Walaupun lockdown seribu tahun, Kalau kes tak turun apa gunanya

Friday 16 July 2021

Dah berapa kali aku taip entry, padam. Taip, padam. Serius mood ke laut nak update blog. Entahlah sebab PMS atau sebab risau tengok angka kes covid yang meningkat sampai 13K. Padahal lockdown dah berbulan-bulan. Walaupun gaji jalan tapi stress tu tetap ada. Kadang-kadang aku fikir patutla Tuhan tak bagi aku suami dan anak. Confirm aku tak boleh handle pressure melayan diorang. Handle diri sendiri pun tak mampu.

Or maybe salah aku sendiri sebab aktif balik Facebook.  Bosan PKP punya pasal, aku online balik setelah hampir setahun detox social media. Ye.. Aku dulu deactivate Twitter dan block apps FB di handphone dan PC sebab aku tak larat baca berita Covid hari-hari. As someone yang ada moderate anxiety disorder, overthinking adalah 'hobi' dia. Kalau aku terlampau risau aku akan sakit kepala dan tak boleh tidur. Harap dapat menjawab persoalan beberapa orang blogger yang pernah tanya nape aku tak aktif social media selain blogging. 

Kena jaga diri sendirilah sebab unit Pskiatri Hospital Ampang pun aku tak tau dah pindah ke mana. Telefon hospital memang tak berangkat. So far aku dah lebih 6 bulan tak makan Benzodiazepines. Ubat sakit mental ni bukan macam ubat batuk or ubat sakit jantung. Ambik je terus sakit reda. No not like that. Itu hanya dalam filem. Makan ubat terus mood ok. Takde maknanya. Ambil masa berhari ubat tu nak take effect. Kadang-kadang berminggu. So jagalah kesihatan mental anda semua. I've been there and it's not pretty. Boleh baca pengalaman aku di SINI


Paling aku takut bila tengok orang ramai-ramai kat Covid Assesment Centre macam di Stadium Melawati Shah Alam. Aku cannot wei kalau kena gi tempat ramai-ramai macam tu. Time tu check Fitband mau heartbeat cecah 120.

Mungkin aku kena stay away balik dari FB. Facebook ni ko tapis la cmane pun, cerita viral tetap akan melintas. Bukan tak nak cakna, tapi apa je aku boleh buat? Maaf tak cukup kental nak jadi keyboard warrior.

Buat masa ni, layan novel,movie dan keluar masuk dapur. Entah apa-apa resepi aku try. Janji masa terisi. Masa lapang adalah musuh utama untuk orang yang suka fikir bukan-bukan. Kena kreatif sibukkan diri. Sosial media nampaknya bukan pilihan terbaik. At least not for me. Lain orang lain coping style. 

My July-August reading target. 

p/s: Entahlah siapa yang gagal. Aku, kau, beliau atau mereka? Wallahualam

52 comments

  1. Salam.. ahahaha.. sha baca tajuk sambil nasyid dah kenapaa?

    ReplyDelete
  2. Samalah akak terlebih fikir. Oleh sebab itu FB itu cuma akak buat cari maklumat kedai. Malas sebenarnya hendak tambah orang. Tidak mahu baca cerita negatif, prasangka bukan-bukan.
    Nasib baik ada tv.
    Jaga diri. Tidak tahu hendak nasihat apa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini pun dah dikira nasihat. Thank u so much kak NA. U take care too

      Delete
  3. Betul, block saja yg negatif tu.

    ReplyDelete
  4. Entah lah. Penat dah sebenarnya dipaksa berkurung. Nak salahkan kerajaan pun tak guna jugak. Rakyat sendiri yang memang rata-rata saya tengok masih lagi abaikan SOP.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setiap pihak ada salahnya sendiri. So muhasabahlah dan jaga diri sebaik mungkin

      Delete
  5. Salute Sal. Bijak cope mana yang tak perlu tu. Mana yang tak perlu kita jauhkan. Untuk diri sendiri jugak. Tajuk dia ala nasyid. Ada makna mendalam tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tajuk tu saja nak bagi entry nampak light dan tak serius sangat. Tak sangka tetibe pkpd ditamatkan plak

      Delete
    2. Tahu takpe, terkejut gak bila ditamatkan sedangkan kes macam tu jugak.

      Delete
    3. Jaga diri sendiri jelah nampaknya selarang ni

      Delete
  6. Kes makin meninggi disebabkan saringan makin efektif pula kabarnya.. Blog saya ni pun dulu khas utk bersenam, tarik nafas seiring pergerakkan..bertenang dengan regangan.. fokus pada kemahuan, optimistik kata lain.. Berbanyak berdoa juga solusi, inshaAllah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insha Allah. Thanks for the tips. Betul la tu, banyak saringan, banyak la kesnya. Sebab banyak tak bergejala.

      Delete
  7. Akak baca entri ni sambil hum lagu Sepohon Kayu. Siap terbayang-bayang lagi mimik muka dan gaya terkini Dr Izue tu �� Betul... sekarang ni, sebarang elemen yang boleh buat kita bertambah risau, buat heartbeat naik, kepala pening ... baiklah dihindarkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha kan.. Akak pun tau betapa x bestnya bila heartbeat naik. Nak bernafas pun susah

      Delete
    2. Huhuhu yes.. kalau dah hyperventilate tu dah tak boleh buat cerita dah. Haru je jadinya. :)

      Delete
  8. Selamat menyibukkan diri, Sal. Layan movie atau novel yang best-best, kongsilah kat sini ��

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insha Allah. Lama jugak blog ni tak buat movie review

      Delete
    2. Reviewmu Kutunggu ahaks ada rupa tajuk novel dah ni. Tak pun tajuk drama tv :)

      Delete
  9. Baik kak sal stay away daripada facebook tu, saya pun sekarang jarang bukak twitter sebab stress bila bukak hahaha. Nak nak pasal menteri hmmm, sebab tu saya lagi suka bukak blog. Take care kak sal! Kalau benda tu memudaratkan kak sal, jangan dekatkan diri okey. Stay safe! <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha tulah. Baca cite orang kayangan langgar SOP pun boleh buat sakit hati kan. Marilah sama-sama kita jauhkan diri dari benda-benda toksik

      Delete
  10. akk pun dah detox FB..tapi whatsapp group pulak yg byk cerita2 negatif..time mcm ni ada pulak yg sentap, yg left group..letih minda..

    take care diri kita..buat perkara yg positif..keep calm & watch drama..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Whatsapp group pun sama kan. Pastu bergaduh sebab berbeza pendapat. Tapi saya tak join. Biar jelah bergaduh situ. Baik layan drama kat tv. Huhu

      Delete
  11. Samalah de active kejap pastu activekan balik sebab nak tulis blog hehe. Bersabar dan bertabah ye..kita sama2 doa semoga cepat2 berakhir

    ReplyDelete
  12. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  13. Abaikan ja manusia2 mcm tu..buattensen ja dok layan

    ReplyDelete
  14. Sama-samalah kita berdoa agar pandemik ini segera berakhir..

    ReplyDelete
  15. Betul tu . Rasanya tahun ni tahun paling teruk nak kurangkan kes covid19 ni . Tahun 2021 terkurung ke . Harap ada sinar baru tahun 2022, harap covidq9 akan cepat2 lenyap dari bumi Malaysia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Lagi teruk dari tahun lepas. Harap kerajaan dan rakyat sama-sama belajar la dari pengalaman. Jangan sampai tahun 2022 ulang benda sama

      Delete
    2. Terlalu rindu dah nak balik kampung, nak nk pergi bcuti

      Delete
  16. Kita semua ada rasa yang sama. TErkurung dan terpaksa menahan segala keinginan supaya dapat bantu negara pulih, tapi jadi makin letih bila angka semakin mencanak lebih terus berbanding tahun sebelum. RAsanya kita dah ada pengalaman smpai dapat capai angka 0. Tapi melihat keadaan skrg, seperti tak ada apa2 usaha. sedih. Teruskan berdoa. itu je yang masih jadi kekuatan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih SS. Yup betul, berdoa saja yang mampu beri kekuatan sekarang. Dah beri yang terbaik, harap pengorbanan berbaloi

      Delete
  17. pstt update tau reading goals tu..heheh..
    sabarlah..itu je yg mampu ucap..wuaaa walau hati tak puas hati..apakan daya

    ReplyDelete
    Replies
    1. So far baru settle buku Mary Higgins Clark tu je. Lagi 2 lepas raya la start

      Delete
  18. Tak tau nak kata siapa yang gagal..sedangkan kita ni bermati- matian berkurung dalam rumah kan...dulu kulit muka gelap skrg dah cerah...2 tahun dah macam ni...tapi kes mendadak naik..akak pun elakkan baca berita pasal covid sebab akak pun moderate anxiety disorder...sakit tau kalau datang balik...puas nak control diri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak SA. Yang pernah ada sakit tu je memahami. Kita layan blog je kan. So far kawan-kawan blog positif je

      Delete
  19. Seeloknya sal deactive balik socmed dan baca blog saja dr melayan komen2 merepek yg semuanya stress dan sakit sbb covid.

    Nina pun rasa nk bt mcm tu nanti. Fikirkan masa depan diri dan anak pun dh rasa takut apatah lg hari2 tgk berita covid yg xsudah2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju dengan Nina. Ramai jugak yang Sal dengar deactivate soc med terutama FB sebab tak senang duduk baca berita macam-macam setiap hari. Pastu dok gaduh bercanggah pendapat plak. Akan deactivate balik macam setahun yang lepas

      Delete
  20. Saya pun sedih tengok kes tetap meningkat walaupun buat lockdown banyak kali. Tak tahulah bila boleh hidup macam dulu T_T

    ReplyDelete
  21. ko buka fb liverpool je laa... x pn bukak channel 801. lyn olimpik lg best. tup tup EPL dah start nnt😆 kobit ni lg dilayan lg naik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh ko cam tau2 je aku tengah tengok Olimpik. Tapi... Tapi... Manakan sama tengok depan TV. Huwaaa

      Delete
  22. Betul Sal shida pun mood tunggang langgang nih aduhai huhuuu..
    sabar jelah sal..buat seperti biasa tp stay safe k!

    ReplyDelete
  23. Kena ada kesedaran lockdown pun x guna kalau masih x folo sop

    ReplyDelete
  24. kes skrg makin meningkat.. dgn varians baru yg lebih ganas pulak tu.. risau je nk ke ofis skrg

    ReplyDelete
  25. sakit ja hati ni rasa. kecewa semua ada T_T

    ReplyDelete
  26. Tak mahu dah fikir pasal covid 19 ni. Makin difikir makin serabut.

    ReplyDelete
  27. Hi kak Salbiah, masalah covid nih, udah habis nak cakap apa.. mulai dari takut pas awal merebak, sampai lah kini macam pasrah -_- . Apalagi kalau buka grub di WA, IG, FB adaaaa ja teman atau saudara yang meninggal, kayak mana saya ga kalut. Baru beberapa hari contact, tau-tau dapat kabar berpulang. Sayapun sempat detox media sosial, tak mau buka. Tapi hanya 1 bulan, trus balik lagi, karena mikir, dah laah, sekarang nih pikirkan aja diri sendiri dan keluarga. Orang2 di luar sana nak salahkan pemerintah, ATO tetep tak nak vaksin, tak percaya covid, terserah, saya rasa dah tak mau peduli. Stress kak.. you know lah case di Indonesia, dah cam roket . Dilarang pergi mudik, tetep ja bandel pergi. See, liat kasus skr. :(

    Yang terpenting, saya dan keluarga tetep patuh saja. Vaksin sudah, suplemen vitamin setiap hari, masker medis tak pernah kosong stok di rumah. Tapi sebisa mungkin kami memang tak nak keluar kalo tak penting. Buat diri sendiri happy di rumah, watching Korean drama, reading novels :D. Pokoknya jangan sampai teringat si covid.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, kes di Indonesia lagi teruk kan, mungkin kerana negara kalian lagi besar, rakyatnya juga lagi ramai jadi susah nak controll. Walaupun dah deox media sosial, tapi tetap aje terima berita tentang kawan dan saudara sendiri. Takkan nak buat tak reti kan. semoga masalah covid19 di seluruh dunia akan pulih. Jaga diri ya. Jangan percaya berita palsu tau

      Delete
  28. Allahuakbar sal....semuga tenang-tenang sahaja menghadapi PKP. Buat sesuatu yang menyenangkan perasaan dan suka bila membuatnya. Jangan di fikirin sih benda-benda yang bukan-bukan. Hah baca novel tu banyak-banyak tak pun review filem citer sport ke. Buat sesuatu yang sal suka. Jaga diri sal. Ingat keluarga juga dan orang yang sayang sal selama ini.

    ReplyDelete
  29. Samalah kita Sal.. tam mampu rasanya nak hadap berita pasal covid dekat media sosial.. Twitter dah lama hilang entah ke mana.. FB je lah masih buka tu pun kalau baca perkara yang tak menyenangkan terus tutup..
    Kita kena jaga diri kitakan Sal.. Take care ye sal..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lupa pula.. Buku Langit Petang tu nampak menarik sangat..

      Delete
    2. Buku Langit Petang tu agak puitis. Kalau Sha nak baca, baik pinjam E-book sahaja. Saya baca pun tak habis. Agak membosankan

      Delete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah