Sunday, 2 November 2014

Sydney Part 2 - Circular Quay - Spring Trip Australia

Sambungan dari Sydney Part 1 

Dari Malaysia Hall, kitorang naik bas ke Circular Quay. Aku lupa bas nombor berapa yang kitorang naik. Ada 4 pilihan bas ke sana iaitu 373, 374, 376 dan 377. Berhenti di stesen terakhir sekali. Tambang 3.70 AUD.

Naik bas ni pakai Opal card. Tag masa naik, dan masa turun. Sama macam kad TouchnGo jugak.

Sampai je, kitorang terus jalan ke arah tempat yang ramai orang. Nampak macam pelabuhan sebab ada banyak feri di situ. Dari jauh dah boleh nampak  'Sydney Harbour Bridge'. Antara ikon terkenal di Sydney.

Berdasarkan sumber dari Harbour Bridge Info jambatan ini mula dibina pada tahun 1926 dan siap sepenuhnya pada tahun 1932. Menurut Wiki, jambatan keluli dengan rekabentuk lengkung ni menghubungkan bahagian pantai utara Sydney dan 'Central Business District'. Jambatan ni panjang dia 1,149 meter dan lebar 49 meter. Memuatkan 8 laluan kenderaan, 2 rail keretapi, 1 laluan pejalan kaki dan 1 laluan berbasikal. Gila besar doh!!!! Korang klik jelah Sydney Harbour- Wiki kalau nak tau lebih lagi...hehe. Kitorang pergi tanpa tourist guide kan, so kenalah cari info sendiri.

Cantik tak?

Bertambah cantik bila Kak Sal korang ada sekali..hahaha



Jalan depan lagi, tau apa yang kami jumpa? Apa lagi kalau bukan the ever famous Sydney Opera House!

Angle kurang cantik. Honestly aku rasa Opera House ni lagi cantik bila tangkap gambar dari jauh. Nampak semua

Sayangnya, masa kitorang datang ni, banyak area ditutup untuk renovation, so tak dapatlah nak pusing keliling pegang setiap inci Opera House. Eh, mestilah pegang dinding, tinggalkan jejak tanda dah pernah sampai.

Kitorang turut masuk ke dalam, tapi takdelah sampai ke dalam panggung teater. Sekadar di lobi Opera House. Boleh pulak aku lupa nak tangkap gambar sebab teruja sangat. Sob sob..takpelah, memori kan kekal dalam hati.*Pujuk hati sendiri*

View dari atas Opera House

Kalau dapat tangkap gambar wedding outdoor kat sini mesti awesome... *Verangan!*



Subhanallah, kali pertama tengok Sydney Opera House rasa macam mimpi je berdiri depan salafh satu monumen terhebat dunia dengan senibina yang unik ala-ala bentuk cengkerang tu. Tak tergambar dengan kata-kata. Cmanelah rasanya kalau dapat tengok teater or konsert kat dalam tu!

Muntah pelangi kot kalau dapat masuk.. Image dari Google

Goodbye Opera House, tak taulah dapat datang lagi sini ke tak..

Settle jalan-jalan di Circular Quay, kitorang balik ke Malaysia Hall. Esok paginya nak bangun awal, nak pergi ke satu lagi tempat yang famous jugak di Sydney selain Opera House. Boleh teka tak nak ke mana? Tak payahlah teka-teka, kita tunggu jelah ye Kak Sal korang yang 'rajin' ni update blog.

Till then, thanks sudi baca!

56 comments:

  1. Rindu pulak melihat suasa2 yg ada.. pasti dah bnyk yg berubah skrng. Thanks sharing Sal & salam ceria hari minggu.. :)

    ReplyDelete
  2. Cantik sangat. Rasa teruja pula bila baca :D

    ReplyDelete
  3. amboiii bestnyaaa.. dpt jalan2 negara org.. cantik..

    singgah sini kembali..

    ReplyDelete
  4. Sydney Opera House to ohsemmm..cantikk sangat...

    ReplyDelete
  5. Kakak rasa mereka yg tour ke sana mesti tak tinggal utk captured gambar opera house ni kan.
    Architecture dia memang unik.

    ReplyDelete
  6. dua-dua cantik..the bridge & the opera house..

    ReplyDelete
  7. Kalaulah putrajaya boleh buat ala-ala the bridge ni. mesti best.

    ReplyDelete
  8. bestnya dpt pg sydney ... bkn senang nak pg oversea kan... jalan²

    ReplyDelete
  9. Sal Okje baru tau yg bentuk cengkerang tu Opera House hehe..... solok sungguh mak ni hihi
    Sernokkan Sal dapat jalan jalan Australia ni....tengok negara orang.
    Yang tak tahan ada pulak pose tunjuk bintang tu hehe...mmg comey sungguhlah

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...sebab gelap tak terserlah sangat ghope opera housenya...

      Delete
  10. bila amik gambar malam mmg terserlah cantiknya, dengan lampu-lampu tu kan, menarik sungguh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau professional mesti lagi cantik..kat situ je tak terkira berapa banyak gambar saya amik..huhu

      Delete
  11. Hihih..
    Dulu saya tinggal di Malaysia Hall tu masa student..
    Minum kopi tak kat cafe di opera house? layannnn oooo petang 2 minum kopi kat situ

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya teringin jugak, nak minum kopi sambil melayan view Harbour bridge, tapi ada kawan tak yakin status halal kopi kat cafe' sepanjang laluan ke opera house tu..so, tak minumlah kat situ

      Delete
  12. saya suka sangat berjalan2 di kawasan tu..senang...

    ReplyDelete
  13. sayang saya tak dapat masuk ke dalam theatre yang Sal kata muntah pelangi tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun tak dapat masuk..rasanya ada show dalam tu..huhu

      Delete
  14. mmg cantik view di malam hari ... geram lak rasanya . membayangkan berada di sana ... heh heh

    ReplyDelete
  15. retis sgt tau gambar wedding kt overseas. hehehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan..kau ingat kau che ta?hahahaha

      Delete
  16. Amboi, bukan mainlah lagi 'Kak Sal' posing nongkat dagu dekat Sydney Harbour? Apasal? Teruja sangat ke atau dah mengantuk? Hahaha...

    La, napa tak tinggalkan nota cinta kat dinding Sydney Opera tu. Kitakan Malaysians. Malaysia Boleh apa.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..mana boleh kak, buatnya datang polis Australia tangkap saya, jenuh pulak DS Najib nak buat rayuan kat Tony Abbot..hehe

      Delete
  17. cantik juga pemandangn tempat ni waktu malam. Untung Sal dapat pergi sini :) bila la nak g melancong ekk .. hihi

    ReplyDelete
  18. Lamanya buat jambatan - 6 tahun.
    Aah lah cantik betul gambar kat atas.
    Kena kawen ngan Australian kot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang lama kan..yelah, projek mega katanya..kena pastikan kukuh baru boleh bukak untuk kegunaan awam.

      Delete
    2. Ye lah kan..
      Takpasal2 runtuh pulak nanti ea..

      Delete
  19. Cantik jugak view di circular quay waktu mlm sbb sis JM pegi ritu hari siang..
    ehem2..cam tahu je..esoknya nak pegi ke Blue Mountain kan tul tak hihih

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh..orang korea dah balik!!hehehe.shhh...rahsia, nak surprise kan pembaca lain...muahahaha

      Delete
  20. wah..teringinnya nak ke sana lepas sal update ni..cantik giler seyh..

    ReplyDelete
  21. Pegang dinding pun jadilah ea? :)
    Nak pi mana tu?
    Tak reti nak teka.

    ReplyDelete
  22. Waa, bestnya pi Sydney... Memang cantik night view kat situ...
    Hehe, xpe dik, berangan dulu nak tangkap wedding outdoor kat situ... Mana nak tahu akan jadi kenyataan... ;D

    ReplyDelete
  23. salam kenal..singgah blogwalking kat sini..

    bestnya melancong..saya pun ade impian nak melancong overc..nak g new zealand :)..semoga tercapai la hendaknye

    ReplyDelete
  24. aduh..duh..duh..dik sal..jenuh akak nak cari blog hang..sib baik nampak komen hang tu..syoknya p australia..lain kali ajakla akak sekali..hihi..(^_^)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sorry lah kak...saya rasa dah bagitau semua follower, rupanya ada a few tertinggal..huhu.

      Delete
  25. menarik semua gmbr yg Sal ambil..mcm teruja nak kesana dan nak baca entry seterusnya..

    ReplyDelete
  26. Bestnya kak sal jenjalan malam2. Hik3. Bawak ole2 tak untuk ana? Ekekeke. Gurau je. Lalala~ sorry sis, lama tak datang sini. Ana belum follow lagi blog akak. Nanti ana follow balik tau. Ni blog febret ana kot! Mane boleh tak follow kan.. Next time nak try travel macam kak sal jugaklah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak nak pos kat alamat ana bagi hari tu, tapi kata dah pindah so akak tak hantar lagi.nanti email akak alamat baru ye. :)

      Delete
  27. Aduhhh....jelesnya akak......ada bawak balik kangaroo tak hehehe

    ReplyDelete
  28. Aduhhh....jelesnya akak......ada bawak balik kangaroo tak hehehe

    ReplyDelete
  29. bestnyer dapat jejak kaki ke negra org..pgalaman amt beharga ni

    ReplyDelete
  30. nak ke sana jugak tapi duit tak cukup cukup

    ReplyDelete
  31. wahhh bestnya.. bila lah dapat pergi sana pula

    ReplyDelete
  32. wow, gila besar jambatan tu!!! saya lagi teringin nak g London Bridge hehehehe... sebab design dia kot..

    lawaaaaaanya Opera House dia... memang muntah pelangi juga kat situ.. hahaha... untungnya kalau dapat g tengok konsert dalam tu kan..

    ReplyDelete
  33. jambatan tu boleh naik tak kak sal? hehe. seronoknya tengok opera house dia. mesti teruja kalau dapat masuk :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh je naik..tapi kena datang siang.panjat sampai ke puncak, boleh view Sydney dari situ.tak takut tinggi bolehla kot try.

      Delete
  34. akak!

    jom buat wedding photoshoot kat sanaa! hehehehehe

    ReplyDelete
  35. bestnya.. teringin pulak nk pegi sana ! cepat2 update story seterusnya. hehe

    ReplyDelete
  36. amboi Kak Sal.. sampai tahap syahdu dapat tengok opera house hihi.. sentimentel sungguh :P tapi iyelah.. bila kita da berjaya sampai kat sesuatu tempat memang akan rasa puas hati dgn pencapaian kita. bukan senang nak sampai kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul CT..bukan senang nak travel ni.kumpul duit, korban cuti tahunan yang seciput, tahan ketar naik flight..so bila sampai, memang rasa kagum ngan diri sendiri.cam mimpi

      Delete
  37. okay la tu dapat gak tengok luar opera tu. hee

    ReplyDelete
  38. Cun jugak view OH waktu malam...

    ReplyDelete

Thanks sudi baca. Komen je apa-apa korang suka. Lagi panjang lagi best

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by BloggerCandy.com