegara Malaysia nak datang menginap pun boleh, provided ada bilik kosong, dengan bayaran 20 AUD per night.

Kat MH tak dibenarkan memasak ye. Tapi, kat sana ada cafe'. Cam terkesima jap tengok asam pedas ikan pari u olls! Terus teringat ikan pari sama besar dengan aku kat Sea World. Hahaha, tapi tu tak menjejaskan appetite aku! Aku amik pakej, dinner + breakfast esok pagi, 15 AUD. Alhamdulillah..janji kenyang, sebab malam tu kitorang nak keluar, tengok Sydney di waktu malam. Meriah cam Gold Coast ke idok...

Before keluar tu sempat aku tanya student kat situ dengan Abang Sam, tuan punya cafe' MH, pukul berapa kitorang kena balik? Ada dengar yang Malaysian Hall ni undang-undang dia kena balik before kul 10 malam.Nangis! Cinderella pun balik kul 12! Tapi Abang Sam kata, sukati kitoranglah nak balik pukul berapa. Yay!!

Bas kat Sydney ni 24 jam, tapi lepas kul 12 tengah malam, bas sejam satu. Thanks kepada adik kat MH yang bagitau benda ni. Akak doakan awak graduate dengan jayanya, pastu jadi kaya boleh belanja akak. Tetibe!

Keluar je dari MH, terus kena hembusan angin musim bunga di Sydney! Tu dia, sejuk sampai ke tulang! Tapi aku gagahkan jugak, melintas jalan ke bus stop yang terletak bertentangan dengan MH. Dekat je bus stop, so tak payah la korang risau sesat ke apa ke.

Kalau travel ke tempat baru, better korang tangkap gambar bus stop tempat korang tunggu bas. Nanti nak balik senang, kotlah sesat ke mana-mana.

Erm..nak ke mana? Tunggu next entry jelah sebab aku gerenti next entry banyak gambar dari story.

Dey kici, mana mau pegi?

Kalau nak baca story kat Gold Coast jemputlah singgah sini:

Gold Coast Part 1- Intro
Part 2 - Currumbin Wildlife Sanctuary
Part 3 - Sea World
Part 4 - Movie World
Part 5 - Harbour Town
Part 6 - Last Night at Gold Coast
Part 7 - Budget & Summary

Till then, thanks sudi baca. Mmuah mmuah!
Read More

Gold Coast Part 7 - Entry Penutup - Spring Trip Australia

Monday, 27 October 2014

Assalamualaikum dan apa khabar semua..

Sebelum aku start membebel, pe kata korang usha dulu entry lama dalam siri ni supaya lebih faham apa yang aku nak cite :

Gold Coast Part 1- Intro
Part 2 - Currumbin Wildlife Sanctuary
Part 3 - Sea World
Part 4 - Movie World
Part 5 - Harbour Town
Part 6 - Last Night at Gold Coast

Apa yang diperlukan untuk masuk Australia?

1.Passport yang valid. Tarikh mati passport kena at least 6 bulan dari tarikh korang nak balik ke tanah air nanti.Sama macam nak masuk negara-negara lain jugak.
 
2. ETA. Yang ni korang boleh buat dengan travel agent. Bawak passport dan duit. Aku tak ingat berapa. Mungkin boleh survey harga dulu. ETA ni senang je nak buat. Biasa siap on the spot, dah boleh terus print dan staple kat passport. ETA valid dalam masa setahun dari tarikh korang buat. So, tak payah kalut nak buat awal-awal. Once dah ada ETA, u olls boleh keluar masuk Australia beberapa kali dengan syarat setiap visit tak lebih 3 bulan.

Gambar selingan #IWantToTouchAKoala

Collateral damage Gold Coast - anggaran kasar (sorang)

Flight ticket Air Asia  = RM 325
Apartment (4 hari, 3 malam) = 90 AUD
Tiket masuk Theme Park (Wet World + Movie World + Sea World) = 99 AUD
Tiket masuk Currumbin Wildlife Sanctuary= 33 AUD
Tambang teksi dari airport ke Surfers Paradise = 14 AUD (satu cab 5 orang)
GoCard =  10 AUD
Tambang (tram+bas) = 50 AUD
Makan + groceries = 80 AUD 
Tambang teksi dari Surfers Paradise ke airport = 16 AUD (satu cab 5 orang)

Budget atas ni anggaran je, tak campur souvenir + shopping sebab tu semua terpulang kepada individu. Depends pada kemampuan masing-masing dan rate duit jugak. Masa aku pergi ni
1 AUD = RM 2.98. Agak mahal. Huhuhuhu.

Kalau nak shopping souvenir, kena pandai pilih kedai dan compare harga. Peminat watak komik DC atau Looney Toons, mungkin akan spend banyak dekat Movie World. Penggemar barang branded bersiap sedia untuk spend dengan banyaknya di Harbour Town. Tapi kalau korang rasa alang-alang dah datang Australia, korang nak tangkap gambar dengan Koala dan berenang bersama Dolfin, allocate duit lebih. Maybe boleh check website theme park tu dulu bayaran untuk aktiviti ekstra macam ni sebab tak termasuk dalam bayaran tiket. 


Aku habis dalam 400 AUD dekat Gold Coast. Itu akulah, yang makan sekali sehari dan tak kuat shopping melainkan untuk souvenir dan kat DC Comic.

Harap info aku bagi ni memuaskan hati korang yang bertanya.

Lepas Gold Coast ke mana kita? Kalau nak tahu sila tunggu next entry. Thanks sudi membaca catatan perjalanan aku ni ye. Sekadar berkongsi, bukan aku terer sangat pun..
Read More