Monday, 10 November 2014

Sydney Part 3 - Mencari Gunung Biru - Spring Trip Australia

Assalamualaikum semua! Alhamdulillah, dapat gak sambung entry Australia sebab adik bagi pinjam laptop. Wohoo...kita raikan dengan daun saderi!

Macam yang aku cakap dalam entry Part 2 , hari kedua di Sydney kitorang nak ke satu lagi tempat yang famous jugak di Sydney iaitu .... Apa lagi kalau bukan Blue Mountain! Ada gak yang dapat teka, iaitu kak Jari Manis kita. Tak aci lah, dia dah pernah pergi. Hahaha.

Pagi-pagi lagi kitorang dah bangun. Kali ni tak payah risaukan breakfast, sebab dah ambil package sekali dengan dinner hari sebelumnya. Sarapan roti canai di bumi Australia, memang terbaik!

Sama macam malam sebelumnya, kali ni pun kitorang tunggu bas di seberang Malaysia Hall. Tapi, kali ni kitorang naik bas 372 pulak sampai ke Central Station. Nasib kitorang baik sebab masa tunggu bas tu jumpa sorang student dari Malaysia. Dia yang bagitau kitorang bila nak turun. Kalau tak, mesti dah terlepas.

Turun kat sini! Macam biasa, tangkap gambar signboard bus stop dulu.

Sydney Central Station

Kat sini ada cerita kelakar sebab kitorang dengan confident turun tangga pastu jalan terus. Tak perasan kat signboard tu tulis train di belah kanan! Jalan punya jalan sampai ke hujung, tak nampak pun bayang keretapi sepanjang passageway tu. Tanya kat peniaga kedai situ dia bagitau kitorang dah tersalah jalan, terpaksa patah balik! Adoi, belum sampai Blue Mountain dah semput!

Dah patah balik, pening kepala pulak nak fikir mana satu platform ke Blue Mountain Line. Central Station kat Sydney ni bukan macam stesen komuter kat KL Sentral. Tu acah-acah je. Kat sini ada 25 platform OK! Takut tersalah train, terus tanya staf kat situ.

Hahaha...bertabah la tengok train route dia!

Naik train kat sini pakai Opal Card jugak. Kalau nak beli tiket secara manual pun boleh, tapi nak jimat masa punya pasal, pakai kad je. Tag dekat gate masuk.


Suka tengok platform train kat Central Station ni sebab nampak klasik. Kontra dengan train yang moden!

Aku bagi gambar besar punya kot ada yang tak nampak rupa train cmane.

Tunggu a few minutes, train ke Blue Mountain pun sampai. Jom kita naik! Perjalanan ke stesen Katoomba mengambil masa 2 jam lebih! So, kenalah cari tempat duduk yang selesa! Pilih jelah mana nak sebab train ni lengang je.


Perjalanan menaiki train 'Blue Mountain Line' sampai ke stesen Katoomba, memang untuk menikmati scenery Sydney yang cantik-cantik di luar tingkap.


Teringat cerita Sherlock Holmes!Ni kilang tak silap aku. Senibina klasik yang dikekalkan




Cuaca berubah-ubah sepanjang perjalanan. Kejap hujan, kejap cerah. Berdoa banyak-banyak supaya sampai Katoomba nanti cuaca elok. Kalau hujan, Blue Mountain jadi Blur Mountain jelah!

Dah sampai! Cuaca cerah nampaknya..

Stesen Katoomba yang comel!


Ke kanan belok...

Jangan lupa tap off dekat tiang ni. Kat sini takde gate macam kat Central.

Keluar je dari stesen Katoomba, kita cari bus stop untuk naik bas ke Blue Mountain. Tapi mula-mula kena top up Opal Card dulu. Kalau kat Gold Coast, GoCard boleh top up dekat mesin yang ada dekat stesen tram, tapi Opal kena top up di convenience store. Dekat depan bus stop ni ada satu, tapi lupa lak nak snap gambar kedai.


Bus stop ni terletak depan Carrington Hotel. Lama jugak nak tunggu bas, sebab dia setengah jam satu. Masa kitorang sampai, dah terlepas, so kenalah redha je tunggu the next one. Sambil tu tangkap gambar dulu.






Nak ke Blue Mountain, korang boleh pilih tour, atau naik bus klasik berwarna merah, atau kalau nak budget, naiklah bus nombor 686 ni.


Fuhhhh...panjang cerita nak sampai ke Blue Mountain! Cerita kat sana kita sambung next entry boleh? Letih Kak Sal korang menaip. Lagipun, aku nak pilih gambar paling cantik yang ada sebab Blue Mountain tu memang cantik. Berbaloi duduk dalam keretapi sampai 2 jam! Sape tak baca sambungan ni, rugi lah..

Thanks sudi baca. See you next entry!

33 comments:

  1. cantiknya pemandangan!!nampak tenang giler..

    nak pegi jugak..tapi akak klu p kl central pon rasa boleh sesat klu ke australia ni lg sesat bertingkek-tingkek tak?ohohoho..

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh tahan lagi kak..jangan kat negara yg orang dia tak cakap bahasa Inggeris.yang tu memang haru kalau sesat

      Delete
  2. kemudahan awam yg serius best..klau di mlysia gini, mmg xnak naik moto or keta..naik knderaan awam jer..hehe..tgk central station punya gate teringt pulak cerita harry potter..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah, train station dia macam dalam citer harry porter n narnia.Very English..

      Delete
  3. bestkan sala..kita suka travel dengan train coz dapat tengok persekitaran diaorang kan...

    ReplyDelete
  4. seronoknyeee baca n3 jalan2 Sal nih.
    dapat jugak tgk permandangan di negara orang..:)
    x sabar nak baca n3 seterusnye..hehehe

    ReplyDelete
  5. bestnya pi ostolia...

    katoomba tu macam ketumbar bunyinya.. haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. .memang bunyi dia macam tu.local pun sebut ketumbar

      Delete
  6. kalau lupa tap card kat tiang tu mcm mana? tak boleh keluar? ke cm mane? hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh je keluar, takut nak balik nk tap kad tu nanti problem pulak.

      Delete
  7. Menarik.. pengalaman manis kembara yg pasti tak akan dilupakan. Suasana pun nyaman & cantik. Thanks sharing Sal.. :)

    ReplyDelete
  8. Replies
    1. Cantik lagi Jasper kot farah. ..hehe

      Delete
  9. jauh berjalan makin banyak pengalaman, yang baik dimanfaatkan.

    seronoknya dapat berjaln ke tempat org, akk ni rasanya cuma dapat gi Mekah je rasanya, tak mampu dah, takde duittt..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu yang sebaiknya kak..Inshaallah, semoga akak sekekuarga akan sampai ke tanah suci

      Delete
  10. Memang lawa stesen tu kan... view pun cantik2 semuanya...bilalah k wa boleh sampai sana..hehehe

    ReplyDelete
  11. Sal...serius sangat cantik bangunan2 diluar train tu..klasik...kawasan pun bersih ja..

    ReplyDelete
  12. Seronok pulak kakak membaca cuma kalau tak puas tengok gambar kakak klik bagi besar baru puas..
    Itu yg lambat baca sekeja-sekejap klik gambar bagi besar nak puas tengok punya pasal:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks for the feedback kak..nanti next entry saya besarkan gambar ek.. ;)

      Delete
  13. Betul arrrr okje baca pun dah semput haha....
    Ok...dah tau dah tempat tempat yg kena pergi kalau gi Australia .....entah bilalah nak sampainya....

    Ruginya ambik gambo byk tapi tak de model!

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha, malulah kak OKje nak up gambar ada muka.Sy ni tak photogenic, suka ambil gambar, tak suka gambar diambil.wah gitu

      Delete
  14. syioknyeee ke Blue Mountain. dok tengok orang share gambar saja.. sampainye entah bila la kan.. stesen ketapi kat tempat orang memang best Kak Sal.. kat malaysia ni aje krik krik.. okay baik baik.. akan kami nantikan entry Kak Sal dengan tabah..

    ReplyDelete
  15. Sydney.. Nak repeat lagi dan lagi.. hari tuh tak explore habis..

    Salam kenal, Kak Kep Doha, Qatar

    ReplyDelete
  16. Bila lagi la nk sampai sini..jeles you..

    ReplyDelete
  17. Ahakss..akak boleh guess lah sbb Blue Mountain salah satu tempat yg wajib pegi kalau ke Sydney hikss

    ahaha...akak suka ayat paling last tu..sapa x baca sambungan entri mmeg rugi..BETUL!!! view di BM mmg ohsem

    Next entri plsss

    ReplyDelete
  18. Colourful tu train route dia.
    Macam pening-pening juga nak baca kalau tak biasa tengok.
    Oopppsss dah tersilap..
    Takpe, ramai-ramai taklah gelabah sangat.

    ReplyDelete
  19. mak aihh. boleh pening dgn route kereta api diaa. nasib baik akk dh bagi warning awal2. wuwuwu

    ReplyDelete
  20. comelnya seat keretapi dia. hahaha. bangunan klasik tu, saya suka saya suka... wah, cuaca pun best. elok je.. seronok lah nak bergambar kan ^^

    ReplyDelete
  21. Sal, tengok gambar yang Sal kata kilang tu pun dah unik sangat rasanya. Cantiknya kilang kat sana tak macam kilang kita ^_^ Seriuslah cantik gambar tu, macam lukisan pulak!

    Takpa perjalanan berjam-jam bila hasilnya sangat memberangsangkan. Eh, akak baca dari latest ke previous entries memanglah dah tahu jalan cerita :)

    ReplyDelete
  22. SS boleh follow nih... Hu hu hu...

    ReplyDelete
  23. sepanjang dlm train tu mcm2pemandangan nmpk kan..syoknyan

    ReplyDelete

Thanks sudi baca. Komen je apa-apa korang suka. Lagi panjang lagi best

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by BloggerCandy.com